Ahad, Januari 18, 2026

Dari Batu Belah ke Ampang ke Kuala Kubu

Salam semua. Meneruskan gerak penceritaan berkaitan.



Adapun apa yang diceritakan dalam artikel Bersama Sultan, Tengku Ampuan dan Tengku Mahkota Pahang di ISTAC diikuti Antara LGBT, babi dan 4B sebenarnya adalah satu kesinambungan. Selepas ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku pagi Khamis 15 Januari saya dan isteri bermalam di rumah ibu saudara di Petaling Jaya. Esoknya pagi Jumaat 16 Januari ke Shah Alam sebelum ke Batu Belah, Klang lalu bermalam di hotel sana. Ini supaya mudah ke majlis perkahwinan anak seorang saudara pagi Sabtu 17 Januari 2026. Letak dewan majlis cuma sekitar 1 km sahaja dari hotel.












Dari dewan  kelihatan bukit yang harus memberikan nama pada Bukit Raja di Klang.



Teringin untuk melihat puncak tertinggi bukit. Tetapi rupanya tak boleh masuk kerana terletak di dalam kawasan kilang yang dikawal ketat.



Perjalanan diteruskan ke pejabat Habib Jewel di Ampang.



Kami telah diundang untuk menghadiri satu acara seni di galeri atas pejabat.






Untuk melihat apa yang ada sila ke artikel The art gallery and museum at Habib Jewel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Malam itu ibu saudara yang rumahnya di Petaling Jaya biasa menjadi tempat kami bermalam datang bersama sepupu dari Ampang, Kuala Lumpur. Makan di restoran dalam kawasan rumah kami di Bandar Sungai Buaya. Sebetulnya setelah menghadiri majlis di galeri milik Habib Jewel saya dan isteri hendak bermalam di rumah sepupu kerana sudah sangat dekat. Tengok-tengok sepupu pula yang bercadang untuk bermalam di rumah kami, selepas ke Country Homes di Rawang. Maka kami pun kembali ke untuk menyambut mereka.
 


Selepas makan malam membawa mereka berjalan-jalan di sekitar. Esoknya pagi Ahad 18 Januari bawa berjalan lagi melihat suasana siang. Tergerak untuk meneruskan hingga ke Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Dah alang-alang keluar terus dibawa ke Kuala Kubu.






Sedikit perkongsian telah dibuat dalam artikel-artikel berikut :-








Singgah ke beberapa lagi tempat.






Ini termasuk di Serendah di mana saya tidak dapat menahan untuk mandi air terjun walaupun tidak membawa pakaian bersesuaian...






Penutupnya 'mengeteh' berdekatan pejabat dan kilang Perodua.


Apabila kembali ke rumah selepas Maghrib didapati saya telah memandu sejauh 366 km sejak pagi Khamis. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,777 di CATATAN SI MERAH SILU.



Sedikit tambahan. Adapun selepas mempersembahkan artikel jam 9.39 hendak menyambung bacaan buku Major Themes of the Quran tulisan Fazlur Rahman. Ini adalah atas saranan penyelia tesis PhD saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Menurut beliau boleh membantu memperkemaskan lagi thesis proposal atau cadangan tesis saya. Sudah terlupa di mana disimpan fail berkenaan dalam komputer riba lalu mencari menggunakan kata kunci "the". Lalu tersedar saiz fail adalah 777 kb. Seperti hendak menyambung hal selepas mempersembahkan artikel ke-2,777.

1 ulasan: