Sabtu, Mac 22, 2008

Salam daripada Kuantan, Pahang! Membuat "ulang-tayang" preview di alam arwah?

Gambar hiasan... Sebuah gambar yang ditemui apabila membuat google search image menggunakan keywords "Malim Deman".

Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga semuanya sihat sejahtera dirahmati Allah jua. Adapun semenjak meninggalkan sebuah rumah keluarga di Kajang, Selangor pada hari Khamis 12 Rabiul Awal iaitu hari Maulud Nabi, kini sudah 3 hari saya keluar berjalan dalam siri pengembaraan terbaru. Sukacita dimaklumkan, seperti yang diinginkan, saya sudah pun berada di Pantai Timur iaitu di sebelah Kuantan, Pahang. Sebelum itu, saya telah bermalam di sebuah masjid berhampiran Bahau, Negeri Sembilan dan semalam saya berada di Pekan, Pahang.
Daripada Kajang hari Khamis, saya telah menaiki keretapi ke Seremban kemudian menaiki bas melalui Kuala Pilah untuk sampai ke Kampung Jambu Lapan, 3-4 km sebelum bandar Bahau. Di sana terletak "Jalan Penarikan", sebuah laluan lama yang menghubungkan Pantai Barat Semenanjung dengan Pantai Timur yang telah digunakan para pedagang, pengembara juga tentera sejak zaman sebelum kewujudan keSultanan Melaka lagi!
Ceritanya akan saya huraikan suatu hari nanti, apabila ada kesempatan dan lebih masa. Untuk pengetahuan, semenjak meninggalkan Kajang hingga kini, saya telah mengambil lebih 200 keping gambar... Tetapi satu pun tidak dapat dikongsi di mana-mana blogspot saya buat masa ini kerana saya tidak ada alat untuk mengalihkan gambar supaya dapat di upload on-line... Komputer laptop saya yang baru selesai dibaik-pulih hari Rabu pula tidak dibawa bersama, kalau tidak, tentu boleh digunakan untuk mengalih gambar daripada kamera... Kerana saya tidak mahu ia rosak lagi akibat asyik bergegar dalam beg haversack yang dibawa berjalan ke sana ke mari dalam keadaan yang seringkali lasak...
Cukuplah diberitahu saya sempat melihat pertemuan Sungai Muar di sebelah ulunya dengan Sungai Jempol di Negeri Sembilan. Disebabkan tidak sabar (saya sampai ke Jambu Lapan selepas jam 8 malam), saya telah masuk ke sana dalam kegelapan malam Jumaat. Tetapi pada paginya baru saya berjalan kaki melalui sebuah ladang kelapa sawit menurut aliran Sungai Jempol seterusnya melalui sebuah kawasan perumahan diikuti kawasan kampung kemudian masuk pula ke kawasan ladang kelapa sawit lain serta hutan belukar di sebelah dan belakang Istana Serting semata-mata untuk menyusuri jalan darat penghubung Sungai Jempol ke Sungai Serting di mana dahulu kapal-kapal dan perahu ditarik melepasi daratan (sebab itu dipanggil Jalan Penarikan) sebelum masuk kembali ke air...
Aliran Sungai Serting membawa ke Tasik Bera dan Sungai Bera lalu masuk ke Sungai Pahang... Maka dengan melalui jalan ini, kapal-kapal dahulukala boleh belayar daripada Pantai Barat masuk ke Sungai Muar lalu keluar melalui Sungai Pahang untuk ke Pantai Timur! Begitulah sebaliknya daripada Timur ke Barat sehingga askar-askar Siam pernah cuba menyerang Melaka melalui jalan ini...
Daripada sana saya pergi ke Bahau untuk mendapatkan bas ke bandar Muadzam Syah di Pahang. Kemudian menaiki bas ke Chini seterusnya sebuah lagi bas yang menyusuri Sungai Pahang untuk ke Pekan...
Malam itu juga sempat berjalan kaki masuk ke jalan menghala ke Istana Sultan Pahang sebelum membelok kanan ke kawasan kampung untuk sampai ke Makam Chondong di mana terdapat makam seorang Sultan Pahang abad ke 17 serta beberapa orang kerabat diraja baginda, masing-masing makam dengan batu nesan jenis Aceh. Untuk makluman, mereka ini daripada keturunan Sultan Melaka ya, bukan seperti kerabat diraja Pahang sekarang yang sebenarnya adalah keturunan Bendahara, malah Bendahara kepada Bendahara (Bendahara yang naik menjadi Raja di Johor setelah kejadian Sultan Mahmud mangkat dijulang menamatkan zuriat Raja daripada keSultanan Melaka di sana!)
Yang menarik, saya dapat melihat apa yang berlaku petang hingga malam itu semuanya berlaku sebagai "ulangan" daripada apa yang telah berlaku "dahulu"! Daripada berjalan meninggalkan pusat bandar Pekan melalui jalan yang paling hampir ke Sungai Pahang lalu ternampak Masjid Abdullah yang tidak lagi digunakan dan di belakangnya terdapat Masjid Abu Bakar yang menjadi masjid jamek lalu masuk ke jalan yang disebut sebagai kawasan Pekan lama... Seterusnya berjalan menyusuri jalan utama ke Kuantan kemudian masuk jalan menghala Istana sebelum membelok kanan masuk ke jalan kampung, kelihatan sebuah pokok Mentega (kata seorang anak kampung, itulah nama pokok itu) membelok kanan melepasi jambatan kecil di Sungai Panchor lalu ternampak sebuah surau terbiar dikelilingi kawasan perkuburan semata... Di hadapannya terserlah sebuah tanah yang sedikit tinggi di mana terdapat makam diraja Pahang lama yang dimaksudkan, kawasan permakaman berbumbung (bumbung mungkin diletak zaman moden) yang dikenali sebagai Makam Chondong.
Allah! Setiap sudut duduk dan melihat, setiap gerakan yang diambil waima diri saya memikirkan apa yang telah berlaku semua terasa begitu jelas pernah dilakukan suatu masa "dahulu"... Walhal secara zahir dengan tubuh badan, inilah kali pertama saya sampai di sini walaupun sudah pergi ke Pekan rasanya 3 kali seumur hidup... Bayangkan, sehingga saya keluar makan di sebuah kedai di tepian jalan utama menghala kembali ke pusat bandar Pekan kemudian bersolat di Masjid Abu Bakar pun masih dalam keadaan "ulang-tayang" yang dimaksudkan... Apa yang berlaku, sudut pandangan yang terserlah, muka-muka manusia yang kelihatan semuanya saya pernah nampak "suatu masa dahulu'!.
Apa yang berlaku itu bukan setakat deja vu lagi.... Sejak pengembaraan keliling Johor lebih 2 bulan lalu, rasa deja vu saya semakin kerap, semakin lama dan semakin tajam... Boleh kata tiap-tiap hari saya deja vu dan ini turut berlaku di Jalan Penarikan pada malam Jumaat. Tetapi apa yang berlaku di Pekan itu iaitu malam semalam boleh diibaratkan seperti melihat "kembali" sebuah video cerita yang telah berlaku... Bukan setakat 10-15 minit cerita yang "diulang-tayang" malah sekitar 3 jam! Rasanya inilah kali pernah berlaku begini untuk saya...
Allah! Sampai saya terasa takut apabila duduk di Makam Chondong... Tidak... Saya bukan terasa takut duduk seorang diri dalam kegelapan malam Jumaat di sebuah kawasan makam diraja purba yang sunyi... Saya takut sebab rasa macam nak gila apabila nampak segala yang berlaku malam itu bukan sahaja pernah dilihat malah terasa sebagai satu "siaran ulangan" yang sangat concrete dan nyata, bukan setakat melihat mimpi ataupun bayangan yang menjadi nyata!
Apa yang berlaku itu bukan lagi rasa deja vu yang biasa saya alami selama ini tetapi rasa seperti teringat kembali tayangan "preview" di alam arwah sebelum turun ke bumi dahulu! Kalau cerita kat orang tak faham, mesti diaorang tak percaya dan tuduh bukan-bukan... Seolah-olah pengalaman hidup mereka ini sama sahaja dengan pengalaman hidup saya, seolah-olah apa yang mereka mampu buat sama dengan apa yang saya mampu buat... Seolah-olah berangan-angan menceritakan berbagai-bagai "pengalaman" di dunia Internet sama tarafnya dengan pergi keluar berkelana bersusah-payah sakit-penat menyabung nyawa...
Cuba dulu le mengembara sorang-sorang macam saya tanpa ada jaminan rancangan perjalanan yang telah disediakan, bukan mengembara ikut kumpulan yang dirancang dan dijaga makan-minum, tempat tinggal dan keselamatan oleh orang lain... Kalau ada rezeki, mungkin dapat lihat apa yang saya maksudkan... Barulah nampak beza angan-angan dengan kenyataan, beza bercakap besar dengan setakat menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku!
Peh... Dah tercerita panjang pula... Apapun, selepas bermalam di pusat bandar Pekan, pada siang harinya iaitu siang tadi saya berjalan kaki lagi ke Makam Chondong untuk mengambil gambar supaya dapat dikongsi nanti, Insyaallah! Kemudian baru saya menaiki bas ke Kuantan. Dan di sebuah Cyber-Cafe di bandar itu, dapatlah saya membuat posting ini... Sekian wassalam! :]

Khamis, Mac 20, 2008

Sedikit kata-kata aluan sempena Maulud Nabi...

Cyber-Cafe tempat saya menulis sebenarnya telah tutup kerana sudah lepas jam 3 pagi... Tetapi sementara ada sedikit masa yang diberi, biar saya puaskan hati...

Gambar Menara Berkembar Petronas ini adalah gambar terakhir daripada 87 gambar-gambar dalam kamera digital yang mahu dilupuskan daripada kamera itu supaya saya dapat memulakan pengembaraan baru dengan kamera yang kosong... Saya terasa ia perlu dipaparkan supaya rasa puas, segalanya siap sebelum dapat melangkah menghala ke Pantai Timur mungkin tengahari nanti...


Ini pula gambar yang diambil sekitar 2 minggu lepas ketika jalan kaki di Ampang...


Tengok... Begitu bangga sekali lagaknya. Tetapi kita pun sudah tahu apa keputusannya bukan?

Assalamualaikum semua... Subhanallah dan Alhamdulillah, saya rasa bersyukur yang amat sangat kerana berjaya melepaskan dan meluahkan beberapa perkara sebelum memulakan langkah pengembaraan terbaru... Lebih menarik lagi kerana posting-posting terbaru saya (5 semuanya, 2 di sini, 2 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 1 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ) telah dapat disiapkan pada malam Maulidur Rasul.

Dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua... Oh, minta maaf... Biarlah di tajuk atas itu disebut Maulud Nabi kerana mengingatkan begitulah ia dipanggil sejak saya kecil lagi. Saya bersyukur, walaupun gambar-gambar di atas mungkin kelihatan tidak relevan, saya dapat memuaskan hati dalam menurut naluri saya yang sedikit pelik ini supaya melepaskan mana-mana gambar dalam kamera digital yang terasa patut digunakan dalam postings malam ini.

Sekarang, buat pertama kali dalam tempoh 2 atau 3 tahun ini di mana saya mula rajin mengembara dengan membawa kamera, baru saya dapat keluar dengan tidak membawa apa-apa lagi cerita-cerita tertunda iaitu gambar-gambar yang belum digunakan atau diceritakan. Memanglah saya tidak dapat menggunakan setiap gambar... Kalau pembaca merasakan di blogspots saya sudah terdapat begitu banyak gambar, percayalah saya ada menyimpan sekurang-kurangnya 5 kali ganda lagi gambar yang tidak disiarkan... Saya cuma siarkan mana yang dirasakan relevan dalam gerak penceritaan...

Hmm... Cukuplah ya.. Nampaknya penjaga Cyber-Cafe sudah tidak sabar hendak menutup Cafe. Selamat malam! :]

Berjalan di Kuala Selangor... Ketika seluruh Malaysia sedang sibuk mengundi!

Ya... Biarlah tajuk ini sendiri memberi sedikit rasa akan keadaannya...
Dalam posting bertajuk Satu renungan sementara menunggu saat dan ketika yang sesuai... yang dibuat hari Selasa, saya ada memberitahu, atas sebab-sebab tertentu saya harus menundakan perjalanan terbaru ke Pantai Timur ke hari Khamis iaitu hari ini... Antara yang mungkin menjadi sebab adalah ada lagi perkara yang harus diluahkan di blogspot-blogspot saya sebelum dapat keluar mengembara dengan tenang tanpa apa-apa lagi "hutang". Maka kita mulakan cerita...

Ini adalah sebuah masjid di Jeram, 15 km di tenggara Kuala Selangor, tempat seorang rakan yang juga boleh dipanggil adik iaitu saudara Azmi bernikah baru-baru ini iaitu pada 8 Mac 2008. Sepatutnya saya telah memulakan pengembaraan ke Pantai Timur seminggu sebelum itu lagi tetapi atas saranan seorang rakan lain, perjalanan itu ditunda demi untuk menghadiri majlis pernikahan Azmi. Takut jika saya dah mula mengembara, takkan sempat untuk menghadiri baik majlis nikah, juga majlis-majlis kenduri yang akan diadakan kemudian...


Alang-alang sudah sampai ke sana, elok juga pergi ke Kuala Selangor. Rasanya sudah hampir 2 tahun tidak ke sana...


Mula-mula pergi tempat ini... Maaf ya, jika saya terpaksa menulis secara ringkas... Ketika menulis ini jam sudah pun masuk pukul 2.50 pagi sedangkan Cyber-Cafe tempat saya menulis ini akan tutup jam 3...


Di sini terdapat "Makam Anak Dara"... Baca sendiri apa yang tertera...


Kemudian naik bukit di belakang di mana terdapat bekas Kota Tanjung Keramat. Cerita bergambar tentangnya termasuk gambar-gambar Makam Anak Dara telah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi, dalam artikel bertajuk The hills at Tanjung Keramat, Kuala Selangor...


Kemudian baru ke Bukit Melawati yang terletak lebih hampir ke bandar Kuala Selangor...


Ternyata di sini terdapat ramai juga pengunjung... Maklumlah hujung minggu. Oh, dan hari itu, 8 Mac juga adalah hari mengundi untuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12...


Yang seronok pada saya adalah melihat monyet-monyet jenis ini, kalau tak salah, jenis lotong... Jarang nak jumpa jenis ni... Yang banyak biasanya kera...


Di atas ini ada banyak meriam...


Perhatikan betul-betul dan anda boleh melihat kuala Sungai Selangor...


Muzium Sejarah Selangor... Banyak juga yang menarik di dalamnya, antaranya pameran senjata-senjata Melayu lama... Gambar-gambarnya telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , dalam artikel Senjata Melayu lama di Bukit Melawati (Old Malay weapons at Bukit Melawati) lebih awal tadi...


Ada rumah api di atas ini...


Juga menara untuk melihat anak bulan...


Tetapi bagi para pengunjung, lebih seronok bermain-main dengan lotong!


Kemudian pergi ke kawasan batu hampar...


Letaknya bersebelahan menara telekomunikasi...


Inilah batu hampar yang dimaksudkan...


Di sini juga ada meriam...


Dalam perjalanan turun, sempat singgah di Makam Diraja Bukit Melawati... Ceritanya telah dibuat malam ini juga, dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk The Selangor royal tomb at Bukit Melawati... And my fetish for numbers!


Pemandangan masjid dan bandar Kuala Selangor daripada kawasan makam. Sekian! :]

Selasa, Mac 18, 2008

Satu renungan sementara menunggu saat dan ketika yang sesuai...

Sebuah gambar makam-makam lama di Aceh yang diperolehi apabila membuat image search dengan menggunakan keywords "rahsia Aceh Negeri Sembilan". Asalnya saya telah menggunakan keywords "Jalan Penarikan" untuk mendapatkan gambar hiasan yang sesuai kerana ada merancang mahu singgah di sebuah tempat dengan nama itu... "Jalan Penarikan" sebuah jalan lama singkat ataupun short-cut menghubungkan Sungai Muar dengan Sungai Pahang melalui Sungai Serting di Negeri Sembilan yang telah digunakan orang ramai sejak sebelum kemunculan keSultanan Melaka lagi... Jalan ini pernah digunakan Hang Tuah semasa melarikan Tun Teja daripada Pahang ke Melaka... Ia juga pernah digunakan oleh Sultan Mahmud untuk berundur daripada Muar ke Pahang akibat dikejar Portugis yang menawan Kota Melaka tahun 1511. Tetapi saya tidak dapat menemukan gambar yang sesuai lalu timbul rasa untuk menggunakan keywords "rahsia Aceh Negeri Sembilan"... Mungkin kerana ada cerita lama menyebut Jalan Penarikan ini telah diperkenalkan kepada ramai oleh sekumpulan beberapa orang keluarga yang berhijrah daripada Pasai, diketuai seseorang yang dikenali sebagai Datuk Sempedang ataupun Datuk Shah Pedang?
OK... Saya sebenarnya telah memulakan langkah meninggalkan Kuala Lumpur untuk membuat pengembaraan terbaru ke Pantai Timur, kali ini melalui Negeri Sembilan. Tetapi petang tadi ketika berlepas, saya telah mendapat isyarat untuk singgah "berteduh" di tempat tertentu... Mungkin kerana hari ini Selasa sebenarnya kurang sesuai untuk mengembara... Lagipun menurut petua orang lama (kata orang juga Sunnah Nabi!), lebih afdhal keluar mengembara samada hari Isnin atau Khamis.
Mungkin juga saya perlu "berteduh" sambil mengkaji seraya menghirup gerak ilham akan apakah perubahan senario politik Malaysia yang seterusnya, setelah kabinet baru negara diumumkan siang hari tadi. Dan mungkin juga saya perlu melepaskan sedikit cerita berdasarkan beberapa buah gambar yang diambil di sekitar Kuala Selangor lebih seminggu lepas? Mungkin juga... Masalahnya komputer laptop saya masih dalam proses dibaiki di Plaza Imbi sedangkan saya memerlukannya untuk mengalih gambar-gambar itu daripada kamera digital masuk ke komputer seterusnya ke pen-drive.
Apapun, segala yang berlaku membawa petunjuk bahawa gerak pengembaraan kali ini paling sesuai disambung hari Khamis lusa nanti, kebetulan juga hari Maulud Nabi! Jadi kenapa tidak menunggu untuk meninggalkan KL hari Khamis, kenapa harus keluar hari ini? Mungkin sebabnya ialah saya harus masuk "separuh" jalan ke dalam pengembaraan ini terlebih dahulu... Ditakuti jika saya berlengah lagi, nanti delay semakin panjang pula.
Seharusnya pengembaraan ini telah dimulakan sekitar sebulan lalu tetapi terhalang akibat beberapa sebab... Antaranya demam dan sakit-sakit badan akibat kepenatan, perlu menghadiri majlis-majlis tertentu termasuk majlis pernikahan sahabat kita si Azmi di Jeram, Kuala Selanor kemudian harus menyelesaikan beberapa hal peribadi. Dengan berlepasnya saya daripada KL hari ini, maka secara rasminya saya telah pun memulakan perjalanan walaupun ia harus "dirasmikan" Khamis nanti.
OK... Itu semua sekadar bercerita melepaskan rasa. Adapun tadi saya masuk ke blogspot ini dan tergerak untuk menambah link-link pengembaraan terbaru di side-bar kanan... Lalu baru tersedar, selama ini saya belum pernah menyediakan koleksi links yang lengkap bagi perjalanan sekitar Johor yang tamat 2 bulan lalu... Sedangkan awal pagi tadi, link-link untuk perjalanan di Utara iaitu Kedah dan Perak telah pun diletakkan di dalam artikel Selasai bab Utara, sampai masa ke Timur pula. Sambil merenung pengalaman dahulu untuk bekalan perjalanan seterusnya... .
Maka di sini biarlah dikumpul dan diberikan link-link siri pengembaraan Johor itu ya... Sementara saya mungkin tidak dapat membuat postings baru dalam tempoh akan datang ini, dijemput semua untuk menelaah kembali segala perjalanan yang dibuat serta gerak bercerita yang terkeluar...
Oh... Di bawah ini adalah sedikit nota seperti yang dinukilkan untuk side-bar. Silalah baca... Jangan segan-segan! Sekian! :]


Bahagian selatan (Johor)

Perjalanan kembali untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha penghujung tahun 2007 dengan tidak disangka telah membuka satu siri pengembaraan baru. Ada kawan ingin berjumpa di Kluang tetapi sebaik sahaja saya sampai di Batu Pahat, dia pula menukar rancangan kerana katanya ada kerja di Kuala Lumpur.


Maka alang-alang sudah melangkah, perjalanan pun diteruskan sehingga meliputi 8 daerah utama di Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat... Turut diliputi adalah Tangkak yang dengarnya baru diwartakan sebagai daerah sendiri yang "merdeka" daripada Muar... Sempat pula menyambut tahun baru 2008 di Kluang!

Tentang Muar...

Tempat jatuh lagi dikenang...
The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar...
The hill I saw in a recent dream?
Medan Ikan Bakar (Grilled fish food-court in) Sabak Awor, Muar...

Tentang Batu Pahat...

Cerita Batu Pahat...
The origin of Batu Pahat...
Gunung (mount) Banang in Batu Pahat, Johor...
Masjid (mosque of) Datuk Bentara Luar, Batu Pahat....

Tentang Pontian...

Mencari Muzium Bugis di Pontian...
Salam daripada Pontian...
A quaint look at the town of Pontian

Tentang Johor Bahru...

And now, a quaint look at Johor Bahru!
Nostalgia di tengah bandaraya Johor Bahru

Tentang Kota Tinggi...

Berbalik ke Kota Tinggi...
Historic Kota Tinggi, once the seat of the Johor Empire...
Makam (tomb) of Laksamana Bentan
Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang
Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab

Tentang Mersing...

Salam daripada Mersing pula!
Smelling the sea in Mersing...
Pemandangan di Masjid Jamek Mersing (views at the main mosque of Mersing)...

Tentang Kluang...

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 1
Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 2
Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor...






Tentang Segamat...

Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke?
Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu, Segamat...

Perjalanan kembali Segamat ke Muar...



From Segamat to Muar, a stop around the village of Tenang
Dari Segamat kembali ke Muar... Peristiwa Bukit Kepong...
Dari Segamat kembali ke Muar... Apa ada dari Lenga ke Pagoh?
Masjid (mosque of) Kampung Gombang, Muar...
Dari Segamat kembali ke Muar... Berakhirlah satu episod pengembaraan...



Sempat berjalan lagi di Muar...



Sedikit lagi tentang Muar. Jalan Junid, Bukit Mor dan beberapa kenangan lama...
Views from on top of Muar town...



Sekitar Tangkak dan Gunung Ledang...



Salam-daripada-Tangkak-Ledang
Tangkak, the textile town!
A quick trip up Gunung Ledang...




Selesai bab Utara, sampai masa ke Timur pula. Sambil merenung pengalaman dahulu untuk bekalan perjalanan seterusnya...


Gambar sebuah masjid yang telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam dengan tajuk Masjid Universiti Petronas di (Petronas University mosque in) Tronoh, Perak... . Entah kenapa sejak kembali daripada Utara, setiap kali melihat masjid dengan kubah besar tinggi sebegini, timbul fikiran, bagaimana jika kubah-kubah ini diletakkan sebiji mata besar yang melihat segalanya... Mata itu pula boleh bergerak-gerak untuk memerhatikan setiap yang keluar masuk sesuatu kawasan. Jika ada orang jahat cuba membuat kacau, serta-merta mata tersebut akan mengeluarkan cahaya yang membakar penjahat tersebut sehingga tinggal tengkorak. Saya namakan masjid sebegini "Masjid Mata". Boleh! Hehe!

----------------------------

OK... Sekali-sekala mengarut apa salahnya ya tak? Adapun saya memang bercadang untuk membuat posting ini siang hari ini nanti tetapi memandangkan saya masih belum dapat tidur lagi, elok juga dibuat sekarang... Tadi sekitar jam 10 lebih malam, saya terasa ingin masuk ke chatbox lalu turut bersembang... Timbul juga rasa untuk bergurau menyatakan saya datang seperti cowboy menaiki unta untuk memberi salam kepada para warga chatbox...

Daripada cerita unta, terkeluar pula cerita Arab... Tiba-tiba teringat mengenai beruk jenis baboon seperti yang banyak terdapat di Afrika tetapi pernah saya lihat di Tanah Arab! Satu ketika dalam perjalanan daripada Mekah ke Madinah, kemudian di atas bukit Jabal Nur iaitu di Gua Hira' tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu baginda! Ya, baboon juga ada di sana... Kenapa? Tak percaya ke kat Tanah Arab ada beruk baboon? :]

Allah! Sudah lama saya tidak bercakap tentang umrah yang dibuat tahun 2005 dahulu, atas ihsan seorang hamba Allah yang berhajat mahu membawa saya ke makam Rasulullah. Maklumlah ketika itu saya sudah lebih 3 tahun tidak bekerja, tiada apa-apa pendapatan sedangkan duit simpanan semuanya telah susut kering...

Apapun, saya jarang sekali bercakap tentangnya... Paling ligat pun cuma seminggu dua selepas kembali ke Malaysia kerana ditanya keluarga dan kenalan. Kemudian saya boleh dikatakan langsung lupa tentang apa yang berlaku ketika itu... Tetapi malam ini, boleh pula terkeluar kembali ceritanya... Siap dengan cerita bagaimana saya nyaris-nyaris hendak berkahwin dengan seorang gadis Melayu berparas rupa Arab yang baru dikenali 3 hari di sana tetapi tak jadi apabila mendapat alamat lain pula di Multazam, di hadapan pintu Kaabah. Lalu keesokannya saya telah pergi memanjat Jabal Nur seorang diri. Di atas bukit yang lebih tinggi daripada menara berkembar Petronas di KLCC ini, di atas sebuah batu hampar yang menjadi "bumbung" Gua Hira, saya mendapat sedikit rasa akan kenapa Nabi Muhammad SAW suka pergi ke situ. Dan di situ juga saya mendapat semacam panggilan untuk mengeratkan kembali hubungan dengan seorang gadis kesayangan...

Dalam pada bercerita di chatbox itulah tersebut bahawa saya telah menunaikan umrah sebanyak 11 kali (kan boleh dibuat berapa kali sahaja yang kita suka asalkan larat dan menurut rukun-rukunnya), cium Hajaratul Aswad 11 kali dan cium Rukun Yamani juga 11 kali. Lalu ada pembaca menjawab jika dia sampai ke situ, dia mahu membuat umrah 13 kali pula!

Memang kelihatan cantik apa yang diutarakan... 13 kali umrah, tentu ia sesuatu yang ingin dicapai. Tetapi hakikatnya, selalunya apa yang terjadi tidak serupa dengan apa yang dirancang. Saya jawab, kalau mahu cuba eloklah begitu.... Tetapi ingat, hakikatnya tak semua orang larat buat umrah banyak-banyak. Rata-rata jemaah yang datang sanggup buat paling banyak pun 3 kali sekali berpeluang datang ke Mekah, yang lebih sihat dan cergas pun 7. Macam-macam boleh berlaku di tanah suci Mekah... Ada yang hilang tenaga tak pasal-pasal atau jatuh sakit, ada pula kes perempuan yang sepatutnya tidak datang haid tapi bila sampai ke tanah suci datang pula bulan lalu tertunda atau tidak dapat buat langsung apa yang dirancang.

Itu cerita pasal umrah yang selagi kita ada masa dan kudrat, Insyaallah boleh dibuat... Itupun kalau sampai Mekah! Banyak juga orang yang ada duit bertimbun tapi tak sampai-sampai, apalagi hendak mengerjakan umrah... Belum lagi cerita pasal mengucup Hajaratul Aswad. Percayalah, ada yang telah beberapa kali pergi ke Mekah buat haji dan umrah tapi masih belum berkesempatan mengucup batu yang berasal daripada syurga itu disebabkan begitu ramai orang berebut-rebut mahu mengucupnya... Sampai ada yang pengsan dalam perebutan sekadar untuk sampai ke batu yang diletakkan di satu bucu Kaabah itu!

Ada pula yang sudah sampai di hadapan batu itu untuk menunggu giliran dengan seorang sahaja yang lain di hadapan. Tetapi sebaik sahaja orang itu selesai, dia terus menolak keluar orang-orang yang berada di belakang kerana mahu mendapatkan ruang untuk beredar. Seketika itu juga, masuk orang-orang lain yang berebut menolak-nolak sehingga kita yang tadi cuma 1 kaki sahaja di hadapan Hajaratul Aswad dalam 1 satu saat boleh tertolak lebih 10 kaki ke luar!

Pendek kata, kita boleh berkata apa-apa sahaja mahu buat itu dan ini tetapi mengotakan kata-kata, itu cerita lain. Satu kerana realiti sebenar sesuatu situasi seringkali lebih menekan dan menuntut perhatian yang tinggi berbanding gambaran yang kita jangkakan. Dan seringkali apabila kita betul-betul melompat masuk ke dalam suatu medan keadaan, barulah kelihatan betapa bezanya bercakap tentangnya berbanding dengan jika kita betul-betul berada di dalam keadaan itu!

Ibarat melihat orang bermain bola. Dari atas tempat duduk nun di atas stadium sana, semuanya kelihatan lebih mudah... Bodoh punya pemain, kenapa bola yang lalu tepi tadi tidak dapat ditahan... Buta ke mata, pemain lawan datang daripada belakang boleh tak nampak? Tetapi cuba kita sendiri yang turun bermain. Baru kita sedar bola yang tidak dapat ditahan adalah akibat otot menegang ketika cuba menghulurkan kaki... Dah cuba dah hulur tapi terus betis tu buat pasal jadi cramp... Maklumlah, bila dah turun padang, baru terasa penat, sesak, tak cukup nafas, silap urat, hilang pertimbangan kerana penat bercampur lelah ditambah lagi dengan tekanan harapan penyokong disertai ejekan pihak lawan dan sebagainya. Dalam keadaan inilah kita boleh jadi "buta" tanpa dipinta sedangkan orang-orang "pandai" yang melihat daripada tepian gelanggang pula marah-marah seolah-olah mereka semua boleh bermain dengan lebih baik jika diberi peluang...

Sebab itu sekarang ini kalau saya tengok berbagai-bagai perbincangan di dunia Cyber tentang hal yang tinggi-tinggi seperti ilmu Tasawuf dan sebagainya, saya cuma tersenyum sahaja. Bukan hendak berlagak tetapi pengalaman setahun dua menjadi aktif dengan dunia perbincangan on-line dan bertemu rakan-rakan baru yang asalnya dikenali di dunia Internet menunjukkan... Maaf ya cakap... Banyak yang sebenarnya cakap tak serupa bikin, apa yang diceritakan di dunia Cyber indah khabar daripada rupa lagi jauh panggang daripada api!

Bukan apa... Saya bukan hendak mengutuk tetapi bagi saya jika mahu betul-betul maju dalam dunia Tasawuf atau kerohanian, maka banyakkanlah amal ataupun praktikal... Kurang kan bercakap... Kalau mahu bercakap, biar setelah melalui dan meraih pengalaman sendiri... Jangan setakat terlopong mendengar cerita orang selepas itu diulang kembali cerita itu kepada orang lain dengan harapan orang lain akan menganggap kita telah pergi jauh dalam kehidupan. Atau kata pepatah Inggeris modern, walk the talk... Kotakan kata-kata itu!

Sekali lagi maaf ya... Saya bukan sengaja mahu mengutuk orang tetapi saya rasa ada masanya perkara ini perlu dinyatakan dengan agak kasar sebagai pengajaran dan demi kebaikan mereka yang mahu belajar. Saya sedar ada golongan manusia yang lebih senang bercakap tentang sesuatu tetapi sampai bila-bila pun mereka tidak akan dapat melakukan perkara yang disebut itu atau sampai ke tempat yang diceritakan ingin disebut. Biarkan mereka begitu kerana sudah ditakdirkan, ada golongan yang cuma mendapat "nikmat" sesuatu perkara hanya dengan bercerita tentangnya sahaja... Tak perlu pun betul-betul mengalami perkara itu. Lagipun mereka selalunya ada ramai rakan-rakan yang hidup dalam dunia yang serupa! Maka sibuklah mereka berlawan cakap... Cakap siapakah yang paling besar. Itu aje le yang nampaknya mampu mereka capai... Apa boleh buat?

Ibarat bercerita tentang model atau artis cantik tapi seumur hidup belum pernah pun berjumpa dengan orang yang disebut... Kita setakat kenal orang itu kerana mukanya selalu keluar di televisyen, majalah dan suratkhabar sedangkan haram... Orang itu tak tahu pun kita ni wujud! Tetapi tetap para peminat mereka ini mendapat keseronokan bercerita tentang muka-muka terkenal ini walaupun sekadar di dalam dunia angan-angan. Oh... Hari itu aku jumpa si artis ini dan ini... Dia menjeling kat aku le... Hehe, menjadi juga ilmu seri muka yang aku pakai nampaknya...

Untuk golongan sebegini yang seronok mewar-warkan "pengalamannya" yang dasyat-dasyat, biarkan saja lah... Walau dia sekadar perasan artis tu respond dengannya sedangkan artis tersebut tak tahu pun mamat ni hadir kat situ, kalau nampak pun bukannya sedar atau nak ambil tahu siapa dia itu mamat ini. Maklumlah ada berpuluh ribu muka manusia malah berjuta yang kalau boleh ingin jadi glamour dikenali seantero dunia tetapi sayang, tak da peluang... Kalau sedar dirinya itu tak terkenal, itu tak mengapa juga. Yang susah sikit jenis perasan atau jaguh kampung suka war-warkan dia kenal orang itu kenal orang ini... Kenal menteri itu, pernah keluar dengan artis itu sedangkan semua yang diceritakan itu sekadar angan-angan untuk menarik perhatian ramai.

Itupun kalau mahu diambil daripada sudut positif, kata-kata orang-orang sebegini kiranya masih boleh dimaafkan juga... Asalkan kata-katanya tidak diambil serius kerana mereka sekadar bercerita untuk menjadi penglipur lara maka tak jadi masalah. Paling kuat pun boleh menjadi penulis kreatif, boleh dijadikan rujukan untuk mengukur tahap keaktifan imaginasi seseorang itu... Bolehlah juga berjaya dalam dunia penuh tipu daya sekarang di mana kebolehan mengolah cerita boleh jadi aset untuk menerbitkan kekayaan...

Yang jadi masalahnya adalah apabila ada pula orang menganggap dan menyerkap jarang, segala pengalaman yang diceritakan oleh orang-orang seperti saya juga termasuk dalam kisah-kisah penglipur lara sebegini... Kenapa mereka boleh beranggapan begitu? Kerana dalam kehidupan seharian mereka yang sebenar, mereka cuma biasa berjumpa dengan orang-orang yang pandai bercerita tetapi sebenarnya belum betul-betul melalui apa yang diceritakan! Lalu ilmu yang ingin disampaikan dan sepatutnya boleh diamalkan semua oleh golongan yang betul-betul telah merasa terus bertukar menjadi hambar akibat pengalaman sebenar disamakan dengan angan-angan golongan yang setakat suka bercakap sahaja...

OK, cukup meluahkan rasa yang terbuku itu... Sebenarnya saya mahu membuat posting ini untuk mengumpulkan segala artikel tentang perjalanan terbaru ke Utara iaitu di Kedah dan Perak supaya senang untuk disemak sesiapa sahaja yang berminat. Adapun pada mereka yang sudi untuk belajar dan mengurangkan cakap serta sangka-sangka, akan ada sesuatu yang bernilai untuk memajukan kehidupan mereka sendiri. Ini kerana setiap penulisan yang dibuat muncul akibat gerak hati tertentu, bukan sekadar menulis untuk menunjukkan bakat kreatif, kejaguhan sastera atau mengangkat diri sebagai profesor serba tau ya.

Inilah link-link untuk cerita-cerita yang dibuat dalam blogspots CATATAN SI MERAH SILU dan BERPETUALANG KE ACEH ... Tak semestinya menurut turutan postings yang dibuat tetapi lebih menurut kronologi atau urutan masa sesuatu pengembaraan itu berlangsung ya...

Untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) yang lebih menonjolkan masjid-masjid serta makam-makam yang dilawati, sila cari sendiri atau masuk melalui link-link yang telah diletakkan dalam cerita OK. Rasanya segala yang ada sudah cukup untuk memberikan satu aliran pengetahuan yang tersurat dan tersirat.

Sekian. Dalam selepas tengahari nanti, jika tidak ada aral melintang, saya harus memulakan siri pengembaraan yang baru. Doakan keselamatan dan kesejahteraan saya ya. Semoga selepas ini saya tidak perlu lagi berkelana sebegini yang dikira sesetengah orang sebagai kerja gila dan membuang masa...

Segala salah dan silap, jika ada kata-kata yang menyinggung dan sebagainya harap maafkan. Segala ini saya lakukan demi kebaikan semua seraya memperbetulkan diri sendiri yang masih begitu dhaif asyik bergelumang dengan dosa. Sekian, wassalam! :]

Perjalanan di Kedah

Sekitar Sungai Petani

Jalan-jalan Kedah: Apa ada sekitar Sungai Petani...

A look at Pantai Merdeka, Kedah...

Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul...

Sekitar Alor Setar

Jalan-jalan Kedah: Sekitar Alor Setar pula...

Views on top Alor Setar's telecommunication tower....

Makam Datuk Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil

Di Gunung Jerai

Jalan-jalan Kedah: Menamatkan satu bab perjalanan ...

Views on top of Gunung Jerai... Enter Padang Tok Sheikh. Is it?



Perjalanan di Perak

Sekitar Taiping

The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim...

Taiping dan akibat Perjanjian Pangkor 1874...

Sekitar Kuala Kangsar

Di Kuala Kangsar untuk memperbaharui wasilah...

In Perak's royal mausoleum to give justice to Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin

Perjalanan yang dibuat dengan Sungai Siput sebagai "markas"

Salam dari Sungai Siput, Perak...

Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill...

Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua.

Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1...

The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara!

Sekali lagi, salam daripada Sungai Siput!

A quaint look at Sungai Siput...

Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban....

My own take on Perak man and what's available at the Lenggong archeological museum...

Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2...

A short stop in Beruas. And a talk on Beruas' very own mysterious "Batu bersurat" or inscribed stone...

Mencari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar...

Sekitar Segari

Beruas, kaitan dengan Aceh dan melihat bulan... Antara mimpi dan realiti kehidupan

A walk around Pasir Panjang...

The origin of the name Beruas.

Ah... Meet the Ninja Turtles in Perak!

Sekitar Lumut

Views from the ferry crossing Sungai (river of) Dinding...

Salam daripada Lumut, Perak... Salam Perak Man, hehe!

Berehat sebentar di Lumut

And now a look around Lumut...

Sekitar Teluk Intan

Ke Teluk Intan untuk menutup segala yang patut dibuat di Perak...

Confluence of 3 rivers in Teluk Intan...

Walking in Teluk Intan...

Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3...

Dan cerita pun ditutup dengan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur...

Finally. Back to KL... But with excursions to Tronoh, Kuala Kubu Baru and Rawang...