Selasa, Mei 28, 2024

Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024

Merujuk pada artikel Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024 yang dipersembahkan jam 12:12 tengah hari tadi di RnR Sungai Buloh, setelah keluar dari rumah sejak Ahad malam Isnin untuk melakukan beberapa urusan. Selepas jam 2.30 petang tadi baru sampai kembali ke rumah. Walaupun kepenatan amat layan lagi majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), kali ini secara atas talian. Kalau tidak ada benda perlu dilakukan di Rawang tentu saya akan hadir secara fizikal di ISTAC tadi.

Majlis ilmu menarik tentang cabaran pemikiran umat Islam dalam menangani realiti sosiopolitik dunia sekarang di mana kita serba serbi ketinggalan itu boleh dilihat melalui video di sini. Alhamdulillah ada satu butiran menarik dibangkitkan semasa sesi soal jawab yang terasa boleh menambah lagi nilai tesis PhD yang sedang diusahakan (walaupun cadangnya bulan Ogos baru hendak mendaftar). Sekarang biar disambung penceritaan hasil lawatan saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Isnin 27 Mei 2024 semalam.



Sudah disebut dalam Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024 bahawa saya datang membawa buku baru yang baru sahaja sampai ke tangan penerbit dari kilang cetak pagi Isnin. Ini kerana mahu meletakkan sendiri di reruai Taman Pustaka milik kawan walaupun tahu penerbit akan meletakkan ke banyak lagi reruai.



Di Taman Pustaka ini masih ada lagi beberapa tajuk buku saya termasuk "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai", buku ke-14 saya yang terbit 13 Mei tahun lalu. Rujuk artikel-artikel berikut :-





Turut ada buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Hitchhike Eropah Tahun 1995" yang terbit tahun 2018, buku ke-2 dan ke-3 saya (dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh") yang terbit tahun 2006 dan 2007 juga buku ke-7, "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah" yang terbit 2011.




Nah. Buku terbaru saya merangkap buku ke-15, "Adam (a.s.) and the Origin of Man : Reconciling the Conflict Between Religious and Scientific Narratives" yang merupakan penambahbaikan daripada tesis berbahasa Inggeris saya di ISTAC. Rujuk 'asal-usulnya' melalui artikel-artikel berikut. Ia sebenarnya bermula melalui satu percubaan kira-kira matematik yang dibuat tahun 2013 :-





Di ruangan yang kelihatan inilah akan dibuat diskusi buku terbaru saya itu, pada hari Sabtu 1 Jun jam 2 petang insyaallah.




Menariknya kedudukan ruang diskusi yang dikendalikan oleh Akademi Jawi yang menyewa serangkaian reruai bersama Taman Pustaka itu terletak menghadap Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Untuk pengetahuan saya selalu berurusan dengan PNM untuk menerbitkan buku juga membuat kajian bahan.




Kedudukan reruai dalam floor plan di aras 3 bangunan. Jumpa kita di sana jam 2 petang Sabtu akan datang ya. Oh. Gambar ini sebenarnya diperolehi 3 minggu sebelum pesta buku.




Tak cukup itu saya juga akan membuat satu lagi sesi diskusi di reruai lain iaitu Everbest Media.




Yang ini terjadi atas saranan penerbit buku Crescent News KL.




Syarikat ini sendiri tidak pernah mengadakan acara sebegitu rupa. Tetapi atas saranan Crescent mereka terus menerima apabila saya berhubung dengan pemilik syarikat.




Mereka adalah antara syarikat paling awal menerima buku baru saya...







Menariknya adalah kedudukan yang sangat dekat dengan pentas utama PBAKL di Aras 2.




Ruang yang akan digunakan jam 3.30 petang, selepas selesai diskusi di reruai Taman Pustaka/Akademi Jawi di Aras 3.




Pentas utama. Nak pakai ini perlukan bajet lebih dan kena cepat booking slot.




Kalau buku sempat keluar lebih awal paling kurang boleh mendapatkan slot dengan Popular Books yang menyewa kawasan luas dalam Dewan Merdeka sebelah pentas belah sana melalui Crescent News. Apapun saya dah amat bersyukur kerana dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas buku keluar pada pagi Isnin 27 Mei yang merupakan hari ke-4 PBAKL 2024 (berlangsung sehingga Ahad 2 Jun) dapat juga mendapatkan ruang bagi membuat diskusi buku, bukan di satu tempat malah dua, pada hari yang sama Sabtu 1 Jun yang merupakan hari kedua terakhir acara.




Kedudukan reruai Everbest Media berbanding pentas utama. Yang ni dibuat sendiri menggunakan paparan pihak lain yang diubah suai.   Timing amat penting kerana saya juga sibuk dengan pelbagai perkara selain buku. Petang Jumaat 31 Mei, selepas menghadiri satu lagi majlis ilmu di ISTAC insyaallah akan ke pesta buku lagi sebelum ke Janda Baik. Pagi Sabtu 1 Jun boleh bawa anak keluar bercuti dari ma'ahad tahfiz di sana, buat diskusi buku di PBAKL kemudian harus ke kampung isteri di Tanjung Sepat bersama isteri dan seorang lagi anak kerana ada majlis perkahwinan anak buah. Petang Ahad harus menghantar anak kembali masuk tahfiz.

Jadi jumpa kita di reruai Taman Pustaka/Akademi Jawi jam 2 petang ya. Kalau tak dapat itu jumpa jam 3.30 di reruai Everbest Media. Atau boleh sahaja hadir kedua-duanya sekali. Sesungguhnya ada banyak perkara besar melibatkan martabat keilmuan umat Islam yang dibawa melalui buku baru saya ini. Doakan kejayaan buat saya dan buku. Sesungguhnya setiap buku saya, walaupun ada yang kelihatan seperti asyik bercerita tentang diri sendiri, adalah usaha perjuangan demi memartabatkan ummah, juga bangsa saya sendiri orang Melayu sebagai hardware pembawa ideologi Islam terutama buat akhir zaman. Allahuakbar!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan