Salam. Satu cerita istimewa untuk hari ini 9.9.23.
Adapun pada hari Sabtu ini 9 September 2023 genaplah 17 tahun jenazah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dibawa kembali ke Perak dari Singapura setelah disemadikan di sana sejak tahun 1904. Lebih 102 tahun jenazah berada di perantauan sebelum dikembalikan dengan kapal perang TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) bernama KD Laksamana Muhammad Amin. Ketika hidup dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877 kerana dikatakan terlibat dengan pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch pada 2 November 1875. Kemudian dipindahkan ke Singapura 1895. Tetapi masih lagi dalam keadaan pergerakan dihadkan dan sentiasa diperhatikan penjajah.
Alhamdulillah. Saya berkesempatan hadir ketika jenazah atau tinggalan jasad dikebumikan kembali di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ini ada diceritakan dalam artikel lama Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan... diikuti Laksamana kembali ke Perak. Cuma ketika itu sedikit sahaja yang saya tahu tentang almarhum walaupun merupakan keturunan generasi ke-5 beliau. Saya fikir beliau meninggal dunia pada tahun 1908 kerana itulah yang dilaporkan akhbar.
Ini disebabkan begitulah yang tertera pada papan maklumat di sebelah makam. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Pertengahan tahun lalu, iaitu kurang 2 tahun lalu baru tahu almarhum sebenarnya meninggal dunia pada tahun 1904.
Ini disebabkan penglibatan dalam kes mahkamah yang masih berjalan tentang pampasan terhadap hartanah Laksamana Muhammad Amin di Mekah.
Sebagai seorang pengkaji sejarah saya telah diminta saudara mara untuk mencari bahan bukti bagi menyokong hak keturunan belah kami mendapatkan bahagian pampasan. Lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama.
Disebabkan itulah dapat mengumpulkan begitu banyak maklumat sehingga dapat menerbitkan buku terbaru saya, buku ke-14, atau saya lebih suka sebut 13+1 tentang Laksamana. Juga tentang anaknya yang dikenali sebagai Orang Kaya Arshad, datuk kepada datuk saya. Lihat Penat lelah menjayakan buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad.
Namun dilihat nama Laksamana Muhammad Amin masih kurang dikenali walaupun almarhum sebenarnya adalah seorang tokoh besar di Perak malah boleh dikatakan tokoh besar Tanah Melayu dalam melawan penjajah. Dengan itu usaha harus terus dilakukan untuk membuat beliau lebih dikenali umum. Antaranya adalah melalui rencana dalam suratkhabar. Lihat Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dalam Berita Harian.
Kalau ikut rancangan sepatutnya pada tarikh 9 September 2023 mahu dibuat seminar melibatkan kisah almarhum, di suatu tempat di Perak. Namun ia ditunda ke suatu tarikh yang belum dapat ditentukan. Saya pula merasa amat rugi dah terkilan jika tidak dilakukan sesuatu pada tarikh istimewa ini apa lagi mood peralihan antara Hari Kemerdekaan 31 Ogos membawa ke Hari Malaysia 16 Oktober sedang kuat membara.
Maka itulah dibuat artikel ini. Insyallah petang jam 2.30 akan diadakan satu Webinar ringkas melalui Zoom yang diaturkan sendiri dengan bantuan isteri. Saya sudah uji bagaimana hendak melaksanakannya. Sila klik link bawah untuk menyertai :
Topic: Webinar Impromptu Laksamana Muhammad Amin
https://us05web.zoom.us/j/82955036528?pwd=jfwbY9RO84UzRjwLSdNfTxnwajTIz4.1
Meeting ID: 829 5503 6528
Passcode: jDgD6T
Zoom yang digunakan ini adalah yang percuma. Oleh itu ada had masa 40 minit bagi setiap meeting atau pertemuan. Maka itu dibuka lagi satu room khas untuk soal jawab. Yang ini bermula jam 3.15 petang iaitu sekitar 5 minit selepas selesai pembentangan. Sila klik link bawah untuk menyertai :
Topic: Soal Jawab Webinar Impromptu Laksamana
https://us05web.zoom.us/j/83673946785?pwd=Ol0PZFVy7InCjaSOrsoJPZ0YCDeVvZ.1
Meeting ID: 836 7394 6785
Passcode: x4wCVP
Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin bertemu dengan orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantulah saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 2 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan dalam tanah. Tetapi suatu hari semasa melayari internet saya terjumpa jawatan Illuminati Lord Felix Morgan yang hebat dan ia mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang Illuminati yang hebat anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan menerangkan segala-galanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam Tata Dunia Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas inisiasi, ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai, jadi cuba Lord Morgan. Ia adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau di WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com
BalasPadam