Jumaat, Mei 21, 2021

Analisis corak dan tren perjalanan - awal 2017 hingga terkini tahun 2021

OK. Sampai masanya untuk menangani set terakhir perjalanan daripada artikel Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 iaitu bagi tempoh masa awal 2017 sehingga terkini tahun 2021. Bersambung daripada artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Apabila seorang lagi anak mewarnai pengembaraan awal 2012 hingga penghujung 2016.



Perjalanan-perjalanan yang hendak ditangani adalah seperti berikut menurut pernomboran dalam artikel :-


131. Ke Patani Januari 2017 -  lebih 1,400 km. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.

132. Tengah Sumatera Jan-Feb 2017 lebih 900 km. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation.

133. Muar lagi Mac 2017 - sekitar 1,030 km. Lihat Menyahut (lagi) panggilan Muar.

134. Aceh Mac 2017 - 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari.

135. Teluk Intan April 2017 - sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan.

136. Hol Gunung Jerai  April 2017 sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017

137. Pahang April 2017 - sekitar 750 km. Lihat Jejak Tok Bahaman.

138. Parit Betak Jun 2017 - hampir 800 km. Lihat Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian.

139. Dari Pagoh ke Pulau Besar Ogos 2017 - lebih 570 km. Lihat Dari Pagoh ke Pulau Besar.

140. Cameron Highlands Ogos 2017 -  hampir 600 km. Lihat Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.

141. Bermotosikal dan naik gunung Okt 2017 - lebih 570 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.

142. Aktiviti kecil Okt 2017 - lebih 480 km. Lihat Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga...

143. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017 - sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... 

144. Pusing Thailand Disember 2017 - 4,167 km Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.

145. Ke Patani Mac 2018 - harus 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.

146. Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan Jun 2018 - lebih 850 km. Lihat Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018.

147. Perjalanan 'terbaru' ke Terengganu Ogos 2018 - lebih 1,100 km. Lihat Perjalanan terbaru ke Terengganu tahun 2018 - Menyahut panggilan kebatinan dan isyarat-isyarat yang muncul kemudian....

148. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018 - lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.

149. Muar-Bukit Kepong-Pulau Besar Sept 2018 - lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram

150. Cambodia Nov-Dis 2018 - lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.

151. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018 - sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.

152. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 (Januari 2019) - lebih 600 km. Lihat Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007.

153. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 (Mac) - lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.

154. Hol Tok Pulau Manis April 2019 - hampir 1,100 km.  Lihat Kenangan menyahut panggilan hol Tok Pulau Manis 2019.

155. Awal Syawal Jun 2019 - lebih 550 km. Lihat Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu.

156. Putrajaya Jun 2019 - sekitar 310 km. Lihat 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat...

157. Misi buku Kenangan Kembara Eropah 1995 (Jun 2019) - 540 kmLihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca.

158. Jelai Jul 2019 - sekitar 470 km . Lihat  Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.

159. Sekitar Aidil Adha  Ogos 2019 - lebih 630 km. Lihat Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan

160. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 - lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.

161. Membawa semangat Aceh ke Perak Sept 2019 - lebih 800 km. Lihat Kompilasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".

162. Krabi Dis 2019 - sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.

163. Kuala Selangor Feb 2020 - sekitar 135 km. Lihat Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor.

164. KKB-Fraser-Raub-JB Jul 2020 - lebih 300 km. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa.

165. Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan Ogos 2020 - lebih 700 km. Lihat Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.

166. Kuala Muar ke Kuala Pahang Ogos 2020 - hampir 1,100 km. Lihat Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".

167. Road trip ke Melaka Ogos 2020 - sekitar 420 km. Lihat Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu.

168. Misi menghantar anak balik kolej Ogos-Sept 2020 - 861 km. Lihat Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej".

169. Misi Teluk Intan-Beruas Dis 2020 - tidak kurang 500 km. Lihat Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga.

170. Perjalanan ke selatan penghujung 2020 - sekitar 1,040 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.

171. Iktikaf masjid penghujung Ramadhan 2021 - 658 km. Lihat Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021.



Kelihatan terdapat 41 perjalanan dalam senarai. Sekarang biar dilihat dari tahun ke tahun dengan pernomboran baru sambil/lalu dibuat analisis :-


2017

1. Ke Patani Januari 2017 -  lebih 1,400 km. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.

2. Tengah Sumatera Jan-Feb 2017 lebih 900 km. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation.

3. Muar lagi Mac 2017 - sekitar 1,030 km. Lihat Menyahut (lagi) panggilan Muar.

4. Aceh Mac 2017 - 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari.

5. Teluk Intan April 2017 - sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan

6. Hol Gunung Jerai  April 2017 sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017

7. Pahang April 2017 - sekitar 750 km. Lihat Jejak Tok Bahaman.

8. Parit Betak Jun 2017 - hampir 800 km. Lihat Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian.

9. Dari Pagoh ke Pulau Besar Ogos 2017 - lebih 570 km. Lihat Dari Pagoh ke Pulau Besar.

10. Cameron Highlands Ogos 2017 -  hampir 600 km. Lihat Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.


12. Aktiviti kecil Okt 2017 - lebih 480 km. Lihat Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga....

13. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017 - sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... 

14. Pusing Thailand Disember 2017 - 4,167 km Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.


Tahun tersebut menyaksikan buat pertama kali saya berpeluang menjejakkan kaki ke wilayah Melayu Patani di selatan Thailand. Ini timbul apabila ada rombongan dari Malaysia mahu masuk atas undangan rakan-rakan dari Patani untuk majlis ilmu 14 Januari. Setelah mendapat sedikit belanja saya pun pergi dengan dua orang kawan perempuan. Tetapi saya kembali berseorangan dengan pengangkutan awam kerana hendak berjalan sehingga ke Songkhla/Singgora selepas majlis selesai.

Seterusnya saya mendapat berita ada rombongan dari Malaysia mahu melakukan lawatan silaturrahim ke pusat kawasan Minang di Pagarruyung. Kali ini saya mendapat penajaan belanja seorang kawan lalu ikut rombongan kemudian menyambung perjalanan secara berseorangan dengan pengangkutan awam menuju ke Kampar kemudian Siak. Bulan Mac baru berjalan ke luar negara bersama keluarga iaitu ke Aceh sambil melaksanakan acara HIKMAH (rujuk penerangan berkenaan dalam artikel Analisis corak dan tren perjalanan - Apabila seorang lagi anak mewarnai pengembaraan awal 2012 hingga penghujung 2016). Kemudian berlakulah perjalanan-perjalanan lain dalam senarai... 

Paling epic adalah apabila membuat keputusan untuk memandu kereta sendiri berjalan pusing Thailand hujung tahun hingga ke Ayuthayya bersama keluarga dan dua orang kawan sehingga mencapai jarak lebih 4,000 km. Malas dah hendak mengorek perjalanan-perjalanan selain yang disenaraikan. Cukuplah disebut mesti ada... wajib ada. Tinggal nak cerita ke tidak, hendak disebut atau diabaikan. Dengan itu terus pergi pada perjalanan-perjalanan bagi tahun seterusnya.



2018

1. Ke Patani Mac 2018 - harus 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.

2.  Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan Jun 2018 - lebih 850 km. Lihat Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018.

3. Perjalanan 'terbaru' ke Terengganu Ogos 2018 - lebih 1,100 km. Lihat Perjalanan terbaru ke Terengganu tahun 2018 - Menyahut panggilan kebatinan dan isyarat-isyarat yang muncul kemudian....

4. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018 - lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.

5. Muar-Bukit Kepong-Pulau Besar Sept 2018 - lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram

6. Cambodia Nov-Dis 2018 - lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.

7. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018 - sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.


Yang ini kena semak di arkib pada sidebar kanan blogspot kerana terdapat kelompongan besar bagi tempoh Januari hingga Februari diikuti April-Mei. Mustahil dalam tempoh 5 bulan  sehingga Jun saya cuma ada membuat satu sahaja perjalanan iaitu ke Patani bulan Mac, satu perjalanan yang dibuat bersama keluarga dengan kereta sendiri. Semakan menunjukkan tempoh masa awal tahun banyak digunakan untuk menyelesaikan cerita-cerita bagi perjalanan terakhir tahun 2017. Itu yang dikumpulkan dalam Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation. Selain itu saya sibuk dengan kerja-kerja penerbitan buku ke-11 dan buku ke-12 yang dikeluarkan secara berkembar. Keluar sahaja buku dari kilang Mac 2018 harus menangani tempahan, membuat promosi juga mengatur pelancaran buku. Lihat :-


1. Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya?


2.Benua Tua Melayu - Betulkah ia sumber peradaban dunia?


3. Tentang backlog penulisan dan usaha buku baru..


4. Menerbitkan buku Adam Melayu dan Benua Tua


5. Final Countdown - Buku berkembar Adam Melayu dan Benua Tua dah nak siap!


6. Buku berkembar Adam Melayu dan Benua Tua mula menemui pembaca - Nostalgia perasaan yang timbul sekitar urusan berkenaan


7. Bila mereka yang sudah membayar awal mendapat buku...


8. Soft launch buku Nabi Adam dan Orang Melayu dengan Benua Tua Melayu berserta sedikit hal susulan


9. Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal...


10. Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC


11. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar


12. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah


13. Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL 2018



Di celah-celah itu ada membuat beberapa perjalanan kecil dan sederhana jauh termasuk untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Yang melibatkan buku pula sudah tersenarai di atas. Lihat :-



1. "Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu" di Galeri Petronas, KLCC'


2. Dari majlis perkahwinan di Batu Tambahan ke rumah Uwan di Padang Balang


3. Musnahnya satu bukti penempatan awal Islam di Kuala Lumpur


4. Menyelesaikan isu 'kemusnahan' kesan sejarah Melayu Islam awal di Kuala Lumpur

5. Anjung Tradisi 2018 di Sarang Art Hub - Mengomel sikit tentang keMelayuanlah pulak...

6. 'Selingan' hujung minggu - Majlis perkahwinan, tahlil dan BBQ

7. Sembang santai sejarah di Muar dan parking buku di Melaka

8. Separuh akhir Pendekar Muda 2018


Cukuplah untuk menunjukkan memang mustahil saya tidak membuat apa-apa perjalanan dalam tempoh 5 bulan awal tahun 2018 selain satu dalam senarai. Sekarang baru boleh dijawab kenapa wujud 'kelompongan' seterusnya iaitu bagi tempoh September hingga penghujung November.


Apa yang berlaku adalah pada penghujung Ogos saya telah mendaftar untuk menjadi pelajar kembali. Lihat Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia. Bermula awal September saya pun menghadiri kelas di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, 40 km pergi 40 km balik dari rumah. Tiap-tiap minggu saya ke sana sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sehingga hujung bulan Januari. Cuma ada ponteng sat bila membuat perjalanan bersama keluarga ke Cambodia  22 November hingga 3 Disember.

Selain itu saya terus mengikuti kelas dalam tempoh 5 bulan dari awal September hingga penghujung Januari. Masa saya ponteng itu tak sampai pun 2 minggu lalu boleh dikatakan selama 20 minggu saya konsisten ke kelas 3 kali seminggu. Ini menjadikan jarak 3 x (40 + 40) x 20 = 4,800 km.

Alang-alang sudah mengira jarak baru teringat. Apabila berpindah ke rumah sekarang di Bandar Sungai Buaya, Rawang Januari 2014 saya mula menghantar anak ke tadika 3 km dari rumah. Hantar pagi 3 km kemudian balik 3 km. Ambil dari tadika pergi balik lagi 6 km jadi 12 km sehari. Seminggu darab 5 jadi 60 km. 

Sehingga penghujung tahun 2015 (kerana merujuk dahulu pada tempoh berkenaan bagi Analisis corak dan tren perjalanan - Apabila seorang lagi anak mewarnai pengembaraan awal 2012 hingga penghujung 2016) begitulah keadaannya. Dalam satu tahun yang mengandungi 52 minggu cuma dalam 12 minggu sahaja tidak bersekolah lalu 40 minggu begitulah keadaannya berulang alik menghantar anak. Maka setahun jadi jarak 40 x 60 = 2,400 km. Dari tahun 2014 hingga 2015 ada 2 tahun jadi jumlah 2,400 km x 2 = 4,800 km.

Masuk tahun 2016 seorang anak masuk sekolah rendah tahun lalu ada penambahan pergi balik. Adik kepada anak  tadi pula yang masuk tadika tapi dekat-dekat dengan sekolah rendah jadi boleh ambil sekali harung. Cuma bezanya si abang juga dah masuk sekolah agama sebelah petang lalu proses ambil pergi balik bertambah sekali ganda. Oleh itu perjalanan ke sekolah menjadi 4 kali sehari darab 6 km pergi balik = 24 km sehari, darab 5 jadi 120 km seminggu, darab 40 jadi 4,800 km untuk tahun itu.

Maka untuk tahun 2014 hingga 2016 ada perjalanan 4,800 km + 4,800 km = 9,600 km semata-mata untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

Untuk tahun 2017 baru masuk dalam konteks semasa artikel ini lalu biar dikira sehingga hujung 2019. Kenapa begitu? Akan diterangkan keadaan yang muncul apabila masuk bab tahun 2020 nanti. Dari 2017 hingga 2019 meliputi tempoh 3 tahun sebenarnya (2017, 2018, 2019). Jumlah jarak bagi menghantar anak-anak menjadi 3 x 4,800 = 14,400 km.

Sekarang masuk pada tahun berikutnya untuk dibuat analisis :-


2019

1. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 (Januari 2019) - lebih 600 km. Lihat Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007.

2. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 (Mac) - lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.

3. Hol Tok Pulau Manis April 2019 - hampir 1,100 km.  Lihat Kenangan menyahut panggilan hol Tok Pulau Manis 2019.


5. Putrajaya Jun 2019 - sekitar 310 km. Lihat 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat...

6. Misi buku Kenangan Kembara Eropah 1995 (Jun 2019) - 540 kmLihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca.

7. Jelai Jul 2019 - sekitar 470 km . Lihat  Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.

8. Sekitar Aidil Adha  Ogos 2019 - lebih 630 km. Lihat Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan

9. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 - lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.

10. Membawa semangat Aceh ke Perak Sept 2019 - lebih 800 km. Lihat Kompilasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".

11. Krabi Dis 2019 - sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.


Ketika ini saya sudah habis kelas wajib yang patut dihadiri di ISTAC lalu masuk full research mode, boleh membuat kajian daripada mana sahaja, sesekali harus melaporkan perkembangan kepada penyelia dan pejabat. Namun boleh kata sekurang-kurangnya seminggu sekali saya  berulang alik 80 km ke sana untuk menghadiri majlis-majlis ilmu selain seronok dengan suasana bangunan utama yang terasa seperti ada aura zaman kegemilangan Islam di Andalusia 1,000 tahun lampau. Dan bila sudah keluar itulah  diambil peluang untuk berjalan-jalan ke pusat bandar raya KL juga berjumpa kawan-kawan dan membuat hal-hal lain. Dengan itu jarak pergi balik 80 km tadi naik ke purata 100 km lalu boleh didarab 52 untuk setahun jadi 5,200 km

Walaupun ada minggu-minggu saya berjalan ke tempat lain tetapi anggaran ini boleh dipakai kerana dibuat dengan anggapan cuma ke sana lalu berjalan ke KL seminggu sekali sahaja walhal ada masa sehingga 3 kali seminggu. Kemuncak perjalanan bagi tahun ini adalah apabila kami anak beranak pergi ke Krabi di selatan Thailand. Tetapi kereta rosak teruk selepas 100 km lebih sahaja membuat perjalanan. Kami teruskan dengan pengangkutan awam tapi kereta tersadai lama di Ipoh. Maka pergi ke tahun seterusnya...


2020

1. Kuala Selangor Feb 2020 - sekitar 135 km. Lihat Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor.

2. KKB-Fraser-Raub-JB Jul 2020 - lebih 300 km. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa.

3. Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan Ogos 2020 - lebih 700 km. Lihat Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.

4. Kuala Muar ke Kuala Pahang Ogos 2020 - hampir 1,100 km. Lihat Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".

5. Road trip ke Melaka Ogos 2020 - sekitar 420 km. Lihat Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu.

6. Misi menghantar anak balik kolej Ogos-Sept 2020 - 861 km. Lihat Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej".

7. Misi Teluk Intan-Beruas Dis 2020 - tidak kurang 500 km. Lihat Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga.

8. Perjalanan ke selatan penghujung 2020 - sekitar 1,040 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.


Bulan Januari kelihatan tiada apa-apa perjalanan.  Selain penat selepas membuat perjalanan jauh ke Krabi dengan hal kereta rosak belum selesai masa banyak digunakan untuk menyiapkan cerita-cerita perjalanan juga untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di ISTAC. Tiba-tiba berlaku PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula 18 Mac untuk membendung penularan wabak Covid-19. Semua orang kecuali yang mendapat pengeculian akibat tugasan dan lain-lain hal tidak boleh keluar lebih 10 km dari kediaman. Kalau ditangkap terus kena denda RM1,000.

Hal ini berlanjutan sehingga minggu ketiga bulan raya Syawal 13 Jun tak salah (lupa tarik tepat). Baru boleh keluar jauh sehingga merentas negeri. Itu yang diambil peluang untuk membuat perjalanan no 2 hingga 6. Tiba-tiba diperketatkan balik bulan November. Dekat nak Krismas baru dilonggarkan balik lalu berlakulah perjalanan nombor 8, terakhir bagi tahun 2020. Pergi ke tahun seterusnya merangkap terakhir untuk dianalisa.


2021

1. Iktikaf masjid penghujung Ramadhan 2021 - 658 km. Lihat Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021.


Ah. Saya cuma dapat memasukkan satu sahaja perjalanan dalam senarai walaupun hari ini sudah 21 Mei iaitu hampir setengah tahun masuk 2021. Pada 13 Januari PKP diperketatkan balik sehingga tidak boleh keluar daerah. Untuk majlis-majlis ilmu sejak sebelum pertengahan tahun 2020 sudah beralih ke webinar iaitu seminar melalui Internet. Bila sudah lama tidak boleh berjalan itu yang timbul ilham untuk membuat senarai perjalanan-perjalanan jauh seperti dinyatakan dalam artikel Akibat PKP - Persediaan untuk senarai 50 perjalanan terjauh dalam ingatan pada 4 Februari.

Masuk bulan April baru ada kelonggaran lalu ada membuat beberapa perjalanan rentas daerah. Masih tidak boleh merentas negeri tapi ada le kelegaan sedikit. Antaranya seperti diceritakan dalam artikel Mendekati kembali dunia perkudaan atas asbab telah menyelesaikan artikel-artikel berkenaan?. Atas kelonggaran yang sama jugalah dapat dibuat perjalanan beriktikaf dari masjid ke masjid 7-9 Mei untuk membentuk satu-satunya perjalanan tahun dalam senarai (setakat ini). Tetapi bermula 10 Mei PKP diperketatkan balik tidak boleh merentas daerah dan kemungkinan akan berlanjutan beberapa bulan lagi akan datang. Sekian analisis dan selamat malam, wassalam. :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan