Selasa, Disember 07, 2010

Nostalgia masa lalu

Pengunjung dan pembaca setia yang ada bertandang sehari dua kebelakangan mesti sedar ada perubahan sedang dilakukan pada blogspot ini. Beberapa elemen blogspot sedang diatur dan disunting kembali dan saya tergerak untuk menulis ini ketika baru hendak mendedikasikan ruangan sidebar kanan bawah profile dengan artikel-artikel yang melibatkan nostalgia masa lalu. Saya telah terlebih dahulu mencabut bahagian bertajuk "Klip video perjalanan berserta ulasan" lalu meletakkannya lebih ke atas. Sekarang saya mahu meletakkan satu gambar pengenalan untuk bahagian yang akan dinamakan "Nostalgia masa lalu", bahagian yang buat masa kini cuma ada sedikit sahaja artikel yang telah dikumpulkan di bawah tajuk "Kenangan Sekolah Sains".

Gambar yang dipilih adalah gambar saya semasa kecil, rasanya sekitar 38 tahun lalu, satu dari gambar yang dicadangkan mahu digunakan untuk satu buku baru tentang keluarga sebelah ibu. Namun pengkajian dan sedikit penulisan buku yang dimulakan penghujung tahun lepas jadi tergendala atas sebab tertentu. Apapun alang-alang ingin mengisi gambar di sidebar biar ia turut dikongsikan sebagai artikel baru. Semoga usaha perubahan yang dimulakan semalam iaitu pada malam 1 Muharram 1432 Hijriah ini dapat memberikan nafas yang lebih segar dalam hidup kami sekeluarga. Teks untuk sidebar...


Setiap kita dibentuk oleh masa lalu. Banyak juga pengamalan hidup saya sejak kecil hingga dewasa telah dihuraikan dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" walaupun bersandarkan satu watak khayalan bernama Muhammad Al-Aminul Rasyid, satu nama yang kini dipakai oleh anak kecil saya yang lahir 13 Oktober 2009. Huraian ini dibuat untuk menerangkan perubahan yang ditempuhi watak sehingga ia begitu berminat untuk mencari sejarah Melayu lama. Di sini biar dikumpulkan links untuk artikel berkenaan pengalaman masa lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan