Isnin, Jun 29, 2009

Tanda keruntuhan kesultanan Perak?

Lihat gambar-gambar ini!


Sungguh memeranjatkan!

Tahukah anda gambar-gambar apakah ini? Kalau tidak tahu, sila lihat beberapa artikel lama saya dengan link-link di bawah ini.


Walaupun ada tajuk-tajuknya menyebut "Perjalanan terbaru ke Perak", perjalanan yang dimaksudkan sebenarnya dibuat setahun lalu. Bandingkan gambar-gambar dalam artikel-artikel lama itu dengan gambar-gambar di atas. Untuk pengetahuan gambar-gambar di atas adalah gambar terbaru pondok persinggahan diraja di Beting Beras Basah yang dihantar oleh seorang pembaca blogspot ini, saudara Arol.

Adapun saya dan isteri baru sahaja kembali dari menziarahi ibu bapa saya dan adik-beradik di Muar, Johor. Siang tadi kami bermandi-manda di kawasan air terjun Gunung Ledang sebelum saya dan isteri membuat keputusan untuk berjalan-jalan terus ke Segamat... dalam perjalanan tergerak pula untuk mengambil laluan ke Bukit Kepong, untuk menziarahi makam Raja Temenggung Saleh di Kampung Pengkalan Kota sebelum pergi ke Segamat melalui Pogoh (bukan Pagoh ya!) lalu singgah di Lubuk Batu untuk menziarahi makam-makam Raja-raja Temenggung Muar yang lain, juga makam Bendahara Tepok, bendahara terakhir kesultanan Melaka, dikatakan mangkat sejurus selepas Portugis menawan Melaka tahun 1511.

Selepas itu kami singgah ke rumah kakak kepada isteri di Felda Jelai sebelum mengambil jalan ke Bahau lalu ke Kampung Jambu Lapan untuk melihat pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol. Untuk mengetahui apa yang istimewa tentang tempat ini, lihat artikel lama Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! dan Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam? . Seperti cerita-cerita perjalanan ke Perak yang disebut di atas tadi, ia juga bukanlah perjalanan terbaru ke Pantai Timur, setakat perjalanan terbaru buat waktu itu kerana ia dibuat awal tahun 2008 sedangkan selepas itu saya sudah pergi ke Pantai Timur beberapa kali lagi.

Selesai urusan di sana, kami mengambil jalan ke Batu Kikir lalu ternampak Teratak Pendeta Za'aba dan berhenti sebentar. Kemudian baru ke Kuala Pilah lalu ke Kampung Talang di Tanjung Ipoh untuk menziarahi makam dan masjid Wali Allah bernama Tuan Tulis. Selepas itu baru kami ke Seremban melalui Bukit Putus, ambil jalan lama ke Kajang, singgah makam Satay Kajang sebelum kembali ke rumah, jam 12 gitu (tadi le...) baru sampai. Sampai-sampai pula, tergerak untuk membuka Internet lalu masuk ke Hotmail. Dapatlah gambar-gambar di atas yang menurut saudara Arol baru diambil pada 27 Jun iaitu Sabtu baru ini.

Sebenarnya buat tempoh sebulan dua ini, saya bercadang tidak mahu menulis apa-apapun tentang hal lain kecuali berkenaan perjalanan ke Aceh yang baru selesai Isnin lalu. Tetapi disebabkan kerja menyiapkan penterjemahan beberapa mukasurat terakhir buku Ahlul Bait dan kesultanan Melayu (lihat artikel Buku Ahlul Bait yang membuat saya pening, rindukan anak dan hal-hal lain... ) belum lagi dimulakan akibat mood saya masih belum ke situ maka hingga kini saya belum membuat apa-apa cerita tentang Aceh di sini kecuali pengumuman dalam artikel Ole-ole dari Aceh... coming! yang dibuat Khamis lalu. Namun apabila melihat gambar-gambar di atas ini saya rasa ia harus dipaparkan secepat mungkin. Saya takut jika pihak berwajib tidak bertindak seperti sepatutnya, ia akan menjadi lambang keruntuhan kesultanan Perak nanti!

Untuk makluman, kesultanan Perak adalah salah satu kesultanan tertua yang masih wujud di mukabumi ini! Walaupun di Malaysia ada 8 lagi kesultanan termasuk Kelantan yang diketahui sudah beraja sekurang-kurangnya sejak 700 tahun lalu, kebanyakan dinasti pemerintahan yang masih ada di rantau ini berumur tidak sampai 300 tahun. Contohnya dinasti Kelantan sekarang dimulakan oleh Sultan Long Yunus sekitar tahun 1760an, Terengganu dimulakan Sultan Zainal Abidin I tahun 1720an dan Pahang apabila Bendahara Wan Ahmad mengisytiharkan diri sebagai sultan tahun 1881 gitu. Bandingkan dengan kesultanan Perak yang mempunyai kesinambungan keturunan dari raja ke raja sejak tahun 1528 dengan rajanya sekarang, Sultan Azlan Shah merupakan Sultan Perak ke 34. Malah kesultanan Perak adalah satu-satunya kesultanan masih wujud yang bersambung dengan kesultanan Melaka yang gemilang itu!

Di Malaysia ini, cuma kesultanan Kedah sahaja yang memiliki kesinambungan lebih lama iaitu dipercayai sejak zaman Sultan Muzaffar Shah Kedah hampir 900 tahun lalu. Apapun, seperti yang ramai tahu cuma kesultanan Perak yang terang-terang sedang teruk diasak pihak tertentu. Lihat artikel Kemelut politik Perak. Apa cerita? dan Cukup-cukuplah tu buat kecoh di Perak. Ingat, hari ni dah masuk 13 Mei!

Saya tidak tahu bagaimana boleh jadi keadaan seperti kelihatan dalam gambar-gambar di atas ini. Saudara Arol setakat meminta saya berbuat sesuatu agar tidak terjadi perkara yang lebih buruk dan sebelum ini ada memberitahu di c-box bahawa Beting Beras Basah yang merupakan salah satu tempat paling penting untuk pertabalan raja telah rosak akibat ribut yang melanda baru-baru ini. Melihat gambar-gambar di atas, pada saya ia petanda tidak baik. Oleh itu saya sarankan pihak berwajib cepat-cepat berbuat sesuatu. Dan kalau mahu Melayu di Perak terus selamat, saya sarankan juga pulihkan masjid tinggal lama di Teluk Memali dekat Kampung Gajah. Lihat artikel Masjid lama misteri (The mysterious old mosque), Laksamana pulang ke Perak: Bandar Melayu yang hilang!, Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch - Petanda bandar Melayu yang hilang dan Projek buku masjid - bertemu penunggu masjid lama tinggal! . Hmm... teringat pertemuan dengan seorang tua misteri di makam Sheikh Shamsuddin Sumatrani @ Shamsuddin Pasai pada malam Sabtu baru ini, dalam perjalanan kembali ke Muar. Saya dah pergi ke makam itu mungkin 10 kali tak kira waktu siang dan malam tapi baru kali ini berjumpa orang yang katanya kadang-kala duduk di makam itu. Siap diberinya saya sebentuk cincin tanpa dipinta... tapi itu cerita lain! :]

Untuk Menteri Besar Datuk Zambry. Datuk pernah membeli DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dari saya selepas perhimpunan agung UMNO di PWTC Mac lalu. Saya tak tahu jika Datuk telah menontonnya tapi saya harap Datuk tonton dan pulihkanlah mana-mana tempat yang patut kerana Datuk ada kuasa untuk melakukannya. Jangan tunggu sampai berlaku bencana. Saya rasa Datuk sedar bahawa memang ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menghancurkan terus sistem beraja di Malaysia. Kemelut politik di Perak sekadar menyemarakkan lagi usaha itu dan kali ini orang Melayu yang berjubah berserban pun turut terpalit sama lantaran terperangkap dalam pakatan memartabatkan si mata sepet dan golongan suka buat kuil di setiap pangkal pokok besar. Jatuhnya raja maka Melayu akan jatuh terus buat selama-lamanya tetapi ramai yang tidak sedar. Sedangkan tanpa naungan dari langit, susah untuk raja-raja terus bertahan dari asakan demi asakan pihak yang berniat jahat, contohnya kepala sebuah republik yang masih berusaha keras mahu menakluki separuh Johor dengan cara ekonomi dan perundangan. Maka buatlah apa yang patut untuk mendapatkan naungan dari langit itu. Salah satunya adalah dengan cara memulihkan monumen-monumen yang menggambarkan semangat keIslaman sebenar lagi keSufian orang-orang Melayu lama, satu usaha yang boleh membuka kembali jaringan keselamatan para wali yang hakikatnya masih terus hidup hingga kini. Sekian...

11 ulasan:

  1. As'kum,

    Lepas 17 Rajab, mungkin amber pung nak gi berjalan ke Perak.Insya-Allah.

    BalasPadam
  2. Wassalam. Adapun serangan pyscho badak telah bermula lagi dengan menghantar komen-komen tidak membina lagi berniat jahat di blogspot sini. Selama ini saya membiarkan sahaja tetapi selepas ini apa-apa komen yang saya rasakan tidak enak (kecuali komen yang betul-betul jujur mahu memperbaiki keadaan) akan saya delete forever sahaja. Harap maklum.

    Untuk badak. Kahwinlah cepat-cepat (itupun kalau ada orang nak). Sakit jiwa kamu semakin menjadi-jadi nampaknya. Ingatkan selama beberapa bulan ini mungkin sakit itu akan pulih. Mungkin ada lelaki yang akan berkenan dengan kamu dalam tempoh itu lalu tercapailah hasrat kamu untuk menikmati perhubungan kelamin yang sah, menghilangkan kehausan teruk berkurun lamanya sehingga sakit jiwa kamu itu pulih. Rupa-rupanya tak juga... malah kamu sentiasa sahaja mengintai peluang untuk membuat kacau di sini menandakan kamu memang tak laku tetapi masih tidak sedarkan diri menyangkakan diri kamu itu langsing, lawa dan menarik. Laknat untuk kamu wahai si gemuk andartu yang tidak sedarkan diri. Sekian. Hahahahaha!

    p/s: Taktik badak seterusnya jika tidak mendapat lagi ruang di sini adalah cuba mefitnah saya secara halus di blogspot kawan-kawan saya pula. Kita perhatikan sahaja gelagat badak bodoh tidak berbudi=-pekerti ini...

    BalasPadam
  3. blog RAJA MENANGIS kata benting beras basah adalah tasik pauh jinggi . kalu benar seperti dinyata sama juga mcn sesi 3 burmuda .

    BalasPadam
  4. Memang ada disebut begitu oleh ramai yang terlibat dalam dunia perubatan juga persilatan secara batin. Malah ada yang menambah di bawah laut di Kuala Sungai Perak sana ada lubang yang menyambungkan Tasik Pauh Janggi ke Laut Kalzum ke Laut Merah gitu. Tapi itu cerita orang le... :]

    BalasPadam
  5. nak ikut crita masjid tu x di guna pada tahun 1997 , krana kariah semua dah pindah habis . pernah pindah mimbar masjid tu ke mesjid baru ..... kena anto balik . kena kacau

    BalasPadam
  6. salam ukwah se andalusia, sesuatu yg amat luar biasa apa yg saya dapati dari kisah nyata dalam blog ini, rasanya terlalu banyak lagi yg belum terbuka rahsia disebalik cerita/sejarah. sebagai contoh berhampiran kg saya (kg telok sareh, kg gajah, perak) terdapat satu maqam diberi nama maqam tok sagor dimana pengkisahannya tak berapa nyata. lagi satu di belakang hosptital changkat melintang, berhampiran maqam marhom tanah abang, terdapat sabuah tasik diberi nama air mati (ayo mati) dimana saya pernah melihat dengan mata bagitu juga penduduk sekitar rasanya, ditengah tasik tu terdapat 3 ekor gajah batu mengadap ke hulu disekitar tahun 1970an dulu. saya teringat bila termasuk ke blog ini, kerana tertanya didalam hati apakah yg boleh saya berikan sedikit info buat saudara bagi mengumpul seberapa banyak artikel berkaitan sejarah tanahair, sebab mesti ada hubungkait antara air mati dan gajah batu tu dimana ada orang2 tua mengatakan 7 ekor semuanya tapi dah tumbang kata mereka, ini yang saya tau pada tahun 70an, sehingga kini saya tak tau samada wujud atau tidak lagi tasek itu, cuma pada pandangan saya kalu ada pun ianya telah kering/sebu akibat peredaran alam.

    BalasPadam
  7. saye pn ade dengar cerita tentang crite gajah itu dari moyang saye.. kalo sedare sudi ceritekn pada saye tentang sejarah sekitar tanah abang.. arolm@yahoo.com.

    BalasPadam
  8. Salam tuan..saya tertarik bloq ini. Saya tertarik pasal cerita kesultanan Perak.
    Saya nak share sajalah..banyak lagi makam dan tempat bersejarah. Cara yang terbaik ialah menyusuri Sg Perak dari hulunya hinggalah ke muara.
    Apa yg menarik setiap kali sebelum seorang sultan yg baru dilantik akan berbuat begini disamping menziarahi semua makam2 sultan yg sebelumnya. Di Perak Tengah terdapat begitu
    banyak makam sultan dan para pembesar Perak. Makam sultan Perak pertama terletak disini. Di pekan Bota terdapat lebih dari 2 makam sultan Perak dan
    Boleh dapatkan cerita menarik pasal binatang yang diberi nama Tuntung..ada riwayat menyatakan binatang ini ada kisah dengan sultan.
    Jika kita telusuri sungai Perak..kita akan ketemu tempat dengan satu tempat yang bernama Padang Marhum dimana kita akan ketemu makam Marhum Tanah Abang.
    Menurut riwayat perkelahian dua putera raja yg membawa kpd pembunuhan. Makamnya ada dikampung ini.
    Di air mati terdapat gajah yg disumpah menjadi batu oleh...
    Ini tidak termasuk dengan terdapatnya tempat yg bernama Kubu Acheh dimana menurut riwayat terdapatnya kubu lama
    masa perang antara Acheh dengan orang Perak dimasa zaman Kerajaan Acheh Sultan Iskandar Muda.
    Terdapat kampung yg bernama Layang Layang. Menurut riwayat nama terhasil dari layang2 gergasi org Acheh yg terbelah dua diserang orang Perak sehingga jatuh
    terbelah dua dimana jatuh satu dikanan sungai dan satu dikiri sungai. Menurut riwayat di tahun 70an masih ada peninggalannya.
    Ada juga tempat bernama Kota Pagar iaitu kota yg dibuat dari kayu menyerupai pagar untuk bertahan masa perang Perak Acheh.
    Banyak lagi tinggalan yg boleh dikorek disepanjang sungai Perak..termasuk hubungkait nasab keturunan mereka dengan Megat Terawis.
    Ini kerana org2 lama disini begitu rapat dengan raja2 perak terutama zaman 70an.
    Wallahualam

    BalasPadam
  9. salam saudara....
    saya orang baru diblog ini, harap kehadiran saya dapat diterima dengan senang hati.....
    diharap saudara sudi berkongsi maklumat mengenai kesultanan perak kerana saya betul2 berminat untuk mengetahui tentang kesultanan perak dengan lebih lanjut lagi

    BalasPadam
  10. Wassalam. Silakan. Sudah banyak perkara dibuka tentang sejarah keSultanan Perak dan saudara boleh meneliti artikel-artikel lama. Selain itu saya akan terus membongkar mana yang patut apabila diberi gerak dan ilham. Insyaallah! :]

    BalasPadam
  11. diharap supaya saudara sudi berkongsi maklumat...
    terima kasih....

    BalasPadam