Isnin, Jun 01, 2026

Ke Pesta Buku KL 2026 bersama anak-anak

Merujuk pada artikel Santai Aidil Adha di Muar 1446 Hijriah yang menjadi artikel ke-2,828 di CATATAN SI MERAH SILU malam tadi. Sekarang baru boleh bercerita tentang pesta buku.



Adapun sempena Aidil Adha anak-anak saya yang belajar di tahfiz di selatan Cheras mendapat cuti seminggu. Petang Sabtu 30 Mei 2026 harus menghantar kembali ke asrama. Sebelum itu bawa ke WTC (Pusat Perdagangan Dunia) untuk PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2026 yang baru sahaja bermula hari sebelumnya Jumaat 29 Mei.






Saya telah menyantuni pesta buku tahunan terbesar di Malaysia ini hampir setiap tahun sejak lebih 30 tahun. Melaluinya saya membina kekuatan dan semangat untuk mula menerbitkan buku tulisan sendiri tahun 2006. 






Ketika itu CATATAN SI MERAH SILU belum lagi bermula. Pada Pesta Buku KL 2006 yang berlangsung 24 Mac hingga 2 April itulah saya telah mengusung manuskrip buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh" yang telah dicetak lalu dilipat atur sendiri jadi serupa sebuah buku sebenar untuk mencari penerbit. Hasilnya, dibuat keputusan untuk menerbitkan sendiri Jun itu.







Kini semua sudah menjadi sejarah. Saya telah menghasilkan 15 tajuk buku yang mana 8 diterbitkan atas nama syarikat sendiri Wasilah Merah Silu. Kali ini saya hadir lebih mengikut kehendak anak-anak untuk mencari buku yang mereka suka.






Bagusnya yang dicari semata-mata adalah buku-buku yang ada kena mengena dengan pelajaran. Tiada langsung bacaan santai atau komik sepertimana apabila membawa mereka bersama sebelum ini.









Di celah-celah itu saya tetap cuba menghirup udara dan suasana umum persekitaran menurut kebiasaan sebagai seorang pemerhati. Secara umum Pesta Buku KL kali ini terasa lebih redup berbanding dahulu.






Apapun, sepertimana halnya pada tahun lalu saya tiada buku tulisan baru untuk dibanggakan tahun ini.






Kali terakhir terlibat sebagai penulis adalah selepas buku ke-15 saya "Nabi Adam (a.s.) and the Origin of Man" diterbitkan tahun 2024. Dengan itu diaturlah sesi bicara dan promosi. Lihat artikel-artikel lama ini...







Penglibatan saya dalam Pesta Buku KL sejak sekian lama, baik sebagai penulis mahupun sebagai pemerhati sahaja boleh juga dilihat melalui artikel-artikel lama berikut :-









Pendek kata ia amat bermakna buat saya.






Sampai di satu bahagian terserempak dengan pelakon dan kartunis terkenal Imuda di reruai kecil beliau. Memang selalu pun terjumpa di pesta buku kerana beliau selalu membuka reruai untuk berniaga.



Kali ini terjumpa sekali penggiat seni asal Singapura, saudara Art Fazil yang sudah lama tidak ditemui. Rupa-rupanya beliau masih ingat perkenalan kami di London awal 90an. Ketika itu saya masih belajar di University College of London, beliau baru mula mencuba nasib busking jauh di tempat orang. Muncul juga saudara Henzi Andalas yang selalu berlakon dalam program kanak-kanak sebagai ahli silap mata juga pengamal kuasa minda. Yang ini anak-anak saya ingat kerana selalu menonton televisyen, hehe...






Ketika mengambil satu laluan untuk meninggalkan WTC terjumpa pula reruai seorang kawan.



Selalunya beliau membuka dalam dewan di tingkat atas, bukan di bahagian ini di tingkat bawah.



Tengok-tengok buku saya yang ke-14, "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad - Perjuangan yang Belum Selesai" (terbit 2023) ada di para.

Kebetulan sedang memakai t-shirt menggunakan reka bentuk kulit hadapan buku. Isteri pun suruh bergambar bersama buku.


Ahad, Mei 31, 2026

Santai Aidil Adha di Muar 1446 Hijriah

Adapun selepas mempersembahkan artikel sebelum ini iaitu Hari raya haji dan Merah Silu Live 5 malam lalu artikel seterusnya akan menjadi yang ke-2,828 di CATATAN SI MERAH SILU. Fikir saya yang layak mendapat penghormatan tersebut adalah cerita tentang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 pada 30 Mei iaitu semalam. Tetapi apabila gambar-gambar dalam telefon pintar dari seminggu kebelakangan disalin ke komputer riba malam ini baru tersedar ada yang lebih sesuai mendapat tempat. Ini ceritanya.



Gambar ini diambil pagi Rabu 28 Mei 2026 bersamaan Aidil Adha @ Hari Raya Haji bagi tahun 1446 Hijriah ini. Saya baru sampai ke Masjid Bukit Treh, Muar bersama anak-anak, dekat rumah bapa di Desa Temiang.






Kami mahu menunaikan solat sunat Aidil Adha.



Petang, anak-anak mengajak berjalan-jalan di bandar Muar.







Kalau ikutkan takdalah apa hendak diceritakan sangat.







Banyak lagi perjalanan/aktiviti lebih menarik telah dibuat dalam tempoh setahun kebelakangan tetapi tidak langsung dikongsikan cerita dalam blogspot.






Namun apabila terlihat gambar-gambar ini terasa harus berkongsi ceritanya dahulu sebelum dapat pergi pada yang lain. 






Mungkin disebabkan di Muar inilah saya yang lahir tahun 1970 membesar sebelum betul-betul meninggalkannya untuk melanjutkan pelajaran keluar negara tahun 1991.









Berkongsi rasa bersama isteri dan anak-anak. 



Jadilah ini artikel ke-2,828 di CATATAN SI MERAH SILU.