Sabtu, Mac 22, 2008

Salam daripada Kuantan, Pahang! Membuat "ulang-tayang" preview di alam arwah?

Gambar hiasan... Sebuah gambar yang ditemui apabila membuat google search image menggunakan keywords "Malim Deman".

Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga semuanya sihat sejahtera dirahmati Allah jua. Adapun semenjak meninggalkan sebuah rumah keluarga di Kajang, Selangor pada hari Khamis 12 Rabiul Awal iaitu hari Maulud Nabi, kini sudah 3 hari saya keluar berjalan dalam siri pengembaraan terbaru. Sukacita dimaklumkan, seperti yang diinginkan, saya sudah pun berada di Pantai Timur iaitu di sebelah Kuantan, Pahang. Sebelum itu, saya telah bermalam di sebuah masjid berhampiran Bahau, Negeri Sembilan dan semalam saya berada di Pekan, Pahang.
Daripada Kajang hari Khamis, saya telah menaiki keretapi ke Seremban kemudian menaiki bas melalui Kuala Pilah untuk sampai ke Kampung Jambu Lapan, 3-4 km sebelum bandar Bahau. Di sana terletak "Jalan Penarikan", sebuah laluan lama yang menghubungkan Pantai Barat Semenanjung dengan Pantai Timur yang telah digunakan para pedagang, pengembara juga tentera sejak zaman sebelum kewujudan keSultanan Melaka lagi!
Ceritanya akan saya huraikan suatu hari nanti, apabila ada kesempatan dan lebih masa. Untuk pengetahuan, semenjak meninggalkan Kajang hingga kini, saya telah mengambil lebih 200 keping gambar... Tetapi satu pun tidak dapat dikongsi di mana-mana blogspot saya buat masa ini kerana saya tidak ada alat untuk mengalihkan gambar supaya dapat di upload on-line... Komputer laptop saya yang baru selesai dibaik-pulih hari Rabu pula tidak dibawa bersama, kalau tidak, tentu boleh digunakan untuk mengalih gambar daripada kamera... Kerana saya tidak mahu ia rosak lagi akibat asyik bergegar dalam beg haversack yang dibawa berjalan ke sana ke mari dalam keadaan yang seringkali lasak...
Cukuplah diberitahu saya sempat melihat pertemuan Sungai Muar di sebelah ulunya dengan Sungai Jempol di Negeri Sembilan. Disebabkan tidak sabar (saya sampai ke Jambu Lapan selepas jam 8 malam), saya telah masuk ke sana dalam kegelapan malam Jumaat. Tetapi pada paginya baru saya berjalan kaki melalui sebuah ladang kelapa sawit menurut aliran Sungai Jempol seterusnya melalui sebuah kawasan perumahan diikuti kawasan kampung kemudian masuk pula ke kawasan ladang kelapa sawit lain serta hutan belukar di sebelah dan belakang Istana Serting semata-mata untuk menyusuri jalan darat penghubung Sungai Jempol ke Sungai Serting di mana dahulu kapal-kapal dan perahu ditarik melepasi daratan (sebab itu dipanggil Jalan Penarikan) sebelum masuk kembali ke air...
Aliran Sungai Serting membawa ke Tasik Bera dan Sungai Bera lalu masuk ke Sungai Pahang... Maka dengan melalui jalan ini, kapal-kapal dahulukala boleh belayar daripada Pantai Barat masuk ke Sungai Muar lalu keluar melalui Sungai Pahang untuk ke Pantai Timur! Begitulah sebaliknya daripada Timur ke Barat sehingga askar-askar Siam pernah cuba menyerang Melaka melalui jalan ini...
Daripada sana saya pergi ke Bahau untuk mendapatkan bas ke bandar Muadzam Syah di Pahang. Kemudian menaiki bas ke Chini seterusnya sebuah lagi bas yang menyusuri Sungai Pahang untuk ke Pekan...
Malam itu juga sempat berjalan kaki masuk ke jalan menghala ke Istana Sultan Pahang sebelum membelok kanan ke kawasan kampung untuk sampai ke Makam Chondong di mana terdapat makam seorang Sultan Pahang abad ke 17 serta beberapa orang kerabat diraja baginda, masing-masing makam dengan batu nesan jenis Aceh. Untuk makluman, mereka ini daripada keturunan Sultan Melaka ya, bukan seperti kerabat diraja Pahang sekarang yang sebenarnya adalah keturunan Bendahara, malah Bendahara kepada Bendahara (Bendahara yang naik menjadi Raja di Johor setelah kejadian Sultan Mahmud mangkat dijulang menamatkan zuriat Raja daripada keSultanan Melaka di sana!)
Yang menarik, saya dapat melihat apa yang berlaku petang hingga malam itu semuanya berlaku sebagai "ulangan" daripada apa yang telah berlaku "dahulu"! Daripada berjalan meninggalkan pusat bandar Pekan melalui jalan yang paling hampir ke Sungai Pahang lalu ternampak Masjid Abdullah yang tidak lagi digunakan dan di belakangnya terdapat Masjid Abu Bakar yang menjadi masjid jamek lalu masuk ke jalan yang disebut sebagai kawasan Pekan lama... Seterusnya berjalan menyusuri jalan utama ke Kuantan kemudian masuk jalan menghala Istana sebelum membelok kanan masuk ke jalan kampung, kelihatan sebuah pokok Mentega (kata seorang anak kampung, itulah nama pokok itu) membelok kanan melepasi jambatan kecil di Sungai Panchor lalu ternampak sebuah surau terbiar dikelilingi kawasan perkuburan semata... Di hadapannya terserlah sebuah tanah yang sedikit tinggi di mana terdapat makam diraja Pahang lama yang dimaksudkan, kawasan permakaman berbumbung (bumbung mungkin diletak zaman moden) yang dikenali sebagai Makam Chondong.
Allah! Setiap sudut duduk dan melihat, setiap gerakan yang diambil waima diri saya memikirkan apa yang telah berlaku semua terasa begitu jelas pernah dilakukan suatu masa "dahulu"... Walhal secara zahir dengan tubuh badan, inilah kali pertama saya sampai di sini walaupun sudah pergi ke Pekan rasanya 3 kali seumur hidup... Bayangkan, sehingga saya keluar makan di sebuah kedai di tepian jalan utama menghala kembali ke pusat bandar Pekan kemudian bersolat di Masjid Abu Bakar pun masih dalam keadaan "ulang-tayang" yang dimaksudkan... Apa yang berlaku, sudut pandangan yang terserlah, muka-muka manusia yang kelihatan semuanya saya pernah nampak "suatu masa dahulu'!.
Apa yang berlaku itu bukan setakat deja vu lagi.... Sejak pengembaraan keliling Johor lebih 2 bulan lalu, rasa deja vu saya semakin kerap, semakin lama dan semakin tajam... Boleh kata tiap-tiap hari saya deja vu dan ini turut berlaku di Jalan Penarikan pada malam Jumaat. Tetapi apa yang berlaku di Pekan itu iaitu malam semalam boleh diibaratkan seperti melihat "kembali" sebuah video cerita yang telah berlaku... Bukan setakat 10-15 minit cerita yang "diulang-tayang" malah sekitar 3 jam! Rasanya inilah kali pernah berlaku begini untuk saya...
Allah! Sampai saya terasa takut apabila duduk di Makam Chondong... Tidak... Saya bukan terasa takut duduk seorang diri dalam kegelapan malam Jumaat di sebuah kawasan makam diraja purba yang sunyi... Saya takut sebab rasa macam nak gila apabila nampak segala yang berlaku malam itu bukan sahaja pernah dilihat malah terasa sebagai satu "siaran ulangan" yang sangat concrete dan nyata, bukan setakat melihat mimpi ataupun bayangan yang menjadi nyata!
Apa yang berlaku itu bukan lagi rasa deja vu yang biasa saya alami selama ini tetapi rasa seperti teringat kembali tayangan "preview" di alam arwah sebelum turun ke bumi dahulu! Kalau cerita kat orang tak faham, mesti diaorang tak percaya dan tuduh bukan-bukan... Seolah-olah pengalaman hidup mereka ini sama sahaja dengan pengalaman hidup saya, seolah-olah apa yang mereka mampu buat sama dengan apa yang saya mampu buat... Seolah-olah berangan-angan menceritakan berbagai-bagai "pengalaman" di dunia Internet sama tarafnya dengan pergi keluar berkelana bersusah-payah sakit-penat menyabung nyawa...
Cuba dulu le mengembara sorang-sorang macam saya tanpa ada jaminan rancangan perjalanan yang telah disediakan, bukan mengembara ikut kumpulan yang dirancang dan dijaga makan-minum, tempat tinggal dan keselamatan oleh orang lain... Kalau ada rezeki, mungkin dapat lihat apa yang saya maksudkan... Barulah nampak beza angan-angan dengan kenyataan, beza bercakap besar dengan setakat menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku!
Peh... Dah tercerita panjang pula... Apapun, selepas bermalam di pusat bandar Pekan, pada siang harinya iaitu siang tadi saya berjalan kaki lagi ke Makam Chondong untuk mengambil gambar supaya dapat dikongsi nanti, Insyaallah! Kemudian baru saya menaiki bas ke Kuantan. Dan di sebuah Cyber-Cafe di bandar itu, dapatlah saya membuat posting ini... Sekian wassalam! :]

8 ulasan:

  1. Allah, rindunya saya pada nenek, sampai juga abang kat kampung saya ya. Nenek saya takder dah... ada kat dalam bt.2 sebelah masjid Tanjung Agas. Teringat kenangan berbasikal keliling pekan dengan sepupu2 dahulu... bila dah kahwin ni, semua bawa haluan masing2. Indahnya waktu dahulu ya bang. MMm..makin kuat pula deja vu abang ya. rezeki abang tu, tabahkan hati. Barangkali abang akan fana lagi tak lama lagi. InsyaAllah. Jangan lupa kami di sini ya. Jumpa lagi. Salam sayang dari saya.

    BalasPadam
  2. Weh... Ingat kampung kek Pekan yo? Tadi Abg pegi lagi dgn pakcik (suami makcik) daripada Kuantan... Kampung dia kat Kampung Mengkasar, lama tak balik... Keturunan Bugis daripada Tok Tuan, sedara dua pupu Tun Razak (pangkat pakcik le dengan Datuk Najib)... Sebabnya lepas pi Makam Chondong siang Sabtu tu Abfg terus gi Kuantan. Dah sampai sini baru rasa terkilan tak jalan Kuala Pahang (seberang Tanjung Agas)... Jadi memang hari ni Abg plan nak turun balik Pekan... Tengok-tengok pakcik plak ajak jalan... Rezeki le tu... Dapat le tengok makam Sultan Ahmad, moyang Sultan Pahang sekarang dan moyang utama mereka iaitu Sultan Abdul Jalil, anak Bendahara Tun Habab yang naik jadi Sultan empayar Johor-Riau-Lingga lepas Sultan Mahmud mangkat dijulang... Kat Kampung Marhum tu...
    Pas tu pegi Kampung Jawa sempat singgah 2 buah makam lama yang ada batu nesan Aceh, memang orang situ panggil Tok Aceh. Selesai tu, pi bandar Pekan sat, pakcik ajak lalu rumah lama dia kat Kampung Mengkasar, dengan kawasan perkuburan Tok Tuan, nampaklah satu bangunan.... Tengok-tengok ada banyak makam2 lama pakai batu nesan Aceh, rupanya makam Ziarath Raden yang Abg memang teringin nak cari tapi tak tau kat mana. Allah, rezeki lagi...
    Masa nak balik ke Kuantan, lalu Kampung Langgar. Nampak kawasan kubur, pi le... Ada satu yang ada batu nesan Aceh kecik. Pi depan sikit, Kampung Pahang Tua... Tengok-tengok ada makam Sultan Muhammad Shah (memerintah tahun 1470 gitu), Sultan pertama Pahang daripada keturunan Sultan Melaka... Ala... Abang Sultan Alauddin Riayat Shah yang tak dapat jadi Melaka sebab zaman bebudak dulu dia pernah bunuh ank bendahara yang secara tak sengaja tersepak bola raga sampai destar dia terjatuh...
    Bab Fana' tu sebenarnya Abg dah banyak kali kena... Cuma bezanya Fana yang camana... Mintak-mintak keadaan terkawal le sebab kalau dah Fana' tu selalunya memang tak nampak dunia biasa.
    OK... Abg tak lupa semua di sana. Kim salam kat semua... Wassalam! :]

    BalasPadam
  3. di petik daripada :http://members.tripod.com/~suluk98/fana.html

    Kebanyakan kitab-kitab tua seperti Kitab Syarah Hikam Ibni Athoillah As-Kandariah, Kitab Manhal-Shofi, Kitab Addurul-Nafs dan lain-lain menggunakan istilah-istilah seperti 'binasa' dan 'hapus' untuk memperihalkan tentang maksud fana. Ulama-ulama lainnya yang banyak menggabungkan beberapa disiplin ilmu lain seperti falsafah menggunakan istilah-istilah seperti 'lebur', 'larut', 'tenggelam' dan 'lenyap' dalama usaha mereka untuk memperkatakan sesuatu tentang 'hal' atau 'maqam' fana ini.

    Di dalam Kitab Arrisalah al-Qusyairiah disebutkan erti fana itu ialah;

    Lenyapnya sifat-sifat basyariah(pancaindera)

    Maka sesiapa yang telah diliputi Hakikat Ketuhanan sehingga tiada lagi melihat daripada Alam baharu, Alam rupa dan Alam wujud ini, maka dikatakanlah ia telah fana dari Alam Cipta. Fana bererti hilangnya sifat-sifat buruk (maksiah lahir dan maksiat batin) dan kekalnya sifat-sifat terpuji(mahmudah). Bahawa fana itu ialah lenyapnya segala-galanya, lenyap af'alnya/perbuatannya(fana fil af'al), lenyap sifatnya(fana fis-sifat), lenyap dirinya(fan fiz-zat)

    Oleh kerana inilah ada di kalangan ahli-hali tasauf berkata:

    "Tasauf itu ialah mereka fana dari dirinya dan baqa dengan Tuhannya kerena kehadiran hati mereka bersama Allah".

    Sahabat Rasulullah yang banyak memperkatakan tentang 'fana' ialah Sayyidina Ali, salah seorang sahabat Rasulullah yang terdekat yang diiktiraf oleh Rasulullah sebagai 'Pintu Gedung Ilmu'. Sayyidina Ali sering memperkatakan tentang fana. Antaranya :

    "Di dalam fanaku, leburlah kefanaanku, tetapi di dalam kefanaan itulah bahkan aku mendapatkan Engkau Tuhan".

    Demikianlah 'fana; ditanggapi oleh para kaun sufi secara baik, bahkan fana itulah merupakan pintu kepada mereka yang ingin menemukan Allah(Liqa Allah) bagi yang benar-benar mempunyai keinginan dan keimanan yang kuat untuk bertemu dengan Allah(Salik). Firman Allah yang bermaksud:

    "Maka barangsiapa yang ingin akan menemukan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalan Sholeh dan janganlah ia mempersekutukan siapapun dalam beribadat kepada Allah (Surah Al-Kahfi:)

    Untuk mencapai liqa Allah dalam ayat yang tersebut di atas, ada dua kewajiban yang mesti dilaksanakan iaitu:

    Pertamanya mengerjakan amalan sholeh dengan menghilangkan semua- sifat-sifat yang tercela dan menetapkan dengan sifat-sifat yang terpuji iaitu Takhali dan Tahali.
    Keduanya meniadakan/menafikan segala sesuatu termasuk dirinya sehingga yang benar-benar wujud/isbat hanya Allah semata-mata dalam beribadat. Itulah ertinya memfanakan diri.
    Para Nabi-nabi dan wali-wali seperti Sheikh Abu Qasim Al-Junaid, Abu Qadir Al-Jailani , Imam Al-Ghazali, Ab Yazid Al-Busthomi sering mengalami keadaan "fana" fillah dalam menemukan Allah. Umpamanya Nabi Musa alaihisalam ketika ia sangat ingin melihat Allah maka baginda berkata yang kemudiannya dijawab oleh Allah Taala seperti berikut;

    "Ya Tuhan, bagaimanakah caranya supaya aku sampai kepada Mu? Tuhan berfirman: Tinggalkan dirimu/lenyapkan dirimu(fana), baru kamu kemari."

    2. Kata-kata Hikmah Dari Wali-wali Allah yang telah mengalami FANA

    Ada seorang bertanya kepada Abu Yazid Al-Busthomi;

    "Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?". Abu Yazid menjawab: "Diri saya telah hilang(fana) dalam mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang".
    Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai orang bagaimanakah kita boleh mencapai Allah. Beliau telah menjawab dengan katanya:
    "Buangkanlah diri kamu. Di situlah terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yang melenyapkan(fana) dirinya dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu segala-galanya".
    Beliau pernah menceritakan sesuatu tentang fana ini dengan katanya;
    Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa dengaNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat berkata apa-apa. Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera. Kemudian Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan saya dapat dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga."
    Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan tentang fana ini dengan kata-kata beliau seperti berikut:

    Kamu tidak mencapai baqa(kekal dengan Allah) sebelum melalui fana(hapus diri)
    Membuangkan segala-galanya kecuali Allah dan 'mematikan diri' ialah kesufian.
    Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah(mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.
    3. Himpunan Kata-kata Hikmat Tentang Fana

    A. Sembahyang orang yang cinta (mahabbah) ialah memfanakan diri sementara sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.

    B. Setengah mereka yang fana (lupa diri sendiri) dalam satu tajali zat dan kekal dalam keadaan itu selama-lamanya. Mereka adalah Majzub yang hakiki.

    C. Sufi itu mulanya satu titik air dan menjadi lautan. Fananya diri itu meluaskan kupayaannya. Keupayaan setitik air menjadi keupayaan lautan.

    D. Dalam keadaan fana, wujud Salik yang terhad itu dikuasai oleh wujud Allah yang Mutlak. Dengan itu Salik tidak mengetahui dirinya dan benda-benda lain. Inilah peringkatWilayah(Kewalian). Perbezaan antara Wali-wali itu ialah disebabkan oleh perbezaan tempoh masa keadaan ini. Ada yang merasai keadaan fana itu satu saat, satu jam, ada yang satu hari an seterusnya. Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar majzub. Mereka masuk ke dalam satu suasana dimana menjadi mutlak.

    E. Kewalian ialah melihat Allah melalui Allah. Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk. Dalam kewalian tidak ada bayang makhluk yang wujud. Dalam kenabian makhlik masih nampak di samping memerhati Allah. Kewalaian ialah peringakat fana dan kenabian ialah peringkat baqa

    F. Tidak ada pandangan yang pernah melihat Tajalinya Zat. Jika ada pun ia mencapai Tajali ini, maka ianya binasa dan fana kerana Tajali Zat melarutkan semua cermin penzohiran. Firman Allah yang bermaksud :

    Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya.(Surah Al-Fadhilah:54)

    G. Tajali bererti menunjukkan sesuatu pada diriNya dalam beberapa dan berbagai bentuk. Umpama satu biji benih menunjukkan dirinya sebgai beberapa ladang dan satu unggun api menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api.

    H. Wujud alam ini fana (binasa) dalam wujud Allah.Dalilnya ialah Firman Allah dalam Surah An-Nur:35 yang bermaksud;

    "Cahaya atas cahaya, Allah membimbing dengan cahayanya sesiapa yang dikehendakinya." dan "Allah adalah cahaya langit dan bumi."

    I. Muraqobah ialah memfanakan hamba akan afaalnya dan sifatnya dan zatnya dalam afaal Allah, sifat Allah dan zat Allah.

    J. Al-Thomsu atau hilang iaitu hapus segala tanda-tanda sekelian pada sifat Allah. Maka iaitu satu bagai daripada fana.

    5. Tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Fana

    Mikraj Muhammad
    Alamat Sampai Kepada Maqam Yang Tinggi
    4. Pesanan Dari Suluk

    Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.

    Dari itu saudara-saudaraku anda seharusnya banyak menuntut dan mendalami ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan syariat , usuluddin dan asas tasauf untuk mendekatkan diri dengan Allah .

    syarat ujian di dalam ilmu tasauf:

    1.Zahid dengan meninggalkan segala yang lebih daripada yang halal
    2.Ilmu Syariat yang membaikkan zhohirnya,
    3.Tawakkal dan
    4.Keyakinan kepada Allah dan Rasul

    BalasPadam
  4. Itulah maksud yang diberi. Tahniah daripada saya. Nampaknya abng dah lepas 4 ujian dalam ilmu tasauf. Harap abang tabah, musuh yg paling besar selepas iblis adalah diri kita sendiri bang.. adik doakan abang berjaya. amin. :)

    BalasPadam
  5. Hi Radzi,
    nice to meet you again just now after about 10 years. been going through yr blogsites after our lunch by the Kuantan river. Good writing may i say. To me, yours is an amazing life. Have a safe journey. May Allah bless you, your daughter and your other loved ones. All the best.

    BalasPadam
  6. Untuk Syahir, terimakasih atas kata-kata itu. Untuk Shahrum, same to you bro. May God bless you and I hope you managed to turn your current "situation" into one big harmonious family.
    Selamat semua! :]

    BalasPadam
  7. assalamualaikum wrt.
    sdra Radzi Sapiee.
    saya akan ke Makam Chondong untuk ziarah makam Sultan Ghaffar. Saya akan bertolak melalui Segamat. Boleh sdra beri anggaran jarak dan masa dari jambatan baru Pekan menuju ke makam Chondong?
    salam persaudaraan
    kabi09

    BalasPadam
  8. Wassalam. Leee... baru nampak komen ni... maklumlah artikel ni dah masuk jauh ke belakang dalam archive, baru malam ni tergerak nak baca balik.

    Dari jambatan ke makam Chondong tu sangat dekat. Masuk kiri menghala ke Pekan dan perhatikan mana-mana jalan masuk ke kampung (alamak lupa plak nama) kat sebelah kanan. Jarak masa kalau tahu jalan, 5 minit pun boleh sampai!

    Harap dah selamat sampai... :]

    BalasPadam