Salam petang Selasa 10 Muharram 1446. Lari sebentar daripada cerita-cerita Perak untuk berkongsi cerita aktiviti hari ini, Hari Asyura.
Awal pagi tadi, selepas bersahur untuk puasa sunat Hari Asyura saya bergerak ke masjid Kampung Sungai Chinchin lalu bersolat Subuh kemudian beriktikaf buat sejam dua.
Masjid dipilih kerana kedudukannya sudah dekat dengan kampus utama UIA (Universiti Islam Malaysia) di Gombak.
Setelah berapa lama, setelah disahkan mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Malay World Studies (Pengajian Dunia Melayu) daripada ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada 13 Oktober 2023 lalu pergi konvokesyen di UIA (Universiti Islam Malaysia yang menaungi ISTAC) pada 26 November (lihat Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53) baru hari ini mengambil skrol atau salinan rasmi ijazah. Ini kerana setelah beberapa lama baru ada cukup rezeki untuk membayar baki hutang pengajian yang tertunggak.
Selepas itu bergegas ke kampus ISTAC di Bukit Tunku untuk majlis ilmu.
Ia adalah tentang dua watak penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi yang namanya terpampang pada poster. Mereka dilihat menjadi contoh tokoh keamanan dalam menyatakan penentangan terhadap kezaliman tanpa menggunakan kekerasan, seorang di Senegal, Afrika yang sedang dijajah Peranchis, seorang di India yang sedang dijajah Inggeris. Hmm. Tak jumpa pula video rakaman sedangkan saya malas hendak mengulas panjang.
Petang pula ada majlis ilmu melibatkan buku.
Poster ini harus cukup menerangkan. Dan lagi rakamannya boleh dilihat di sini.
Saya cuma ingin menambah. Ini adalah permulaan kembali pada siri diskusi buku sebulan sekali yang telah dimulakan awal tahun 2019 tetapi diberhentikan semenjak berlakunya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19 awal tahun 2020. Lihat artikel-artikel lama berikut :-
Oh. Apa yang diceritakan dalam artikel pertama daripada kumpulan tadi iaitu Majlis 3 dalam 1 pelancaran buku, unit perbandingan agama dan diskusi buku - Penetapan arah baru ISTAC? sangat kena mengena dengan majlis ilmu pagi hari kerana buku yang dibincangkan adalah tentang tokoh keamanan berkenaan dari Afrika.
Adapun ada dinyatakan dalam artikel Dari majlis Takrim/Alumni Homecoming ISTAC ke Books Kinokuniya yang ditulis hampir 3 minggu lalu bahawa buku terbaru merangkap buku ke-15 saya mahu didiskusikan atau dibincangkan, diwacanakan di ISTAC pada satu tarikh yang akan diumumkan. Lihat artikel-artikel berikut tentang buku :-
1. Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024
2. Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man"
3. Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man"
4. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL
5. Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus
6. Salah ke kajian saya diakui seorang pemikir tersohor Melayu?
Sekarang biar diberitahu. Baru dipersetujui tadi bahawa ini akan dilakukan di bawah edisi kedua siri baru diskusi buku. Insyaallah dalam tempoh sebulan daripada sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan