Rabu, April 21, 2021

Kenangan BKA Tour Run tahun 2007

Salam pagi Rabu 9 Ramadhan. Merujuk pada artikel Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 yang memperihalkan kisah perjalanan berkenaan hampir 17 tahun lalu. Perjalanan lama seterusnya perlu dikongsikan cerita bagi melengkapkan senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa  sudah lama dikeluarkan kisahnya di blogspot iaitu pada hampir 14 tahun lalu. Cuma baru sekarang disusun dalam satu kompilasi bermakna.


Perjalanan menggunakan pengangkutan awam ini dibuat untuk mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" sambil keluar mengembara. Ia dilakukan sekitar sebulan dua selepas buku kedua siri yang memiliki sub-title "Membela Syiar yang Asal" terbit Mei 2007. Saya telah membuat sepanduk khas untuk itu lalu membawa sejumlah buku. Asalnya ia dijangka memakan masa seminggu. Tetapi ini melarat menjadi hampir sebulan untuk meliputi 4 malam di Pahang, 5 di Kelantan, 6 di Kedah dan 7 di Perak sebelum berehat di Selangor lalu kembali ke Kuala Lumpur. 

Pautan bagi cerita-cerita telah lama diletakkan pada bahagian tengah sidebar kiri blogspot tetapi atas dua tajuk berbeza - "Siri BKA Tour Run" diikuti "Pengembaraan Julai 2007". Ketika menulis artikel Kali pertama ke makam Tok Kenali tahun 2003 - Kedamaian yang muncul akibat bantuan waliyullah? petang Jumaat 9 April 2021 lalu perlu mencari rujukan lama baru tersedar dua kumpulan artikel tersebut sebenarnya merujuk pada satu perjalanan yang sama. Maka digabungkan kembali kesemuanya di bawah satu tajuk bagi melengkapkan isi 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Diperkirakan ia meliputi jarak lebih 1,700 km.

Untuk makluman sebelum itu terdapat 11 perjalanan dalam kategori istimewa. Ini merujuk pada perjalanan-perjalanan yang patut diangkat kembali ceritanya tetapi tidak cukup jarak untuk dimasukkan ke dalam senarai 50 terjauh. Gabungan dua kumpulan artikel menjadi satu telah menyebabkan jumlah 50 turun menjadi 49. Lalu 1 daripada 11 istimewa pun diangkat naik untuk mencukupkan kembali senarai 50. 

1. Mari bersama war-warkan "Berpetualang ke Aceh"

2. Ulasan Berita Harian mengenai BKA II

3. Cara-cara mendapatkan siri buku BKA...

4. "Berpetualang ke Aceh" tour trial run...

5. "Berpetualang ke Aceh" tour run 1

6. "Berpetualang ke Aceh" tour run 2

7. "Berpetualang ke Aceh" tour run 3

8. Promosi dengan poster baru

9. Poster BKA 'beranak" tiga! Dan pengembaraan tetap diteruskan jua!

10. Tour terbaru "Berpetualang"... Berita dari Raub

11. Ketinggalan dua buah bas sebelum mendapat sebuah teksi ke Raub. Apakah yang tersirat?

12. Kuala Lipis, bandar yang comel!

13. BKA Tour Run: Dari Raub ke Gua Musang

14. Mendaki Bukit Panau

15. Danau Tok Uban pula...

16.  BKA Tour Run: Jale-jale Kota Bahru, Kelantan

17. Akhirnya, Masjid Brunei di Danau Tok Uban!

18. BKA Tour run: Laporan daripada Aloq Setaq!

19. A typical day in Alor Setar?

20. From Kedah to Perak... The show must go on!

21. Gunung Semanggol... The threat from the mountains

22. Taiping to Kuala Kangsar... A dangerous look at Malaysian history?

23. BKA Tour Run: Alor Setar ke Kuala Kangsar sebelum melaporkan di Ipoh

24. Lapolan Ipoh mali... Tatak sombong punya!

25. Kesan peninggalan kerajaan lama di Lembah Bujang

26. Revisiting Teluk Intan the birth-place of my dad.....

27. Mengambil berkat di Teluk Intan?

28. Sampai masanya untuk meninggalkan Perak dan masuk ke Selangor...

29. From Perak to Selangor... Time to start settling down

30. A day at Kuala Kubu Baru

31. Finally, back to Kuala Lumpur!

32. BKA Tour Run... Laporan akhir setelah kembali ke Kuala Lumpur.


Sebetulnya masih ada lagi cerita dipaparkan tentang perjalanan ini tetapi ditulis kemudian seolah-olah kisah yang terpisah. Maka itu biar diletakkan di bawah ini menurut aturan ia keluar di blogspot...

1. Sedikit rasa di atas kayangan?











Tiada ulasan:

Catat Ulasan