Rabu, Jun 08, 2022

Dari ISTAC ke PBAKL 2022

Salam awal pagi Rabu 8 Zulkaedah 1443 Hijriah. Adapun cerita kali ini sepatutnya sudah dipersembahkan selewatnya Ahad lalu. Tetapi mood penulisan saya terganggu akibat komputer riba rosak lalu harus dihantar ke kedai untuk diperbaiki. Petang semalam pula baru mendapat tahu perlukan masa lagi seminggu sedangkan komputer sudah dihantar seminggu sebelum itu. Nak tak nak kena pinjam komputer riba isteri bagi melepaskan cerita. Ini dia...



Tengah hari Jumaat 3 Jun 2022. Saya pergi ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) buat pertama kali selepas bulan puasa.



Kali terakhir ke sana adalah pada Jumaat lima minggu sebelum itu. Lihat artikel Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya yang ditulis pada malam raya.



Kali ini saya pergi atas asbab malam sebelumnya iaitu  malam Jumaat harus membuat rehearsal dan set-up bagi satu webinar yang akan dipancarkan dari Kelana Jaya. Lihat artikel Webinar logam berharga pada pagi Ahad 12 Jun 2022 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Disebabkan kerja-kerja berkenaan di Kelana Jaya memakan masa sehingga lewat malam saya pun menumpang tidur di rumah kawan di Hartamas. Dari situ sudah tidak jauh ke ISTAC. Maka pergilah ke sana untuk menikmati suasana keilmuan sebelum menunaikan solat Jumaat...








Kebetulan Jumaat 3 Jun itu juga bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun 2022. Petang itu saya pun bergerak ke lokasi acara iaitu WTCKL (World Trade Centre Kuala Lumpur), dahulunya dikenali sebagai PWTC (Putra World Trade Centre).





Seronok sungguh rasa dapat melihat segala macam gerai dan buku...







Untuk pengetahuan, seperti halnya balik kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada dua tahun sebelum ini, Pesta Buku bagi tahun 2020 dan 2021 juga tidak dapat diadakan disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19.







Maka ada suatu macam rasa istimewa dapat hadir setelah dua tahun pesta tertunda...







Seingat saya sejak lebih 15 tahun kebelakangan tidak pernah terlepas PBAKL. Artikel-artikel lama berikut harus menunjukkan bagaimana acara tahunan ini begitu bermakna buat saya :-








(2016)





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan