Meneruskan gerak berkenaan. Bersambung daripada artikel Membaca Melayu dalam Andaya dan Milner - Dinamika kesedaran bangsa.
Petang Jumaat 17 Julai 2026 ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) lagi untuk majlis ilmu.
Kali ini bersolat Jumaat di tempat lain, tidak di masjid ISTAC seperti kebiasaan sejak beberapa lama kalau datang hari Jumaat. Harus menguruskan sesuatu terlebih dahulu sebelum dapat sampai ke majlis lewat sedikit beberapa minit.
Poster bagi majlis. Tajuk boleh diterjemahkan sebagai "Daripada Ilmu Pengetahuan Kepada Hikmah - Falsafah Islam dan Pembuatan Keseluruhan Manusia".
Pembentang iaitu Dr Nurul Ain Norman memulakan dengan mengemukakan dua ayat Al-Quran untuk mengukuhkan asas apa yang hendak dihujahkan. Satu adalah tentang bagaimana Nabi Adam (a.s.) diajar ilmu nama-nama (setiap yang dicipta), satu lagi tentang bagaimana mereka yang diberikan hikmah mendapat kebaikan yang banyak.
Dinyatakan tesis utama adalah tentang bagaimana maklumat harus menjadi ilmu pengetahuan, pengetahuan menjadi pengecaman (terhadap kebenaran), pengecaman mesti matang menjadi hikmah lalu hikmah mesti menzahirkan adab, sifat murni dan tindakan yang benar.
Dinyatakan kita sekarang berada pada zaman krisis ilmu pengetahuan.
Ini disebabkan ia tidak teratur. Tidak ada tertib, keseimbangan dan adab.
Dengan itu diberika peta syarahan menunjukkan maklumat harus membawa kepada ilmu, ilmu kepada mengenal (ma'rifah) lalu membawa kepada hikmah diikuti adab dan amal. Inilah pembentukan insan.
Dinyatakan pula apa itu falsafah Islam.
Diberikan beberapa perkataan yang membentuk kosa kata pemahaman.
Dinyatakan kenapa falsafah sering disalah faham. Kenapa boleh jadi begitu? Bagaimana falsafah Islam boleh membawa kepada pembuatan (atau pembentukan) keseluruhan manusia (yang dilihat 'terpecah-pecah' dirinya dalam kebingungan akibat hilang arah)? Ikuti sendiri perkongsian melalui video bawah. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,855 di CATATAN SI MERAH SILU.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan