Isnin, Oktober 05, 2015

Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran

Merujuk pada artikel Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya... yang baru dipersembahkan tidak lama tadi. Dalam artikel itu ada penerangan kenapa artikel ini boleh muncul berserta gambar di bawah. Jadi biar kita terus pergi pada penceritaan...



Sekitar tahun 2012 saya tergerak untuk mengumpulkan artikel-artikel yang pernah saya buat melibatkan wacana ilmu dan dunia pemikiran. Saya mahu meletakkannya sebagai satu seksyen pada bahagian paling bawah blogspot, seksyen yang dipanggil "Siri Refleksi Sejarah". Ini adalah untuk memudahkan rujukan akan datang. Selain itu, ia dibuat agar artike-artikel berkenaan tidak dipersia-siakan atau dilupakan. Maklumlah selepas beberapa lama suatu artikel dibuat lalu timbul artikel-artikel baru, ia akan ditolak ke bawah lalu hilang daripada paparan. 

Artikel-artikel lama akan tenggelam ke dalam arkib kecuali ada yang mengingatkan dan mengangkatnya kembali. Cara paling mudah supaya ia tidak hilang ditelan zaman, kumpulkan semua link atau pautan mengikut seksyen dengan tajuk yang berkenaan. Maka ia dapat dipaparkan terus di blogspot sampai bila-bila. 

Ketika siri Refleksi ini dimulakan 3 tahun lalu, seingat saya ada kurang daripada 30 artikel yang dipautkam. Sesekali saya akan mengemaskinikan senarai. lalu menambah bilangan, terbaru adalah pada tengah hari tadi. Buat masa ini biar ditunjukkan dahulu paparan yang kelihatan sebelum itu. Saya copy paste  daripada bahagian paling bawah blogspot beserta penerangan ringkas yang mungkin telah ketinggalan zaman...



Siri Refleksi Sejarah



Setelah beberapa lama baru saya terfikir untuk mengumpulkan links artikel yang melibatkan forum-forum dan seminar sejarah yang pernah dihadiri, sejak saya mula terbetik untuk terlibat dengan acara sebegitu tahun 2009. Walaupun acara yang dihadiri tidak sebanyak mana ilmu yang dapat ditimba tidak terhingga. Di samping itu biar dikumpulkan links untuk artikel-artikel berkenaan sejarah yang boleh dikira terkait juga...




7. Peta bentuk mukabumi lama yang mengandungi kisah-kisah yang digelapkan








38. Pameran dan Wacana Ilmu Telusuri Kegemilangan Melayu di Perpustakaan Negara

39. Seminar Memartabatkan Islam Agama Negara di Pusat Islam

40. Dialog pengkisahan Istana Bandar Kuala Langat

41. Wacana Perpaduan Ummah di Dewan Bahasa dan Pustaka

42. Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

43. Batu-batu bersurat di Kedah - Petunjuk satu hubungan purba?

44. Melaka di dalam Samudera-Pasai sebelum Sultan Mansur Syah menaiki takhta 1379 Masihi?

45. Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH

46. Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul

47. Hari pertama Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Mencari bahan dan 'rasa' untuk filem epik Melayu

48.Hari kedua Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Membawa gerakan kedaulatan ke peringkat yang lebih tinggi











62. Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Sudah terang lagi bersuluh!











84. Perjalanan ke-7 di Aceh - Bincang Sejarah Adat dan Budaya Aceh-Malaysia


Artikel bercitarasa serupa juga boleh digapai dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ia adalah wadah rasmi untuk menceritakan aktiviti kumpulan berkenaan yang diasaskan penulis 12 Oktober 2012.





OK. Kenapa saya tergerak untuk membuat kemas kini terbaru tengah hari tadi? Ini adalah susulan daripada apa yang berlaku 3 hari lalu. Beberapa orang kawan telah menunjukkan gambar di atas dalam Facebook kerana ia memaparkan saya sedang bersoal jawab dalam majlis ilmu. Mereka terlihatnya dalam satu laporan daripada USM (Universiti Sains Malaysia)  tentang kajian DNA Melayu yang dibuat oleh Professor Oppeheimer daripada Oxford University dari England. Boleh rujuk  di sini.

Namun ia adalah berita lama kerana merujuk pada majlis yang berlangsung bulan April iaitu setengah tahun lalu. Cuma mereka baru ternampak setelah ada orang menaikkanya di FB. Tujuan ia dinaikkan adalah untuk menunjukkan bahawa cendekiawan daripada luar pun sudah mengaku orang Melayu sedia berasal daripada bumi sebelah sini. Apabila kawan-kawan membaca dan terlihat gambar mereka pun tag pada saya.

Sebagai maklum balas saya pun mencari pautan untuk artikel berkenaan yang pernah saya buat 2 hari selepas kembali daripada majlis. Fikir saya ketika untuk pautan harus sudah tersenarai di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah". Tapi bila semak tengok tiada. Rupa-rupanya kali terakhir saya mengemaskini senarai adalah pada pertengahan Mac. Ketika itu sudah ada 84 artikel dipautkan untuk siri.



Hal ini menyebabkan kemaskini pun dilakukan hari itu juga. Ketika itulah tersedar sudah terdapat lebih 100 artikel membentuk "Siri Refleksi Sejarah: ini.. Timbul rasa bahawa perkembangan memberangsangkan ini harus diumumkan dalam satu artikel khusus di blogspotNamun saya harus menunggu beberapa hari lagi sebelum dapat menyuakan senarai dalam artikel. Ini kerana ia bukan yang terkini, kerana saya merancang untuk hadir pada satu majlis ilmu di Ipoh hari Sabtu. 

Lewat hari Ahad malam Isnin baru siap berkongsi cerita dalam blogspot. Baru pautan berkenaan boleh ditambah pada senarai. Namun saya sudah teramat penat untuk meneruskan usaha . Tengah hari tadi baru ada kelapangan dan tenaga untuk melengkapkan gerak. Dengan ini dapatlah ditunjukkan senarai paling terkini. Ia menjadikan jumlah artikel yang terpaut 108 buah etakat ini. Sila...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan