Keluar dahulu daripada cerita perjalanan Kalimantan namun tetap ada kena mengena.
Ini adalah poster bagi edisi terbaru Syarahan Madani Abad ke-21, syarahan ke-5 dalam siri. Sejak dimulakan lebih 4 bulan lalu malah sejak syarahan bersiri Madani itu sendiri mula diadakan Mei 2025 (yang sekarang adalah siri kedua sebenarnya) di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak saya berusaha untuk hadir secara fizikal lalu menulis tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-
Siri pertama
Siri kedua (setakat ini)
Cuma edisi kali ini berlangsung ketika saya masih lagi dalam pengembaraan di Kalimantan. Rujuk artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian yang dipersembahkan baru ini. Ketika itu, 21 Oktober 2026, hari dan malam ke-13 perjalanan, saya dan isteri sedang menunggu masa untuk bergerak ke terminal bas antarabangsa Pontianak, untuk menaiki bas malam ke Kuching, Sarawak. Tiba-tiba baru teringat adanya syarahan di UIAM lalu membuka siaran langsung melalui Youtube. Ketika itu sudah masuk sesi soal jawab.
Semalam petang Selasa 27 Oktober, setelah sehari kembali ke rumah baru berkesempatan menonton rakaman siaran langsung dari awal. Antara isu yang diangkat adalah bagaimana negara Madani contoh iaitu kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW memelihara hubungan antara manusia dan Tuhan, menganjurkan dialog antara agama khasnya dengan ahli kitab, ada perlembagaan bertulis (berupa Piagam Madinah), ada pandangan semesta (worldview) melalui rukun Islam, rukun Iman dan makna Ihsan. Di sini tak perlulah diulas sangat. Boleh ikuti sendiri keseluruhan majlis melalui video bawah.
Di sini, saya juga ingin mengambil peluang untuk menyertakan sekali video rakaman bagi edisi ke-47 "Merah Silu Live" melalui Tiktok yang diadakan malam semalam. Sebelum ini edisi ke-46 telah disertakan dalam Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian. Lihat bawah...
Edisi ke-47 ini sepatutnya diadakan seminggu lalu. Tetapi ketika itu saya dan isteri masih dalam perjalanan, sedang berada di sekitar makam Daeng Menambon di Mempawah. Perjalanan-perjalanan lama dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diliputi adalah seperti berikut :-
92. Pulau Tawar dan Taman Negara Jun 2014 - lebih 600 km. Lihat Perjalanan ke Pahang atas jaringan persaudaraan ilmu kebatinan Mat Kilau.
93. Persekitaran Ledang Jul 2014 - lebih 630 km . Lihat Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.
94. Misi kenangan masjid Jul 2014 - lebih 550 km. Lihat Misi kenangan masjid di Muar Jul 2014.
95. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014 - 1,363 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.
96. Borobudur Sept 2014 - 390 km. Lihat Perjalanan tak disangka ke Borobudur - Menyiasat dakwaan ia adalah tinggalan Nabi Sulaiman AS.
97. Beting Beras Basah Okt 2014 - lebih 370 km. Lihat Beting Beras Basah selepas 4 tahun - menyahut panggilan Tok Putih dan Tasik Pauh Janggi.
98. Road trip Batu Pahat-Pontian Okt-Nov 2014 - lebih 800 km. Lihat Road trip kahwin kawan lama ke Batu Pahat dan Pontian.
Sekarang bolehlah diberikan tumpuan pada satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang akan bermula kurang 20 minit lagi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan