Meneruskan gerak berkenaan. Bersambung daripada artikel Membaca Melayu dalam Andaya dan Milner - Dinamika kesedaran bangsa.
Sabtu, Julai 18, 2026
Daripada ilmu pengetahuan kepada hikmah - Falsafah Islam dan pembuatan keseluruhan manusia
Jumaat, Julai 17, 2026
Membaca Melayu dalam Andaya dan Milner - Dinamika kesedaran bangsa
Salam pagi Jumaat pertama Safar. Daripada cerita-cerita perjalanan kemudian hal komputer riba beralih kepada majlis ilmu.
Khamis, Julai 16, 2026
Tu dia. Komputer riba ke-10
Salam petang Khamis 1 Safar. Artikel istimewa yang membayangkan suatu peralihan zaman buat saya ini sebenarnya mahu dipersembahkan pagi Jumaat kemudian mahu dipercepatkan ke malam Jumaat. Isi dan penulisan telah disediakan sejak hari Selasa. Tetapi apabila teringat tarikh hari ini adalah bersamaan 1 Safar lalu malam nanti beralih ke 2 Safar biar dipersembahkan lebih awal.
Gambar ini menunjukkan komputer riba saya yang sudah dipakai sejak sekian lama, bersama komputer riba baru (atas) yang dibeli Isnin 13 Julai 2026. Merujuk pada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang, tentang hari pertama perjalanan ke Pantai Timur yang secara rasminya bermula 1 Julai apabila meninggalkan rumah untuk ke Kuala Lumpur. Ada dinyatakan singgah di Perpustakaan Negara lalu hendak menyambung kerja-kerja pembaikan cadangan tesis (thesis proposal) PhD saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Tetapi menghadapi masalah komputer riba asyik sangkut lalu tidak dapat membuat kerja.
Ini memaksa untuk ke Bukit Bintang mencari kedai untuk membaik pulih. Setelah sejam dua komputer dapat digunakan kembali. Tetapi saya sudah hilang rentak selain disibukkan dengan perjalanan yang memakan masa 7 hari 6 malam dan jarak pemanduan lebih 1,550 km. Kembali ke rumah 7 Julai mula melepaskan cerita keesokan hari.
Sabtu 11 Julai, ketika hendak menulis tentang hari ke-5 perjalanan tengok-tengok masalah komputer asyik sangkut timbul kembali. Ketika itu sedang menghadiri satu majlis keMelayuan di Muzium Negara. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-
1. Hari Peradaban Melayu 2026 - Persediaan menghadapi perubahan tata dunia
3. Hari Peradaban Melayu 2026 - Perjuangan Mat Kilau dan dunia persilatan
Masalah yang berterusan sehingga Ahad lewat malam Isnin 12 Julai menyebabkan terasa tiada pilihan. Harus membeli komputer riba baru. Pagi Isnin 13 Julai, setelah tekad dibulatkan, timbul rasa untuk menghidupkan komputer. Tengok-tengok boleh pakai. Itu yang ditulis pada awal artikel hari ke-5 Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan.
Pun begitu, disebabkan telah dibulatkan tekad, dan komputer lama diputuskan hendak diberikan kepada isteri, pergilah ke Bukit Bintang petang itu juga untuk mencari baru. Singgah dahulu ke kedai di mana dibuat baik pulih 1 Julai. Diminta godek-godek sedikit supaya masalah sangkut tidak berulang lalu diberitahu ia cuma masalah sementara perisian disebabkan perubahan yang dibuat setelah ditukar komponen fizikal tertentu.
Balik ke rumah saya menggunakan komputer baru untuk mengemaskinikan sedikit rekod tentang buku-buku saya. Namun komputer lama, walau sudah jadi milik isteri, terus digunakan untuk menulis dan memaparkan baki cerita perjalanan Pantai Timur sehingga selesai. Begitu juga tentang majlis di Muzium Negara yang berlangsung 11-12 Julai.
Sekarang semuanya telah selesai. Barulah menulis menggunakan komputer baru. Ini adalah artikel pertama ditulis dengan komputer itu. Dengan ini artikel-artikel lama berikut dirujuk :-
1. Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 26 tahun lalu! - Ditulis Jun 2008, menunjukkan bagaimana boleh mula terlibat dengan komputer seawal tahun 1982, ketika berusia 12 tahun.
2. Tentang projek buku pertamaku dalam bahasa Melayu tahun 2002 - Ditulis Mac 2022 tetapi menunjukkan komputer riba pertama dimiliki, ketika berumur 32 tahun. Sebelum itu cuma pernah pakai komputer riba syarikat.
7. Akhirnya komputer ribaku yang ke-7 tewas juga - April 2022. Peralihan ke komputer riba ke-8.
8. Masuk komputer riba yang ke-9 daaa... - Jun 2022. Tajuk cukup jelas.
Dengan itu dapat disenaraikan komputer-komputer riba saya seperti berikut :-
1. Compaq Presario - Tak ingat model tapi agak baru keluar pada awal tahun 2002. Kelihatan seperti model 1200-XL300. Dibeli baru lalu pakai sehingga penghujung 2004 atau awal 2005 gitu sebelum rosak terbakar akibat sendi 'koyak'. Inilah yang digunakan untuk penulisan-penulisan awal saya. Ia sempat membentuk draf awal siri novel "Berpetualang ke Aceh".
2. TwinHead 12D - Dihadiahkan baru oleh kawan awal atau pertengahan 2005. Digunakan hingga rosak Jun 2008 lalu dapat menerbitkan siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" iaitu buku pertama hingga ke-3 saya Jun 2006 - November 2007.
3. Acer Aspire 2920 - Dibeli baru pertengahan 2008 lalu digunakan hingga rosak Mac 2012. Dapat menerbitkan buku ke-4 sehingga ke-7 tahun 2009-2011.
4. Asus A43SJ - Dibeli baru tapi display model Mac 2012 lalu digunakan hingga rosak Jun 2014. Tidak sempat menerbitkan apa-apa buku dengannya. Yang ada cuma projek-projek penulisan yang tergendala atau tidak siap.
5. Sony Viao PCG-61213W. Processor I5 - Dibeli terpakai Jun 2014 sebelum rosak teruk penghujung 2016 atau awal 2017. Dapat menerbitkan buku ke-8 dan ke-9 pada tahun 2015 dan 2016.
6. Acer (tak ingat model. Processor I7) - Dibeli terpakai awal tahun 2017. Dapat bertahan sehingga April 2019 kalau tak salah ingatan. Dapat menerbitkan buku ke-10 hingga ke-12 pada tahun 2017 hingga awal 2018.
7. HP ProBook 6550b dengan processor I3 - Dibeli terpakai sekitar April 2018 sebelum menghadapi masalah teruk 4 tahun kemudian. Dapat menerbitkan buku ke-13 Jun 2019. Digunakan untuk penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabanga Pemikiran dan Dunia Islam) sampai satu tahap.
8. Sony Viao PCG-71311W. Dibeli terpakai April 2022. Pelekat pada komputer menunjukkan processor I5. Kemudian baru dapat tahu sebenarnya Intel lama. Selepas berlaku kerosakan ditukar kepada I3 lama kemudian rosak lagi. Dapat dipakai dalam tempoh 6 minggu yang mana seminggu hilang begitu sahaja kerana menunggu baik pulih selepas kerosakan pertama.
9. Lenovo V14 Gen 2 dengan processor I3 1115g4 (11th generation) - Dibeli baru Jun 2022. Alhamdulillah dengan komputer ini dapat menerbitkan buku ke-14, menyelesaikan tesis sehingga dianugerahkan ijazah Sarjana (Master's) dan kemudian menerbitkan buku ke-15 berdasarkan tesis. Inilah yang diceritakan asyik sangkut kebelakangan ini tetapi kelihatan sudah elok kembali. Ini yang dihadiahkan kepada isteri.
Kompilasi cerita Asbab Tokku Paloh
Akhir sekali kompilasi bagi semua cerita-cerita Pantai Timur termasuk di blogspots sokongan.
Seperti tertera pada tajuk utama penceritaan perjalanan berlaku atas asbab utama mahu menghadiri majlis Haul Tokku Paloh, di Kuala Terengganu, pada hari Sabtu 4 Julai 2026. Tetapi ia secara rasminya dimulakan pagi Rabu 1 Julai apabila meninggalkan rumah untuk ke Kuala Lumpur. Isteri mahu ke satu majlis dekat Tasik Titiwangsa kemudian menemani saya ke syarahan ilmu di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak pada malamnya. Dari situ bergerak masuk ke Pahang lalu bermalam di Janda Baik.
Esoknya diteruskan ke Lanchang diikuti Temerloh dan Chenor membawa ke Pekan sebelum bermalam di Kuantan. Selepas itu baru masuk ke Terengganu kemudian dipanjangkan ke ke Kota Bahru, Kelantan. Banyak persinggahan dibuat termasuk mendaki Bukit Besar di Kuala Terengganu sebelum sampai kembali ke rumah petang Selasa 7 Julai lalu jarak pemanduan mencapai 1,552.6 km. Lihat artikel-artikel berikut :-
1. Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil : Suatu perbandingan
2. Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang
3. Centre point of Peninsular Malaysia
4. Masjid (Mosque of) Al Ubudiah, Kampung Batu Satu, Temerloh
5. Pahang river from a restaurant south of Temerloh
6. New waterfront attraction in Chenor
7. Lawatan terbaru ke masjid lama (Latest visit to old mosque of) Chenor
8. Latest visit to Tasik Chini
9. Masjid (Mosque of) Kampung Acheh, Pekan
10. Makam (Tombs of) Nibong @ Tembuni
11. Asbab Haul Tokku Paloh - Tambahan tak dirancang hingga ke Pekan
12. Masjid (Mosque of) Imam Ash-Shafie, Kota SAS
13. Cherating from a different part
14. Masjid (Mosque of) Kampung Jambu Bongkok, Marang
15. Asbab Haul Tokku Paloh - Ke Ganu kite
16. Masjid (Mosqur of) al Muttaqin, Kepong, Kuala Terengganu
17. Surau (Praying hall of) Bandar Baru Pulau Kambing, Kuala Terengganu.
18. Climbing up Bukit Besar in Kuala Terengganu
20. Lawatan baru ke masjid (New visit to mosque of) Tokku Tuan Besar
21. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tokku Tuan Besar
23. Masjid (Mosque of) Kampung Tepoh, Kuala Nerus
24. A stop at Pantai Rhu Sepuluh
25. Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar
26. A look at Pantai Kuala Rekang
27. Masjid (Mosque of) Kuala Rekang
28. Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Raja Loyor.
29. Masjid (Mosque of) Tok Khatib Mael
30. Masjid (Mosque of) Al-Haqiqiah, Kampung Gertak Sagu
31. Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Cik Siti.
32. Latest visit to Tanah Serendah Sekebun Bunga
33. Again, Kelantan river from Sekebun Bunga
34. Masjid (Mosque of) Kuala Balah
35. Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan
36. Lata Kertas 2026
37. Latest look at Jelai river from Kuala Lipis
38. Asbab Haul Tokku Paloh - Keindahan Lata Kertas membawa ke Kuala Lipis
39. Latest look from Kuala Lipis bridge
40. Gua Bama in 2026
41. Rupa baru (New look at) makam (tombs of) Maharaja Perba Jelai
42. Batu nesan Aceh di makam Perba Jelai (Aceh tombstones at the tombs of Perba Jelai)43. Latest look at Lipis river at Batu Malim
44. Asbab Haul Tokku Paloh - Legasi Maharaja Perja Jelai dan keenakan aserong Batu Talam
45. Asbab Haul Tokku Paloh - Liputan melalui Tiktok
Asbab Haul Tokku Paloh - Liputan melalui Tiktok
Salam awal pagi Khamis 1 Safar 1446 Muharram. Bagi melengkapkan lagi cerita perjalanan Pantai Timur biar dibuat perkongsian ini. Bersambung daripada Asbab Haul Tokku Paloh - Legasi Maharaja Perja Jelai dan keenakan aserong Batu Talam.
Adapun kami suami isteri telah membuat agak banyak rakaman video dalam perjalanan lalu dimuatnaik ke Tiktok. Ini boleh dicapai melalui pautan-pautan berikut :-
Rabu, Julai 15, 2026
Asbab Haul Tokku Paloh - Legasi Maharaja Perja Jelai dan keenakan aserong Batu Talam
Setelah beberapa lama sampailah kita pada hari ke-7 dan terakhir perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Keindahan Lata Kertas membawa ke Kuala Lipis.
Selasa, Julai 14, 2026
Asbab Haul Tokku Paloh - Keindahan Lata Kertas membawa ke Kuala Lipis
Isnin, Julai 13, 2026
Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan
Artikel ini, tentang hari ke-5 perjalanan Pantai Timur sepatutnya ditulis dan dipersembahkan 2 hari lalu. Tetapi saya menghadapi masalah komputer riba asyik beku. Begitulah keadaannya sehingga lewat malam tadi. Pagi tadi, terasa hendak menyemak keadaan komputer, pada ketika sudah bertekad tengah hari karang mahu keluar cari komputer riba baru. Tengok-tengok sudah pulih begitu sahaja. Ini memberikan ruang untuk melepaskan beberapa artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART diikuti penulisan ini. Maka bersambung penceritaan daripada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar.
Malamnya singgah di masjid ini dalam perjalanan menuju ke rumah kawan. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Balah. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,848 di CATATAN SI MERAH SILU.

























































