Rabu, Mei 15, 2024

Countdown ke Pesta Buku KL 2024 - Nostalgia hebahan tentang buku-buku terdahulu

Hmm. Parking dahulu screenshot daripada video lama ini. Lepas tu baru bercerita...



Adapun selepas tengah malam, atau awal pagi Selasa 14 Mei 2024 timbul rasa untuk membuat perkongsian berikut di Facebook kemudian WhatsApp.



COUNTDOWN PBAKL 2024 - TINGGAL 10 HARI LAGI NAK MULA...

Salam. Baru dapat makluman buku baru saya siap cetak paling cepat Isnin 27 Mei. Jadi bila Pesta Buku KL bermula di PWTC 24 Mei belum ada buku baru untuk ditunjukkan. Takpa. Kita buat countdown dengan cerita2 buku terdahulu bermula dengan ini. Kali pertama muncul di Selamat Pagi Malaysia tahun 2007, ditemuramah Sayed Munawar. Ceritanya di sini -

https://merahsilu.blogspot.com/2008/06/mengenang-ulasan-siri-buku-berpetualang.html.


---------------


Gerak untuk membuat hantaran tercetus kerana hal buku lambat.  Maklumlah  selepas Zuhur Ahad 12 Mei baru cukup sedia untuk dihantar kepada penerbit, siang Isnin 13 Mei baru  dihantar ke kilang cetak. Lihat Buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" - Mengejar PBAKL 24 Mei. Sebetulnya berita buku lambat sedikit siap itu disampaikan oleh penerbit sebelum jam 10 malam Isnin malam Selasa. Tetapi tengah malam baru buka WhatsApp. 

Dah alang-alang membuat hantaran ke Facebook/WhatsApp timbul rasa elok juga dibuat hantaran countdown sebegitu setiap hari sehingga Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bermula Jumaat 24 Mei. Cuma sebetulnya terdapat banyak artikel di CATATAN SI MERAH SILU tentang buku. Dah tentulah begitu kerana saya penulis buku yang tidak lama lagi akan masuk 15 buah tajuk dihasilkan. Terdapat begitu banyak artikel telah ditulis tentang buku, tentang persediaan untuk menulis dan sebagainya. 

Namun untuk countdown biar diambil yang melibatkan hebahan umum sahaja.. Ini seperti ulasan di surat khabar dan majalah, wawancara di televisyen dan radio, syarahan umum juga majlis pelancaran buku. Biar dikumpulkan dahulu apa yang ada sebegitu rupa. Selepas itu baru boleh dipilih apa yang harus dikongsikan bagi hari-hari seterusnya.






























28. Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dalam Berita Harian








Nah. Terdapat lebih 30 artikel boleh digunakan sedangkan countdown ke Pesta Buku KL 24 Mei tinggal cuma beberapa hari sahaja lagi. Nampaknya ada elok artikel ini sendiri digunakan untuk countdown bagi hari Rabu kerana meliputi semua yang ada. Selepas itu pilih le mana yang dirasakan sesuai antara lebih 30 artikel ini bagi hari-hari berikutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan