Selasa, April 27, 2021

Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008)

Salam hari Selasa malam Rabu 16 Ramadhan. Merujuk pada artikel Selesainya satu bab dalam penulisan... yang merupakan pertama tersenarai dalam Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Satu proses perlu bagi melengkapkan analisis. Ditulis pada Ogos 2007 ia sendiri bukanlah suatu cerita perjalanan. Namun di dalamnya ada rujukan terhadap dua perjalanan di Perak iaitu pada September dan Disember 2006 serta pautan-pautannya.

Saya meletakkannya sebagai pembuka senarai Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Tahun 2012 hingga 2015 kerana mengharapkan ia cukup untuk mewakili dua perjalanan tersebut. Sebaliknya apabila disemak kembali ternyata ada keperluan untuk memanjangkan perkara. Daripada perjalanan bulan September terbitlah artikel kompilasi Perjalanan yang terbit akibat pengembalian jenazah Laksamana ke Perak September 2006 petang tadi. Penelitian terhadap artikel-artikel lama yang perlu untuk melengkapkan perkara seterusnya membawa untuk melihat satu perjalanan ke Perak awal tahun 2008. 

Timbul keperluan untuk mencari lagi artikel-artikel berkenaan supaya boleh dibuat kompilasi tentangnya. Tengok-tengok ia sebenar sudah terangkum dalam satu perjalanan lebih besar ke merata ceruk Semenanjung lalu ada pautan-pautannya dalam artikel Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008 yang dipersembahkan 5 hari lalu. Perjalanan kedua ke Perak dalam artikel Selesainya satu bab dalam penulisan... pula terangkum ringkas dalam artikel Another Perak trip... A one day trip made in December 2006.... Setelah diteliti isinya didapati tidak perlu dipanjangkan perkara. Cukuplah disebut bahawa ia sebenar terlajak menjadi dua hari, bukan sehari seperti disebut dalam tajuk sambil memakan jarak hampir 400 km.

Saya sebut semua ini supaya masuk konteks bagi mempersembahkan artikel kompilasi seterusnya. Ia sepatutnya adalah artikel kompilasi pertama daripada senarai dalam Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Tahun 2012 hingga 2015. Sebelum timbul keperluan untuk membuat artikel Perjalanan yang terbit akibat pengembalian jenazah Laksamana ke Perak September 2006 terlebih dahulu...


Perjalanan kali ini disebut sebagai perjalanan 'terbaru' ke Perak kerana berlaku sesudah dibuat beberapa perjalanan ke negeri tersebut daripada tahun 2006 hingga awal 2008. Ia bermula dengan saya dan seorang sepupu serta kawannya menaiki satu kereta ke Teluk Intan melalui Kuala Selangor dari Kuala Lumpur. Tergerak pula untuk ke Bagan Datoh dan Beting Beras Basah iaitu satu tempat tradisional pertabalan Sultan Perak baru ke Teluk Intan. Selepas itu kami  ke Sungai Durian diikuti Pasir Salak dan Kampung Gajah kemudian ke Batak Rabit lagi. Lewat malam baru kembali ke Lembah Klang lalu memakan jarak tak kurang 500 km.  


1. Salam daripada tepian Sungai Perak

2. Laporan perjalanan terbaru ke Perak... Ada perkembangan yang memberangsangkan tentang makam Raja Ahmad!

3. Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! 

4. Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

5. Perjalanan terbaru ke Perak... Singgah ke Teluk Intan...

6. Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota

7. Perjalanan terbaru ke Perak... Perjalanan malam ke Pasir Salak, Makam Raja Ahmad, Makam Keramat Kuala Bidor sebelum kembali ke Teluk Intan...

8. Salam ukhuwah untuk semua anak cucu Keramat Kuala Bidor dan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan