OK. Masih lagi melibatkan majlis ilmu tetapi lebih pada hal buku.
Semalam petang Ahad 1 Disember 2023 saya pergi ke Pesta Buku Selangor 2024 atau nama rasminya Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam.
Seingat saya itulah kali pertama ke Setia Alam yang terletak sedikit ke utara antara bandar raya Shah Alam dengan bandar raya Klang.
Itulah kali pertama Pesta Buku Selangor diadakan di situ. Pesta tahunan yang kali ini diadakan 27 November hingga 3 Disember (esok) ini sudah berlangsung sejak lebih dua dekad.
Tahun lalu ia diadakan di Pusat Konvensyen MBSA (Majlis Bandar raya Shah Alam) ke timur bandar raya. Begitu juga pada 2022. Lihat artikel Celoteh tentang aktiviti 9 hari kebelakangan dan signifikan nombor 13 diikuti Membawa aspirasi Laksamana ke Pesta Buku Selangor 2023.
Dalam tempoh beberapa tahun sebelum itu ia diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam di tengah bandar raya. Lihat artikel-artikel berikut :-
Saya telah menghadiri Pesta Buku Selangor selewatnya pada tahun 2010. Ketika itu ia masih diadakan di Kompleks PKNS, sebelum berdirinya Pusat Konvensyen Shah Alam di sebelahnya.
Didapati begitu banyak perkembangan pesat telah berlaku sejak dialihkan ke pusat konvensyen bermula tahun 2015 itu. Ketika itulah mula direkodkan di CATATAN SI MERAH SILU.
Dalam artikel Membawa aspirasi Laksamana ke Pesta Buku Selangor 2023 ada dinyatakan bahawa kelihatan ia sudah hampir menyaingi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang biasa diadakan di PWTC (Putra World Trade Centre), sekarang dikenali sebagai World Trade Centre. Tentang kepesatan Pesta Buku KL yang sudah lebih empat dekad diadakan itu sedia diakui ramai. Memang ia adalah pesta buku berskala besar pertama di Malaysia dan diakui tersohor sejak awal. Lihat artikel-artikel berikut :-
16. Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus
Pesta Buku Selangor pula kelihatan agak 'kekampungan' semasa di Kompleks PKNS dahulu. Hmm. Bila difikirkan rasa macam pernah hadir seawal tahun 90an. Cuma tidak begitu memorable ketika itu. Apapun, bila dialih ke Pusat Konvesyen Shah Alam tahun 2015 baru kelihatan profesyional. Bila di Pusat Konvensyen MBSA tahun 2022 yang mana kalau tak salah ia mula mendapat nama rasmi Pesta Buku Antarabangsa Selangor kelihatan sudah melangkah jauh lebih maju. Kini saya menyatakan, ia kelihatan sudah menyaingi Pesta Buku KL. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,588 di CATATAN SI MERAH SILU.