Selasa, Ogos 29, 2023

Asbab pertanyaan ibu - Dari Kota Sufi ke majlis di Hang Tuah Centre

Salam semua. Pada awal artikel Aktiviti antara perjalanan Perak 6-9 Ogos hingga ke Muar 26 Ogos yang dipersembahkan awal pagi Isnin 28 Ogos 2023 ada dinyatakan saya dan keluarga sedang berada di rumah ibu bapa di Muar. Sampai Sabtu lewat malam Ahad 26 Ogos setelah membuat sejumlah aktiviti dalam perjalanan dari rumah sendiri petang Jumaat 25 Ogos. Setelah mempersembahkan artikel tersebut diikuti Sedikit kajian di Perpustakaan Negara 15-16 Ogos sekitar waktu Zohor baru terasa sesuai untuk berkongsi cerita apa yang berlaku dalam perjalanan hingga ke Muar.


Dalam artikel Aktiviti antara perjalanan Perak 6-9 Ogos hingga ke Muar 26 Ogos ada ditunjukkan gambar atas. Dinyatakan bahawa pada hari Ahad malam Isnin 13 Ogos saya dan keluarga ke Bandar Saujana Putra untuk menghadiahkan senaskah buku Laksamana Raja Mahkota kepada sheikh tariqat yang dikenali sebagai Walid Ibrahim. Ketika itulah Walid memberitahu pihak beliau sedang bersedia untuk menganjurkan satu acara besar hari Jumaat malam Sabtu 25 Ogos. Sekarang biarlah diberitahu acara dipanggil Kota Sufi dan ia sebenarnya berlanjutan sehingga hari Ahad malam Isnin 27 Ogos.

Kebetulan sekitar seminggu sebelum itu saya ada menelefon ibu bapa di Muar untuk bertanyakan khabar. Ibu pun bertanya bila hendak balik kampung? Kali terakhir balik adalah ketika cuti Hari Raya Haji Aidil Adha penghujung bulan Jun iaitu 2 bulan lalu. Ini ada dinyatakan dalam artikel Ringkasan aktiviti dan perjalanan Jun-Julai 2023. Isteri yang berada di sebelah terus menjawab kami balik cuti sekolah nanti. Ketika itu saya pun tak tahu bila cuti sekolah akan bermula. Isteri kemudian menyemak kalendar. Cuti bermula Sabtu 26 Ogos lalu berlanjutan sehingga Ahad minggu seterusnya. Kebetulan juga isteri perlu berkursus 25-26 Ogos di Port Dickson. Maka dirancanglah bahawa apabila tamat kursus saya boleh mengambilnya kemudian terus balik kampung.

Apabila Walid memberitahu ada acara Kota Sufi malam 25 Ogos di Masjid Sri Sendayan yang terletak sebelum Port Dickson dirancang pula agar pergi ke situ dahulu bersama  anak. Boleh bermalam di masjid lalu mengikuti acara sehingga keesokan hari 26 Ogos lalu ke PD. Kebetulan lagi, di Melaka ada satu acara yang dianjurkan kawan kami 26-27 Ogos. Dari PD boleh singgah sana kemudian baru ke rumah ibu bapa di Muar. Ah. Cantik tersusun nampaknya perkara.


Petang Jumaat selepas anak habis sekolah agama baru bersiap untuk ke majlis. Pagi itu telah terlebih dahulu menghantar isteri ke rumah rakan sepejabatnya dekat Elmina di mana mereka dan seorang lagi rakan sepejabat kemudian bergerak dengan satu kereta ke  PD. Namun didapati kesesakan jalan raya dari Kuala Lumpur ke selatan agak luar biasa petang itu. Saya dan anak sampai ke Masjid Sri Sendayan sekitar jam 9 malam.


Niat saya memang hendak beriktikaf di Masjid Sri Sendayan. Tetapi pihak masjid tidak membenarkan sesiapa pun menginap. Sebaliknya ada 2 masjid berdekatan telah disediakan bagi peserta Kota Sufi. Kami pergi ke yang terdekat antara 2 itu. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Felda Sendayan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Esoknya Ahad 26 Ogos, selepas menunaikan solat Subuh baru kembali ke Kota Sufi.




Sungguh sesuai masjid ini kerana ada reka bentuk binaan dan hiasan dalaman teliti dan terperinci yang memberikan rasa seperti berada di Masjid Nabawi. Kami mengikut majlis sehingga jam 10.30 pagi. Lihat artikel Majlis Kota Sufi di Masjid Sri Sendayan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
 



Kami harus mula bergerak ke arah PD apa lagi anak sudah jemu. Sambil itu saya mencari perpustakaan-perpustaakan awam untuk membuat sumbangan buku. Tentang aktiviti yang telah dimulakan sekitar 3-4 bulan lalu ini lihat perkongsian dalam artikel Antara perpustakaan dan mahkamah - Menyumbang buku dari Ipoh ke hulu Bidor diikuti Antara perpustakaan dan mahkamah : Melengkapkan sumbangan di Besout dan Slim.



Kami keluar ketika hujan baru hendak turun. Tidak lama kemudian terus lebat. Sehingga perlu meredah banjir kilat di suatu tempat.




Setelah isteri tamat kurus pergi pula ke pantai di hadapan tempat kursus. Lihat artikel The beach of Bagan Pinang  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas itu pergi ke satu pantai kecil ada jambatan ke sebuah pulau. Lihat artikel On to Pulau Burung diikuti The beach called Pantai Cahaya Negeri.




Selepas bermandi manda bersama anak lebih sejam di Teluk Kemang kami ke Kuala Linggi untuk ke satu kedai makan yang ada hidangan istimewa telur belangkas. Berbalik pada hal mencari perpustakaan-perpustakaan awam untuk dibuat sumbangan buku. Pengalaman sejak beberapa lama menunjukkan ada kala perpustakaan yang ditanda dalam Google Map sebenarnya tidak wujud,mungkin akibat orang tersilap menanda lokasi. Ada kala pula perpustakaan memang ada tetapi sudah lama tidak beroperasi. 




Dalam perjalanan kali ini didapati ada satu perpustakaan ditanda di Bagan Pinang tidak wujud, begitu juga halnya  di Kuala Linggi. Tetapi yang Kuala Linggi itu nampaknya ada hikmah tertentu. Disebabkan sanggup terus mencari menurut arahan yang diberikan Google Map terjumpa satu makam yang amat terserlah atas bukit. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Syed Abdul Rahman.




Disebabkan masih terus mahu mencari perpustakaan-perpustakaan yang boleh dibuat sumbangan buku akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir sebelum balik kampung iaitu Hang Tuah Centre jam 6.45 petang.




Menariknya kami sampai ketika tetamu utama iaitu Maula Muhammad Amin yang merupakan seorang Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW daripada belah Saidina Hassan yang merajai negara Maghribi ataupun Morocco sedang menunggang kuda ke arah pintu keluar.




Kami mengikut majlis sehingga Maulidur Rasul waktu malam. Dekat jam 10 baru beredar untuk ke Muar. Lihat Majlis ulamak dan pendekar di Hang Tuah Centre 26-27 Ogos.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan