Salam. Satu perkongsian susulan daripada artikel Akhirnya, "Merah Silu Live" ke-23. Setelah 11 minggu tidak bersiaran yang dipaparkan 24 April diikuti Hari raya haji dan Merah Silu Live 26 Mei.
Selasa malam Rabu baru ini 2 Jun 2026 (2/6/26) berlangsunglah edisi ke-28 "Merah Silu Live" melalui Tiktok. Berikut adalah rakaman yang telah dimuatnaik ke Youtube.
Seperti biasa ada cerita latarbelakang berdasarkan perjalanan lama dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 diulas. Kali ini adalah seperti berikut :-
45. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 - sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi
Sebelum itu diulas dahulu buku ini yang merupakan tajuk ke-5 daripada saya. Ini adalah setelah menyedari ia diterbitkan awal 2010, sebelum perjalanan buku Kereta Api yang dibuat untuk mengumpul bahan bagi buku berkenaan bermula Februari diikuti beberapa bulan kemudian.
Seterusnya diperkenalkan Jamu Bona Fida yang baru dihasilkan isteri dalam tempoh 2 minggu kebelakangan itu. Sedikit sedutan dari live telah dijadikan klip video tersendiri di Tiktok. Lihat Memperkenalkan... Jamu Bona Fida.
Ini jamu-jamunya. Selepas ini akan dikongsikan cerita-cerita majlis ilmu yang dihadiri esoknya hari Rabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan