Salam. Cerita daripada siang semalam.
Pagi Sabtu 6 Jun 2026 (6/6/26) saya menaiki LRT dari Subang Jaya untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.
Saya naik LRT kerana kerana isteri mahu ke satu majlis di Subang Jaya.
Saya memandu kereta dari rumah kemudian turun di stesyen LRT. Isteri menyambung memandu ke tempat majlis.
Ini dibuat untuk mengelakkan kesesakan jalan raya di sekitar dan menuju ke pesta buku.
Dalam artikel Ke Pesta Buku KL 2026 bersama anak-anak yang dipersembahkan 1 Jun ada dinyatakan pergi pada hari kedua pesta, Sabtu 30 Mei.
Dalam artikel Membaca Al-Quran bersama Kant dalam zaman AI yang dipersembahkan 4 Jun pula dinyatakan ada bertandang selepas menghadiri majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) petang Rabu 3 Jun.
Sesungguhnya saya tidak pernah merasa jemu berada di pesta buku.
Sebagai seorang penulis yang telah menghasilkan 15 tajuk berada di persekitaran yang ada banyak buku baru itu sendiri memberikan rasa kepuasan tertentu. Walau sendiri tidak ada buku baru.
Ada sahaja aktiviti yang sekurang-kurangnya merangsang deria mata. Opps... jangan fikir yang bukan-bukan ya... :]
Dan ada sahaja majlis-majlis ilmu diadakan seiring dengan pelancaran buku baru dan sebagainya.



