Salam pagi Jumaat 19 Zulhijjah 1447 Hijriah. Bersambung daripada Membaca Al-Quran bersama Kant dalam zaman AI.
Malam itu bergerak ke kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak untuk mengikuti satu lagi majlis ilmu.
Tajuk harus cukup jelas. Yang bercakap adalah Rektor UIAM Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar yang juga adalah penyelia tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).
Jam 8.17 beliau masuk ke dewan majlis bersama para undangan terhormat.
Sebelum syarahan bermula Timbalan Rektor Profesor Dato' Dr. Mohamad Fauzan Noordin yang bertindak sebagai pemudah cara memberikan taklimat tentang objektif syarahan.
Ia menyambung dan memanjangkan perkara daripada siri syarahan Madani yang terdahulu. Diberikanlah sedikit analisa tentang siri pertama itu.
Diberitahu perkembangan susulan termasuk penerbitan buku berdasarkan siri pertama itu. Lihat artikel-artikel lama saya tentang edisi-edisi dalam siri...
Sekitar jam 8.32 bermulalah syarahan yang merupakan pertama dalam siri kedua.
Di sini tak perlulah mengulas panjang.
Secara rata ia adalah pengenalan juga sinopsis bagi menunjukkan pengisian dan hala taju siri baru.
Apa yang terpapar dalam slaid menunjukkan intipati perkara. Osman cuma memanjangkan sedikit setiap perkara.
Syarahan dalam bahasa Melayu ini boleh diikuti sendiri melalui pautan berikut...
Selepas syarahan cadangnya hendak bermalam dan beriktikaf di Masjid Bukit Antarabangsa. Namun kereta menghadapi masalah yang nampaknya berpunca daripada palam pencucuh (spark plug) ada yang tidak berfungsi. Ini mula terserlah selepas berhenti di stesyen minyak Shell sebelum tol Gombak untuk mandi dan menunaikan solat. Nasib baik dapat juga membawa kereta ke UIAM untuk mengikuti syarahan.
Cuma perlu pandai bermain minyak supaya enjin tak mati. Ini dilakukan juga selepas syarahan yang mana saya telah lalu membuat keputusan untuk terus menuju ke rumah, tidak jadi bermalam di masjid. Namun di bulatan dekat Batu Caves lampu isyarat sedang merah lalu terpaksa memberhentikan kereta. Ini menyebabkan enjin mati. Selepas itu tidak berjaya mengerakkan kerana tidak cukup kuasa, setakat dapat menghidupkan enjin sahaja.
Tersadailah kereta buat beberapa ketika di tengah jalan lalu asyik kena hon. Nasib baik ada beberapa penunggang motosikal berhenti lalu menolong menolak ke tepi. Itu yang ditunjukkan kedudukan kereta dalam gambar atas tadi. Dari tepi itu diusahakan berkali-kali untuk menggerakkan kereta. Masih sekadar dapar hidupkan enjin, dapat masuk gear tetapi tidak cukup kuasa untuk berjalan.
Dipendekkan cerita akhirnya kembali ke rumah menaiki trak tunda lewat malam, sampai sekitar jam 1 malam. Semalam petang Khamis baru dapat diselesaikan masalah itu, setelah mekanik kampung yang datang ke rumah menukar satu set palam pencucuh. RM400 wooo harga. Untuk kereta ini tiada pilihan kena pakai palam dengan spec tertentu yang mahal itu kalau mahu pakai lama kereta. Semoga mendapat rezeki ganti berganda. Amin.


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan