Selasa, Mac 18, 2008

Satu renungan sementara menunggu saat dan ketika yang sesuai...

Sebuah gambar makam-makam lama di Aceh yang diperolehi apabila membuat image search dengan menggunakan keywords "rahsia Aceh Negeri Sembilan". Asalnya saya telah menggunakan keywords "Jalan Penarikan" untuk mendapatkan gambar hiasan yang sesuai kerana ada merancang mahu singgah di sebuah tempat dengan nama itu... "Jalan Penarikan" sebuah jalan lama singkat ataupun short-cut menghubungkan Sungai Muar dengan Sungai Pahang melalui Sungai Serting di Negeri Sembilan yang telah digunakan orang ramai sejak sebelum kemunculan keSultanan Melaka lagi... Jalan ini pernah digunakan Hang Tuah semasa melarikan Tun Teja daripada Pahang ke Melaka... Ia juga pernah digunakan oleh Sultan Mahmud untuk berundur daripada Muar ke Pahang akibat dikejar Portugis yang menawan Kota Melaka tahun 1511. Tetapi saya tidak dapat menemukan gambar yang sesuai lalu timbul rasa untuk menggunakan keywords "rahsia Aceh Negeri Sembilan"... Mungkin kerana ada cerita lama menyebut Jalan Penarikan ini telah diperkenalkan kepada ramai oleh sekumpulan beberapa orang keluarga yang berhijrah daripada Pasai, diketuai seseorang yang dikenali sebagai Datuk Sempedang ataupun Datuk Shah Pedang?
OK... Saya sebenarnya telah memulakan langkah meninggalkan Kuala Lumpur untuk membuat pengembaraan terbaru ke Pantai Timur, kali ini melalui Negeri Sembilan. Tetapi petang tadi ketika berlepas, saya telah mendapat isyarat untuk singgah "berteduh" di tempat tertentu... Mungkin kerana hari ini Selasa sebenarnya kurang sesuai untuk mengembara... Lagipun menurut petua orang lama (kata orang juga Sunnah Nabi!), lebih afdhal keluar mengembara samada hari Isnin atau Khamis.
Mungkin juga saya perlu "berteduh" sambil mengkaji seraya menghirup gerak ilham akan apakah perubahan senario politik Malaysia yang seterusnya, setelah kabinet baru negara diumumkan siang hari tadi. Dan mungkin juga saya perlu melepaskan sedikit cerita berdasarkan beberapa buah gambar yang diambil di sekitar Kuala Selangor lebih seminggu lepas? Mungkin juga... Masalahnya komputer laptop saya masih dalam proses dibaiki di Plaza Imbi sedangkan saya memerlukannya untuk mengalih gambar-gambar itu daripada kamera digital masuk ke komputer seterusnya ke pen-drive.
Apapun, segala yang berlaku membawa petunjuk bahawa gerak pengembaraan kali ini paling sesuai disambung hari Khamis lusa nanti, kebetulan juga hari Maulud Nabi! Jadi kenapa tidak menunggu untuk meninggalkan KL hari Khamis, kenapa harus keluar hari ini? Mungkin sebabnya ialah saya harus masuk "separuh" jalan ke dalam pengembaraan ini terlebih dahulu... Ditakuti jika saya berlengah lagi, nanti delay semakin panjang pula.
Seharusnya pengembaraan ini telah dimulakan sekitar sebulan lalu tetapi terhalang akibat beberapa sebab... Antaranya demam dan sakit-sakit badan akibat kepenatan, perlu menghadiri majlis-majlis tertentu termasuk majlis pernikahan sahabat kita si Azmi di Jeram, Kuala Selanor kemudian harus menyelesaikan beberapa hal peribadi. Dengan berlepasnya saya daripada KL hari ini, maka secara rasminya saya telah pun memulakan perjalanan walaupun ia harus "dirasmikan" Khamis nanti.
OK... Itu semua sekadar bercerita melepaskan rasa. Adapun tadi saya masuk ke blogspot ini dan tergerak untuk menambah link-link pengembaraan terbaru di side-bar kanan... Lalu baru tersedar, selama ini saya belum pernah menyediakan koleksi links yang lengkap bagi perjalanan sekitar Johor yang tamat 2 bulan lalu... Sedangkan awal pagi tadi, link-link untuk perjalanan di Utara iaitu Kedah dan Perak telah pun diletakkan di dalam artikel Selasai bab Utara, sampai masa ke Timur pula. Sambil merenung pengalaman dahulu untuk bekalan perjalanan seterusnya... .
Maka di sini biarlah dikumpul dan diberikan link-link siri pengembaraan Johor itu ya... Sementara saya mungkin tidak dapat membuat postings baru dalam tempoh akan datang ini, dijemput semua untuk menelaah kembali segala perjalanan yang dibuat serta gerak bercerita yang terkeluar...
Oh... Di bawah ini adalah sedikit nota seperti yang dinukilkan untuk side-bar. Silalah baca... Jangan segan-segan! Sekian! :]


Bahagian selatan (Johor)

Perjalanan kembali untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha penghujung tahun 2007 dengan tidak disangka telah membuka satu siri pengembaraan baru. Ada kawan ingin berjumpa di Kluang tetapi sebaik sahaja saya sampai di Batu Pahat, dia pula menukar rancangan kerana katanya ada kerja di Kuala Lumpur.


Maka alang-alang sudah melangkah, perjalanan pun diteruskan sehingga meliputi 8 daerah utama di Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat... Turut diliputi adalah Tangkak yang dengarnya baru diwartakan sebagai daerah sendiri yang "merdeka" daripada Muar... Sempat pula menyambut tahun baru 2008 di Kluang!

Tentang Muar...

Tempat jatuh lagi dikenang...
The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar...
The hill I saw in a recent dream?
Medan Ikan Bakar (Grilled fish food-court in) Sabak Awor, Muar...

Tentang Batu Pahat...

Cerita Batu Pahat...
The origin of Batu Pahat...
Gunung (mount) Banang in Batu Pahat, Johor...
Masjid (mosque of) Datuk Bentara Luar, Batu Pahat....

Tentang Pontian...

Mencari Muzium Bugis di Pontian...
Salam daripada Pontian...
A quaint look at the town of Pontian

Tentang Johor Bahru...

And now, a quaint look at Johor Bahru!
Nostalgia di tengah bandaraya Johor Bahru

Tentang Kota Tinggi...

Berbalik ke Kota Tinggi...
Historic Kota Tinggi, once the seat of the Johor Empire...
Makam (tomb) of Laksamana Bentan
Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang
Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab

Tentang Mersing...

Salam daripada Mersing pula!
Smelling the sea in Mersing...
Pemandangan di Masjid Jamek Mersing (views at the main mosque of Mersing)...

Tentang Kluang...

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 1
Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 2
Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor...






Tentang Segamat...

Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke?
Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu, Segamat...

Perjalanan kembali Segamat ke Muar...



From Segamat to Muar, a stop around the village of Tenang
Dari Segamat kembali ke Muar... Peristiwa Bukit Kepong...
Dari Segamat kembali ke Muar... Apa ada dari Lenga ke Pagoh?
Masjid (mosque of) Kampung Gombang, Muar...
Dari Segamat kembali ke Muar... Berakhirlah satu episod pengembaraan...



Sempat berjalan lagi di Muar...



Sedikit lagi tentang Muar. Jalan Junid, Bukit Mor dan beberapa kenangan lama...
Views from on top of Muar town...



Sekitar Tangkak dan Gunung Ledang...



Salam-daripada-Tangkak-Ledang
Tangkak, the textile town!
A quick trip up Gunung Ledang...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan