Salam petang Jumaat. Biar dikongsikan satu lagi artikel kompilasi. Kali ini tumpuan adalah pada artikel-artikel ilmu. Namun daripada segi gerak kerja ia boleh dikira bersambung daripada artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation pagi tadi.
Siri Refleksi Sejarah

Merujuk kepada "Siri Refleksi Sejarah" yang menghiasi bahagian paling bawah kiri blogspot untuk capaian mudah pembaca. Adapun ia dimulakan tahun 2012 bagi mengumpulkan pautan artikel-artikel berbentuk ilmu sejarah baik daripada seminar dan majlis-majlis ilmu mahupun pembacaan buku juga hasil penyelidikan daripada suatu pengembaraan. Kemudian ia turut meliputi ilmu-ilmu lain seperti ekonomi dan kewangan Islam juga dunia pemikiran dan ketamadunan Melayu. Jumlah awal senarai kurang 30 lebih artikel pun bercambah sehingga melepasi 100 tahun 2015. Rujuk artikel Siri refleksi sejarah... lama diikuti Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran..
Kali terakhir dikemaskinikan pertengahan tahun 2018 jumlah artikel yang boleh disenaraikan sudah mencapai 188. Apabila dikemaskinikan lagi baru ini sehingga masuk artikel Sesi bicara di DBP - Mengenali Kepustakaan Ali Hasjmy 2 hari lalu didapati jumlah menjadi 222. Artikel tersebut merujuk kepada majlis ilmu terbaru dihadiri setakat ini iaitu pada hari Selasa. Hari ini Jumaat 2 Februari bersamaan 22/2 eloklah hasil kemaskini ini diabadikan pada bawah kiri blogspot.
Sebelum itu biar senarai dipersembahkan dalam artikel kompilasi ini. Walaupun pada hari Sabtu esok saya dijadualkan menghadiri 3 lagi majlis ilmu di 3 lokasi berlainan pagi hingga lewat malam dan Isnin depan pula ada satu lagi acara biar cerita-cerita tentangnya dimasukkan dalam kemaskini akan datang. Menariknya jumlah 222 ini bukan sahaja dapat dikumpulkan lalu disiarkan pada tarikh 22/2. Jika ditolak ini dengan jumlah pautan artikel yang telah disenaraikan dalam artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation pagi tadi iaitu 91 ia menjadi 131.
Itu adalah nombor yang sangat bermakna, nombor home sweet home buat saya dan isteri. Berikut adalah senarai penuh 222 artikel itu :-
Itu adalah nombor yang sangat bermakna, nombor home sweet home buat saya dan isteri. Berikut adalah senarai penuh 222 artikel itu :-
67. Seminar dan Pameran Sejarah Tenggelam dan Munculnya Kuala Kubu - Lukisan terukur dan buaya putih
93. Wawancara televisyen tentang rombakan kurikulum sejarah - Apakah terlalu sensitif untuk disiarkan?
138. Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Dari hati budi Melayu ke kepakaran sains dan matematik
144. Faktor Hang Tuah dan keluarga laksamana yang memanggil untuk ke Ekspo Buku Malaysia 2016 di PWTC
161. Istana Darud Dunya, putra mahkota Meurah Peupok dan perkembangan yang terus mengujakan di Aceh Mengangkat ilmu persilatan menjadi bahan rujukan dan diskusi akademik negara
180. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar
181. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah
Ini adalah setakat pertengahan tahun lepas. Kemaskini terbaru yang membawa kepada jumlah 222 adalah seperti berikut :-
195. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia
199. Persidangan ASAL - Daripada hubungan Melayu-Cina membawa kepada kepentingan strategik Selat Melaka
206. Persidangan Adab Pemerintahan Pesan Tamadun Melayu-Islam - Rujukan daripada kitab-kitab Alam Melayu
208. Gagasan baru ISTAC - Memajukan perbandingan epistemologi, ketamadunan dan pengajian masa hadapan
210. Kitab At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan nasihat kepada raja-raja serta para pembesar dan menteri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan