Khamis, Januari 22, 2026

Membuka kalendar webinar 2026 Kursi Institut Raja-raja Melayu dengan menilai kembali Perjanjian Pangkor

Salam. Dalam artikel "Merah Silu Live" dan Perjanjian Pangkor yang dipersembahkan petang Rabu 21 Januari juga artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 seminggu lebih awal telah dinyatakan bahawa satu webinar bertajuk "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun : Satu Penilaian Semula" akan dianjurkan oleh Kursi Institut Raja-raja Melayu di UiTM (Universiti Teknologi MARA) pada pagi Khamis 22 Disember 2026. Ini adalah tepat sebulan selepas tajuk sama dibentangkan secara fizikal di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) berserta siaran langsung. Lihat Akhirnya - "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dilaksanakan di ISTAC. Kurang seminggu sebelum ia dibentangkandi Pulau Pangkor. Lihat Asbab Perjanjian Pangkor - Membuka langkah di Simposium Seni Pangkor

Sekarang sukacita dimaklumkan webinar atas nama KIRMM telah selamat berlangsung dengan jayanya. Walaupun muncul masalah  paparan slaid terhenti akibat sistem menjadi berat ia masih dapat berjalan lancar. Nasib baik sejumlah perkara penting dalam slaid telah selamat dipaparkan lalu diterangkan. Maka penerangan seterusnya mampu dibuat tanpa bantuan slaid. Lihat rakaman di bawah.



Satu perkara menarik. Ketika webinar sepanjang hampir sejam setengah ini hampir selesai jumlah penonton siaran langsung di Youtube sudah mencapai lebih 850 orang. Di Facebook sekitar 300. Ketika ayat ini ditulis iaitu pada jam 12.36 jumlah penonton (bukan lagi siaran langsung tapi sudah jadi rakaman) di Youtube bertambah menjadi hampir 1,597. Di FB sudah 386.



Ini adalah satu permulaan yang baik. Apalagi ia adalah webinar pertama KIRRM merangkap pembuka bagi tahun 2026.



Paparan komputer riba ini pula dikongsikan oleh seorang peminat sejarah melalui WhatsApp, selepas acara selesai.










Paparan telefon bimbit yang sempat ditangkap layar oleh isteri.



Kami turut membuat siaran langsung sendiri melalui Tiktok.



Yang ini dimulakan lebih awal dari Webinar. Semasa hendak bersedia sebelum acara bermula. Malah dipanjangkan selepas Webinar tamat untuk memberi ruang bagi soalan-soalan tambahan melalui Tiktok. Lihat rakaman di bawah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan