Selasa, Disember 07, 2010

Nostalgia masa lalu

Pengunjung dan pembaca setia yang ada bertandang sehari dua kebelakangan mesti sedar ada perubahan sedang dilakukan pada blogspot ini. Beberapa elemen blogspot sedang diatur dan disunting kembali dan saya tergerak untuk menulis ini ketika baru hendak mendedikasikan ruangan sidebar kanan bawah profile dengan artikel-artikel yang melibatkan nostalgia masa lalu. Saya telah terlebih dahulu mencabut bahagian bertajuk "Klip video perjalanan berserta ulasan" lalu meletakkannya lebih ke atas. Sekarang saya mahu meletakkan satu gambar pengenalan untuk bahagian yang akan dinamakan "Nostalgia masa lalu", bahagian yang buat masa kini cuma ada sedikit sahaja artikel yang telah dikumpulkan di bawah tajuk "Kenangan Sekolah Sains".

Gambar yang dipilih adalah gambar saya semasa kecil, rasanya sekitar 38 tahun lalu, satu dari gambar yang dicadangkan mahu digunakan untuk satu buku baru tentang keluarga sebelah ibu. Namun pengkajian dan sedikit penulisan buku yang dimulakan penghujung tahun lepas jadi tergendala atas sebab tertentu. Apapun alang-alang ingin mengisi gambar di sidebar biar ia turut dikongsikan sebagai artikel baru. Semoga usaha perubahan yang dimulakan semalam iaitu pada malam 1 Muharram 1432 Hijriah ini dapat memberikan nafas yang lebih segar dalam hidup kami sekeluarga. Teks untuk sidebar...


Setiap kita dibentuk oleh masa lalu. Banyak juga pengamalan hidup saya sejak kecil hingga dewasa telah dihuraikan dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" walaupun bersandarkan satu watak khayalan bernama Muhammad Al-Aminul Rasyid, satu nama yang kini dipakai oleh anak kecil saya yang lahir 13 Oktober 2009. Huraian ini dibuat untuk menerangkan perubahan yang ditempuhi watak sehingga ia begitu berminat untuk mencari sejarah Melayu lama. Di sini biar dikumpulkan links untuk artikel berkenaan pengalaman masa lalu.


Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak...


Allah! Rupa-rupanya ada lagi satu siri kecil yang belum dijadikan kompilasi. Seperti perjalanan ke Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar yang disebut dalam artikel Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar tadi, ia juga melibatkan perjalanan yang dibuat bulan Julai 2009. Malah ia dibuat sedikit lebih awal. Tetapi seperti perjalanan ke Negeri Sembilan, penceritaannya juga dibuat di celah artikel-artikel tentang Aceh. Lihat sendirilah apakah ceritanya...

1. Misteri Lubuk Pusing dan keramat Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki

2. Ke Beting Beras Basah bersama isteri... nyaris tenggelam dalam selut daaa!

3. Keadaan terbaru makam Raja Ahmad dan sekitarnya...

4. Makam Keramat Kuala Bidor, Marhum Durian Sebatang dan sekitar Teluk Intan...

5. Keramat Sungai Durian dan Kota Setia. Apa ceritanya?

6. Mencari makam-makam lama malam-malam di Kampung Kota...


Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar



Tu dia. Dalam korek punya korek untuk membuat beberapa perubahan di blogspots, terjumpa lagi beberapa perkara. Selain siri perjalanan keretapi ke seluruh Semenanjung yang dibuat pertengahan tahun untuk satu projek buku saya dapati ada satu siri kecil yang belum dikumpulkan menjadi kompilasi. Seperti disebut pada artikel Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432! buku mengenai perjalanan keretapi itu mungkin akan siap dicetak 2 minggu lagi. Jadi eloklah artikel kompilasi siri dibuat selepas keluar buku. Tinggal siri kecil yang dimaksudkan untuk dikumpulkan linksnya...

Adapun siri kecil itu adalah berkenaan satu perjalanan ke Negeri Sembilan yang dibuat untuk mencari kedudukan hulu Sungai Muar, kononnya untuk mendapatkan feel dari cerita Melayu lama, Hikayat Malim Deman yang menyebut di situlah baginda Malim Deman berjumpa dan mengahwini seorang puteri dari kayangan. Dari sana saya dan isteri yang ketika itu sedang sarat mengandungkan Al-Rasyid bergerak pula ke Pulau Besar. Perjalanan ini dibuat penghujung Julai 2009.

Ketika itu saya sedang sibuk bercerita tentang perjalanan ke Aceh sebulan sebelumnya dan disebabkan cerita perjalanan Negeri Sembilan itu dibuat di celah-celah cerita Aceh, saya nampaknya terlupa untuk mengumpulkan links menjadi kompilasi. Apapun sementara masih menyedari kekhilafahan ini biar kompilasi linksnya dibuat di sini. Selain mengingatkan satu perjalanan lama yang mungkin ada kaitan tersirat dengan keadaan saya sekarang ia juga dapat memudahkan proses meletakkan kompilasi siri pada sidebar blogspot. Ini dia...


1. Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - dari Kajang ke Tanjung Ipoh...

2. Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - singgah di makam Tuan Tulis

3. Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - mencari hulu Sungai Muar dan makna di sebaliknya... nombor 131 lagi!

4. Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - Kisah Malim Deman dan keistimewaan hulu Sungai Muar...

5. Negeri Sembilan ke Pulau Besar... asam pedas Melaka dan Masjid Kampung Hulu

6. Pulau Besar dan nombor 535 sebagai penutup gerak 'antara' Aceh!


Isnin, Disember 06, 2010

Kenangan poster promosi buku

OK. Sempena Maal Hijrah ini saya bercadang untuk membuat beberapa perubahan terutama dari segi rekaletak isi di semua blogspots saya. Antaranya saya rasa sudah sampai masanya gambar poster-poster lama di bahagian atas setiap blogspot dicabut terus. Biar diletakkan pada satu artikel yang link nya boleh diletakkan berserta links artikel lain berkaitan promosi buku di sidebar...



Poster pertama dibuat untuk promosi siri buku Jun 2007, selepas terbit BKA II


Poster kedua dibuat sebelum terbit BKA III Nov 2007



Poster ketiga dibuat setelah BKA III selamat menemui peminat


-----------------------



Klik pada mana-mana gambar untuk mendapatkan fail dalam saiz sebenar. Anda dipersilakan membuat printing sendiri untuk tolong mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"!


Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432!



Aduh! Sekali lagi saya dilanda rasa yang teramat malas untuk menulis. Rasa ini mula melanda lagi setelah menyajikan artikel 777, umur 40 dan tawaran terhad buku 10 hari lalu dan sejak itu cuma satu sahaja artikel baru dibuat di mana-mana blogspot saya iaitu Akhirnya... bentuk 'lidah terjulur' yang masih wujud di Aceh 5 hari lalu. Sepatutnya saya telah memulakan satu siri baru tentang perjalanan menaiki keretapi ke Singapura yang dibuat pertengahan bulan November. Tetapi melihat pada mood saya buat masa ini ada kemungkinan ia cuma akan dimulakan minggu hadapan.

Kamera saya yang mengalami kerosakan sekembalinya dari perjalanan ke Beting Beras Basah (lihat Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah) sebulan lalu pula masih belum dapat diperbaiki sepenuhnya. Sepatutnya ia sudah selesai diperbaiki minggu lepas tetapi apabila mengambilnya di kedai ternyata masih ada masalah, terpaksalah dihantar kembali ke kilang di bawah jaminan ataupun warranty. Begitu banyak perkara yang tidak dapat direkodkan akibat ketiadaan kamera. Selain perjalanan bersama ibubapa ke Tanjung Sepat, Cyberjaya dan Putrajaya selepas perjalanan ke Beting Beras Basah, saya juga tidak dapat mengabadikan perjalanan yang disertai anak-anak lain ke Janda Baik, Raub dan Frasers Hill lebih seminggu lalu. Saya juga tidak dapat merekodkan masa santai yang diluangkan bersama kenalan dari Brunei, Hajah Sopiah dan ibubapanya. Untuk pengetahuan Hajah Sopiah dan keluarga telah menaja perjalanan saya, isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid ke Brunei sebelum Ramadhan. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos.

Nasib baik perjalanan keretapi ke Singapura pertengahan November dapat direkodkan. Itupun disebabkan ada seorang sepupu ikut sama dan beliau ada memiliki sebuah kamera digital lama. Dengan selesainya sedikit luahan berkenaan kamera rosak barulah saya dapat menyebut sesuatu yang lebih sesuai dengan tajuk. Pertama, assalamualaikum semua. Maaf jika salam hanya diberikan selepas rasa terkilan akibat tidak dapat merekodkan sedikit perjalanan diluahkan terlebih dahulu. Kedua, barulah saya dapat mengucapkan dengan lega... selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432!

Sementara belum tergerak untuk memulakan siri perjalanan ke Singapura yang akan diikuti Insyaallah dengan siri perjalanan ke utara hingga ke Hatyai yang dibuat Ramadhan 3 bulan lalu, saya akan meletakkan kumpulan-kumpulan links untuk beberapa siri lalu di sidebar kanan blogspot ini. Kalau tak salah ingatan siri terakhir yang links nya ada diletakkan di sidebar adalah perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri yang dibuat penghujung 2008. Lihat bahagian tengah sidebar, di bawah tajuk "Ke Pantai Timur bersama isteri". Sedangkan sejak itu sudah beberapa siri disiapkan dengan links setiap siri dikumpulkan dalam artikel kompilasi.

Di bawah ini biar disenaraikan siri dengan meletakkan links artikel kompilasi menurut masa ia disiapkan. Oh, baru tersedar sebenarnya siri terakhir diletakkan di sidebar adalah tentang perjalanan ke Aceh pertengahan 2009. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur.... Apapun, ada banyak siri yang belum diletakkan di sidebar. Ada pula yang belum dikumpulkan linksnya menjadi artikel kompilasi, misalnya satu siri tentang perjalanan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung untuk satu projek buku, buku yang baru saya diberitahu siang tadi mungkin akan keluar dari kilang percetakan 2 minggu lagi.

Untuk malam ini biarlah diletakkan links untuk siri yang sudah sedia ada menjadi kompilasi ya. Anggaplah semua yang disebut dalam artikel ini sebagai kata-kata aluan untuk sambutan tahun baru Hijrah yang masuk Maghrib tadi dan links di bawah sebagai satu ulangkaji. :]


1. Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya...

2. Mengenang lawatan spontan ke Singapura 2006...

3. Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan"

4. Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"...

5. Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak"

6. Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...

7. Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!

8. Tempat-tempat di Selangor yang membuka jaringan ilham...

9. Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat

10. Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh

11. Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula...

12. Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya

13. Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?