Salam hari Ahad malam Isnin 14 Ramadhan. Sebelum berkongsi cerita yang sepatutnya untuk malam ini biar dipaparkan dahulu apa yang telah diletakkan di Facebook sekitar jam 9 tadi...
BARAKAH 13 RAMADHAN
Alhamdulillah berbuka puasa petang Ahad 13 Ramadhan tadi jadi lebih bermakna setelah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Ramadhan sekitar 10 minit sebelum waktu berbuka. Sebelum itu timbul kerisauan juga tidak dapat mengejar sasaran disebabkan kepala terasa berat, badan kurang bertenaga, tekak kering, bacaan asyik tersasul lalu diulang-ulang sampai 7 kali pun ada demi mendapatkan rasa puas dapat mengikut tajwid semampu mungkin sambil membaca kuat dan berlagu. Dengan ini juga saya dapat mencapai sasaran khatam 3 kali dalam tempoh 3 bulan kebelakangan. Untuk bulan Rejab saya dapat mengkhatamkan pada hari ke-22, untuk bulan Sya'aban pada hari ke-17.
Perkara ini tidaklah hebat bagi orang yang mampu mengkhatamkan Quran sebanyak 3 kali sebulan apa lagi bagi mereka yang dapat melakukannya setiap 3 hari malah sehari sekali. Tetapi sangat besar maknanya bagi saya yang banyak dosa dan sering kali tersasul juga baca merangkak2 sambil asyik menghadapi gangguan angin sendawa, sakit kepala dan bisa2 badan. Inilah kali pertama saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam tempoh 13 hari. Ramadhan tahun lepas dapat melakukannya dalam tempoh 15 hari.
------------
-------------
Ceritanya boleh dicapai dalam artikel Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur". Melihat pada jarak perjalanan 2,367 km ia sepatutnya dimasukkan ke dalam sejarah Top Ten iaitu 10 perjalanan terjauh. Timbul rasa bahawa satu perjalanan lain yang dikenal pasti boleh mencapai jarak dekat 2,000 km malah lebih tetapi diabaikan harus digali kembali ingatan tentangnya lalu dimasukkan dalam senarai 50 perjalanan terjauh juga. Tentang perjalanan tersebut ada disebut dalam artikel Sepuluh perjalanan istimewa melalui teks berikut :-
Sekarang saya fikir perjalanan ini tidak boleh diabaikan lagi. Apatah pula perjalanan-perjalanan yang sudah ada ceritanya dalam CATATAN SI MERAH SILU. Maka itu saya perlu meneliti kembali semua artikel yang ada dalam blogspot mengenal pasti manakah perjalanan-perjalanan yang harus diambil kira selain apa yang sudah tertera dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Nak ambil kira semua perjalanan yang telah dibuat memang tak dapat kerana terlalu banyak. Boleh kata asal ada sahaja masa, kelapangan dan cukup belanja saya akan berjalan jauh ke luar kawasan.
Buat masa ini biar dikongsikan apa yang sudah dapat dikumpulkan sehingga hampir jam 3 pagi Ahad. Ada antara perjalanan yang disenaraikan sudah ada kompilasi, ada yang harus dibuat kompilasi lalu dipersembahkan selepas ini. Dan setelah meneliti sampai perjalanan jauh terkini (sampai penghujung tahun 2020, tahun 2021 belum ada lagi) nanti setiap perjalanan harus dibuat lakaran dalam Google Map untuk menentukan jarak. Selepas itu akan dikemaskinikan kembali Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Selesai itu baru boleh dibuat analisa.
2. Mengenang lawatan spontan ke Singapura 2006... (Nov 2006)
3. Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar tahun 2008 (awal 2008)
Salam daripada tepian Sungai Perak
Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!
Perjalanan terbaru ke Perak... Singgah ke Teluk Intan...
Salam ukhuwah untuk semua anak cucu Keramat Kuala Bidor dan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam!
5. Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap! (Ogos 2008)
6. Balik raya 2008
Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Membuka cerita di Raub...
Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di sebelah makam Pengkalan Kempas...
7. Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... (hujung 2008)
8. Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis (awal 2009)
9. Awal 2009...
Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini...
Views from above the Karak highway
The mouth of the Lipis river... the place where Kuala Lipis began
Kuala Tembeling, the doorway to Taman Negara...
Masjid jamek (main mosque of) Pulau Tawar, Pahang
Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau...
A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - the way in...
A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - enter Gua Tongkat...
A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - Gua Balai and out...
In Temerloh for a dish of ikan patin...
Masjid (mosque of) Abu Bakar, Temerloh
10. Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka...(Mei 2009)
11. Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait? (Mei 2009)
12. Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang... (Julai 2009)
13. Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak... (Julai 2009)
14. Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar (Julai 2009)
Minggu seterusnya 16 Sept...
Adakah gambar juadah tadi adalah meatball bersama cheese... Wah ini kesukaan hamba ni..
BalasPadamIya. Sedap kan?
BalasPadamSampai hati cakap sedap kan?... Nak menyindir ke tu...huhuhu.. kempunan dibuatnya oleh miker..
BalasPadam