Sabtu, April 18, 2009

Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC

Assalamualaikum semua. Pesta Buku Antarabangsa 2009 telah pun bermula di PWTC hari Jumaat semalam tetapi baru tadi saya ada menjenguknya. Di sini ada satu cerita... mari!




Malah semalam saya telah masuk ke blogspot seorang rakan lama iaitu Shamsul Yunos. Tengok-tengok dia telah mewar-warkan dua buah buku mewah terbitan syarikat Karnadya yang ada memaparkan gambar-gambar yang diambilnya dan salah satu buku ditulis oleh saya. Di atas adalah gambar kulit hadapan buku yang dimaksudkan, "Rumah Azan" seperti terpapar di website http://www.karnadya.com.my/. Untuk pengetahuan ini adalah buku ke-empat hasil tulisan saya dan buku terbaru, setelah menulis dan menerbitkan sendiri tiga buah buku di bawah siri novel "Berpetualang ke Aceh".

Adapun "Rumah Azan" adalah sebuah buku mewah atau coffee-table book terbitan Karnadya dengan pertolongan dana dari Dewan Bahasa Pustaka. Selama ini boleh kata rata-rata buku-buku terbitan mereka adalah novel-novel bertemakan cinta yang lebih memenuhi kehendak citarasa golongan remaja dan gadis awal 20an. Tetapi penghasilan buku-buku mewah adalah satu usaha untuk membawa penerbitan mereka ke tahap yang lebih tinggi dan bermakna. Saya cukup berbangga kerana diberi penghormatan menulis dan menentukan isi buku ini. Pada saya ini adalah satu peluang untuk mengenengahkan banyak perkara berkenaan kedaulatan bangsa Melayu dan kesyumulan Islam, melalui pilihan masjid-masjid tertentu yang memiliki cerita sebaliknya yang berkaitan.

Asalnya saya bercadang untuk membuat posting ini semalam. Tetapi sebaik sahaja selesai menulis beberapa perenggan baru saya terfikir, bagaimana mahu membuat cerita yang elok dan menyeluruh jika saya tak tahu pun bagaimana rupa sebenar buku ini. Bukankah ia akan dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang sudah pun bermula semalam? Maka lebih elok pergi ke pesta buku untuk melihat dahulu hasilnya...


Selepas makan tengahari bersama isteri, saya pun mengambil motosikal besar yang ditinggalkan di pejabatnya lalu menuju ke PWTC. Sampai sahaja ke ruang legar, terlihat sebahagian gerai buku di dalam dewan bawah, Dewan Tun Hussein Onn kalau tak salah ingatan. Selalunya saya lebih suka pergi terus ke bahagian utama pesta yang biasa diadakan di aras atas iaitu Dewan Tun Razak (sekali lagi, itulah namanya kalau tak salah ingatan) tetapi entah kenapa saya melangkah dahulu masuk ke dalam dewan yang di bawah...


Tengok-tengok terus terjumpa gerai Karnadya atau Karnadya Solution (ke Solutions? Sama aje la kot...). Terus ternampak anak-anak dan anak buah penulis dan pemilik Karnadya, Aina Emir yang saya panggil Kak Aina... dia yang suruh sedangkan anak-anaknya sudah besar-besar belaka melepasi umur 20an. Sedangkan Shamsul Yunos yang sama umur dengan saya iaitu 39 tahun pun memanggilnya Auntie Aina disebabkan dia mengenali anak-anaknya sebelum mengenali ibunya.

Kebetulan saya sampai setelah sejumlah buku "Rumah Azan" baru sahaja dihantar dari kilang percetakan. Nasib baik juga saya datang selepas makan tengahari Sabtu. Kalau semalam saya datang buku pun belum siap kerana masih dalam proses percetakan. Kira buang karen aje le walaupun saya boleh berjalan-jalan melihat pelbagai buku lain yang terdapat di pesta.

Saudara Faiz, anak sulung Kak Aina yang juga merupakan general manager Karnadya kalau tak salah ingatan terus memberi senaskah buku sebelum membawa saya menuju Kak Aina... bagi pinjam aje le sebab belum ada cukup buku untuk diberikan kepada orang. Disebabkan meja Kak Aina penuh dengan peminat novel-novelnya, saya pun pergi ke meja lain berdekatan untuk melihat isi buku.

Inilah buku "Rumah Azan". Saiznya besar, sebesar kertas A3 iaitu dua kali saiz A4.


Ini adalah mukasurat awal yang memaparkan mukadimah. Pada saya boleh tahan aturan gambar dan teks.


Setakat beberapa mukasurat awal, saya sekadar rasa boleh tahan, setakat itu sahaja le. Untuk pengetahuan, walaupun saya menulis teks dan mengatur jalan cerita serta pilihan masjid yang mahu diketengahkan, saya tidak tahu bagaimana rupa sebenar buku yang akan muncul kerana ini bergantung pada pereka lay-out dan sebagainya. Saya cuma pernah melihat salinan awal rupabentuk buku yang ketika itu lebih kecil saiznya tetapi lebih tebal lalu memberi sedikit feedback akan apa yang perlu diperbetulkan sebelum melepaskan segala-galanya kepada pihak Karnadya.

Saya menyerah kepada Allah untuk menentukan rupabentuk akhir buku ini. Untuk makluman, saya telah mengenengahkan lalu pergi ke 41 buah masjid seluruh Semenanjung sedangkan pihak penerbit mencadangkan cukup 20 sahaja untuk memenuhi budget yang boleh dikira rendah untuk sebuah buku mewah. Memang saya boleh mengambil jalan senang dengan memilih 20 buah masjid. Maka saya dan Shamsul yang bertindak sebagai jurugambar tidak perlu pergi terlalu jauh dan singgah banyak tempat, jimatlah belanja kami sedangkan apa yang telah diperuntukkan sebagai belanja makan-minum, perjalanan dan tempat tidur tetap milik kami tak kiralah berapa masjid yang kami pergi.

Tetapi gerak hati saya tetap menyuruh pergi ke semua masjid yang telah saya kenal-pasti sedangkan nanti akan ada limit atau sekatan jumlah cerita dan gambar-gambar masjid yang boleh dimuatkan ke dalam buku. Alhamdulillah, jalan tengah dapat diambil dengan tidak kurang 30 masjid terpilih kini terserlah di dalam "Rumah Azan".


Walaupun "Rumah Azan" memaparkan masjid-masjid dan cerita sekitarnya, saya turut memilih untuk mengenengahkan beberapa makam lama kerana ada kaitan cerita. Antaranya ialah makam-makam di Pulau Besar, Melaka yang diletakkan di bawa tajuk "Pulau Besar dan tarikan mistiknya". Seperti disebut awal tadi, saya cuma rasa OK sahaja apabila melihat beberapa mukasurat awal. Tetapi sebaik sahaja sampai pada mukasurat di atas yang memaparkan gambar makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, terus timbul rasa aliran eletrik yang mengalir naik ke kepala menyebabkan saya terasa yakin buku ini sudah cukup bagus dan akan pergi jauh.

Yang membuat saya terasa begitu adalah kombinasi gambar kompleks makam di kiri dengan teks yang ada menyebut nama Sultan Malikus Salih, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai (kini dalam Aceh). Saya tahu rahsia kaitan sebenar Sheikh Ismail dengan Malikus Salih. Tapi mana saya tahu teks satu perenggan yang cuba membayangkan rahsia itu secara tersirat akan diletakkan betul-betul di bawah gambar kompleks makam sedangkan ada lagi gambar-gambar lain berkenaan Pulau Besar yang turut terpapar sama!


Lebih seminit rasa eletrik yang timbul terus memenuhi ruangan terdekat sekitar tubuh. Saya tersenyum lebar sambil berzikir serta memanjatkan syukur kepada Allah atas aturan Qada Qadarnya yang menentukan terhasilnya sebuah buku yang insyaallah akan dapat membuka matahati ramai orang tanpa mereka sedari.

Di atas adalah gambar Masjid Kampung Laut di Kelantan. Dipercayai masjid ini adalah yang tertua di Malaysia yang masih wujud hingga kini sedangkan rekabentuknya yang serupa Masjid Demak di Jawa menyebabkan ramai mengaitkannya dengan para Wali Songo.


Beberapa mukasurat kemudian kita sampai ke masjid ini, masjid tinggal di Teluk Memali. Untuk pengetahuan, masjid yang menjadi penghias kulit hadapan buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" ini menyimpan rahsia tersendiri yang boleh membuka cerita berkenaan nasib orang Melayu selepas kemasukan penjajah Inggeris hingga kini dan bagaimana keadaan boleh terjadi sehingga ekonomi negara Malaysia dikuasai bangsa lain.


Nyaris-nyaris masjid lama Perak yang terletak tidak jauh dari kubur J.W.W. Birch ini terkeluar daripada buku akibat Shamsul tidak menghantar gambar-gambar berkenaan kepada pihak penerbit. Saya tak tahu apa masalahnya sedangkan saya sudah bersusah-payah membawanya menaiki kereta masuk ke kawasan terbiar dan sampai di sana waktu Maghrib.

Bayangkan berkejar mengambil gambar beberapa buah masjid dari Pulau Pinang masuk ke Taiping dan Kuala Kangsar sebelum sampai ke situ. Sedangkan hari sebelumnya saya telah memandu kereta terus menerus dari Kuala Lumpur hingga ke Perlis sebelum memulakan perjalanan menurun hingga ke Pulau Pinang untuk menyertakan masjid-masjid di Kangar, Alor Setar dan Sungai Petani. Nasib baik ada isteri menemani...

Bayangkan perasaan anda setelah berbuat semua ini, penerbit menyatakan tidak dapat memasukkan cerita akibat tiada gambar. Nasib baik saya teringat perjalanan tahun lepas yang dibuat untuk menyusuri sejarah berkaitan Perjanjian Pangkor 1874 sambil membuat video. Lihat artikel Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua! Teringat seorang pembaca blogspot ini RadenCilik yang ada turut serta dalam perjalanan itu dan turut mengambil gambar. Gambar-gambar masjid ini yang diambilnyalah yang digunakan dalam buku "Rumah Azan" walaupun tidak dinyatakan pada buku ini.

Untuk RadenCilik, bersyukurlah gambar-gambar ini diterima untuk sebuah penerbitan yang boleh tahan besar. Walaupun namamu tidak disebut dalam buku, cukuplah dinyatakan di sini ya. Insyaallah dari situ kamu akan dapat peluang untuk membuat kerja-kerja mengambil gambar untuk buku-buku lain nanti. Percayalah! :]


OK. Pihak Karnadya ada memberitahu buku "Rumah Azan" akan dilancarkan pada hari Isnin 20 April jam 2 petang bersama beberapa buku lain di bawah program Dewan Bahasa dan Pustaka. Dan mereka meminta saya hadir sama. Tempatnya adalah di pentas ruang legar yang kelihatan di atas. Tak susah nak cari kerana semua orang di pesta buku perlu lalu di sekitarnya...

Tertera di kira-kanan pentas adalah program acara sepanjang berlangsungnya pesta buku ini 17-26 April. Tertera juga program yang melibatkan "Rumah Azan" iaitu Pelancaran Buku Dana Penggerak Industri Buku Negara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kemudian saya berjalan-jalan di bahagian lain pesta. Di gerai Dewan Bahasa baru saya dapat tahu bahawa majlis pelancaran itu melibatkan 200 judul buku baru oleh 22 syarikat penerbit yang mendapat pertolongan dana Dewan. Kalau begitu buku "Rumah Azan"cuma satu buku kecil di dalam senarai ini. Tetapi apabila melihat senarai di dalam buku atas, baru saya tahu buku-buku mewah diletakkan pada tangga tertinggi dalam senarai keutamaan buku sedangkan cuma Karnadya dan mungkin 1-2 penerbit lagi yang ada menerbitkan buku seumpama itu.

Di sini biar dibuat pengumuman. Kalau tak silap ingatan le, saya diberitahu bahawa buku "Rumah Azan" akan dijual pada harga RM108 senaskah. Tetapi anda boleh membelinya di gerai Karnadya pada harga potongan RM75 sempena pesta buku.

Saya juga ingin mengajak para pembaca sekalian untuk turut memeriahkan acara pelancaran Isnin ini. Untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan siri buku "Berpetualang ke Aceh", insyaallah saya akan hadir membawa sejumlah naskah dan mula menjualnya secara ad hoc selepas majlis di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai dan tidak terlalu sesak. Selain itu, anda boleh mendapatkannya di gerai Crescent News dan Fajar Pakeer.

Oh... siang tadi saya ada membuat sebuah artikel baru bertajuk Asal-usul rumah Kutai di Perak (The origin of the rumah Kutai in Perak) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Jenguklah kerana ada cerita tertentu tentang kaitan orang Aceh dan Bugis. Terfikir pula mungkin darah AB+ saya itu bermakna Aceh campur Bugis, hehe! Mungkin... mana pulak nak letak bahagian darah Jawa dan Melayu Perak berkaitan Melaka yang turut mengalir dalam tubuh...

Hmm... Sebelum pergi, terasa nak letak link-link untuk artikel-artikel lama yang mengandungi cerita semasa membuat kerja pergi dari masjid ke masjid. Sebagai ingatan, apa-apa teks dalam artikel tidak sama dengan teks dalam buku "Rumah Azan" walaupun tema ceritanya sama. Ini dia... selamat malam.

Projek buku masjid - perjalanan selatan 1

Projek buku masjid - perjalanan selatan 2

Projek buku masjid - perjalanan selatan 3

Menulis balik cerita masjid di waktu malam?

Cerita projek buku masjid - Membuka perjalanan di Negeri Sembilan

Cerita projek buku masjid - Masjid Kampung Hulu dan masjid-masjid di Melaka

Cerita projek buku masjid - Pulau Besar membawa ke Muar dan makam Sultan Alauddin

Perjalanan terbaru ke Pantai Timur - Cerita projek masjid

Projek buku masjid - Terengganu dalam kurang 24 jam

Projek buku masjid - Satu pandangan segar terhadap Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu

Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok"

Projek buku masjid - Lagi, Danau Tok Uban dan Masjid Brunei Darussalam

Projek buku masjid - Dari Kota Bahru ke Kuala Lipis, kembali ke Kuala Lumpur

Nombor 434 dan perjalanan terbaru ke utara...

Projek buku masjid - perjalanan terbaru ke utara...

Projek buku masjid - akhirnya, cukup tujuh wali...


Projek buku masjid - dari Perlis berkejar hingga ke Pulau Pinang

Projek buku masjid - bertemu penunggu masjid lama tinggal!



Khamis, April 16, 2009

Majlis hol almarhum Sheikh Abdul Qadir al-Jilani berserta Maulud Nabi di Masjid Negara dan percaturan politik terkini...

Sabtu lalu selepas Magrib, saya dan isteri pergi ke Masjid Negara...
Nasib baik 2 hari sebelum itu seorang pembaca buku "Berpetualang ke Aceh" telah menghantar SMS memberitahu bahawa di Masjid Negara hari itu akan diadakan majlis hol (memperingati ulangtahun kewafatan) Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani merangkap majlis sambutan Maulud Nabi. Kalau tidak mungkin saya tak tahu pun kerana dalam sebulan kebelakangan ini saya lebih banyak duduk rumah lalu tidak menyedari banyak perkara yang berlaku di luar sana. Untuk pengetahuan, ini adalah tahun ketiga saya menghadiri majlis serupa yang dianjurkan oleh orang-orang yang sama. Kali pertama tahun 2007 di Masjid Wilayah, kali kedua tahun lepas di Masjid Putrajaya.
Setelah beberapa waktu duduk di belakang menemani isteri di hadapan saf wanita, saya mula melangkah ke hadapan.
Niat saya adalah mahu pergi sedekat mungkin ke hadapan di mana berkumpulnya ramai ulamak-ulamak dari segenap dunia Islam, ada dari belah Afrika, Arab juga Indonesia dan Singapura, rata-rata para Sayyid, Syarif dan Habaib iaitu Ahlul Bait keturunan Rasulullah SAW. Maklumlah, ini juga sambutan Maulud Nabi sedangkan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani adalah seorang keturunan Nabi yang sangat terkenal dengan taraf keilmuannya juga taraf terhormat sebagai raja para wali.


Memang selalunya jika menghadiri sesuatu majlis yang ada sambutan Maulud Nabi, saya akan cuba pergi ke saf hadapan sebaik sahaja terdengar tanda-tanda bacaan ayat-ayat Maulud memuji dan mengingati Nabi akan dimulakan. Alhamdulillah, semasa di Masjid Wilayah dua tahun lepas, saya dapat duduk dalam lingkungan bulatan paling hadapan melaungkan Maulud bersama para Habaib, begitu juga tahun lepas di Masjid Putrajaya. Kali ini saya rasa tidak perlu sangat pergi ke saf paling hadapan. Dapat cukup dekat untuk berkongsi aura dan naungan mereka-mereka yang alim ini pun jadilah...


Oh, semasa bersama isteri di belakang saya ada memberitahu kemungkinan besar mesti ada sekurang-kurangnya seorang pemimpin kanan negara turut serta. Jika tahun lepas di Masjid Putrajaya ada kelihatan Perdana Menteri ketika itu Pak Lah, saya fikir untuk tahun ini elok juga jika Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib turut serta.


Sebaliknya apabila saya sudah menghampiri saf hadapan, saya mendapat SMS daripada isteri yang menyebut: "Pak Lah ada". Terus saya pandang ke hadapan. La ala, Pak Lah memang ada dan sangat dekat di hadapan saya.


Dalam gambar ini kelihatan seorang anak cucu Sheikh Abdul Qadir Jilani sedang berdiri, cuma gambar kurang cantik kerana semasa diambil beliau betul-betul sedang berjalan di belakang sebuah microphone berwarna merah. Hasilnya kelihatan seperti ada tanda merah di kepalanya. Apapun, beliau adalah Sheikh Afifuddin, seorang ahli keluarga penjaga makam Sheikh Abdul Qadir di Baghdad yang kini menetap di Malaysia.


Saya difahamkan Sheikh Afifuddin adalah ketua atau khalifah satu cabang Tariqat Qadiriyah (peninggalan amalan Sheikh Abdul Qadir) yang paling utama di Malaysia malah di peringkat dunia! Majlis ini begitu juga majlis sama pada tahun-tahun lepas dianjurkan oleh orang-orangnya dengan setiap satu dihadiri tidak kurang 10,000 orang Islam daripada pelbagai aliran pengajian, juga ratusan mereka dari lingkungan keluarga para Habaib terutama dari Nusantara.

Oh, bacaan Maulud diketuai oleh Habib Hassan, imam Masjid Ba' Alawi di Singapura yang merupakan seorang Ahlul Bait yang amat dihormati. Semasa bacaan Maulud mula rancak dan orang pun berdiri, saya mengambil peluang untuk pergi lebih dekat ke hadapan.
Apabila sampai waktu untuk duduk kembali, baru saya tersedar saya telah duduk di belakang satu orang yang sangat tidak saya senangi. Keesokannya apabila melihat cerita di suratkhabar, baru saya tersedar saya sebenarnya telah duduk di belakang bukan seorang sahaja malah dua orang yang tidak disenangi!


Saya rasa untuk sambungan penceritaan ini biar tidak disebut apa-apa nama ya. Faham-faham sahajalah siapakah yang dimaksudkan. Orang ini tidak disenangi kerana peranan besarnya memberi muka dan peluang kepada kuasa asing di selatan Semenanjung campurtangan secara halus mahupun terang terhadap kedaulatan negara. Dengan percaturan politiknya berselindung di sebalik kedudukan bapa mertua, negara jadi huru-hara apabila pelbagai kaum bukan Melayu jadi semakin berani menagih itu dan ini sambil mempersoalkan hak kedaulatan bangsa Melayu. Biar saya panggil dia sebagai "mamat ini"...


Tiba-tiba teringat satu perbualan dengan seorang kawan lama yang juga pernah menjadi seorang wartawan akhbar perdana. Melihat kepada apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan serta keputusan pilihanraya ke 12 yang banyak menaikkan pihak pembangkang, dia mencapai satu rumusan. Samada mamat ini sangat bodoh sehingga segala yang dicadangkannya dalam polisi pemerintahan negara melalui kedudukan bapak mertuanya tidak menjadi, sehingga parti utama Melayu semakin hilang pengaruh dan apa-apa hal yang membela Melayu kelihatan jijik di matakaca orang lain atau dia sebenarnya sangat pandai sehingga dapat merancang kejatuhan parti itu, malah kedudukan orang Melayu itu sendiri secara halus. Jawab saya ya, dia memang pandai tetapi tidaklah begitu pandai. Dia sebenarnya mendapat sokongan dan nasihat pihak luar yang memang mahu orang Melayu jatuh, pihak yang kononnya mahukan 'keadilan dan kesaksamaan' antara kaum atas nama Malaysian Malaysia juga meritokrasi, pihak yang sebenarnya didalangi kuasa Yahudi Zionis.

OK. Asalnya saya cuma mahu berkongsi gambar-gambar sekitar majlis di Masjid Negara ini. Tetapi tadi, selepas menonton video cerita "Ocean's Eleven" lewat malam saya tidak dapat tidur malah asyik terfikir tentang percaturan politik negara mutakhir ini. Lalu saya pun menghidupkan komputer dan menulis cerita ini. Sebelum itu saya melepaskan sedikit rasa melalui artikel bertajuk Dream of a lil' Luke Skywalker... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Oh, berbalik sebentar ke Masjid Negara. Melihat mamat ini elok berkopiah berjubah putih duduk di saf paling hadapan, terasa lembut juga hati. Moga-moga dia betul-betul mendapat hidayah dan dengan itu boleh menjadi pemimpin muda yang baik. Tetapi apabila memikirkan kembali apa yang dia telah buat selama beberapa tahun bapa mertuanya menjadi pemimpin tertinggi negara, saya berfikir balik. Jangan tertipu dengan kopiah dan jubah, jangan juga tertipu dengan songkok dan baju Melayu serta laungan-laungan bersemangat yang kononnya mahu membela nasib agama, bangsa dan negara.


Saya ambil satu sahaja contoh. Orang Hindraf membuat kacau di majlis hari-raya anjuran perdana menteri. Kalau dahulu saya pasti mereka-mereka ini akan dipukul oleh orang-orang silat tak pun orang Pekida. Tetapi dalam majlis itu mereka jadi begitu berani kerana tiada yang menghalang atau mengapa-apakan malah mereka diberi lebih muka! Cuba orang Melayu buat perkara yang sama ketika perayaan Thaipusam atau Hari Raya Cina. Agaknya apa yang akan terjadi? Tetapi orang-orang Hindraf ini seolah mendapat jaminan dari pihak tertinggi. Pergilah tunjuk perasaan kamu itu membela kaum kamu walaupun ia tidak logik kerana melebih-lebihkan sesuatu yang sebenarnya tidak pernah berlaku (seperti penindasan ala apartheid yang mereka dakwa berlaku terhadap orang bukan Melayu di sini walhal tidak), kamu tidak akan diapa-apakan malah kamu akan mendapat lebih ruang lagi! Dan hati saya menunjuk kepada mamat ini sebagai dalang sebenar di sebalik 'permainan'...


Tahun lepas di Masjid Putrajaya, saya dapat duduk dengan kelompok ulamak dan anak murid yang diketuai Habib Hassan terus menghadap ke seberang bulatan Maulud di mana terdapat mamat ini dalam satu kelompok, berkopiah dan berjubah putih sama seperti di Masjid Negara tahun ini. Ketika itu dan sepanjang majlis, saya dapat melihat dengan terang baik dengan mata hati mahupun melalui body language atau bahasa tubuh betapa janggalnya anak muda ini duduk dalam satu majlis Maulud dikelilingi ramai Ahlul Bait. Nampak sangat dia sekadar terpaksa menemani bapa mertua, tak masuk dalam kepala pun perayaan Maulud itu. Tahun ini saya kebetulan duduk di belakang dan tidak dapat melihat air mukanya. Hampir saya terasa simpati melihatnya begitu 'kusyuk menikmati' Maulud jika tidak memikirkan betapa sudah banyak orang politik yang mempermain-mainkan agama agar dapat meraih sokongan dan undi.


Sekarang biarlah saya lepaskan rasa mengenai percaturan politik terkini. Dan saya tetap tidak mahu menyebut apa-apa nama ya.


Rasanya ramai yang tahu peralihan kuasa dari bapa mertua ke perdana menteri kini sebenarnya amat tidak disenangi oleh mamat ini dan kuncu-kuncunya. Tetapi ia tidak dapat lagi dielakkan lalu mereka cuba membawa masuk seseorang yang boleh mereka harapkan untuk menjadi orang nombor dua negara yang boleh membela mereka dari atas sana. Malangnya calon mereka itu disahkan terlibat dengan politik wang lalu dilarang bertanding. Tinggallah seorang calon lain yang mungkin boleh diharapkan berpihak kepada mereka kerana telah dijadikan menteri oleh bapa mertua walaupun dia sekadar seorang senator lantikan bidan terjun yang mengaku tidak tahu berbahasa Inggeris apabila ditangkap di Australia dengan wang berjuta.


Masuk pemilihan parti, dalam keadaan yang agak mencurigakan pula kerana mengambil masa lebih 6 jam untuk mengira sekadar sekitar 800 undi, mamat ini berjaya menempatkan diri ke atas jawatan tertinggi pemuda. Walaupun dia juga didapati bersalah mengamalkan politik wang tetapi mamat ini tetap dibenarkan bertanding. Kebanyakan jawatan exco malah kata orang kesemua jawatan itu dapat dipegang kuncu-kuncunya. Cuma satu kuncu sahaja jatuh terduduk untuk perebutan jawatan nombor dua pemuda. Sedangkan kedudukan majlis tertinggi juga berjaya dipegang kebanyakan orang mereka.


Tetapi ini semua kurang bermakna berbanding dengan hakikat bahawa jawatan tertinggi parti dipegang orang yang diketahui tidak sehaluan dengan mamat ini. Begitu juga jawatan nombor dua dan tiga orang naibnya. Apabila ternyata jawatan pemimpin tertinggi negara turut diserahkan kepada orang ini yang kemudian menamakan kabinet baru dengan induknya dikelilingi orang-orang yang lebih menyokongnya, si mamat ini semakin panik. Manakan tidak, mamat ini tidak dapat menjadi menteri sedangkan musuh kuatnya dalam pemuda, juga orang yang telah mengalahkan seorang kuncunya untuk jawatan nombor dua pemuda kedua-duanya dapat menduduki kabinet dengan jawatan timbalan menteri.


Saya tahu sejak tahun lepas lagi mamat ini dan kuncu yang diharapkan dapat menjadi timbalannya telah membayangkan diri akan menjadi menteri penuh selepas pemilihan terbaru parti. Sekarang mereka tidak ada lagi kedudukan ini. Saya percaya pemimpin tertinggi negara juga telah dinasihati ramai orang agar memulakan kerja untuk mencantas mamat ini dan orang-orangnya. Memang mereka perlu dicantas kerana mereka-mereka ini sebenarnya para penjual bangsa, agama dan negara yang turut bersekongkol dengan pihak pembangkang.


Walaupun kelihatan seperti dari kumpulan yang berlainan, mamat ini dan mamat itu (satu panggilan yang saya rasa elok untuk ketua pembangkang yang suka merusuh itu) sebenarnya bekerja dengan pihak yang sama untuk menghilangkan ketuanan Melayu agar dapat digantikan dengan Malaysian Malaysia. Kumpulan itu juga mahu menjayakan rancangan Protocols of the Elders of Zion untuk menghapuskan raja-raja Melayu kerana dengan itulah benteng terakhir kekuasaan Melayu dapat dihapuskan lalu segalanya dapat dikuasai bangsa pendatang yang tidak sedarkan diri.


Semalam saya tergerak untuk membaca satu blogspot lalu terlihat gambar mamat ini dihadap oleh kuncu-kuncunya yang sedang mengangkat sumpah untuk memegang jawatan-jawatan tertinggi lantikan dalam pemuda. Terus hati saya berkata, mamat ini sudah menyedari betapa usaha untuk mencantasnya dan orang-orangnya sudah pun bermula lalu dia pula menggerakkan permainan awal menyelamatkan diri dengan berkubu di dalam pemuda. Ya, usaha untuk menjadikan gerakan pemuda sebagai kubu kuat sudah pun bermula apabila menyedari jawatan-jawatan paling tinggi negara tidak dapat digenggam kuat seperti diharapkan dahulu.


Tetapi mungkin juga ada cara lain untuk melawan pengaruh pemerintahan tertinggi. Selain terus mewar-warkan kes gadis Mongolia yang meletup-letup cunnya dengan pertolongan mamat itu, mungkin juga dapat diusahakan agar para menteri besar dapat dimasukkan ke dalam koceknya yang cukup dalam untuk menampung wang berjuta malah mungkin berbillion hasil sumbangan 'ikhlas' jiran di selatan. Sekurang-kurangnya MB boleh digunakan untuk meraih kuasa penuh terhadap sesuatu negeri dan mungkin dapat menangkis arahan pemerintah tertinggi negara apalagi jika dapat dihimpunkan kuasa sejumlah mereka.


Dahulu semasa bapa mertua memegang kuasa, mungkin lebih senang. Dengar cerita MB Pahang pun sampai berdiri hampir tabik hormat apabila mendapat panggilan telefon daripadanya... baru sekadar telefon, belum lagi berjumpa empat mata. MB Melaka yang terus dapat memegang jawatan walaupun disahkan mengamalkan politik wang memang sudah diketahui umum sebagai orang di dalam koceknya, melalui pengaruh bapa mertua. MB Johor (jika tiada perubahan dalam masa terdekat) pula mungkin boleh dimasukkan dalam kocek kerana umum orang Johor tahu betapa dia dan pemimpin nombor dua negara kini sudah lama tidak sehaluan walaupun berasal daripada negeri yang sama.


Apa jadi jika MB-MB lain dapat dimasukkan ke dalam koceknya? Umum tahu MB Terengganu dahulu juga pernah berada di bawah telunjuk malah tapak kakinya. Sebab itu wang berbillion hasil royalti minyak Terengganu "berjaya dimanfaatkan" oleh orang-orangnya. Tetapi MB itu berjaya disingkirkan dengan sokongan Sultan merangkap Yang Di Pertuan Agung untuk memberi ruang kepada seorang MB baru. Kini Terengganu kecoh lagi apabila dikatakan ada percubaan untuk membuat undi tidak percaya terhadap MB itu. Apakah ia juga satu permainan mamat ini?


Rabu, April 15, 2009

Cerita An-Nur - Cerita sebenar Nur dan kaitan dengan banyak perkara...

Sebuah gambar lama daripada artikel Janda Baik my resting place di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ...
OK, rasanya dah sampai masa untuk menyambung cerita daripada artikel Cerita An-Nur - apa masalah si Nur? Dan di sini, ada satu pendedahan yang paling berat untuk saya luahkan tetapi harus dilepaskan jua.

Dalam artikel lepas, saya ada menyebut tentang menunggu kehadiran An-Nur di Janda Baik tetapi sebaliknya si Nur yang muncul. Sebelum meneruskan cerita, biar saya copy and paste beberapa perenggan cerita dari buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang ada menyebut perkenalan sebenar saya dengan watak yang dinamakan Nur...

-----------------------

Nur tersenyum simpul. Tahu lelaki yang dikaguminya itu berseloroh di celah serius. Sudah faham hati budinya yang luhur walaupun adakalanya dia agak nakal. “Nakal sahaja, bukannya jahat,” bisik hati kecilnya.


Gadis ini teringat perkenalan mereka di kota London 10 tahun lalu. Teringat dirinya ditegur Rasyid yang sedang berambut panjang melepasi bahu. Rugged dengan seluar jeans koyak di kepala lutut, t-shirt lusuh separuh lengan dan rantai kayu besar ala orang Asli Afrika meliliti lehernya.

Is this seat taken?” pemuda itu membuka bicara, sopan. Terbayang wajah Rasyid dengan senyuman datang menuju meja makannya dengan knapsack besar tersandang di belakang. Dengan mata coklat tajam bersinar tidak berkerdip merenung tepat ke mukanya.

Nur tersenyum lagi. “Tak malu! Punyalah banyak tempat kosong, meja aku juga yang dituju.” bisik hatinya. Tetapi wanita menarik yang aktif bergiat dalam dunia seni tanahair ini memang mengharapkan pemuda itu datang. Memang ada niat hendak mengenalinya sejak terpandang penampilan unik pemuda itu muncul dari balik pintu masuk kantin tempatnya makan. “Boleh tahan cute,” getus hati kecilnya menahan malu.

Ketika itu, Nur berserta dua orang rakan perempuan sedang bercuti musim panas di ibukota Great Britain. Tergerak pula hendak menikmati masakan Melayu di Malaysia Hall, tempat pertemuan penuntut dan pekerja Malaysia yang mengandungi Malaysian Student Department. Macam dah janji nak berjumpa pula... Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Lalu dia teringat hari-hari seterusnya. Makan tengahari udon dan sushi di restoran Jepun di Knight’s Bridge sebelum window shopping di Harrod’s. ‘Melalak’ sampai Subuh, diselang-seli sembang dan gelak ketawa di bawah rimbunan pepohon di Hyde Park dengan iringan petikan gitar Ovation Rasyid, gitar mahal semi-electric yang dicuri orang dua bulan kemudian ketika pemuda itu sedang nyenyak tidur di sebuah kawasan lapang di Amsterdam, Belanda semasa mula-mula mengembara hitchiking di Eropah dahulu. Katanya gitar itu hendak digunakan untuk bermain muzik di jalanan, untuk menampung perbelanjaan tetapi apa boleh buat, dah lesap...

Tetapi paling Nur tak dapat lupakan, ikut Rasyid ke Trafalgar Square, mercu tanda terkenal kota London. Lebih seronok lagi kerana mereka pergi berdua sahaja, kerana kawan-kawan Nur kata ada hal lain. Atau mereka sengaja beri peluang? Sahaja mahu Nur dan Rasyid jadi merpati dua sejoli, boleh lawan merpati-merpati lain yang banyak berterbangan?

Mula-mula biasalah, mereka setakat relaks makan ais krim, tengok orang ramai bersantai. Melihat burung merpati terbang beribu-beribu mengelilingi kawasan sebelum turun mematuk makanan dan biji-bijian yang dilemparkan orang. Adalah cakap-cakap sedikit. Segan-segan konon, malu-malu kucing... Yalah kali pertama dapat keluar dua orang...

Tiba-tiba datang angin gila si Rasyid. Terus ditariknya tangan Nur menuju salah sebuah air pancut cantik yang menghiasi mercu tanda kebanggaan wargakota London itu. Terus “menceburkan diri” ke dalam kolam. Habis basah kuyup pakaian wanita itu. Lepas itu berendam keliling kolam, siap dengan kuak dada, kuak kupu-kupu pun ada. Konon-konon berenanglah itu walhal airnya tidak sampai pun 3 kaki dalam. Seronok!






Ini adalah gambar keratan akhbar lama di United Kingdom yang menunjukkan saya sedang mandi-manda di atas air pancut di Trafalgar Square. Lihat artikel Keratan akhbar lama dari United Kingdom - Kenangan lama mandi air pancut di Trafalgar Square, London! Meluahkan perkara lama sebegini yang benar-benar telah berlaku bukannya mudah. Selain membawa pelbagai ingatan lama, saya harus juga menjaga hati isteri kini kerana dia mengenali orang yang dipanggil Nur ini. Dia tahu bagaimana rapatnya hubungan kami dahulu.

Lalu mungkin ada yang akan bertanya, kalau saya betul-betul mahu menjaga hati isteri, mengapa perlu membuat luahan ini. Jawab saya begini. Memang itulah saya... mungkin saya banyak kekurangan dan tidak cukup baik tetapi sejak dari kecil saya adalah orang yang jujur lagi lurus bendul. Adapun segala cerita-cerita lama yang saya luahkan merupakan cara saya sendiri untuk menangani apa yang bermain dalam hati. Untuk saya bergerak ke hadapan dan mendapatkan ilham-ilham baru dalam menghadapi cabaran masa akan datang, ada kalanya saya perlu meluahkan sejujur-jujurnya yang boleh (tanpa terlalu melukakan perasaan orang) apa yang terbuku di dada agar dapat dikurangkan apa-apa bahagian 'tersumbat' yang menghalang pengaliran ilham. Harap faham.

Berbalik ke Janda Baik. Maka muncullah seorang lelaki gempal mencari Nur di belakang rumah Pak Habib selepas masuk waktu Maghrib, ketika saya dan Nur bercadang mahu bersolat berjemaah dengan saya sebagai imam. Apabila mendapat tahu Nur ada di musollah terus dia bergegas laju. Terus dia meluru lalu memeluk Nur yang kelihatan tidak bermaya.

Saya lagi pelik melihat apa yang berlaku. Tetapi hati saya sudah lebih awal menyatakan satu kemungkinan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Apabila saya menegur lelaki itu memberitahu kami mahu bersolat, dia menjawab: "Izinkan saya menjadi imam!"

Saya bertanya kenapa. Jawabnya: "Sebab saya suami dia!" Ah! Apa ini? Walaupun saya tidak begitu terperanjat kerana kata-katanya itu sudah lebih dahulu terpancar di hati saya, tetap amat susah untuk menerima kenyataan itu.

Saya bertanya kepada Nur apakah kata-kata ini benar. Nur mengangguk-angguk lemah. Terus terpacul dari mulut saya: "Awak ni! Dah buat hal lagi... kenapa tak bagitahu saya awak dah kahwin?"
Aduh! Lemah lutut antara menanggung perasaan kecewa dan marah. Di sini biar dibuat satu lagi luahan yang lebih merupakan satu pendedahan juga pengakuan. Pendedahan @ pengakuan ini agak menggemparkan kerana watak Nur telah dijadikan heroin dalam ketiga-tiga buku di bawah siri "Berpetualang ke Aceh"... kerana terus-terang saya cakap, dialah wanita yang saya harapkan untuk menjadi penyeri hidup ini sebelum muncul isteri kini yang saya pernah perkenalkan dalam cerita-cerita saya sebagai Nur kedua...

Dengan itu kita harus memutar masa kembali ke tahun 1995. Selepas perkenalan dengan Nur pada musim panas di London, selepas beberapa bulan dia kembali ke tanah-air...

Setelah bertanyakan sedikit pada kawan-kawan, baru saya dapat tahu Nur adalah seorang pelakon yang sedang meningkat naik dalam dunia seni tanah-air. Walaupun saya sebenarnya tidak berapa gemarkan mereka yang terlibat dalam dunia seni (kecuali untuk berseronok-seronok semasa zaman nakal penghujung tahun 1980an dahulu, lihat artikel Remembering the "A" Level college days. The disco circuit of those days... and the girls yang baru dibuat malam tadi untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH ) saya tertarik dengan perangai Nur. Ada sesuatu yang saya lihat terpendam dalam dirinya. Malangnya saya juga dapat tahu dia sebenarnya telah berkahwin. Lalu saya cuba melupakannya sampailah selepas beberapa bulan kembali ke Malaysia, saya terjumpa dengan kawan-kawan rapatnya lalu turut berjumpa dengannya.

Itupun sebenarnya saya cuba mengelak daripada rapat dengan Nur. Tapi setiap kali saya berjumpa kawan-kawan ini Nur mesti ada sama. Setelah beberapa lama, saya tidak dapat menahan gejolak perasaan. Senakal-nakal saya dahulu, saya akan memutuskan perhubungan dengan mana-mana perempuan sebaik sahaja mendapat tahu perempuan itu sudah mempunyai teman lelaki apalagi tunang. Kini saya tidak dapat menahan diri dari menjalinkan perhubungan dengan isteri orang! Allah...

Keadaan menjadi lebih rumit kerana ketika itu juga saya ada seorang teman wanita kesayangan yang telah bersama sejak sebelum menyambung pengajian ke London di mana dia ikut belajar tetapi di universiti lain. Saya pun tak tahu bagaimana ia boleh terjadi. Tahu-tahu saya sudah mengenalkan mereka berdua lalu masing-masing harus menerima kehadiran wanita lain jika mahu terus bersama saya. Apapun saya dapat menggilirkan masa antara mereka berdua. Keadaan ini bertahan selama beberapa bulan sebelum ia meletup akibat seorang memohon masa lebih untuk bersama. Dipendekkan cerita saya akhirnya memutuskan hubungan dengan kedua-dua mereka.

Saya berkahwin dengan bekas isteri penghujung 1999 dalam keadaan dah tak tahu langsung dah perempuan bagaimana yang saya mahu. Diakui saya masih berpeluang berkawan dengan ramai gadis cantik menarik terutama semasa bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times. Tetapi hidup saya sejak zaman sekolah memang selalu dipenuhi perempuan cantik, jadi saya dah tak tahu lagi ke mana harus dituju.

Adapun keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Nur, juga teman wanita lama yang pernah berkongsi kasih adalah satu keputusan paling berat pernah saya buat. Sebelum itu tidak pernah saya menyayangi sesiapa sepertimana saya menyayangi mereka berdua lalu saya jadi terkapai-kapai dalam menghadapi kehidupan seterusnya juga dalam menilai perempuan yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Dalam keadaan inilah saya berkahwin dengan bekas isteri tahun 1999. Niat sebenar saya adalah untuk kembali bersih dan menjadi umat Muhammad sebelum masuk tahun 2000. Bukankah umat Muhammad itu harus bernikah? Rasa ini muncul kuat awal tahun 1999. Saya pun dah tak tahan hidup tak menentu. Walaupun saya tidak lagi 'aktif' seperti zaman lebih dahulu, saya sering meluangkan masa dengan beberapa orang wanita. Kalau tidak rasanya macam tak waras! Itulah kelemahan saya memerlukan perhatian mereka...

Oh, saya juga ada sesekali berjumpa dengan Nur tetapi sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Walaupun saya memang inginkan dia menjadi isteri, saya tidak akan cuba memujuknya selagi dia masih bergelar isteri orang.

Satu hari saya bermunajat meminta petunjuk Allah lalu mendapat bayangan 9 orang wanita yang mukanya semua gelap kecuali bekas isteri. Termasuk bermuka gelap adalah Nur sendiri. Dengan itu saya membuat keputusan untuk melamar bekas isteri. Dengan kuasa Allah, niat saya untuk menjadi umat Muhammad sebelum masuk tahun 2000 pun tercapai.

Malangnya perkahwinan kami tidak berapa menjadi. Antara kami memang ada cara pandangan hidup yang amat berlainan dan ini sudah pun saya ketahui sebelum berkahwin lagi. Jadi kenapa saya tetap berkahwin dengannya juga? Kerana saya yakin dengan petunjuk Allah. Walaupun saya mengharapkan perkahwinan yang bahagia, yang lebih saya harapkan ketika itu adalah dapat kembali menjadi seorang Islam yang patuh. Mungkin perkahwinan ini cuma satu pencetus.

Ya. Saya juga ada salah sendiri. Diakui semasa berkahwin, saya masih dalam keadaan tidak mahu bersolat malah sanggup meminum arak kerana sudah terpengaruh dengan ajaran batin yang kononnya bersifat Tasawuf, kononnya kita tidak perlu lagi menunaikan ibadat setelah tahu 'hakikat' hubungan kita dengan Allah. Saya mula bersolat kembali dan berhenti membuat perkara yang bukan-bukan apabila masalah hubungan suami isteri semakin meruncing seiring masalah di tempat kerja. Dan tidak lama kemudian saya mendapat mimpi-mimpi yang menggerakkan saya untuk mencari diri dan erti dan salah satu hasilnya adalah siri buku "Berpetualang ke Aceh".

Mungkin juga perkahwinan ini, walaupun tidak bahagia menjadi pencetus kepada pencarian itu. Sekurang-kurangnya dengan perkahwinan itu, saya tidak lagi menjalinkan apa-apa hubungan dengan wanita lain walaupun peluang sentiasa terbuka dalam dunia kewartawanan yang tidak kurang glamour. Satu lagi hikmah adalah kelahiran seorang puteri. Walaupun kami jarang berjumpa, puteri ini tetap di hati dan saya percaya akan menjadi pencetus satu lagi hikmah nanti.

Berbalik pada hal si Nur. Apabila hubungan saya dan isteri sudah terasa terlalu menyesakkan, saya pun keluar dari rumah untuk menumpang di rumah Pak Habib di Janda Baik. Sebenarnya sebulan dua itu saya telah berbaik kembali dengan Nur, kerana terasa tiada lagi orang yang dapat memahami dan dibuat tempat mengadu. Teringat kata-katanya setelah lama tidak bertemu: "Sampai hati awak! Saya call awak banyak kali, sms semua awak tak jawab. Awak kahwin pun tak jemput."

Saya tersenyum hambar. Bukan saya tidak ingin berhubung tetapi ingin memegang janji tidak akan berhubung lagi demi bekas isteri. Kami cuma berhubung kembali 3 tahun setelah saya berkahwin dengan bekas isteri, itupun sebagai kawan yang diharapkan dapat menolong menenangkan fikiran yang sangat bercelaru. Dalam pada itu Nur menegur: "Mana pergi semangat awak yang berapi-api?" Diakui ketika itu saya sudah terlalu banyak kehilangan semangat akibat masalah rumahtangga dan kerenah di tempat kerja. Oh, baru teringat. Ketika itu saya sudah dibuang dari NST.

Untuk makluman, Nur lah yang mengenalkan saya kepada Pak Habib dengan harapan semangat saya akan kembali berkobar apabila berkenalan dengan seorang penulis yang juga banyak warna-warni kehidupannya. Dipendekkan cerita (sebab dah panjang sangat ni sedangkan ada lagi cerita), di rumah Pak Habib lah saya berjumpa dengan seorang pakcik yang ada mengamalkan ilmu perubatan secara ghaib.

Pada suatu hari saya tergerak untuk bertanya dengannya tentang keadaan jodoh saya dengan isteri. Walaupun kami bermasalah, saya masih berharap agar berlaku sesuatu keajaiban yang dapat mengubah keadaan. Sebaliknya saya diberitahu, menurut ilmunya perkahwinan saya dengan isteri adalah tiga kali malang, malang dalam tiga aspek utama kehidupan termasuk rezeki. Terfikir juga, sejak berkahwinlah hidup saya semakin bermasalah terutama di tempat kerja. Kemudian saya tergerak untuk bertanya tentang jodoh dengan Nur. Jawab pakcik itu, kalau kami berkahwin kami akan dapat tiga kali tuah. Itulah yang akhirnya membuat saya bertekad untuk bercerai dengan isteri lalu menjalinkan kembali hubungan intim dengan Nur.

Terus-terang cakap, sejak itu saya mahukan Nur bercerai dengan suaminya seorang penyanyi terkenal. Tetapi hubungan baru saya dengan Nur tidak seperti zaman sebelum saya berkahwin dengan isteri dahulu. Dahulu saya tidak peduli langsung hukum-hakam malah mahu enjoy memanjang dan ini cukup sesuai dengan cara kehidupan Nur dalam dunia seni. Sebaliknya dalam hubungan baru, walaupun saya mendesak Nur untuk bercerai, saya tidak lagi rapat seperti dahulu sekurang-kurangnya secara fizikal. Saya cuba untuk membataskannya sedangkan Nur sebagai perempuan mahu lebih dari itu.

Sambil itu saya juga dalam keadaan termangu-mangu mencari kembali makna beragama sambil cuba menyusun salasilah keluarga. Apabila mendapat tahu siapakah sebenarnya nenek-moyang saya yang paling utama, rupa-rupanya sama juga dengan nenek-moyang Nur yang memang pun telah diketahui oleh segenap kaum-keluarganya kerana memiliki salasilah dan nama gelaran keluarga yang nyata, saya jadi malu dengan keadaan dahulu. Dalam menjalinkan perhubungan dengan isteri orang, saya tetap mahukannya selalu berzikir, bersolat dan sebagainya. Nur melihat ini sebagai satu perubahan sangat drastik yang menyebabkan kami sering bergaduh. Katanya dia belum bersedia, dia perlukan keadaan lebih ringan yang boleh menghilangkan masalah kehidupan. Kali ini kami beberapa kali putus hubungan sebelum sambung kembali, tapi paling lama putus pun tak sampai 2 bulan.

Dalam keadaan hubungan terputus inilah saya terbaca artikel suratkhabar yang dia baru sahaja bercerai. Tidak lama kemudian kami menjalin kembali hubungan. Tetapi saya masih lagi dalam keadaan 'pelik' dan 'keras', asyik hendak bercerita tentang salasilah dan tanggungjawab keluarga sehingga langsung tidak lagi tahu bergurau. Nur jadi tertekan dengan sikap saya lalu kami putus hubungan lagi.

Siapa sangka tiba-tiba Nur muncul di Janda Baik mencari saya di kala saya pula sedang menunggu An-Nur yang katanya mahu membawa saya berjumpa dengan ibu bapanya di Segamat. Sebaliknya An-Nur langsung tidak tunjuk batang hidung, saya pula keluar berjalan-jalan dengan Nur sebelum mendapat tahu rupa-rupanya dia telah berkahwin lagi!

Allah... saya rasa tidak mahu memanjangkan cerita ini lagi. Ternyata Nur telah berkahwin dengan seorang politikus muda yang sudah lama merancang mahu mendapatkannya sebagai isteri, politikus muda yang banyak membelanjakan wang menolong Nur sehingga membawanya menunaikan umrah (kali kedua bagi Nur ke kali ketiga...) dengan alasan mahu menolong Nur kembali kepada agama. Kemudian dia juga pernah membawa Nur berserta beberapa orang kawan untuk ke Cyprus berjumpa dengan ketua Tariqat Naqsyabandiah Haqqani iaitu Sheikh Nazim, tanpa mencari alamat rumah Sheikh Nazim atau cuba menghubunginya terlebih dahulu.

Teringat Nur bertanyakan pendapat saya tentang perjalanan ke Cyprus yang dijadualkan berlaku pada malam Nur betul-betul habis edah. Saya cakap, lelaki ini sebenarnya merancang untuk membawanya berjalan-jalan ke tempat cantik yang mempesonakan sebelum melamarnya untuk berkahwin di sana. Kawan-kawan lelaki yang dibawa sama sudah cukup sebagai saksi tetapi Nur tak percaya kerana menganggap mereka semua kawan-kawan yang ikhlas mahu menolongnya. Ah... pada saya takkanlah seorang politikus seperti orang ini sanggup jalan jauh-jauh kononnya mahu mencari Sheikh Nazim tanpa mencari pun alamatnya terlebih dahulu. Kononnya nak ikut gerak hati sedangkan saya tahu dia ini jenis orang yang akan merancang sesuatu perbuatan hingga ke butiran paling kecil untuk memastikan kejayaan... tetapi akan cuba mengenengahkan apa yang berlaku sebagai takdir Allah belaka tanpa sedikit pun perancangannya!

Apapun, Nur dengan gerak hati sendiri dapat mencari Sheikh Nazim. Tetapi dengan segala duit yang politikus ini belanjakan terhadap keluarga Nur dan kawan-kawan rapatnya agar menyokongnya dan melihatnya sebagai seorang baik yang betul-betul suka menolong orang, tak peliklah nanti jika tidak lama lagi Nur akan masuk ke dalam perangkapnya juga... untuk dijadikan seorang throphy wife yang boleh dibangga-banggakan ke sana sini sebagai modal menaikkan nama sendiri sebagai seorang politikus muda yang kononnya berpotensi tinggi.

Malam itu, selepas solat Maghrib dengan berimamkan si politikus muda, saya sempat berbual-bual sedikit dengannya. Sebelum perbualan bermula, pesan saya cuma ini: "Don't talk to me like a politician". Saya bukan baru hidup. Dari gaya dia menekankan matanya supaya kelihatan tajam, kuat lagi berwibawa, saya tahu dia ini jenis orang yang suka bermain one-upmanship, suka menang 'pertempuran' saikologi dengan cara bermain signal mata. Dipendekkan cerita, dari cuba menundukkan saya dengan mata, dia mengubah cara menjadi lembut dengan meminta kebenaran daripada saya untuk mengambil isterinya kembali. Saya tersenyum dalam hati. Sejak dari dahulu lagi saya tidak percayakan orang politik, inikan lagi seorang yang saya dapat lihat dengan terang penipu besar tapi cukup pandai berlakon. Allah, Nur! Kan saya sudah sebut banyak kali tentang orang-orang politik... kini awak pula berkahwin dengan mereka...

Apapun nasi sudah menjadi bubur. Saya cuma meminta masa untuk berbual-bual dengan Nur empat mata tanpa gangguannya. Baru saya dapat tahu mereka baru 3 atau 4 hari berkahwin. Baru 3-4 hari kahwin dah lari cari saya? Jawab Nur, pada malam perkahwinan lagi dia sudah berfikir untuk membatalkannya tetapi disebabkan kehadiran keluarga dan jemputan yang sudah memenuhi ruang penuh harapan dia cuma menurut sahaja. Katanya lagi, semua ahli keluarga dan rakan-rakannya tidak mahu saya berkahwin dengannya. Yalah, saya tengah takda kerja dan duit, melahu pula ke sana ke mari mencari diri dan erti sedangkan si politikus muda ada duit berjuta, malah apabila mendapat tahu tentang hubungan saya dengan Nur, politikus muda ini memberitahu keluarganya bahawa dia ingin 'menyelamatkan' Nur daripada saya!

Pandai sungguh. Rasa sayang Nur kepada saya diwar-warkan kononnya berlaku kerana saya ada memakai guna-guna. Kalau tidak mana mungkin seorang pelakon dan pengacara yang ada nama boleh tergila-gilakan seorang manusia yang tidak memiliki apa-apa. Ahli keluarga dan rakan-rakan Nur juga menambah, kalau betullah saya sayangkannya, kenapa saya tidak muncul melamarnya sebaliknya membiarkan sahaja orang lain masuk meminang? Allah! Bagaimana saya mahu melamar sedangkan saya sedang dalam keadaan kelam-kabut untuk memperbetulkan diri. Sebab itu juga saya tidak berhubung dengannya sebulan dua itu. Ingatkan si Nur boleh bersabar. Tetapi si politikus lebih licik mengambil peluang di atas kesepian yang melanda.

Dengan ini tamatlah artikel penceritaan "Cerita An-Nur" untuk peringkat ini. Selepas ini akan keluar balik cerita apa yang berlaku pada An-Nur sebelum berlaku sesuatu perkara pelik yang menyebabkan Nur harus dihubungi lalu dapat tahu, mereka sebenarnya adalah saudara dua pupu. Sekian...



Selasa, April 14, 2009

Keseronokan mengejar mengkarung - satu selingan

Ini ialah gambar seekor mengkarung bertenggek di atas beg motosikal besar saya pada satu hari minggu lepas, di halaman rumah tempat saya menetap kini di Bandar Tasik Puteri. Sepanjang 4 bulan menetap di sini, inilah kali pertama saya terlihat binatang jenic cicak ini di mana-mana di sekitar itu. Sebelum itu, saya terlihat mengkarung ini terlompat-lompat cuba memanjat dinding luar rumah tetapi tidak melekat. Kelakar saya melihat itu lebih-lebih lagi setelah agak lama tidak melihat binatang ini.

Sekitar setengah jam kemudian, saya keluar dari rumah lalu terlihat mengkarung ini duduk diam bertenggek di atas beg motosikal. Ah... apakah ada sesuatu yang ingin diberitahunya? Yang pasti teringat zaman kanak-kanak di mana saya suka menangkap binatang-binatang kecil dari serangga seperti kumbang dan rama-rama hingga ke ikan-ikan di longkang besar.

Mengkarung ini mengingatkan pada ketika saya selalu bertandang di rumah seorang bapa saudara di Bukit Damansara. Di taman belakang rumah, sering kelihatan mengkarung-mengkarung tetapi yang berwarna hijau berlari-lari di atas tembok. Hmm... baru teringat, mengkarung boleh bertukar warna. Jadi tak penting sangat le jika ia berwarna hijau seperti dalam ingatan atau berwarna coklat seperti kelihatan di atas.

Yang saya ingat, adik dan sepupu saya sering ikut sama cuba menangkap mengkarung-mengkarung ini. Selalunya kami menggunakan beg plastik untuk mencekup binatang seperti biasa kami buat apabila menangkap kumbang, rama-rama dan baru saya ingat satu lagi serangga kegemaran, belalang lebih-lebih lagi kalau dapat belakang kunyit yang besar-besar!

Malangnya kami sebenarnya tidak pernah betul-betul dapat menangkap walau seekor pun mengkarung. Paling kuat kami dapat menangkap badannya sebelum tangan kami digigit lalu kami secara spontan melepaskan genggaman. Lagi satu, dapat tangkap ekornya. Kira dah elok le sebab ekornya jauh daripada kepala, tak dapatlah ia menggigit. Tapi kami lupa, mengkarung juga seperti cicak. Ekornya boleh putus terutama bahagian hujung untuk tumbuh balik. Lalu melepaslah hajat kami untuk membela mengkarung hasil tangkapan sendiri.

Kini saya sudah tidak tertarik lagi untuk menangkap apa-apa binatang. Melihat mengkarung di halaman naik bertenggek ke atas beg motosikal cuma membuka kenangan. Sekian! :]