Salam. Saya harus memulakan satu proses melepaskan cerita-cerita. Biar dimulakan dengan aktiviti-aktiviti lebih seminggu lalu.
Pagi Ahad 7 Oktober 2018 saya mengajak isteri dan anak-anak memanjat satu bukit kemudian berjalan kaki jauh di taman perumahan kami di Sungai Buaya, Selangor. Lihat artikel Climbing a nearby hill with wife and the kids di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
.
Saya sendiri sudah biasa dan banyak kali memanjat bukit-bukit di kawasan ini. Anak-anak juga ada 2-3 kali ikut bersama. Tetapi inilah kali pertama isteri ikut memanjat bukit yang agak tinggi di sini, sebelum itu setakat bukit rendah di sebelah rumah kami.
Kalau tak salah kali terakhir kami ada memanjat bukit tinggi bersama adalah 7 tahun lalu. Lihat artikel lama Dari Central Market ke Bukit Broga. Selain daripada itu kami ada bersama naik tempat tinggi malah gunung ganang dengat menaiki kereta. Ini termasuk Gunung Jerai di Kedah dan Gunung Brinchang di Cameron Highlands, Pahang.
Tengah hari pula kami bergegas ke Puncak Alam di Shah Alam untuk satu majlis.
Ada pengijazahan untuk satu persilatan berasaskan permainan pedang. Guru utamanya adalah seorang kawan yang kini sama-sama menyambung pengajian di ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran Islan dan Dunia Melayu. Rujuk artikel Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia yang ditulis sebulan setengah lalu.
Dari Puncak Alam didapati ada jalan dalam menuju ke pekan Jeram di pantai barat Selangor. Kami pun menuju ke sana,
Selepas pergi ke kawasan pantai kami melaluji tepian Bukit Jeram.
Selepas itu pergi ke Kuala Selangor.
Ketika duduk menyewa rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang 2008 hingga awal 2014 boleh kata setiap bulan kami akan bertandang ke sana sekurang-kurangnya sekali setiap bulan. Ini disebabkan kedudukannya cuma 30 km dari rumah...
Kedudukan dari rumah sekarang di Sungai Buaya dah jauh dua kali ganda. Jarak dan kedudukan di luar laluan kebiasaan kami ke mana-mana menyebabkan sudah bertahun juga kami tidak ke Kuala Selangor. Majlis persilatan di Puncak Alam menjadi alasan kami untuk bertandang sejak sekian lama. Lalu kami pun mengambil kesempatan singgah di Pasir Penambang, seberang Sungai Selangor dari pekan Kuala Selangor.
Di situ ada satu tanah perkuburan lama Islam yang ada batu nesan Aceh.
Di sekitar itu juga kami melihat pemandangan Sungai Selangor datipada beberapa sudut. Rujuk artikel Selangor river from the firefly jetty at Pasir Penambang diikuti Selangor river from a downriver part of Pasir Penambang.
Selepas itu baru berjalan-jalan di pekan Kuala Selangor. Untuk melengkapkan gerak penulisan artikel ini elok diletakkan pautan-pautan untuk beberapa artikel lama yang berkenaan, artikel-artikel yang timbul akibat lawatan ke sini dan beberapa kawasan persekitaran. Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,710 di blogspot ini.
2. Meriam kuning di Bukit Melawati dan kuala sebenar Kuala Selangor
3. Apa ada di Bukit Belimbing?
4. Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak?
5. Makam-makam di Jugra dan apa yang ada di sekitar Jeram
6. Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung
7. Mencari Bukit Raja di Kuala Selangor... singgah juga di Bukit Talang, Kampung Permatang dan beberapa tempat
8. Mimpi pelik Kuala Selangor...
9. Pantai berdekatan Pulau Angsa
10. Baru betul-betul melihat Bukit Melawati...
11. Pembongkaran yang bakal menggegarkan dua keSultanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan