Salam Jumaat pertama Sya'aban 1447 Hijriah. Semalam telah dikongsikan artikel Membuka kalendar webinar 2026 Kursi Institut Raja-raja Melayu dengan menilai kembali Perjanjian Pangkor di mana saya telah membentang dalam satu majlis ilmu pagi Khamis 22 Januari. Sekarang tentang majlis ilmu yang dihadiri tadi pagi Jumaat.
Majlis ini merupakan satu bengkel kemahiran berfikir yang dianjurkan untuk pelajar ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) tetapi terbuka kepada umum. Mengenengahkan perkongsian oleh pensyarah ISTAC, Profesor Dr Jamal Bashier ia adalah yang pertama dalam siri.
Sejak melihat poster diwar-warkan beberapa haru lalu memang hendak pergi. Tapi hampir-hampir tak jadi kerana tidur lewat selepas jam 4 pagi lalu tak cukup rehat. Tahu-tahu sahaja mendapat kekuatan setelah menghabiskan bacaan Surah Al-Kahfi yang diamalkan setiap pagi Jumaat. Sampailah ke ISTAC lebih 40 km dari rumah.
Kelihatan ramai menyertai...
Diberikan latar belakang tentang kemahiran teras pemikiran kritikal menurut "Delphi Report", satu laporan kajian pemikiran yang dibuat di Amerika Syarikat tahun 1990.
Diberikan lagi latar belakang melibatkan analisa, penilaian dan sebagainya.
Diyatakan menafsir sebagai kemahiran pertama dan kenapa...
Bagaimana hendak mula mendapatkan kemahiran menafsir...
Harus dibina dahulu sub-skill untuk komponen kemahiran membuat kategori atau senarai kumpulan menurut ciri-ciri tertentu...
Komponen kemahiran kedua adalah mengenali kepentingan sesuatu hal (ikut ajelah terjemahan saya ya...)
Kemudian mencerahkan atau menyuluh makna.
Dinyatakan tujuan membuat penafsiran dan cadangan latihan bagi membina kemahiran.
Contoh bagaimana sesuatu perkara boleh mendapat banyak tafsiran.
Selepas beberapa lama masuk apa yang dinyatakan sebagai tiada dalam Delphi Report. Pergi pada peranan ilham dalam membuat tafsiran.
Dinyatakan apa yang memberi ilham kepada pensyarah dan bagaimana.
Ketika syarahan masih berjalan selepas jam 12, menerima panggilan telefon meminta dialih motosikal untuk memberi ruang pada kereta VIP di ruangan khas. Dah alang-alang begitu terus ke Bangsar makan nasi beringin kegemaran.
Selesai makan minum kembali ke ISTAC untuk menunaikan solat Jumaat.
Ini adalah pertama kali saya bersolat Jumaat di masjid ISTAC bagi tahun baru 2026. Selepas itu menyambung bacaan tambahan yang dicadangkan oleh penyelia tesis saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar untuk memajukan cadangan tesis (thesis proposal) juga bacaan Al-Quran untuk proses pengkhataman bulan Sya'aban. Artikel ini sendiri ditulis di satu sudut ISTAC. Kiranya mengambil berkat hari Jumaat juga suasana bangunan dan kawasan yang memancarkan rasa sayang pada ilmu pengetahuan.

























Tiada ulasan:
Catat Ulasan