Sabtu, Jun 21, 2014

Hikmah laptop rosak


Lebih 2 tahun lalu saya ada menulis artikel bertajuk Komputer Acer Aspire pun bersara di mana diperkenalkan sebuah komputer riba baru. Setelah komputer terdahulu rosak ia mahu digunakan untuk menulis buku ke-8 saya. Itulah komputer yang kelihatan di atas. Dibeli ketika isteri saya sedang berpantang selepas melahirkan anak kecil kami Johan, ia kemudian menjadi mangsa anak kecil itu suka mengopek-ngopek papan kunci.


Ditakdirkan Allah SWT ia mengalami kerosakan teruk seminggu lalu. Rupa-rupanya nak bagi rezeki lain. Biar dicopy paste cerita berkenaan yang diluahkan di Facebook sekitar 11 malam tadi...


------------------


Sedang menulis dengan laptop baru. Tak lah baru sebenarnya, 2nd hand dan dah berumur 2-3 tahun. Tapi spec jauh lagi bagus daripada laptop sebelum ini.

Oh. 3 minggu lepas saya ada sebut bagaimana laptop Asus A43SJ saya menghadapi masalah program berat semacam. Kelihatannya seperti kena virus, dah cuba bersihkan beberapa kali tapi tak lama pas tu berat balik. Apa yang saya tak bagitau seminggu lepas tiba2 skrin tak keluar apa langsung gambar. Laptop boleh hidup sebab lampu on nyala dan dengar bunyi kipas. Tapi hard drive nampak tak engage. Power dari plug tak boleh masuk, harap baki power dalam bateri je.

Saya pun hantar kedai. Lepas 2-3 hari mereka call kata tak boleh buat, motherboard rosak. Kalau nak juga kena tukar motherboard baru. Ish. Pecah kepala rasa. Dah le motherboard baru harga tak kurang RM450. Kena pulak order dari luar, katanya sebulan kena tunggu. Saya pun cuba dekat kedai tempat beli laptop tu dulu. Warranty 2 tahun dah 3 bulan tamat. Tapi cuba le. Fikir saya kalau kena ganti motherboard, biar upgrade spec tapi tengok gak harga. 

Kedai tu kata dia tengok camana. Kalau dalam tempoh sejam tak boleh buat dia pulang balik tanpa bayaran. Tapi dari sejam jadi 2 jam terus disambung 2-3 hari sebab rasa macam boleh buat. Lepas tu baru give-up mengaku tak boleh. Katanya dalaman laptop saya ada kena air. Entah bila, tak tahu le.

Apapun kedai yang ini offer trade-in tanpa dipinta. Alhamdulillah saya dapat Sony Vaio dengan processor I5 pada harga top-up yang sangat munasabah. Tak payah sebut le berapa, Cukup diberitau specnya jauh lebih baik daripada laptop yang rosak. Masa beli laptop lama Asus tu memang saya inginkan spec seperti yang terdapat pada Vaio tu. Tetapi budget tak mengizinkan. Kini saya dapat spec yang lebih bagus ini pada harga yang kalau dicampur harga asal Asus itupun saya tak boleh dapat ketika membeli Asus tersebut 2 tahun 3 bulan yang lepas.

p/s : Sebetulnya saya nak bagitau baru dapat tau Sony dah tak buat lagi laptop sejak 2 bulan lalu. Mereka jual Vaio pada satu company Jepun dan sekarang concentrate pada tablet. Saya dapat tahu ini apabila cuba survey harga Vios di kedai2 lain. Dah... terus terkeluar luahan gembira mendapat laptop dengan spec lebih bagus setelah 3 minggu berdukacita laptop dulu rosak. :v



Pada mulanya ada rasa terkilan juga kerana komputer Asus itu rosak sebelum dapat melahirkan buku ke-8. Namun bila difikirkan kembali ia masih sempat menabur jasa yang sangat besar untuk perkara lain yang ada kena-mengena iaitu usaha kedaulatan Melayu dan Islam. Dengan komputer itulah saya dapat mengatur acara demi acara HIKMAH membawa ia ke merata Semenanjung sehingga luar negara ke Aceh. Lihat artikel HIKMAH berehat dan Faktor 131 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Dan komputer itu sebenarnya sempat digunakan untuk menulis sebahagian buku sambil mengumpul bahan-bahan sokongan untuk diolah dan diatur. Atas hikmah ia rosak usaha menerbitkan buku ke-8 akan diambil-alih oleh komputer baru Viao, insyaallah. Walaupun tak berapa baru sebenarnya kerana second hand ia memiliki banyak kelebihan kuasa berbanding laptop yang rosak itu. Doakan saya diberi limpahan gerak dan ilham untuk melaksanakannya ya kawan-kawan dan para pembaca sekalian. Amin... :]


--------------------


Oh. Baru teringat. Pada artikel Komputer Acer Aspire pun bersara ada dilink atau dipautkan artikel-artikel lalu tentang barang-barang eletronik terdahulu yang banyak berjasa dalam penulis. Saya pautkan di sini pula :-



Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya...

Kamera digital murah ku juga "bersara" akhirnya!

Kamera Olympus hitam pun 'bersara'...

Bakti 3 kamera lama dan misi kamera baru


Apabila terlihat tajuk artikel "Bakti 3 kamera" dan melihat kembali isinya baru saya teringat bahawa kamera seterusnya seperti disebut dalam artikel hilang tercicir ketika menunggang motosikal lalu tidak dapat ditemui. Entah jatuh di mana, saya betul-betul tak sedar. Bila sampai satu tempat tergerak mengambil gambar baru tersedar ia sudah tiada.

Ada disebut ia memiliki zoom 7x. Selepas itu, samada hujung 2012 atau awal 2013 saya membeli kamera baru jenama Olympus juga tetapi dengan zoom 12.5x. Namun ia menghadapi masalah setelah beberapa kali asyik terjatuh keluar daripada sarung lama kamera ('diwariskan' dari kamera ke-2 milik saya) yang semakin longgar penutup lekatnya. Sementara menunggu ia diperbaiki agak lama di kedai saya pun membeli kamera lebih murah yang ada zoom 5x, kali ini dari jenama Nikon awal 2014.

Apabila kamera Olympus 12.5x selesai diperbaiki hampir sebulan kemudian Nikon itu diserahkan kepada isteri. Namun tidak berapa lama kemudian ia jatuh dan rosak lagi lalu saya mengambil kembali kamera Nikon untuk kegunaan diri. Kali ini saya membiarkan sahaja Olympus tersebut di kedai selepas dihantar untuk diperbaiki kerana tiada lagi warranty dan bayaran yang perlu dibuat tidak rasa berbaloi lagi. Maka Nikon itulah yang digunakan sejak itu untuk menemani  ke mana-mana sehingga ini.

Saya ceritakan ini agar segalanya terekod kemas dalam kenangan. Ini kerana barang-barang eletronik yang disebut adalah alat-alat yang sangat membantu saya menulis buku mahupun berceloteh di blogspot juga di Facebook. Bila menulis ini baru tersedar, sejak membeli kamera digital pertama tahun 2007 gitu, saya kini menggunakan kamera ke-6. Dan atas asbab menulis tentang ini baru timbul gerak untuk meneliti apakah saya ada menulis apa-apa tentang nasib kamera ke-4, kamera Olympus dengan zoom 7x yang disebut sebagai pengganti dalam artikel Bakti 3 kamera lama dan misi kamera baru.

Ternyata ia memang ada. Pada artikel Makna di sebalik tamatnya perkhidmatan suatu kamera... yang ditulis Julai 2012 malah dihurai dengan lebih terperinci apa yang berlaku pada kamera pertama hingga ke-4. Cuma 'persaraan' kamera ke-5 sahaja belum pernah diceritakan lagi. Ini kerana asalnya saya berhajat untuk menggunakannya kembali setelah siap diperbaiki di kedai. Tetapi saya asyik menangguhkan dari mengambilnya kerana duit yang asalnya mahu dibayar untuk upah pembaikan harus dibelanjakan ke arah lain. Makin lama pula makin rasa tak berbaloi untuk mengambilnya lalu luputlah tempoh setahun untuk berbuat begitu.

Kembali pada hal laptop atau komputer riba. Biar diberitahu sejak memiliki laptop pertama sekitar penghujung 2001 ke awal 2002 komputer sekarang saya sudah masuk laptop ke-5. Harap ia dapat menabur jasa lebih lama dari komputer-komputer sebelum ini. Harap selain buku ke-8 ia dapat menjayakan buku-buku lain juga lebih banyak penulisan di blogspots ditambah peringkat seterusnya usaha kedaulatan Melayu dan Islam terutama melalui HIKMAH. Selesai gerak bercerita tentang ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan