Khamis, Mei 20, 2021

Analisis corak dan tren perjalanan - Apabila seorang lagi anak mewarnai pengembaraan awal 2012 hingga penghujung 2016

Salam malam Jumaat 9 Syawal. Tempoh masa seterusnya mahu ditangani adalah dari awal 2012 hingga penghujung 2016. Maka bersambung analisis daripada artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman lebih santai awal tahun 2007 hingga penghujung 2011.


Mula-mula biar diletakkan perjalanan bagi tempoh masa berkenaan yang ada dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 (nota : Sebelum dilakukan sedikit pembetulan jam 6 lebih petang tadi). Biar dikekalkan dahulu pernomboran asal...


65. Bentayan-Alauddin-Tambusai Mac 2012 - sekitar 600 km. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang

66. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 - 2,374.9 km. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...

67. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 - lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"

68. Dari Jelai ke Broga Julai 2012 - sekitar 450 km. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga

69. Jugra ke Tanjung Malim Julai 2012 - sekitar 500 km. Lihat Dari Jugra ke Tanjung Malim mencari batu nesan Aceh di Lubuk Jaya.

70. Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan Ogos 2012 - menghampiri 860 km. Lihat Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan .

71. Bermotosikal ke Pantai Timur Sept 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.

72. Awal Muharam di Tanjung Tuan Nov 2012 - sekitar 310 km. Lihat Awal Muharam di Tanjung Tuan.

73. Misi HIKMAH Melaka penghujung 2012 - lebih 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012.

74. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 - 1,680 km. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.

75. Misi HIKMAH Lumut Jan 2013 -  lebih 450 km. Lihat Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.



78. Umrah ziarah April 2013 -  harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....

79. Sulawesi Selatan Mei 2013 - sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation.

80. Janda Baik-Bukit Tinggi-Hospital Sungai Buloh Mei 2013 - sekitar 265 km. Lihat  Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.

81. Misi HIKMAH V di Kuala Terengganu Jun 2013 - sekitar 1,000 km. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.

82. Jejak Bugis di Pontian Jun 2013 - lebih 800 km. Lihat Jejak saudara mara Bugis belah ibu di Pontian.

83. Misi cuti Hari Malaysia Sept 2013 - lebih 330 km. Lihat Sekitar misi memakan ikan keli gulai asam rong sempena cuti Hari Malaysia.

84. Aidil Adha 1434 (Okt 2013) - sekitar 520 km. Lihat  Sekitar cuti Aidil Adha 1434.

85. Jugra Sultan Abdul Samad Okt 2013 -  lebih 190 km. Lihat Panggilan Jugra Sultan Abdul Samad.

86. Putrajaya, Hulu Langat ganti Aceh Nov 2013 - sekitar 500 km. Lihat Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh.

87. Misi HIKMAH VII di Melaka Nov 2013 - lebih 520 km. Lihat Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah.

88. Membawa kawanAceh ke Melaka Dis 2013 - lebih 450 km. Lihat Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD.

89. Misi HIKMAH IX di Pulau Pinang Feb 2014 - 1,700 km. Lihat Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH IX di Pulau Pinang.

90. Aceh Mac 2014 - 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.

91. Kelantan Jun 2014 - menghampiri 1,300 km. Lihat Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.

92. Pulau Tawar dan Taman Negara Jun 2014 -  lebih 600 km. Lihat Perjalanan ke Pahang atas jaringan persaudaraan ilmu kebatinan Mat Kilau.

93. Persekitaran Ledang Jul 2014 - lebih 630 km . Lihat   Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.

94. Misi kenangan masjid Jul 2014 - lebih 550 km. Lihat Misi kenangan masjid di Muar Jul 2014.

95. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014 - 1,363 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.


97. Beting Beras Basah Okt 2014 - lebih 370 km. Lihat Beting Beras Basah selepas 4 tahun - menyahut panggilan Tok Putih dan Tasik Pauh Janggi.

98. Road trip Batu Pahat-Pontian Okt-Nov 2014 - lebih 800 km. Lihat Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian.

99. Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014 - 1,580 km. Lihat Misi HIKMAH XI di Pagoh Nov 2014.

100. Muar dan Batu Pahat Nov 2014 - sekitar 700 km. Lihat Ke Muar kemudian menyusuri Sungai Batu Pahat.

101. Trip anak beranak ke Desaru Dis 2014 - hampir 1,100 km. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled.

102. KL-NS Dis 2014 - sekitar 480 km. Lihat Dari KL ke Negeri Sembilan : Antara perkahwinan dan tuntutan perjuangan.

103. Ke Utara menutup kalender 2014 - menghampiri 1,100 km. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation.

104. Misi HIKMAH Lembah Bujang Jan 2015 - lebih 820 km. Lihat Misi HIKMAH XII di Lembah Bujang Jan 2015.

105. Perjalanan ke-7 di Aceh Feb 2015 -  540 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh

106. HIKMAH Seri Menanti Mac 2015 - lebih 320 km. Lihat Sekitar HIKMAH Seri Menanti.

107. Misi HIKMAH Chenor Mei 2015 - lebih 850 km. Lihat Misi HIKMAH XIV di Chenor Mei 2015 - Menyambung Sungai Muar ke Sungai Pahang.

108. WB River Fest Mei 2015 - lebih 350 km. Lihat Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015.

109. Kalimantan Barat Jun 2015 -  kurang 800 km. Lihat Jejak Kalimantan Barat – Compiled.

110. Pulau Pinang dan Perak pertengahan 2015 - lebih 1,000 km. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation.

111. Berbusana tradisional 1 Syawal (Julai 2015) - lebih 500 km. Lihat Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal.

112. Misi HIKMAH Beruas Ogos 2015 - 1,170 km. Lihat Misi HIKMAH XV di Beruas Ogos 2015.

113. Menyusur Sungai Johor Ogos 2015 - sekitar 950 km. Lihat Kenangan menyusur Sungai Johor tahun 2015.

114. Festival Pasir Salak Sept 2015 - sekitar 330 km. Lihat Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut.

115. 'Hutang' Raub Okt 2015 - sekitar 270 km. Lihat Melangsaikan 'hutang' Raub demi kelangsungan buku.

116. Panggilan pulau Nov 2015 - lebih 500 km. Lihat Menyahut panggilan pulau.

117. Sekitar Banting Dis 2015 - lebih 270 km. Lihat Dari tarikan kampung di sekitar Banting ke panggilan Star Wars.

118. Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor Disember 2015 - sekitar 575 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.

119. Projek Daulah Melayu 2015-2016 - 4,450 km. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016

120. ‘Menimbang’ Air Sungai Pahang Mei 2016 - mendekati 700 km.  Lihat Kenangan 'Menimbang' air Sungai Pahang 2016.

121. Pulau Besar Mei 2016 - sekitar 500 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.

122. Bentong-Lanchang Mei 2016 - sekitar 320 km. Lihat Jadi 'Chef Wan' di Bentong sebelum mencari jejak Dato' Bahaman di Lanchang.

123. Berbusana ke Negeri Sembilan Jun 2016 - lebih 330 km. Lihat Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan.

124. Malam Tujuh Likur Julai 2016 - sekitar 120 km. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid....

125. Busana tradisonal raya Julai 2016 - menghampiri 600 km. Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya.

127. Chohong Sept 2016 - lebih 500 km. Lihat Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong.

128. Bukit Chandan-Kuala Linggi Sept 2016 - lebih 1,000 km. Lihat  Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah.

129. PD Disember 2016 - hampir 310 km. Lihat Ke PD bersama keluarga.

130. Muar Dis 2016 - sekitar 550 km. Lihat Di Muar bersama ibu bapa yang baru kembali daripada percutian di negara-negara Balkan.



--------------------


OK. Terdapat 66 perjalanan dalam senarai. Ini adalah lebih daripada 50 peratus berbanding dalam Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman lebih santai awal tahun 2007 hingga penghujung 2011. Sekarang biar dibuat dari tahun ke tahun mengikut pernomboran baru sambil dibuat analisis...


2012

1. Bentayan-Alauddin-Tambusai Mac 2012 - sekitar 600 km. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang

2. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 - 2,374.9 km. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...

3. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 - lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"

4. Dari Jelai ke Broga Julai 2012 - sekitar 450 km. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga

5. Jugra ke Tanjung Malim Julai 2012 - sekitar 500 km. Lihat Dari Jugra ke Tanjung Malim mencari batu nesan Aceh di Lubuk Jaya.

6. Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan Ogos 2012 - menghampiri 860 km. Lihat Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan .

7. Bermotosikal ke Pantai Timur Sept 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.

8. Awal Muharam di Tanjung Tuan Nov 2012 - sekitar 310 km. Lihat Awal Muharam di Tanjung Tuan.

9. Misi HIKMAH II Melaka penghujung 2012 - lebih 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012.

10. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 - 1,680 km. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.



Perjalanan pertama dalam senarai bagi tahun 2012 berlaku pada bulan Mac. Apakah tiada perjalanan langsung dibuat pada bulan Januari dan Februari? Dalam artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman lebih santai awal tahun 2007 hingga penghujung 2011 ada disebut bahawa beberapa perjalanan terakhir  dibuat dalam keadaan isteri sedang sarat mengandungkan seorang lagi anak. Masuk bulan Januari tahun 2012 dah 8 bulan mengandung sebenarnya. Mungkin harus berehat tidak keluar lagi berjalan.

Semakan terhadap arkib pada sidebar kanan blogspot menunjukkan bulan Januari banyak dihabiskan untuk menulis artikel-artikel tentang perjalanan-perjalanan pada penghujung tahun 2011. Pun begitu kami rupanya tetap keluar berjalan apabila ada peluang...


Tengok perut isteri. Semasa ini sedang 8 bulan setengah mengandungkan anak kedua kami...


Artikel Kota-kota Bugis di Kuala Linggi dan Lukut yang ditulis pada 4 Februari 2012 menunjukkan jejak sejarah yang kami buat selepas kembali ke rumah ibu bapa saya sempena cuti Tahun Baru Cina. Perjalanan ini meliputi jarak lebih 500 km sambil kami anak beranak ada mendaki bukit. Alhamdulillah isteri yang sedang sarat mengandung tiada masalah. 

Kurang 2 minggu selepas artikel ditulis isteri melahirkan anak awal pagi Jumaat. Ketika itu 17 Februari saya sedang menulis artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh. Ia merujuk pada segmen perjalanan berkenaan yang berlaku pada tarikh 11.11.11 (11 November 2011, kebetulan hari Jumaat). Hal kelahiran anak disebut dalam artikel sebegini :-


OK. Cerita dalam buku yang mula ditulis tahun 2004 itu ada sedikit ralat. Bapa Laksamana @ Maharajalela @ Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat bukan bernama Abdul Rahman tetapi Abdul Rahim. Apapun perhatikan nama Daeng Mansur ada disebut. Di atas adalah gambar kami anak beranak yang akhirnya dapat sampai ke makam Daeng Mansur!

Allah. Sebaik sahaja siap perenggan atas saya mendapat panggilan daripada isteri yang beliau mahu dibawa masuk ke bilik bersalin. Nanti sambung.

----------------------

Sambung balik penulisan. Dah nak masuk jam 11 pagi ni dah. Tadi isteri saya membuat panggilan jam 3 pagi. Jam 5:24 gitu anak kami lahir, seorang bayi lelaki alhamdulillah yang diberi nama Muhammad Alauddin Johan sempena mengambil gelaran sejumlah Raja Aceh (misalnya Sultan Alauddin Ahmad Shah Johan Berdaulat... cuma Ahmad aje nama, yang lain semua gelaran). Selepas menemani isteri dan anak beberapa lama saya kembali ke rumah untuk membasuh dan menanam uri. Kemudian baru mandi dan buka laptop untuk menyambung kerja...


Selepas isteri melahirkan anak lalu mula tempoh berpantang saya ada membuat perjalanan ke Melaka untuk menghadiri satu majlis ilmu lalu mengambil peluang untuk turut menjejak sejarah. Lihat artikel-artikel berikut :-






Sambil itu saya terus berusaha untuk menyiapkan artikel-artikel tentang perjalanan-perjalanan jauh hujung tahun 2011 juga menghadiri lain-lain majlis ilmu lalu menulis tentangnya. Setelah beberapa lama berlakulah perjalanan pertama ada dalam senarai iaitu Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang.

Saya rasa tidak perlu lagi mengorek lagi apa-apa perjalanan lain yang dibuat tetapi tiada dalam senarai. Cukuplah sedikit yang disua tadi untuk menunjukkan tetap ada perjalanan-perjalanan lain walau tiada dalam senarai malah ada yang langsung tidak diceritakan. Masuk bulan Mac anak kecil kami pun mula turut serta dalam setiap pengembaraan kecuali yang mana saya hendak keluar berseorangan atau mahu bersama kawan seperti diceritakan dalam... Ah. Baru tersedar ada membuat kesilapan dalam senarai.



Sepatutnya bagi tahun 2012 ada cerita saya pertama kali membuat perjalanan jauh dengan motosikal setelah 9 tahun tidak melakukannya. Rupanya-rupanya tersalah letak ke dalam senarai tahun 2011. Pembetulan mudah pun dilakukan dengan meletakkannya kembali ke tempat sepatutnya dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Cuma dalam membuat semakan didapati ada ralat besar bagi jarak satu perjalanan lain yang berkaitan lalu dinyatakan sebagai berikut :-


71. Bermotosikal ke Pantai Timur Sept 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.


Bila disemak betul-betul rupa-rupanya ada rekod berdasarkan meter motosikal menunjukkan perjalanan ini sebenarnya memakan jarak  1,849.28 km. Tapi dah tak larat hendak dibetulkan 'ke belakang'. Kerana harus memperbetulkan kedudukan senarai-senarai sebelum ini, kira-kira berkenaan dan macam-macam. Maka itu biar dikekalkan sebagai lebih 1,400 km. Cuma di sini, dalam artikel ini biar ditambah nota bahawa jarak 179,389 km bagi 171 perjalanan yang telah disebut merata sebelum ini harus ditambah lagi 449 km menjadi 179,838 km.

Kembali pada apa yang hendak dinyatakan sebelum tersedar kesilapan. Selepas ada anak baru beliau turut bersama dalam setiap perjalanan kecuali yang mana saya memang ingin keluar berseorangan atau bersama kawan. Maka bolehlah dirujuk perjalanan yang tersalah diletakkan masuk tahun 2010 itu diikuti perjalanan seterusnya dengan pernomboran yang telah disemak semula dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Ia adalah :-


70. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun (Ogos 2012) - lebih 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.

71. Bermotosikal ke Pantai Timur Sept 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.


Sekarang terus pada tahun seterusnya :-


2013

1. Misi HIKMAH Lumut Jan 2013 -  lebih 450 km. Lihat Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.



4. Umrah ziarah April 2013 -  harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....

5. Sulawesi Selatan Mei 2013 - sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation.

6. Janda Baik-Bukit Tinggi-Hospital Sungai Buloh Mei 2013 - sekitar 265 km. Lihat  Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.

7. Misi HIKMAH V di Kuala Terengganu Jun 2013 - sekitar 1,000 km. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.

8. Jejak Bugis di Pontian Jun 2013 - lebih 800 km. Lihat Jejak saudara mara Bugis belah ibu di Pontian.

9. Misi cuti Hari Malaysia Sept 2013 - lebih 330 km. Lihat Sekitar misi memakan ikan keli gulai asam rong sempena cuti Hari Malaysia.

10. Aidil Adha 1434 (Okt 2013) - sekitar 520 km. Lihat  Sekitar cuti Aidil Adha 1434.

11. Jugra Sultan Abdul Samad Okt 2013 -  lebih 190 km. Lihat Panggilan Jugra Sultan Abdul Samad.

12. Putrajaya, Hulu Langat ganti Aceh Nov 2013 - sekitar 500 km. Lihat Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh.

13. Misi HIKMAH VII di Melaka Nov 2013 - lebih 520 km. Lihat Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah.

14. Membawa kawanAceh ke Melaka Dis 2013 - lebih 450 km. Lihat Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD.

Oh. Adapun bermula penghujung tahun 2012 saya mula aktif menganjurkan majlis-majlis ilmu atas nama NGO sendiri yang berdiri nama HIKMAH. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Dalam memastikan kejayaan penganjuran ada beberapa kali harus berjalan jauh ke tempat-tempat berkenaan. Cerita-ceritanya ada dikongsikan dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 atas nama "Misi HIKMAH" diikuti acara ke berapa dan di mana, pada bulan dan tahun berapa.

Contoh-contoh berkenaan bagi penghujung 2012 hingga penghujung 2013 adalah :-

1. Misi HIKMAH II Melaka penghujung 2012 - lebih 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012.

2. Misi HIKMAH III Lumut Jan 2013 -  lebih 450 km. Lihat Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.


4. Misi HIKMAH V di Kuala Terengganu Jun 2013 - sekitar 1,000 km. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.

5. Misi HIKMAH VII di Melaka Nov 2013 - lebih 520 km. Lihat Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah.


Acara pertama Nov 2012 dan keenam Sept 2013 tiada dalam senarai kerana dibuat di Shah Alam lalu jaraknya boleh diabaikan. Begitu juga nanti acara ke-8 di rumah sendiri Feb 2014, ke-16 hingga ke-19 tahun 2016 (di Janda Baik diikuti Seremban, Muzium Negara dan Bukit Tinggi) kerana terletak dalam lingkungan jarak yang boleh diabaikan memandangkan senarai ini sendiri mula dibina untuk melihat apakah perjalanan-perjalanan terjauh saya. 

Hal ini menunjukkan beberapa banyak perjalanan telah diabaikan dalam membina senarai. Nak ambil semua akan jadi terlalu banyak lalu diambil setakat yang perlu untuk menunjukkan betapa aktif saya bergerak ke sana ke mari bagi melakukan pelbagai aktiviti terutama menggali cerita-cerita sejarah. Sambil itu isteri dan anak-anak tetap dibawa ke sana ke mari kecuali bagi sedikit sahaja perjalanan yang elok dibuat sendiri. 

Cuma satu fakta penting tentang perjalanan tahun 2013. Selepas sebulan lebih kembali daripada menunaikan umrah bersama isteri bulan April saya mengalami kecederaan patah kaki  namun tetap meneruskan perjalanan seterusnya ke Sulawesi kerana sudah lama menempah tiket. Ini adalah kali pertama saya mengalami kecederaan sebegitu walaupun banyak perkara lasak telah dilakukan termasuk terjun dari tingkat 3 bangunan beberapa kali semasa zaman sekolah menengah. Disebabkan itu berlaku hal-hal seterusnya termasuk pembedahan bagi membetulkan kerosakan. Namun tetap diteruskan komitmen seperti menganjur acara ke-5 HIKMAH di Terengganu bulan Jun. 

Dalam keadaan masih belum pulih itu saya juga membuat beberapa perjalanan atas permintaan keluarga walaupun ia menyakitkan. Walaupun pergerakan jadi terhad saya tetap tidak dapat menahan tabiat untuk keluar berjalan asal ada peluang. Dengan itu bergerak kita ke senarai bagi tahun seterusnya...


2014

1. Misi HIKMAH IX di Pulau Pinang Feb 2014 - 1,700 km. Lihat Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH IX di Pulau Pinang.

2. Aceh Mac 2014 - 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.

3. Kelantan Jun 2014 - menghampiri 1,300 km. Lihat Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.

4. Pulau Tawar dan Taman Negara Jun 2014 -  lebih 600 km. Lihat Perjalanan ke Pahang atas jaringan persaudaraan ilmu kebatinan Mat Kilau.

5. Persekitaran Ledang Jul 2014 - lebih 630 km . Lihat   Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.

6. Misi kenangan masjid Jul 2014 - lebih 550 km. Lihat Misi kenangan masjid di Muar Jul 2014.

7. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014 - 1,363 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.



10. Road trip Batu Pahat-Pontian Okt-Nov 2014 - lebih 800 km. Lihat Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian.

11. Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014 - 1,580 km. Lihat Misi HIKMAH XI di Pagoh Nov 2014.

12. Muar dan Batu Pahat Nov 2014 - sekitar 700 km. Lihat Ke Muar kemudian menyusuri Sungai Batu Pahat.

13. Trip anak beranak ke Desaru Dis 2014 - hampir 1,100 km. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled.


15. Ke Utara menutup kalender 2014 - menghampiri 1,100 km. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation.


Pada tahun 2014 ini acara HIKMAH pertama kali diadakan di Aceh sambil membawa ibu bapa saya berjalan-jalan. Selepas itu akan diadakan lagi  acara HIKMAH di Aceh tahun 2017 kemudian tahun 2019. Berlaku juga saya dibawa ke Borobudur tanpa disangka tahun 2014. Seperti biasa dicelah-celah ini ada perjalanan-perjalanan lain tetapi tidak perlulah dipanjangkan cerita.


2015

104. Misi HIKMAH Lembah Bujang Jan 2015 - lebih 820 km. Lihat Misi HIKMAH XII di Lembah Bujang Jan 2015.

105. Perjalanan ke-7 di Aceh Feb 2015 -  540 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh

106. HIKMAH Seri Menanti Mac 2015 - lebih 320 km. Lihat Sekitar HIKMAH Seri Menanti.

107. Misi HIKMAH Chenor Mei 2015 - lebih 850 km. Lihat Misi HIKMAH XIV di Chenor Mei 2015 - Menyambung Sungai Muar ke Sungai Pahang.

108. WB River Fest Mei 2015 - lebih 350 km. Lihat Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015.

109. Kalimantan Barat Jun 2015 -  kurang 800 km. Lihat Jejak Kalimantan Barat – Compiled.

110. Pulau Pinang dan Perak pertengahan 2015 - lebih 1,000 km. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation.

111. Berbusana tradisional 1 Syawal (Julai 2015) - lebih 500 km. Lihat Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal.

112. Misi HIKMAH Beruas Ogos 2015 - 1,170 km. Lihat Misi HIKMAH XV di Beruas Ogos 2015.

113. Menyusur Sungai Johor Ogos 2015 - sekitar 950 km. Lihat Kenangan menyusur Sungai Johor tahun 2015.

114. Festival Pasir Salak Sept 2015 - sekitar 330 km. Lihat Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut.

115. 'Hutang' Raub Okt 2015 - sekitar 270 km. Lihat Melangsaikan 'hutang' Raub demi kelangsungan buku.

116. Panggilan pulau Nov 2015 - lebih 500 km. Lihat Menyahut panggilan pulau.

117. Sekitar Banting Dis 2015 - lebih 270 km. Lihat Dari tarikan kampung di sekitar Banting ke panggilan Star Wars.

118. Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor Disember 2015 - sekitar 575 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.


Pada tahun 2015 berlaku beberapa lagi perjalanan di luar kawasan untuk menjayakan acara-acara HIKMAH. Berlaku juga tawaran saya dibelanja berjalan menjejak sejarah lagi di Aceh kemudian di Kalimantan Barat. Pada tahun itu juga saya mendapatkan tawaran untuk menyertai satu projek dokumentari 13 episod bernama "Daulah Melayu". Tetapi biar cerita-cerita berkenaan dimasukkan ke dalam senarai tahun 2016. Di celah-celah itu sempat bekerja kembali dengan bapa saudara untuk memajukan yayasan di bawah beliau lalu perlu ke pejabat Yayasan di Bukit Jalil sekurang-kurangnya sekali seminggu. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman pencarian makna diri penghujung 2001 sehingga blogspot dibuka penghujung 2006

Tapi akhir kalam orang  yang pada penglihatan saya dahulu cuba menyelewengkan aset masih terlibat dengan yayasan lalu berusaha untuk mengeluarkan saya. Pergi pada tahun seterusnya merangkap terakhir bagi artikel ini...


2016

1. Projek Daulah Melayu 2015-2016 - 4,450 km. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016

2. ‘Menimbang’ Air Sungai Pahang Mei 2016 - mendekati 700 km.  Lihat Kenangan 'Menimbang' air Sungai Pahang 2016.

3. Pulau Besar Mei 2016 - sekitar 500 km. Lihat Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji.

4. Bentong-Lanchang Mei 2016 - sekitar 320 km. Lihat Jadi 'Chef Wan' di Bentong sebelum mencari jejak Dato' Bahaman di Lanchang.

5. Berbusana ke Negeri Sembilan Jun 2016 - lebih 330 km. Lihat Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan.

6. Malam Tujuh Likur Julai 2016 - sekitar 120 km. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid....

7. Busana tradisonal raya Julai 2016 - menghampiri 600 km. Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya.

9. Chohong Sept 2016 - lebih 500 km. Lihat Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong.

10. Bukit Chandan-Kuala Linggi Sept 2016 - lebih 1,000 km. Lihat  Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah.

11. PD Disember 2016 - hampir 310 km. Lihat Ke PD bersama keluarga.



Hmm. Tak tahu bagaimana hendak mengulas lagi kecuali mengatakan bagi saya ini semua cuma business as usual bagi saya. Maksudnya apa? Selagi boleh berjalan dan ada ruang untuk melakukannya saya berjalanlah. Dah seperti biasa saya berjalan itu bukan sekadar untuk sampai dari lokasi ke satu lokasi. Mesti ada banyak persinggahan sama ada dirancang atau tiba-tiba muncul kesempatan dan keinginan lalu banyaklah dapat dilihat sambil menggali sejarah yang tersembunyi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan