Selasa, Julai 14, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Keindahan Lata Kertas membawa ke Kuala Lipis

Salam. Penceritaan kita menghampiri penghujung. Pergi pada hari ke-6 perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan.



Pagi Isnin 6 Julai 2026. Kami telah bermalam di chalet milik kawan. Tapi bukan yang kelihatan sebalilnya satu yang kebanyakannya binaan kayu. Cuma terlupa hendak mengambil gambar. 



Kereta diletakkan di hadapan yang kelihatan kerana asalnya itulah yang hendak diberi inap oleh kawan. Gambar diambil dari serambi chalet kami sebelum bergerak ke tempat tarikan berdekatan.



Kompleks chalet kawan meliputi 11 pintu termasuk 2-3 bilik yang memberikan pemandangan tarikan tersebut. Kafe yang kelihatan, belum dibuka lagi pun milik beliau. 




Tarikan adalah satu siri jeram dan air terjun dengan air yang menyegarkan. Lihat artikel Lata Kertas 2026  di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH. Setelah 3 atau 4 kali sampai inilah kali pertama kami menginap.



Kompleks chalet termasuk rumah dan kebun durian terletak dalam tanah 11 ekar milik kawan dan suami. Sekarang musim durian. Tiap-tiap hari ada peraih datang mengambil durian. Kami suami isteri sampai tak larat makan.



Selepas puas mandi air terjun kemudian berehat sebentar di chalet kami pun menyambung perjalanan ke arah Lembah Klang.



Singgah di bandar Kuala Lipis.



Makan tengah hari di stesyen lama kereta api.



Bersolat di masjid lama.






Naik bukit melihat bangunan Residen Inggeris ke Pahang yang telah dijadikan hotel, tetapi sedang ditutup untuk baik pulih.




Singgah melihat sungai pada waktu petang. Lihat Latest look at Jelai river from Kuala Lipis.




Malam singgah bersolat di masjid jamek.






Kami telah memilih untuk menginap satu malam di Kuala Lipis. Ia ada;ah kali pertama buat isteri, kali ke-3 atau 4 buat saya.



Satu perkara menarik. Dapat makan sup belut setelah terlepas beberapa kedai makan yang menyediakan hidangan istimewa tersebut dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli. Boleh pula terjumpa kedai yang menghidangkan di Kuala Lipis. Alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan