Dalam artikel sebelum ini iaitu Perak selepas 9 September - Iktikaf di masjid lama Kepayang ada disebut bahawa selepas sampai ke Ipoh saya beriktikaf di masjid lama Kepayang. Pun begitu, saya kemudian bermalam di masjid baru sekitar 140 meter ke utara. Ini kerana masjid lama sudah tidak ada lagi kemudahan eletrik juga bilik air.
Dekat jam 10 baru meninggalkan masjid dan Kampung Kepayang.
Pergilah ke Mahkamah Syariah Ipoh untuk sesi terbaru perbicaraan melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.
Selesai sesi selepas jam 12 tengah hari bergegas mencari perpustakaan-perpustakaan awam di sekitar bandar raya.
Ini bagi menyambung usaha membuat sumbangan buku yang telah dimulakan sekitar 2-3 bulan lalu. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel-artikel berikut :-
5. Asbab pertanyaan ibu - Menyumbang buku di Muar hingga ke sempadan Batu Pahat
6. Asbab pertanyaan ibu - Mencapai sasaran di daerah Tangkak dan sebahagian Melaka
Kali ini saya mencari perpustakaan dalam lingkungan sekitar 10 km dari pusat bandar raya.
Ini termasuk Perpustakaan Komuniti di pusat membeli belah AEON Klebang yang pernah dicari dalam perjalanan terdahulu (rujuk artikel Antara perpustakaan dan mahkamah : Pesta Buku Perak 2023 diikuti Antara perpustakaan dan mahkamah : Dari pesta buku ke pusat Cekak ke hal memerang). Tetapi pada waktu malam selepas perpustakaan tutup, ketika bersedia hendak meninggalkan Klebang baru tahu perpustakaan terdapat di tingkat atas AEON.
Sambil mencari perpustakaan mengikut panduan yang diberikan dalam Google Map terjumpa rumah-rumah atau binaan menarik.
Antaranya surau ini. Lihat Surau (Praying hall of) Al-Hasaniah, Kampung Seberang Sungai Tapah, Ipoh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Dalam kawasan berpagar yang sama terdapat perpustakaan ini.
Perpustakaan berikutnya. Dalam perjalanan kali ini baru sedar betapa banyaknya kampung-kampung Melayu di sekeliling Ipoh.
Akhir sekali ke perpustakaan besar ini di tengah bandar raya.
Alhamdulillah dapat menyumbang ke 9 buah perpustakaan hari itu.
Dekat jam 3.30 beriktikaf di Masjid Panglima Kinta.
Untuk pengetahun pemegang terakhir jawatan Panglima Kinta iaitu Dato' Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan baru sahaja meninggal dunia pada 6 September. Kelihatan yang merah-merah itu tempat almarhum disemadikan.
Selepas jam 5 saya bertukar ke pakaian senaman lalu berjalan kaki menyusuri Sungai Kinta dari Masjid Panglima Kinta melalui laluan pejalan kaki ke arah utara. Lihat artikel Walking along the Kinta riverside in central Ipoh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Dalam perjalanan kembali ke masjid baru lalu di bangunan-bangunan bandar.
Gambar ini diambil jam 6.55 petang dekat dengan Masjid Panglima Kinta. Melihat gambar baru teringat. Selepas mengambil kereta di masjid saya berbuka puasa sunat hari Khamis dengan mee rebus di kedai makan berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan