Rabu, Jun 18, 2008

Kembara Negeri Sembilan 18 Mei... Akan disambung tak lama nanti?

Peta sekitar daerah Jelebu ke Seremban sebagai hiasan.


Di sini, biar dikumpulkan link-link cerita untuk kembara ke Negeri Sembilan yang dibuat Ahad 18 Mei lalu. Lagipun siri cerita ini adalah pertama kali saya ada menggunakan klip-klip video dengan ulasan sendiri untuk menyampaikan cerita. Insyaallah pengembaraan Negeri Sembilan ini akan disambung tidak lama lagi...

Jika perjalanan 18 Mei lalu boleh disamakan dengan perjalanan separuh bulatan daripada Ampang ke Hulu Langat (dua-dua dalam negeri Selangor) sebelum masuk Negeri Sembilan melalui Jelebu lalu ke Kuala Klawang... Kemudian baru ke Seremban seterusnya ke Rembau dan ke Astana tempat bersemadinya Raja Melewar... Maka perjalanan akan datang nanti diharap dapat melengkapkan bulatan ini!

Perjalanan akan datang nanti insyaallah akan bermula pagi dari sekitar makam Raja Melewar sebelum masuk ke Pengkalan Kempas seterusnya Tanjung Tuan kemudian naik ke Port Dickson lalu ke Kota Lukut yang mungkin menjadi destinasi penutup siri kembara ke Negeri Sembilan... Kemudian kembali Kuala Lumpur. Selepas itu barulah boleh dikeluarkan ceritanya ya...

Oh... Penerangan tentang kembara awal pada 18 Mei lalu dimulakan dengan artikel Mukadimah journo kembara Negeri Sembilan yang akan datang... yang ditulis keesokannya harinya. Maka yang dimaksudkan "akan datang" pada tajuk itu adalah proses penceritaan kemudiannya. Harap maklum!

Apapun klik pada mana-mana link yang diberikan untuk melihat klip-klip video ulasan yang dibuat. Nak cantik lagi, ikutlah turutan yang diberi. Sila! :]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan