Sabtu, Oktober 02, 2010

Misteri identiti Raja Ahmad dan berbagai teori...

Gambar batu peringatan merangkap 'makam' Raja Ahmad diambil dari artikel Keadaan terbaru makam Raja Ahmad dan sekitarnya... yang dibuat lebih setahun lalu


Subhanallah. Sudah lama saya tidak menyebut tentang almarhum Raja Ahmad di Perak yang makamnya, sebenarnya sebuah batu tanda boleh dilihat di satu bahagian tepian Sungai Perak antara Teluk Intan dengan Kampung Gajah. Pernah satu ketika dahulu saya agak obses mengkaji perkara berkaitan Raja Ahmad sehingga melakukan pencarian yang dijadikan beberapa buah artikel 4 tahun lalu. Artikel-artikel itu kemudian diletakkan di bawah tajuk "Siapakah sebenarnya Raja Ahmad?" pada sidebar kanan blogspot. Biar diletakkan linksnya di sini...

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 1

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 2

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3

Selingan Mencari Makam Raja Ahmad...

Sampai bila berpetualang (kira selingan jugalah ini...)

Tok Temong (Selingan terakhir, He! He!...)

Akhirnya! Sambung... Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 4

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 5

Habis dah... Bahagian 6 Mencari Makam Raja Ahmad.....

Untuk pengetahuan Raja Ahmad ini disebut sebagai penjaga jin di Beting Beras Basah, kuala Sungai Perak. Baginda ialah ayahanda kepada Sultan ke 23 Perak Sultan Jaafar Muazam Shah (memerintah 1857-1865) sedangkan Sultan Jaafar adalah kekanda kepada Raja Bendahara Alang Iskandar yang merupakan bapa kepada Sultan ke 28, Sultan Idris I (memerintah 1887-1916). Sultan Idris bertanggungjawab membuka Bukit Chandan lalu memecah tradisi lama di mana semua pusat pemerintahan Sultan Perak sebelumnya terletak di mudik kanan Sungai Perak. Salasilah diraja turut mencatatkan Sultan ke 26 Perak, Sultan Abdullah yang memerintah selepas Perjanjian Pangkor 1874 sebelum dibuang ke Pulau Seychelles di Afrika 1877 adalah anakanda Sultan Jaafar.

Malah semua Sultan Perak bermula Sultan Jaafar adalah anak cucu Raja Ahmad dari pihak laki-laki... kecuali Sultan ke 24, 25 dan 27 (Perak mempunyai 34 orang Sultan termasuk Sultan Azlan Shah yang memerintah sekarang). Ini bermakna 9 orang anak cucu Raja Ahmad telah menjadi Sultan dan kemungkinan besar anak cucu baginda akan terus memerintah Perak selagi institusi diraja masih dapat bertahan. Yang menariknya ada salasilah menyebut Raja Ahmad sebagai anak angkat kemudian menantu kepada Sultan ke 19 Perak, Sultan Abdul Malik Mansur Shah (memerintah 1806-1818). Walaupun salasilah rasmi cuba menyebut baginda sebagai anakanda Sultan Abdul Malik, kenyataan yang menyebut baginda sebenarnya menantu telah disahkan ramai pihak lalu saya lebih mempercayai yang ini.

Maka timbul persoalan. Jika Raja Ahmad adalah menantu, apakah sebenarnya asal-usul baginda? Jika baginda bukan darah-daging Sultan Abdul Malik bukankah ini berlawanan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang menyebut bahawa Sultan harus dipilih pertama sekali dari keturunan laki-laki Sultan ke 18 (Sultan Ahmaduddin, bapa kepada Sultan Abdul Malik)? Atau undang-undang ini dicipta lama setelah anak cucu Raja Ahmad dapat menaiki takhta dengan nama baginda dinasabkan sebagai anakanda kepada Sultan Abdul Malik, bukannya menantu atas sebab tertentu?

Apapun, nasab keturunan Raja Ahmad mestilah amat berdaulat sehingga anak cucu baginda dapat terus merajai Perak. Walaupun sejarah menyebut baginda sendiri tidak pernah menjadi Sultan Perak, cuma sempat memegang beberapa jawatan raja bergelar di dalam sistem penggiliran takhta Perak lalu turut dikenali sebagai Sultan Muda yang berperanan sebagai pawang diraja, adalah menarik untuk difikirkan kenapa baginda turut dikenali sebagai Sultan Ahmad Johan Berdaulat. Kenapa tidak dipanggil Sultan Muda Ahmad?

Kenapa pula ditambah Johan Berdaulat, satu gelaran besar yang setakat dapat saya lihat cuma pernah dipakai seorang sahaja Sultan Perak, Sultan ke 15, Sultan Iskandar Zulkarnain Johan Berdaulat (1754-1765). Selain itu, gelaran Johan Berdaulat cuma pernah dipakai beberapa orang Sultan Aceh juga kerajaan lama Perlak. Walaupun ada menyebut Sultan Melaka juga turut memakai gelaran Johan Berdaulat, pada saya maklumat yang ada tentang ini kabur. Yang pasti gelaran itu memang dipakai sejumlah Sultan Aceh dan Perlak terutama Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Johan Berdaulat yang memerintah Aceh 1607-1636.

Ketika mula-mula cuba mencari identiti sebenar Raja Ahmad, terbetik juga di fikiran apakah baginda orang yang sama dengan Raja Ahmad ibni Raja Haji ibni Daeng Chelak? Untuk makluman, Raja Ahmad ibni Raja Haji merupakan satu nama besar Bugis terutama di Johor dan Riau. Baginda adalah ayahanda kepada Raja Ali Haji yang menulis kitab Tuhfat Al-Nafis dan dikenali sebagai seorang pahlawan juga orang alim agama. Kemudian saya terbaca ada pihak dari Kerian, Perak mendakwa Raja Ahmad yang dikatakan penjaga jin Beting Beras Basah telah pergi ke Kerian lalu meninggalkan waris. Oh, terlupa hendak memberitahu... sejarah rasmi menyebut Raja Ahmad ghaib selepas jatuh di kuala Sungai Terus berdekatan Sungai Perak. Sebab itu didirikan batu tanda seperti dalam gambar di atas.

Namun pihak dari Kerian itu menyebut baginda tidak ghaib sebaliknya meninggalkan istana kerana kecewa dengan keadaan tertentu. Perkara ini boleh diterima kerana sudah banyak kali berlaku raja atau anak raja meninggalkan takhta dan istana kerana merajuk, kecewa dan sebagainya lalu hidup menyamar sebagai orang kebanyakan sebelum anak cucu menyedari asal-usul sebenar mereka. Cuma yang menjadi persoalan bagi saya adalah dakwaan pihak dari Kerian bahawa Raja Ahmad adalah anakanda kepada Sultan Ibrahim, Sultan kedua Selangor (memerintah 1778-1828). Ia dibuat berdasarkan kenyataan yang disebut dalam kajian salasilah secara ilmiah di website Royal Ark bahawa Raja Ahmad merupakan puteri ke-5 Sultan Ibrahim dan ada berkahwin dengan anak kepada seseorang yang dikenali sebagai Encik Malik.

Mereka seterusnya menyebut Raja Ahmad sebagai panglima perang Selangor yang datang ke Perak untuk membantu Sultan Abdul Malik. Lalu Encik Malik itu disebut sebagai orang yang sama dengan Sultan Abdul Malik. Namun pemerhatian saya terhadap kenyataan di Royal Ark mendapati pihak dari Kerian mungkin sudah tersilap tafsir. Lihat http://www.royalark.net/Malaysia/selang3.htm. Biar saya copy and paste...



5) Y.A.M. Raja Ahmad ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. m. a daughter of Encik Malik, Panglima Perang of Selangor.



Apabila diteliti balik aturan ayat ternyata yang dikatakan panglima perang Selangor itu adalah Encik Malik, bukannya Raja Ahmad. Perhatikan ini pula, dari http://www.royalark.net/Indonesia/riau4.htm.



4) Y.M. Raja Haji Ahmad Hitam bin Raja Haji, Engku Haji Tua. b. on the island of Biram Dewa, July/August 1779 (s/o Encik Mariam of Riau). m. (first) Encik Hamida binti Malik, daughter of Encik Malik, Panglima Perang Besar of Selangor. m. (second) Y.M. Raja Hawa binti al-Marhum Sultan 'Ali 'Ala ud-din Shah, fourth daughter of H.H. Paduka Sri Sultan 'Ali 'Ala ud-din Shah ibni al-Marhum Raja Kamboja, Yang di-Pertuan Muda of Riau. m. (third) Encik Khalija binti Dato' Ibrahim, daughter of Dato' Ibrahim bin Dato' Bandar Hasan, Dato' Salawatang of Lingga. m. (fourth) Encik Aisha, daughter of the Temenggong of Indragiri. m. (fifth) Y.M. Raja Ampuk [Empok], daughter of the Yang di-Pertuan of Indragiri. m. (sixth) Encik Fatima. He d. 31st March 1874, having had issue, ten sons and nine daughters.


Untuk makluman, salasilah Riau ini menyebut tentang seorang lagi Raja Ahmad iaitu anakanda kepada Raja Haji ibni Daeng Chelak. Namun di sini, baginda turut disebut sebagai mengahwini seorang anak kepada Encik Malik, panglima perang Selangor.

Untuk pengetahuan, Raja Haji dan Sultan pertama Selangor iaitu Sultan Salehuddin @ Raja Lumu adalah adik-beradik. Maka Raja Ahmad ibni Raja Haji adalah sepupu kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin bermakna baginda adalah bapa saudara kepada Raja Ahmad ibni Sultan Ibrahim yang didakwa oleh pihak dari Kerian sebagai Raja Ahmad yang menjadi menantu Sultan Abdul Malik Mansur Shah di Perak.

Rasanya ramai sedia maklum nama Raja Ahmad adalah nama yang sangat general, umum. Maka ia memungkinkan banyak kekeliruan akibat nama yang sama dipakai ramai orang. Dalam kes ini, dapat ditunjukkan bahawa ada seorang Raja Ahmad dengan anak saudaranya juga bernama Raja Ahmad berkahwin dengan adik-beradik anak orang yang sama kerana mereka semua hidup sezaman. Yang pasti, apabila diteliti bapa mertua mereka Encik Malik ADALAH PANGLIMA PERANG SELANGOR, maka beliau adalah LAIN ORANG dengan Sultan Abdul Malik yang merajai Perak. Kecuali ada dalil baru menyebut Sultan Abdul Malik pernah menjadi panglima perang Selangor, satu perkara yang pada saya adalah mustahil memandangkan kedudukan tinggi baginda sebagai anak raja di Perak sebelum menaiki takhta.

Dengan ini cukuplah luahan yang terkeluar dari saya untuk malam ini tentang Raja Ahmad. Saya ada teori tersendiri tentang identiti sebenar baginda yang dapat dikaitkan dengan keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak apalagi gelaran Johan Berdaulat itu sering dipakai Sultan-sultan Aceh dan Raja Ahmad penjaga Beting Beras Basah dikatakan ghaib di kuala Sungai Terus, sempadan utara wilayah di bawah kekuasaan Laksamana. Namun biarlah teori itu yang telah ditahkikkan beberapa orang melalui jalan ghaib disimpan sementara pihak lain mengemukakan pelbagai dakwaan. Mana tahu saya tersilap dan dakwaan mereka tepat? Atau teori saya yang betul maka ia harus terus dirahsiakan agar tidak timbul pergolakan?

Oh. Biar ditambah satu lagi perkara. Ketika cuba mencari maklumat tentang Raja Ahmad saya terjumpa satu maklumat menarik di Intenet. Rupa-rupanya, seorang sepupu kepada datuk saya, Datuk Mohd. Razalli bin Mohd. Ali Wasi pernah menjadi Menteri Besar kedua Perlis (1948-1954) selain Laksamana Perak. Saya juga dapat tahu Menteri Besar pertama sehingga ketiga Perlis adalah dari Perak. Apakah ini ada kena-mengena dengan petunjuk baru yang saya dapat ketika berjalan ke utara bulan Ramadhan bahawa keluarga Sayyid Jamalulail Perlis sebenarnya berasal dari keturunan lelaki atas lelaki yang sampai kepada Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, bukan dari keluarga Ba' Alawi Hadramaut yang berketurunan Saidina Hussein? :]


10 ulasan:

  1. MB Perlis 1 dan Permaisuri Perlis ketika itu adalah sedara dekat. Keturunan Long Yunus!

    BalasPadam
  2. MB Perlis 1 ,Raja Ahmad B Raja Endut@ Tengku Bongsu Kenali dan Permaisuri Perlis, Tengku Budriah adalah sedara rapat dari keturunan Long Yunus. Juga sedara rapat dengan Tengku Ahmad Rithauddin. Kenapa keluarga Raja Ahmad ke kuala Kangsar masih menjadi tanya? Mungkin ada kaitan dengan keturunan Petani ini dengan Siam!

    BalasPadam
  3. Mungkin Raja Ahmad ada hubungan persaudaraan dengan keturunan Jamalulail walaupun mungkin bukan dari nasab jamalulail itu sendiri. Sebagai salah satu dari keturunan nabi muhammad, mungkin.

    Johan Berdaulat adalah nama dari kerabat Acheh. Mungkin Raja Ahmad berasal dari keturunan Acheh yg memakai gelaran Johan Berdaulat.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum w.b.t

    Sejak akhir2 ini, saya semakin agresif mencari asal usul keturunan saya. Saya merasakan saya perlu mencari asal usul saya.

    Apabila membaca kisah Raja Ahmad yang pernah terjatuh ke dalam sungai terus (berhampiran sungai perak) membuatkan saya terkejut.

    Hampir sama kisahnya, tetapi saya tidak fikir tarikhnya sama. Ayah kepada opah saya meninggal semasa karam di sungai perak (saya tidak pasti di mana, tapi asal opah saya di sungai lancang, berhampian bagan datoh).

    bukan moyang (ayah opah) sahaja yang karam di sungai, bahkan isteri dan semua anak-anaknya. yang hidup cuma arwah opah saya, yang berpaut pada papan sampan dan dijumpai beberapa hari selepas itu oleh nelayan, dan dibawa pulang.

    aneh.... kisah hampir sama. berlaku di kawasan yang berhampiran. cuma jarak masa beza lebih kurang 100 tahun (rasanyalah).

    yang membuat saya tertanya-tanya ialah, mak saya ada memberitahu, opah merupakah keturunan orang kaya (tak pasti pangkat apa). selepas peristiwa itu, opah dibesarkan oleh ibu tirinya dan dibesarkan bersama adik-beradik lain ibu. (ibu kandung dan adik-beradik seibu sebapa sudah meninggal dunia).

    wallahualam.

    p/s nama opah saya tidak dibinkan dengan nama seseorang berpangkat 'raja'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama dengam saya kisah yg awk tulis ni mcm kisah atok saya juga.

      Padam
    2. Boleh pm saya?

      Serasaira@gmail.com

      Padam
  5. Sy keturunan alang rabu dr teluk intan .. kata org tua sy .. keturunan datuk sy adalah spupu dgn sultan idris .. tp dia menghilangkan diri atau merajuk .. masa perjumpaan rumpun kasih alang rabu di kg sy .. salah seorang pak cik sy memperkenalkn keturunan dlm alang rabu ialah pawang di raja sultan perak .. org tua sy juga ada memberi tahu yg makam "raja" di tebing sungai perak bdekatan sg jejawi adalah drpd moyang daripada datuk sy .. jika tidak silap sy .. gelaran yg di gunakn adalah "raja anaknda" .. tp perkara ini seolah2 di rahsiakn oleh org tua sy .. dan mengikut org tua sy .. moyang kami itu membuang gelaran raja dan hanya menggunakn nama org biasa .. minta tlg bg pencerahan kpd sy ..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..nak tanya tahu tak panglima hitam Ahmad Bin Ali?..hidup sezaman Tok Janggut.. kalau ada maklumat boleh kongsikan?

    BalasPadam
  7. Kaji keturunan sultan 16….
    Akan terungkai semua misteri

    BalasPadam