Setelah beberapa lama sampailah kita pada hari ke-7 dan terakhir perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Keindahan Lata Kertas membawa ke Kuala Lipis.
Pagi Selasa 7 Julai 2026. Selepas berhenti sebentar di jambatan ini untuk mengambil gambar kami pun bersedia untuk meninggalkan Kuala Lipis. Lihat artikel Latest look from Kuala Lipis bridge di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Berpatah balik sedikit ke arah Gua Musang lalu terlihat simpang ke suatu tempat tarikan masuklah sebentar melihat ke dalam. Lihat Gua Bama in 2026.
Adapun perjalanan patah balik dalam 16 km itu perlu dibuat kalau hendak mengambil jalan ke Sungai Koyan dari Kuala Lipis. Ada sebab akan diberitahu kenapa mengambil laluan tersebut. Dalam perjalanan singgah ke persekitaran yang pernah menjadi pusat pemerintahan Maharaja Perba Jelai, dahulu pemerintah yang menguasai Hulu Pahang di sepanjang lembangan Sungai Jelai, sekarang pembesar empat dalam sistem Kesultanan Pahang.
Parkir di masjid ini untuk ke makam Maharaja Perba Jelai dan keluarga ke arah puncak bukit di hadapan.
Kelihatan ada perubahan yang boleh mengangkat kembali tinggi martabat keluarga dan para pemegang gelaran/jawatan. Lihat artikel Rupa baru (New look at) makam (tombs of) Maharaja Perba Jelai diikuti
Batu nesan Aceh di makam Perba Jelai (Aceh tombstones at the tombs of Perba Jelai) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.Perjalanan diteruskan ke Sungai Koyan sebelum membelok ke arah Raub.
Tujuannya untuk mencari hidangan tradisional kegemaran iaitu gulai asam rong, disebut juga sebagai aserong di sekitar Batu Malim dan Batu Talam. Tetapi kedai-kedai di Batu Malim tidak dibuka. Ada sekurang-kurangnya satu diketahui biasa menghidangkan dalam lingkungan gambar. Lihat Latest look at Lipis river at Batu Malim.
Nasib baik dapat jumpa satu warung di Batu Talam yang menghidangkan. Cukup enak walaupun berlaukkan ayam, bukan ikan keli yang menjadi kegemaran.
Sempat menziarahi makam almarhum Nenek, ibu kepada bapa sebelum masuk ke bandar Raub.
Kemudian mengambil laluan terpantas untuk kembali ke rumah.
Apabila sampai ke rumah selepas jam 5 petang, meter menunjukkan jarak pemanduan 1,059.5 km telah dicapai. Ini sebenarnya adalah dari rumah saudara di Kuantan. Lihat . Sebelum itu telah memandu sejauh 493.1 km tetapi tersilap tekan butang jadi kosong. Rujuk cerita berkenaan dalam Asbab Haul Tokku Paloh - Ke Ganu kite. Jadi perjalanan Pantai Timur ini sebenarnya meliputi jarak pemanduan keseluruhan 1,552.6 km.
Dalam kepenatan setelah 7 hari 6 malam keluar bermusafir tetap diusahakan melaksanakan edisi ke-32 "Merah Silu Live" malam itu. Lihat video atas. Perjalanan lama dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas kali adalah :-
Sekian cerita.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan