Rabu, Mei 19, 2021

Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman lebih santai awal tahun 2007 hingga penghujung 2011

Salam hari Rabu malam Khamis 8 Syawal. Setelah mempersembahkan artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman pencarian makna diri penghujung 2001 sehingga blogspot dibuka penghujung 2006, artikel-artikel analisis untuk tahun-tahun seterusnya harus lebih mudah. Ini disebabkan sudah masuk zaman di mana kebanyakan perjalanan saya direkod kemas melalui penulisan artikel di blogspot. Takpa. Ketika teliti dahulu tengok bagaimana.


Tempoh seterusnya mahu dibuat analisis adalah dari awal tahun 2007 hingga penghujung 2011. Ini meliputi 5 tahun. Berikut adalah perjalanan-perjalanan dalam tempoh masa berkenaan yang ada dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 (nota : Sebelum dibuat pembetulan berkenaan pada 20 Mei). Biar dikekalkan dahulu pernomboran asal seperti dalam artikel :-


22. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007 lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.

23. BKA Tour Run 2007 - lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.

24. Pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (tahun 2007-2008) -  sekitar 4,000 km. Lihat Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008.

25. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat  Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.

26. Perak Mei 2008  tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).

27. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat  Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.

28. Perjalanan berliku balik raya tahun 2008 (Sept)- lebih 700 km. Lihat Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008.

29. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 - menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.

30. Ke selatan Dis 2008 sekitar 700km. Lihat Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... 

31. Pantai Timur bersama isteri Dis 2008 - Jan 2009 - lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.

32. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009 -  lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis

33. Jengka-Bagan Datoh awal 2009 - hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.

34. Melaka Mei 2009 - sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....

35. Muar-Ledang Mei 2009 - sekitar 580 km. Lihat Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?.

36. Aceh Jun 2009 -  1150 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur....

37. Raub ke Sepang Julai 2009 - dekat 500 km. Lihat Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang....

38. Lubuk Pusing ke hilir Perak Julai 2009 - sekitar 500 km. Lihat Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak....

39.  Hulu Muar ke Pulau Besar Julai 2009 -  lebih 580 km. Lihat Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar.

40. Pantai Timur Ramadhan 2009 (Ogos) sekitar 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".

41. Linggi Ogos 2009 - lebih 1,050 km. Lihat Mencari makam tertentu di Linggi.

42. Al-Rasyid ke Selatan Nov 2009 - mendekati 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"....

43. Jalan-jalan anak beranak Disember 2009 - tidak kurang 700 km. Lihat  Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak".

44.  Aceh Jan 2010 - 1,050 km. Lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh.

45. Tempat-tempat di Selangor tahun 2010 (Jan-Jul)-  1,030 km. Lihat Tempat-tempat di Selangor yang membuka jaringan ilham....

46. Aceh Feb 2010 970 km. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...

47. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 - sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi

48. Al-Rasyid ke makam lama Perak April 2010 - lebih 600 km. Lihat Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!.

49. Jalan-jalan di Perak sebelah barat  pertengahan 2010 - lebih 650 km. Lihat Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat.

50. Brunei 2010 (Ogos) - 640 km. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos

51. Jejak Dinasti Al-Kamil Ogos 2010 - lebih 850 km. Lihat Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula....

52. Jejak Merong Ogos 2010 -  sekitar 1,400 km. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.

53. Al-Rasyid berhari-raya Sept 2010 - 1,830 km. Lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya.

54. Menyelesaikan bab Perak Okt 2010 - sekitar 850 km. Lihat Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?.

55. Al-Rasyid naik kereta api ke Singapura Nov 2010 - 1,100 km. Lihat Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah....

56. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011 - 2,367 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".

57. Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011.

58. Sekitar raya 2011 (Sept)- 2,240 km. Lihat Sekitar raya 2011.

59. Naik Gunung Ledang Okt 2011 - menghampiri 540 km. Lihat Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang.

60. Pusing Perak Okt 2011 - lebih 800 km. Lihat Membawa 'batu bersurat Gangga Negara' keliling Perak?.

61. Medan-Aceh November 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'".

62. Pulau Besar-Muar-Negeri Sembilan Nov 2011 - lebih 650 km. Lihat Keliling Pulau Besar sebelum ke Muar dan Negeri Sembilan.

63. Kembara Johor-Riau 10-18 Disember 2011 - lebih 1,400 km.  Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau.


Kelihatan 42 perjalanan dalam senarai bagi tempoh masa berkenaan sudah cukup banyak. Walhal ia sebenarnya tidak meliputi segala aktiviti saya dalam tempoh masa berkenaan. Walaupun perjalanan pertama iaitu Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007 bermula pada Disember 2006 ia masuk ke dalam "Zaman lebih santai awal tahun 2007 hingga penghujung 2011" kerana satu ia berlanjutan sehingga Februari 2007. Kedua kerana ia berlaku selepas blogspot ini dibuka 12 November 2006. Sekarang biar dipecahkan senarai menurut tahun dengan pernomboran baru sambil membuat analisis.


2007

1. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007 lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.

2. BKA Tour Run 2007 - lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.

3. Pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (tahun 2007-2008) -  sekitar 4,000 km. Lihat Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008.


Ait. Ada 3 sahaja perjalanan yang cukup signifikan dalam tempoh masa ini? Itupun termasuk satu perjalanan yang berpanjangan sehingga tahun 2008. Mustahil, sangat mustahil ini sahaja perjalanan. Saya pasti ada berjalan jauh ke sana ke mari banyak kali lagi. 

Nampaknya sedikit sangat yang direkodkan. Apakah kerana belum betul-betul rajin menulis ketika itu? Bila disemak arkib pada sidebar kanan tak pulak. Saya ada menulis 162 artikel bagi tahun 2007. 


Cuma bila dilihat satu persatu nama artikel dalam arkib nampaknya ketika itu saya lebih banyak mahu mempromosikan siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang buku pertamanya terbit Jun 2006, buku kedua terbit Mei 2007, buku ketiga November 2007. Maka tumpuan tidak diberikan pada perjalanan  kecuali melibatkan buku seperti boleh dilihat pada 3 perjalanan atas. Lebih banyak artikel dibuat untuk menonjolkan topik-topik tertentu menggunakan sedutan daripada buku. Namun ada juga cerita-cerita perjalanan di celah-celah itu (selain yang terangkum dalam 3 perjalanan atas). Biar diletakkan pautan :-


1. Banjir Kuala Lumpur 2007... Apakah ada yang tersirat?

2. Nyamannya Janda Baik!

3. Jalan-jalan KL malam-malam buta!

4. Janda baik tempat rehatku

5. Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan...

6. Sumpah-sumpah di atas motosikal dan belalang kunyit di batu nesan Sultan....

7. Berjalan-jalan ke Jugra, sebuah tempat bersejarah....

8. Saja-saja di Bukit Treh

9. Teks untuk "Saja-saja di Bukit Treh"

10. Orang kenit di Pulau Besar, Melaka?

11. 13 haribulan 11 dan 131... Sesuatu yang istimewa...

12. Khabar daripada Muar, bandar tempatku lahir dan membesar...

13. Ziarah terbaru ke makam Sheikh Shamsuddin Pasai

14. Saja-saja di Muar...


Hmm. Cukuplah disenaraikan begini sahaja ya. Dah tak larat hendak mengira jarak dan sebagainya. Sangat memenatkan kerana harus menyemak kembali semua laluan lalu dilakarkan dalam Google Map. Terus pada perjalanan-perjalanan bagi tahun seterusnya.


2008

1. NS ke Pulau Besar awal 2008 - lebih 600 km. Lihat  Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.

2. Perak Mei 2008  tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).

3. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat  Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.

4. Perjalanan berliku balik raya tahun 2008 (Sept)- lebih 700 km. Lihat Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008.

5. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 - menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.

6. Ke selatan Dis 2008 sekitar 700km. Lihat Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... 

7. Pantai Timur bersama isteri Dis 2008 - Jan 2009 - lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.



Oh. Satu perkara yang terlupa hendak disebut sebelum ini, sepatutnya sudah dinyatakan dalam artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman pencarian makna diri penghujung 2001 sehingga blogspot dibuka penghujung 2006 adalah selepas berkenalan dengan penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas/S.H.Alattas/Pak Habib saya menjadi anak angkat beliau. Lupa tarikh tepat bila ini bermula, harus pada penghujung tahun 2002 atau awal 2003. Saya pun mula selalu menginap sama ada di rumah rehat beliau di Janda Baik atau di pejabat di Gombak. Sambil menolong penulisan-penulisan buku beliau di pejabat saya membuat perjalanan ke bermacam-macam tempat.

Perkara ini berlanjutan sehingga pertengahan 2005 gitu. Selepas itu saya menumpang menginap di rumah ibu saudara di Ampang lalu ia menjadi 'markas' untuk membuat perjalanan-perjalanan ke bermacam tempat seperti halnya ketika menumpang dengan Pak Habib. Dari rumah inilah saya menyiapkan penulisan trilogi buku "Berpetualang ke Aceh" lalu menerbitkannya Jun 2006 hingga November 2007. Selepas beberapa lama iaitu pada September 2008 motosikal besar kesayangan yang sudah 5 tahun tersadai dapat dipulihkan sepenuhnya lalu perjalanan-perjalanan seterusnya dapat dilakukan dengan motosikal.

Hal ini berlanjutan sehingga hampir pertengahan Disember 2008 yang mana saya kembali berumahtangga. Saya tidak ingin lagi menyemak apakah lagi perjalanan ada dibuat dalam tahun 2008 tapi tiada dalam senarai kecuali melibatkan perkahwinan. Ia sepatutnya sudah menjadi siri kecil untuk membentuk satu perjalanan dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 apa lagi artikel-artikel berkenaan telah lama ditulis di blogspot tetapi boleh terlepas pandang. Tapi dah tak larat dah hendak mengemaskinikan senarai jadi biar ditonjolkan di sini sahaja.

Saya terlepas pandang kerana menyangkakan artikel-artikel berkenaan tiada kaitan. Walhal ia merujuk pada satu perjalanan sama yang berterusan. Saya kembali ke Muar dengan motosikal besar untuk sambutan Aidil Adha 10 Zulhijjah dalam keadaan harus cepat kembali ke Lembah Klang kerana pernikahan berlaku 13 Zulhijjah. Selepas bermalam di rumah bapa saudara di Bukit Damansara rombongan keluarga menghantar saya ke kampung isteri di Tanjung Sepat untuk bernikah. Selepas majlis makan siang bagi meraikan pernikahan sempat melawat seorang bapa saudara yang masuk hospital di Putrajaya dengan kereta pinjam. Esoknya kembali ke KL dengan bas supaya dapat bersama menyambut rombongan pengantin perempuan menghantar isteri dari kampung. Ini ada diceritakan dalam artikel-artikel berikut :-









Bila dilakarkan laluan dalam Google Map jarak yang diberikan adalah 653 km. Tapi itu lakaran yang tidak ada ruang untuk memasukkan perjalanan dari Tanjung Sepat ke Putrajaya sedangkan itu sahaja memakan jarak pergi balik lebih 140 km. Tak campur lagi beberapa persinggahan dalam tempoh waktu berkenaan. Anggaran saya perjalanan keseluruhan harus memakan jarak lebih 810 km.

Selepas itu saya berpindah ke rumah yang isteri sewa di Bandar Tasik Puteri. Lalu perjalanan-perjalanan seterusnya banyak berlaku dengan isteri. Dalam tempoh-tempoh berikut juga saya selalu berulang-alik ke pejabat isteri di Jalan Ipoh sekitar 37 km dari rumah, pergi balik dah 74 km. Apabila sudah masuk persekitaran Kuala Lumpur perjalanan selalu dipanjangkan ke pusat bandar lagi 10 km perjalanan. Kalau dari rumah jadi pergi balik 94 km.

Apapun seperti disebut tadi saya sudah malas untuk membuat kira-kira jarak. Maka terus pada perjalanan  seterusnya dalam senarai...



2009

1. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009 -  lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis

2. Jengka-Bagan Datoh awal 2009 - hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.

3. Melaka Mei 2009 - sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....

4. Muar-Ledang Mei 2009 - sekitar 580 km. Lihat Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?.

5. Aceh Jun 2009 -  1150 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur....

6. Raub ke Sepang Julai 2009 - dekat 500 km. Lihat Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang....

7. Lubuk Pusing ke hilir Perak Julai 2009 - sekitar 500 km. Lihat Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak....

8.  Hulu Muar ke Pulau Besar Julai 2009 -  lebih 580 km. Lihat Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar.

9. Pantai Timur Ramadhan 2009 (Ogos) sekitar 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".

10. Linggi Ogos 2009 - lebih 1,050 km. Lihat Mencari makam tertentu di Linggi.

11. Al-Rasyid ke Selatan Nov 2009 - mendekati 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"....

12. Jalan-jalan anak beranak Disember 2009 - tidak kurang 700 km. Lihat  Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak".



Satu perkara menarik tentang tempoh masa ini adalah sebulan lebih  selepas bernikah iaitu masuk bulan Februari isteri pun mengandungkan anak sulung kami. Semakin lama semakin besar perut tapi kami tetap keluar berjalan ke sana ke mari. Tanpa dipinta isteri malah merangka perjalanan pertama kami  ke Aceh pada bulan Jun, perjalanan kedua bagi saya kerana sudah pergi Januari 2004. Cuma kali ini dapat pergi lebih jauh. Pada 13 Oktober pula anak kami lahir.

Ada beberapa perjalanan berlaku sekitar waktu menunggu anak lahir tapi tak perlulah dinyatakan lagi. Cukup disebut tidak lama kemudian dibuat perjalanan jauh bersama anak menjelang usia 40 hari. Penghujung tahun dibuat lagi perjalanan jauh. Kali ini turut bersama dua anak isteri daripada perkahwinan terdahulu.


2010

1.  Aceh Jan 2010 - 1,050 km. Lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh.

2. Tempat-tempat di Selangor tahun 2010 (Jan-Jul)-  1,030 km. Lihat Tempat-tempat di Selangor yang membuka jaringan ilham....

3. Aceh Feb 2010 970 km. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...

4. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 - sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi

5. Al-Rasyid ke makam lama Perak April 2010 - lebih 600 km. Lihat Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!.

6. Jalan-jalan di Perak sebelah barat  pertengahan 2010 - lebih 650 km. Lihat Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat.

7. Brunei 2010 (Ogos) - 640 km. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos

8. Jejak Dinasti Al-Kamil Ogos 2010 - lebih 850 km. Lihat Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula....

9. Jejak Merong Ogos 2010 -  sekitar 1,400 km. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.

10. Al-Rasyid berhari-raya Sept 2010 - 1,830 km. Lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya.

11. Menyelesaikan bab Perak Okt 2010 - sekitar 850 km. Lihat Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?.

12. Al-Rasyid naik kereta api ke Singapura Nov 2010 - 1,100 km. Lihat Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah....


Anak kecil kami yang diberi nama Muhammad Al-Aminul Rasyid terus dibawa berjalan ke sana ke mari. Pada awal tahun 2010 pun sampai dua kali dibawa ke Aceh. Bulan Ogos dibawa ke Brunei, bulan November dibawa lagi ke Singapura (kerana sudah pergi penghujung 2009). Tapi kali ini dengan kereta api...



2011

1. Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011.

2. Sekitar raya 2011 (Sept)- 2,240 km. Lihat Sekitar raya 2011.

3. Naik Gunung Ledang Okt 2011 - menghampiri 540 km. Lihat Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang.

4. Pusing Perak Okt 2011 - lebih 800 km. Lihat Membawa 'batu bersurat Gangga Negara' keliling Perak?.

5. Medan-Aceh November 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'".

6. Pulau Besar-Muar-Negeri Sembilan Nov 2011 - lebih 650 km. Lihat Keliling Pulau Besar sebelum ke Muar dan Negeri Sembilan.

7. Kembara Johor-Riau 10-18 Disember 2011 - lebih 1,400 km.  Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau.



Berdasarkan senarai atas dari Disember 2010 hingga penghujung April 2011 kelihatan seperti saya tidak ada pergi ke mana-mana. Mustahil ini. Saya pun membuat semakan menggunakan arkib. Tengok-tengok ada 2 perjalanan berlaku Disember 2010 tetapi entah kenapa telah diletakkan sebagai berlaku Julai 2009 lalu dimasukkan ke dalam senarai tahun itu. 

Tak mengapa. Pembetulan mudah boleh dibuat pada artikel Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Tapi untuk artikel-artikel sebelum itu yang terkesan tak larat dah hendak dibetulkan kerana banyak kerja. Cukuplah pembetulan dizahirkan dalam senarai besar kemudian ditunjukkan di sini  menurut pernomboran sana :-


54. Lubuk Pusing ke hilir Perak Dis 2010 - sekitar 500 km. Lihat Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak....

55.  Hulu Muar ke Pulau Besar Dis 2010 -  lebih 580 km. Lihat Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar.


Untuk tempoh Januari hingga April pula didapati saya sibuk hendak menyiapkan artikel-artikel yang kemudian dikumpulkan dalam Susah-payah mencari jejak Merong. Didapati juga saya ada membuat perjalanan-perjalanan berikut tetapi tidak dimasukkan ke dalam senarai :-





















Nah. Saya pasti kalau dikira jarak-jarak untuk perjalanan-perjalanan 'kecil' ini akan dapat sekurang-kurangnya jumlah 2,000 km. Dan lagi rupa-rupanya terlupa hendak meletakkan satu perjalanan penting sama ada pada penghujung tahun 2010 atau awal 2011. Ia ada dalam senarai awal pada permulaan artikel ini. Entah kenapa boleh terlupa...


56. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011 - 2,367 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".


Cuma cerita-ceritanya baru betul-betul mula ditulis lewat iaitu pada pertengahan April 2011. Apapun masuk bulan Mei isteri mengandung lagi. Pun tetap dibuat lagi perjalanan-perjalanan jauh walau sarat mengandung sambil membawa Rasyid yang menjejak usia 2 tahun. Ini termasuk mendaki Gunung Ledang, pergi ke Medan membawa ke Danau Toba membawa Aceh kemudian ke Pulau Bentan. Sedangkan banyak lagi perjalanan dibuat tetapi tidak dimasukkan ke dalam senarai. Hal ini boleh disemak dalam arkib.

Sambil itu saya sebenarnya sedang berusaha untuk menyiapkan buku ke-7. Ia akhirnya terbit selepas raya Aidil Fitri pada bulan Oktober 2011. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia juga Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Cukuplah analisis bagi tempoh masa ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan