Khamis, Jun 09, 2022

Satu hari yang tenang di Janda Baik

Salam pagi Khamis 9 Zulkaedah 1443 Hijriah. Meneruskan gerak penulisan dengan bersambung daripada artikel Dari ISTAC ke PBAKL 2022.



Esoknya jam 2.15 petang Sabtu 4 Jun 2022 saya membawa isteri dan anak kecil kami Johan menyusuri jalan lama dari Gombak ke Bentong.




Sebetulnya kami sudah keluar dari rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang pada jam 12 tengah hari. Tetapi kesesakan lalu lintas yang luar biasa menyebabkan saya membuat keputusan untuk mengelak Lebuh Raya Karak dengan mengambil jalan lama, itupun selepas jam 3 baru sampai ke destinasi iaitu Janda Baik, Pahang. 



Dalam keadaan biasa, Janda Baik yang terletak 80 km dari rumah boleh dicapai dalam tempoh masa 1 jam 15 minit atau kurang. Kali ini lebih 3 jam.



Apapun sampai juga kami untuk memenuhi janji membawa anak lebih besar, Rasyid yang sedang menuntut di tahfiz sana ke luar berjalan-jalan...















Picnic dan mandi sungai di satu bahagian yang seingat saya belum pernah membawa keluarga, setakat ada lalu di tepian...






Tentang betapa istimewanya Janda Baik buat saya juga kami sekeluarga sudah banyak kali diceritakan di blogspot ini.  Tetapi baru kini tergerak untuk bergambar bersama bapa angkat, penulis buku politik terkenal, Syed Hussein Al-Attas @ S.H. Alattas @ Pak Habib. Sebetulnya seperti biasa apabila ke Janda Baik kami akan singgah di rumah rehat beliau di mana saya pernah menumpang duduk tahun 2002-2005. Cuma kali ini kebetulan saya ada membawa sejumlah buku-13 saya "Kenangan Kembara Solo Hitchiking Eropah tahun 1995" yang terbit tahun 2019 lalu isteri bertanya jika pernah menghadiahkan kepada Pak Habib. Jawab saya tidak lalu dihadiahkan senaskah. Terus isteri mengajak mengambil gambar. 





Selepas itu kami pun berjalan-jalan di kawasan rumah beliau yang meliputi kawasan seluas 8 ekar...






Entah berapa banyak artikel telah ditulis tentang tempat ini dan Janda Baik. Sekadar berkongsikan sejumlah :-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan