Salam pagi Jumaat. Hari ini harus hari terakhir tahun 1435 Hijrah. Esok insyaallah kita akan menyambut tahun baru mengikut perkiraan Islam, Maka sampai masa untuk memberikan kata putus tentang persoalan yang bermain dalam fikiran agak ramai orang. Benarkah Candi Borobudur yang terkenal itu adalah peninggalan Nabi Sulaiman seperti didakwa penulis Indonesia, KH Fahmi Basya? Bersambung dari Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Sejauh mana ia terkait dengan Hajar Aswad?
Selama ini saya setakat menceritakan apa yang berlaku dalam perjalanan tak disangka ke Jogjakarta 26-28 September 2014 tanpa memberikan komen ataupun ulasan. Yang direkodkan cuma apa yang berlaku, apa disebut penulis, Pak Fahmi yang juga dipanggil Pak Kiyai dan sedikit yang terbit dalan fikiran tanpa mempersoalkan hujah beliau dan dakwaan. Dengan itu muncullah artikel-artikel berikut :-
3. Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Iskandar Zulkarnain, Ratu Balqis dan Nabi Daud
4. Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis?
4. Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis?
Menggunakan sejumlah gambar pada artikel-artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH juga dari artikel ke-3 dan ke-4 sekarang biar dikemukakan komen dan ulasan.
Selain mendakwa Borobudur adalah tinggalan Nabi Sulaiman, Fahmi mendakwa beberapa perkara tentang candi yang selama ini disebut pengkaji sebagai tinggalan agama Buddha dari zaman pemerintahan raja-raja Dinasti Sailendra di Pulau Jawa abad ke-8 hinga ke-9 Masihi. Biar disenaraikan begini :-
1. Candi Borobudur memiliki bentuk aturan pembuatan juga letak duduk patung-patung dan sebagainya yang kelihatan memakai ilmu daripada Al-Quran.
2. Bahagian atasnya, 3 lingkaran di mana terdiri sejumlah stupa (ada 72 kesemuanya), disebut sebagai arupadhatu (mewakili alam tanpa rupa) adalah arasy (ditafsir Fahmi sebagai bangunan, tak semestinya singgahsana) milik Ratu Balqis yang dialihkan dalam sekelip mata oleh seorang yang pandai ilmu kitab ke hadapan Nabi Sulaiman... dari tinggalan bangunan purba yang dipanggil Keraton (istana) Ratu Boko, sekitar 36 km ke tenggara Borobudur. Lalu Ratu Boko itu dikatakan tidak lain tidak bukan adalah Ratu Balqis.
3, Binaan ke bawah lingkaran termasuk 5 tingkat atau aras penuh dengan relif atau tamatsil (Fahmi kata ia bukan ukiran), dikenali sebagai rupadhatu (mewakili alam rupa) didirikan oleh para jin atas arahan Nabi Sulaiman. Lalu dengan bangganya beliau mendakwa inilah satu-satunya bangunan di dunia hasil kerja besar bangsa jin.
4. Katanya relif-relif itu tidak mungkin dibuat oleh manusia. Alasannya bentuk segala rupa yang terdapat pada relif kelihatan seperti dibuat dengan melentur atau melunakkan batu, bukan dipahat.
5. Relif-relif itu 'mencatatkan' kembali isi kitab Zabur yang diterima ayahanda Nabi Sulaiman iaitu Nabi Daud agar dapat ditatap generasi selepas itu hinggalah sekarang.
Ada beberapa perkara lagi disebut beliau tetapi tak perlulah dipanjangkan. Biar kita memberi tumpuan pada 5 perkara ini untuk menentukan sejauh mana dakwaan beliau bahawa Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman adalah benar. Adapun perkara 1 sudah saya terima awal-awal lalu sudah dinyatakan pada artikel Tentang dakwaan Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman. Ini dibuat lebih 2 bulan lalu, sebelum saya pergi ke lokasi untuk meneliti dakwaan lebih mendalam.
Saya dapati, ya, benar. Memang lokasi Borobudur dan duduk letak objek-objek yang ada amatlah istimewa. Sebab itu juga saya membuat artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Sejauh mana ia terkait dengan Hajar Aswad? beberapa hari lalu... untuk menunjukkan memang benar Borobudur boleh disambungkan ke titik tengah Kaabah dengan garisan lurus melalui sudut Hajar Aswad. Tetapi adakah ini bermakna ia tinggalan Nabi Sulaiman? Kenapa pula tidak boleh dibuat oleh orang lain yang mendapat panduan daripada kitab? Untuk ini biar diteliti beberapa relif pilihan...
Saya dapati, ya, benar. Memang lokasi Borobudur dan duduk letak objek-objek yang ada amatlah istimewa. Sebab itu juga saya membuat artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Sejauh mana ia terkait dengan Hajar Aswad? beberapa hari lalu... untuk menunjukkan memang benar Borobudur boleh disambungkan ke titik tengah Kaabah dengan garisan lurus melalui sudut Hajar Aswad. Tetapi adakah ini bermakna ia tinggalan Nabi Sulaiman? Kenapa pula tidak boleh dibuat oleh orang lain yang mendapat panduan daripada kitab? Untuk ini biar diteliti beberapa relif pilihan...
Relif ini menurut pembantu Fahmi menunjukkan manusia burung yang muncul dalam legenda/mitos beberapa peradaban lama seperti Tamadun Maya di Amerika Tengah. Apa yang saya ingat (sila tegur kalau tersilap) beliau menambah ia tidak ada dalam legenda/mitos agama Buddha. Sebetulnya dalam ajaran agama Buddha ini merujuk pada apa yang dipanggil Kinnara. Dalam agama Hindu juga ada makhluk serupa. Klik sini untuk penerangan lanjut. Maka relif ini tidak boleh digunakan untuk menolak pengaruh Buddha terhadap pembinaan Candi Borobudur.
Relif ini pula didakwa menunjukkan Ratu Balqis ketika masuk ke istana Nabi Sulaiman lalu menyangkakan lantai istana yang jernih adalah air. Kelihatan ada logiknya ia digambarkan begini. Tetapi kenapa mesti ada titik di tengah kepala baginda, kenapa rambutnya ada putar-putar seperti itu? Setakat yang ramai tahu ciri-ciri ini biasa digunakan pada patung-patung Buddha. Jawab Fahmi ini tanda sujud. Setahu saya tanda sujud bukanlah titik tetapi lebih pada bekas selebar dua jari pada dahi.
\
Di bawah relif wanita tadi ada relif kapal ini. Fahmi mendakwa ia menunjukkan kapal Nabi Nuh. Orang yang sampai tergantung pada palang itu adalah tamsilan atau pembayang untuk menunjukkan kapal itu sarat. Setahu saya pula relif ini antara lain menunjukkan teknologi kapal yang sudah dimiliki penduduk Alam Melayu zaman Sailendra 8-9 Masihi atau lebih awal.
Pada saya kalau benar ini menunjukkan kapal Nabi Nuh maka harus ada sekali bentuk atau kelibat beberapa ekor binatang. Bukankah kapal atau bahtera Nabi Nuh itu digunakan untuk menyelamatkan baka-baka binatang lalu dinaikkan setiap sejenis binatang sepasang? Bagaimana elemen begitu penting dalam penceritaan tidak digambarkan jika benar ia merujuk kepada bahtera Nabi Nuh?
Pada saya kalau benar ini menunjukkan kapal Nabi Nuh maka harus ada sekali bentuk atau kelibat beberapa ekor binatang. Bukankah kapal atau bahtera Nabi Nuh itu digunakan untuk menyelamatkan baka-baka binatang lalu dinaikkan setiap sejenis binatang sepasang? Bagaimana elemen begitu penting dalam penceritaan tidak digambarkan jika benar ia merujuk kepada bahtera Nabi Nuh?
Sebetulnya saya lihat banyak dakwaan dan tafsiran Fahmi telah menyeleweng melampau. Antara paling melampau adalah apabila menyebut relif ini menunjukkan orang membawa peti Thabut yang diketahui ramai sebagai peti legenda yang diagung-agungkan Bani Israel sebagai alatan suci yang sering membawa kemenangan kepada mereka dalam peperangan, sebelum zaman kejatuhan yang berlaku setelah beberapa lama Nabi Sulaiman mangkat yang mana Peti Thabut dikatakan hilang. Saya tiada masalah jika benar ia menunjukkan Peti Thabut. Yang menjadi masalah adalah tafsiran susulan...
Kata Fahmi relif ini adalah petunjuk Peti Thabut berada di Pulau Jawa. Menggunakan ayat Al-Quran yang menyebut peti itu memberikan Sakinah, ketenangan, ketenteraman, boleh juga disebut kegembiraan, dia menambah apakah peti yang boleh memberikan perasan itu? Apakah yang boleh menggembirakan orang dari malam hingga ke pagi? Dengan itu beliau mengaitkannya dengan wayang. Ini kerana dalam tradisi orang Jawa alatan-alatan wayang kulit disimpan di dalam peti.
"Nah, itulah Peti Thabut," katanya. "Di dalamnya mengandungi wayang. Wayang itu kini tersimpan dalam dada orang Jawa (merujuk pada pengetahuan bercerita/membuat wayang yang ada pada pengamal bentuk seni ini). Peti Thabut yang dicari orang merata itu sebenarnya berada di dalam dada orang Jawa!"
Walhal setahu saya Peti Thabut mengandungi kepingan-kepingan suhuf Nabi Musa atau sebahagian kitab Taurat (yang disebut Barat sebagai 10 hukum yang dikenali sebagai The Ten Commandments). Selain itu katanya terisi saki-baki Manna dan Salwa iaitu makanan dari syurga yang pernah diturunkan kepada kaum Bani Israel suatu masa dahulu...
Saya tidak akan menyentuh semua relif. Bila Peti Thabut itu boleh dipertikaikan maka satu relif yang katanya menunjukkan Nabi Daud menyerahkan kuasa kepada Nabi Sulaiman melalui perlambangan Peti Thabut pada bahagian bawahnya juga boleh dipertikaikan. Maka wajah-wajah yang katanya menunjukkan 2 orang Nabi itu boleh dipertikaikan. Begitu juga satu relif yang katanya menunjukkan Nabi Sulaiman memegang tongkat pendek boleh dipersoalkan.
Biar saya terus menunjukkan relif pada satu tingkat teratas rupadhatu yang katanya menunjukkan sebuah jentera luar biasa besar dan dahsyat binaan Nabi Daud. Fahmi menggunakan satu ayat Al-Quran yang selama ini ditafsirkan sebagai Nabi Daud membuat baju besi. Sebaliknya dia mendakwa ayat tersebut menunjukkan Nabi Daud membuat sebuah jentera raksaksa besi yang dipanggil Saabighaat.
Kata Fahmi jentera tersebut membentuk satu laluan bawah laut di selatan Pulau Jawa yang hingga kini boleh dilihat melalui gambar satelit seperti terdapat pada program Google Earth. Tambahnya, gambar satelit menunjukkan jentera itu selebar 13 km! Sangat luar biasa dakwaan ini.
Semalam saya cuba membuat lakaran ringkas jentera berdasarkan bentuk yang ditunjukkan pada relif. Mengambil kira kedalaman laut sekitar itu yang saya lihat secara purata adalah 8,000- 11,000 kaki dianggarkan jentera adalah setinggi 3 km. Kelihatannya mustahil jentera sebesar itu dapat dibina dan digerakkan. Tetapi tak mengapa le. Kita anggap ia mungkin telah berlaku...
Sekarang kita naik pada lingkaran-lingkaran atas yang dipanggil arupadhatu.
Patung-patung yang ada selama ini disebut pengkaji sebagai melambangkan pelbagai posisi meditasi Buddha. Tetapi Fahmi mendakwa ia menggambarkan para pelayan di syurga.
Kawasan inilah didakwa Fahmi sebagai arasy atau bangunan Ratu Balqis yang dipindahkan dalam sekelip mata ke hadapan Nabi Sulaiman oleh seorang alim yang tahu ilmu kitab. Katanya lingkaran dipindahkan berserta stupa. Patung-patung dibuat atas arahan Nabi Sulaiman kemudian.
Ada 72 stupa di atas 3 lingkaran, semuanya mengandungi patung di dalam kecuali satu. Kata Fahmi yang satu ini kosong kerana di sinilah Nabi Sulaiman duduk memerhatikan tentera jinnya membuat kerja pembinaan sebelum wafat. Baginda wafat tanpa disedari kerana bertongkat. Setelah beberapa lama tongkat tersebut reput dimakan anai-anai lalu patah, baru jasad baginda jatuh. Baru jin-jin tersedar lalu meninggalkan pekerjaan.
Saya tak pasti beliau main-main atau serius mengatakan ini. Kata beliau Nabi Sulaiman dapat masuk ke stupa mungkin dengan gaya plastic man, boleh melembutkan atau melenturkan badan masuk melalui ruang terbuka antara batu yang tak sebesar mana. Fikir saya kalau benar baginda masuk ke dalam, mengapa tidak dengan cara melangkah tembus sahaja masuk? Atau mengapa tidak dengan cara hilang sekelip mata terus muncul di dalam, cara teleportasi seperti ditunjukkan dalam filem Hollywood bertajuk Jumper? Bukankah dua cara ini lebih cucuk bagi seorang Nabi dan Rasul? Bukankah ini sering didengar dilakukan oleh para wali yang diberikan karamah? Mengapa perlu melenturkan badan seperti Plastic Man? Bukankah itu boleh mencemarkan kemuliaan rupa paras Nabi dan Rasul, apabila badan dilentur-lentur jadi panjang, pipih, nipis macam kartun?
Sekarang kita beralih ke Keraton atau Istana Ratu Boko 36 km ke tenggara Candi Borobodur, timur kota Jogja. Inilah yang didakwa sebagai Istana Ratu Balqis. Dan Ratu Boko itu katanya Ratu Balqis.
Kata Fahmi ada halaman luas kosong selepas pintu gerbang utama menunjukkan ada bangunan besar telah dialihkan ke tempat lain. Itulah arupadhatu atau lingkaran-lingkaran atas di Borobodur. Tetapi dia mahu menunjukkan bahagian lain dahulu. Kami di bawah ke sisi kiri bangunan utama melihat papan maklumat yang ada.
Beliau menunjukkan gambar lempengan atau kepingan emas yang pernah ditemui di sebuah kolam dalam kompleks istana. Kepingan itu sekarang berada dalam muzium di Jakarta. Dakwa Fahmi inilah surat dari Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis memintanya menyerah diri dan tunduk kepada baginda. Inilah surat yang dibawa oleh burung hud-hud lalu dijatuhkan ke tangan ratu.
Namun saya keliru apabila melihat penerangan pada papan maklumat. Katanya lempengan (disebut prasasti di sini) itu berbunyi "om rudra ya nama swaha" yang bererti "pujian bagi Dewa Rudra (Siwa)." Nampaknya ini adalah bahasa Sanskrit. Apakah Nabi Sulaiman menulis dalam bahasa itu sedangkan setahu saya dalam Al-Quran disebut surat kepada Ratu Balqis dimulakan dengan perkataan "Bismillahirrohmanirrohim" yang bermakna "Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahim" (sengaja tidak diterjemahkan Rahman dan Rahim itu kerana ada yang mendakwa ia membawa maksud lain dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang seperti kita biasa dengar).
Bila ditanya tentang ini, jawab Fahmi kan sama makna dengan terjemahan pada papan maklumat? Kan Rudra itu sebenarnya merujuk pada Allah sambil menambah ada tulisan pada lempengan kelihatan seperti Allah dalam tulisan Arab/Jawi. Kedengaran seperti ada logiknya. Mungkin hal ini benar tetapi kemudian baru saya dapat tahu ada satu dakwaan beliau yang amat tersasar lalu boleh menyangkal banyak dakwaan lain yang saling bersangkutan...
Ini adalah tentang bahagian stupa yang katanya tertinggal di sekitar ini. Kami dibawa ke satu kawasan di tenggara kompleks (ia meliputi kawasan yang saya anggarkan 3-4 kali ganda luas Candi Borobudur, cuma tiada bangunan besar penuh tertumpu di satu tempat seperti halnya Borobudur) untuk menyokong dakwaan ini.
Kata Fahmi ada bahagian stupa yang tertinggal semasa pemindahan arasy atau bangunan Ratu Balqis dari halaman dalam bangunan utama istana lalu menjadi bukti berlakunya pemindahan tersebut. Lihat balik bahagian-bahagian akhir artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Iskandar Zulkarnain, Ratu Balqis dan Nabi Daud juga awal artikel ini. Kan ada stupa yang atasnya terbuka sehingga kelihatan lebih separuh badan patung di dalamnya? Walhal stupa-stupa lain semuanya menutupi patung, harus melihat dari celah lubang atau ruangan antara batu baru boleh nampak isinya.
Kata beliau bahagian stupa yang sepatutnya menutup patung tertinggal di sini. Tiada seorang pun termasuk saya tergerak untuk menyoal bagaimana bahagian tersebut boleh tertinggal begitu jauh dari lokasi yang didakwa tempat asal bangunan atau arasy Ratu Balqis. Sedangkan lokasi tersebut terletak 400 meter dari tinggalan stupa. Apa yang menyebabkan bangunan dipindahkan dari situ tetapi ada bahagian tertinggal begitu jauh di tenggara ini?
Jawabannya saya cuma dapat setelah 2-3 minggu kembali ke Malaysia. Kalau tak salah ingatan ketika itu saya sedang memilih gambar-gambar yang mahu dimuatkan pada artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis?. Tetapi biar ini diceritakan kemudian...
Biar kita beralih dahulu ke kawasan lapang berhadapan tinggalan stupa.
Kelihatan bongkah-bongkah besar batu bersepah, ada yang terperosok separuh ke dalam tanah. Fahmi memanggilnya"batu penggertakan". Katanya apabila ada sisa rakyat/tentera Ratu Balqis tidak mahu tunduk kepada Nabi Sulaiman satu pasukan terdiri daripada jin, ada juga burung kalau tak salah dihantar untuk memberi amaran lalu menghempas batu-batu dari udara. Ini dibuat pada tanah berdekatan pentas-pentas yang dikatakan tempat kaum Ratu Balqis menyembah matahari.
Penggertakan oleh jin ini kelihatan masuk akal kecuali apabila Fahmi sudah terlampau jauh membuat dakwaan atau lebih tepat andaian yang terlebih-lebih. Katanya lihat pada batu-batu yang terperosok ini. Mana ada serupa dengan batu-batu sekeliling? Tambahnya, boleh jadi jin yang memiliki kuatan amat besar dengan sebelah tangan mampu mengambil dari tempat jauh seperti Pulau Easter di tengah Lautan Pasifik (terkenal dengan patung-patung kepala gergasi yang cara pembuatannya masih misteri, tidak mampu dilakukan manusia biasa zaman dahulukala). Dengan kemampuan jin batu dari tempat begitu jauh boleh dilemparkan ke dalam kompleks Keraton Ratu Boko. Walhal bila saya teliti balik sama sahaja jenis batu ini dengan batu-batu sekeliling yang membentuk bangunan-bangunan juga tinggalan. Cuma potongan sahaja lain.
Di sebelah pentas berhadapan batu-batu 'penggertakan tadi' terdapat batu-batu lain bercorak. Kata Fahmi ia adalah tempat Ratu Balqis bermesyuarat dengan orang-orang besarnya. Beliau berdiri di atas batu yang katanya tempat ratu tersebut biasa memberi titah. Kami pun disuruh mengingatkan kembali relif di Candi Borobodur yang katanya menunjukkan Ratu Balqis masuk ke istana Nabi Sulaiman, istana yang lantainya disangkakan air. Kami disuruh memerhatikan persamaan...
Nah. Ini relifnya ditunjukkan bersebelahan gambar saya di atas batu yang kelihatan sama lalu didakwa tempat Ratu Balqis berdiri. Lebih awal tadi saya ada mempersoalkan kenapa orang dalam relif ini ada titik di kepala dan rambutnya kelihatan seperti kebiasaan patung Buddha? Ketika melihat kembali gambar ini baru terdetik di hati. Kalau benar relif menunjukkan Ratu Balqis melangkah ke dalam istana Nabi Sulaiman kenapa perlu ada batu ini? Kan ia terletak di Keraton Ratu Boko? Kenapa perlu ditunjukkan pada relif kalau benar itu gambaran ratu masuk ke istana orang lain berlantai licin?
Kita kembali kepada hal stupa. Sudah ditimbulkan persoalan apakah yang menyebabkan bangunan yang katanya arasy Ratu Balqis dipindahkan dari halaman dalam istana utama tetapi ada bahagian stupa tertinggal di tenggara kompleks istana 400 meter dari situ? Sudah diberitahu saya mendapat jawabannya 2-3 minggu setelah kembali ke Malaysia, setelah melihat kembali gambar saya berdiri di tengah stupa yang katanya tertinggal itu, Di atas saya letakkan gambar di kompleks Keraton Ratu Boko berbanding gambar di Candi Borobudur. Nampak tak perbezaannya atau apa yang tak kena?
Ada 2 perkara pada saya sangat nyata. Stupa di Keraton atau Istana Ratu Boko lebih besar, hampir 2 kali ganda lebih besar bulatannya berbanding yang ada di candi. Kedua. Kalau benar yang di istana sama dengan di candi kenapa kedua-keduanya adalah bahagian bawah? Kan patutnya kalau yang kurang di candi adalah bahagian atas, maka bahagian tersebut harus tinggal di istana, bukan sama bahagian bawah?
Dan satu lagi yang mungkin lebih susah hendak disedari kecuali kita melihat semua tinggalan yang ada (kebetulan saya mengambil gambar sebanyak mungkin sebelum bateri kamera habis) adalah kalau betul pun ada bahagian atas stupa di Candi Borobodur tertinggal di Keraton Ratu Boko maka ia harus berbentuk hampir X seperti ditanda pada gambar atas (menunjukkan stupa lengkap di Borobodur yang sama lapisan/lingkaran/aras dengan stupa terbuka). Tapi saya lihat tiada langsung batu sebegitu di kompleks, sekurang-kurangnya dalam medan pandangan saya sepanjang perjalanan di sana. Kalau di kawasan tenggara tempat tinggalan stupa itu memang saya pasti tiada. Tuan puan boleh meneliti gambar-gambar yang ada pada artikel Stupa remains, the altars and a meeting place of sorts.
Maknanya apa? Stupa di Ratu Boko tidak sama dengan stupa di Borobudur bukan? Ini secara automatik menyanggah dakwaan Fahmi tentang keadaan bentuk ukiran/pahatan/lunakan segi enam di Borobudur mencair akibat pemindahan arasy atau bangunan Ratu Balqis dari halaman dalam bangunan utama istana. Beliau mendakwa pemindahan berlaku pada 60,000 x kelajuan cahaya (ya, itulah antara dakwaan paling melampau beliau buat, saya lihat berdasarkan perkiraan matematik dan formula fizik yang telah disalahgunakan... rujuk Tentang dakwaan Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman) menyebabkan bahagian tersebut pada stupa di Borobudur mencair lalu kelihatan luntur. Bandingkan dengan yang 'tertinggal' di Ratu Boko. Nampak sama tapi tak serupa...
Kan sudah disebut kedua-keduanya adalah bahagian bawah stupa? Kalau bahagian bawah dapat dibawa ke Borobudur kan sepatutnya yang tertinggal di Ratu Boko adalah bahagian atas sahaja bukan? Kalau hal ini benar sepatutnya tidak ada batu dengan ukiran segi enam tertinggal di Ratu Boko kerana yang ada di Borobudur sudah lengkap bahagian yang sama. Maka tidak harus timbul persoalan langsung bahawa yang di Ratu Boko itu masih tajam garisannya, di Borobudur sudah luntur sebagai hujah pernah berlaku pemindahan pada kelajuan melampau melebihi cahaya. Yang benarnya, ia adalah stupa yang berbeza dan kelihatan satu lebih baru. Ini bermakna seluruh dakwaan bahawa arupadhatu di Borobudur adalah bangunan atau arasy Ratu Balqis yang telah dipindahkan boleh disanggah!
Pada awal artikel ini saya telah membuat 5 senarai perkara yang dikira paling utama dalam dakwaan bahawa Borobudur adalah tinggalan Nabi Sulaiman. Biar diulang balik di sini :-
1. Candi Borobudur memiliki bentuk aturan pembuatan juga letak duduk patung-patung dan sebagainya yang kelihatan memakai ilmu daripada Al-Quran.
2. Bahagian atasnya, 3 lingkaran di mana terdiri sejumlah stupa (ada 72 kesemuanya), disebut sebagai arupadhatu (mewakili alam tanpa rupa) adalah arasy (ditafsir Fahmi sebagai bangunan, tak semestinya singgahsana) milik Ratu Balqis yang dialihkan dalam sekelip mata oleh seorang yang pandai ilmu kitab ke hadapan Nabi Sulaiman... dari tinggalan bangunan purba yang dipanggil Keraton (istana) Ratu Boko, sekitar 36 km ke tenggara Borobudur. Lalu Ratu Boko itu dikatakan tidak lain tidak bukan adalah Ratu Balqis.
3, Binaan ke bawah lingkaran termasuk 5 tingkat atau aras penuh dengan relif atau tamatsil (Fahmi kata ia bukan ukiran), dikenali sebagai rupadhatu (mewakili alam rupa) didirikan oleh para jin atas arahan Nabi Sulaiman. Lalu dengan bangganya beliau mendakwa inilah satu-satunya bangunan di dunia hasil kerja besar bangsa jin.
4. Katanya relif-relif itu tidak mungkin dibuat oleh manusia. Alasannya bentuk segala rupa yang terdapat pada relif kelihatan seperti dibuat dengan melentur atau melunakkan batu, bukan dipahat.
5. Relif-relif itu 'mencatatkan' kembali isi kitab Zabur yang diterima ayahanda Nabi Sulaiman iaitu Nabi Daud agar dapat ditatap generasi selepas itu hinggalah sekarang.
Perkara 1 telah saya persetujui sejak awal. Perkara 2 pula baru sahaja disanggah sebentar tadi apabila saya dapat menunjukkan bahawa stupa di Ratu Boko dan stupa di Borobudur sebenarnya berlainan. Namun saya tidak menolak kemungkinan tinggalan istana itu pernah diduduki Ratu Balqis. Ini akan dipanjangkan kemudian. Sekarang biar kita pergi pada dakwaan 3 dan 4 sekaligus kerana ia saling berkait. Untuk itu biar ditunjukkan relif yang dilihat pada satu bangunan purba lain iaitu Candi Mendut (gambar atas dan bawah). Lihat artikel Candi (Temple of) Mendut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
5. Relif-relif itu 'mencatatkan' kembali isi kitab Zabur yang diterima ayahanda Nabi Sulaiman iaitu Nabi Daud agar dapat ditatap generasi selepas itu hinggalah sekarang.
Perkara 1 telah saya persetujui sejak awal. Perkara 2 pula baru sahaja disanggah sebentar tadi apabila saya dapat menunjukkan bahawa stupa di Ratu Boko dan stupa di Borobudur sebenarnya berlainan. Namun saya tidak menolak kemungkinan tinggalan istana itu pernah diduduki Ratu Balqis. Ini akan dipanjangkan kemudian. Sekarang biar kita pergi pada dakwaan 3 dan 4 sekaligus kerana ia saling berkait. Untuk itu biar ditunjukkan relif yang dilihat pada satu bangunan purba lain iaitu Candi Mendut (gambar atas dan bawah). Lihat artikel Candi (Temple of) Mendut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
.
Saya juga mengamati ukiran yang terdapat pada sebuah candi lain yang lebih berdekatan ke Keraton Ratu Boko. Penelitian ini sempat dibuat dalam perjalanan dari Borobudur ke sana. Lihat balik Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis?
Selain itu, dalam perjalanan saya sempat meneliti hasil kerja batu membuat patung di Muntilan yang terletak selepas Candi Mendut menghampiri kota Jogja. Malah sepanjang berada di sekitar daerah ini 26-28 Sept saya sering meneliti ukiran-ukiran batu yang ditemui. Hasilnya saya berpendapat bahawa Candi Borobudur boleh didirikan oleh manusia, bukanlah jin seperti sangat didakwa Fahmi. Saya melihat relif-relif itu boleh dipahat oleh mereka yang cukup pakar, tidak perlu melunak atau mencairkan batu seperti didakwa beliau.
Kalau betul pun ia hasil lunakan batu saya berpendapat bukan jin sahaja boleh melakukan ini. Manusia yang diberi pengetahuan boleh melakukannya malah ada yang boleh mengatasi kebolehan jin. Bukankah manusia itu dijadikan Allah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun mungkin sedikit sahaja manusia mampu melakukannya ini sudah cukup hujah untuk menyatakan bukan jin sahaja mampu melunakkan batu. Bukankah arasy Ratu Balqis itu dialihkan oleh seorang manusia yang memiliki ilmu kitab dalam sekelip mata? Sedangkan jin paling gagah zaman itu pun memerlukan masa sedetik dua antara Nabi Sulaiman duduk dan bangun untuk melakukannya. Maka dakwaan 3 dan 4 dalam senarai tadi pun disanggah...
Tentang dakwaan 5 bahawa relif-relif menggambarkan isi kitab Zabur, ramai pengkaji sebenarnya sudah berjaya mengaitkan kebanyakan daripadanya dengan kosmos kehidupan, legenda dan mitos penganut Buddha. Pada awal artikel ini saya telah mempersoalkan dakwaan Fahmi tentang Peti Thabut dan dengan itu juga boleh dipersoalkan apakah relif-relif yang didakwa merujuk kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman memang bermaksud begitu. Saya tidak tahu isi kitab Zabur tetapi pada peringkat ini saya pasti Candi Borobudur bukan didirikan oleh Nabi Sulaiman. Dengan itu kajian yang sudah diterima pakai sekian lama bahawa ia dibina oleh Dinasti Sailendra yang memerintah Pulau Jawa abad ke 8-9 Masihi belum terbatal. Ada kemungkinan juga pihak lain mendirikannya berdasarkan pengetahuan dari kitab-kitab terdahulu. Oleh itu mungkin ada isi dari kitab Zabur digambarkan pada candi tetapi tidaklah sampai membentuk seluruh relif pada rupadhatu.
Sekarang masuk kita pada dakwaan yang saya fikir paling berat dibuat oleh Fahmi sepanjang mengikuti rombongan. Pada penghujung artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis? yang dibuat tepat seminggu lepas saya ada menyebut begini...
Ketika duduk itulah beliau mendakwa bahawa pintu gerbang yang kelihatan meniru bentuk bangunan serupa dalam syurga. Katanya Nabi Idris melihat ini di syurga lalu apabila kembali ke bumi, baginda membina model yang sama sebagai kenangan. Fahmi memanggilnya Sidron Qolil, mengambil petikan daripada ayat Quran yang saya tak ingat mana. Beliau mendakwa Nabi Idris lah yang membina istana di bukit ini sebelum diwarisi Ratu Balqis. Cukup buat masa ini.
Sebagai peringatan rombongan saya adalah ke-42 dalam program yang dipanggil Jelajah Negeri Saba' (JNS). Kami semua diminta duduk bersandar saling menghadap pada dinding pintu gerbang pertama Keraton Ratu Boko seperti kelihatan dalam gambar. Kami duduk melepaskan penat lelah sehari suntuk asyik berjalan sambil melihat juga pintu gerbang kedua yang merupakan pintu utama . Ia membentuk formasi 1-3-1 (3 pintu tengah diapit 1 pintu kiri 1 pintu kanan) seperti di bawah.
Ketika duduk itulah beliau mendakwa bahawa pintu gerbang yang kelihatan meniru bentuk bangunan serupa dalam syurga. Katanya Nabi Idris melihat ini di syurga lalu apabila kembali ke bumi, baginda membina model yang sama sebagai kenangan. Fahmi memanggilnya Sidron Qolil, mengambil petikan daripada ayat Quran yang saya tak ingat mana. Beliau mendakwa Nabi Idris lah yang membina istana di bukit ini sebelum diwarisi Ratu Balqis. Cukup buat masa ini.
Sebagai peringatan rombongan saya adalah ke-42 dalam program yang dipanggil Jelajah Negeri Saba' (JNS). Kami semua diminta duduk bersandar saling menghadap pada dinding pintu gerbang pertama Keraton Ratu Boko seperti kelihatan dalam gambar. Kami duduk melepaskan penat lelah sehari suntuk asyik berjalan sambil melihat juga pintu gerbang kedua yang merupakan pintu utama . Ia membentuk formasi 1-3-1 (3 pintu tengah diapit 1 pintu kiri 1 pintu kanan) seperti di bawah.
Sekarang biar ditambah. Mungkin benar pintu gerbang ini didirikan oleh Nabi Idris. Namun apabila diberitahu kini mendapat sedikit rasa syurga lalu ada semacam jaminan akan masuk syurga, saya rasa ia agak melampau. "Kan kini kita sedang duduk mengadap berteluku seperti disebut dalam Al-Quran tentang ahli-ahli syurga?" katanya (saya atur balik ayat seperti yang diingati ya bukan ad verbatim, atau tepat perkataan demi perkataan seperti disebutnya kerana saya lebih menghadam makna berbanding ayat dan susunan). Kemudian beliau menambah, "Saya telah membawa rombongan-rombongan sebelum ini duduk di sini juga. Kini kamu rombongan yang ke-42, sudah masuk perkumpulan besar kami. Nanti bila berjumpa di syurga, kita akan saling kenal-mengenal... ah kamu itu dari rombongan ke berapa, gitu?"
Terus terang cakap ketika itu saya merasakan ia seperti mukadimah sebuah ajaran sesat. Tiba-tiba ada semacam jaminan masuk syurga asalkan setuju bersama kumpulan. Namun begitu saya tetap merasakan ada beberapa kebenaran di sebalik banyak hujah dan dakwaan yang melampau. Seperti disebut awal tadi saya sudah bersetuju bahawa kedudukan Candi Borobudur dan duduk letak objek-objek di atasmya seperti stupa terbuka, jumlah mengikut lingkaran memang ada keistimewaan yang boleh dipadankan dengan ilmu tersirat di dalam Al-Quran.
Sebetulnya semasa mula melangkah ke Candi Borobudur saya telah beristikharah bertanya ke lubuk hati benarkan ia tinggalan Nabi Sulaiman? Jawaban yang saya terima adalah iya, memang ada tinggalan baginda di situ. Namun setelah diteliti beberapa perkara seperti disebut lebih awal tadi saya berpendapat Candi Borobudur bukanlah dibina oleh Nabi Sulaiman. Sebaliknya ia dibina oleh generasi kemudian di atas satu tinggalan yang pernah dibuat atau sekurang-kurangnya dijejaki rasul yang memiliki kerajaan terhebat itu...
Sesungguhnya Nabi Sulaiman memiliki kelebihan dapat memerintah angin untuk membawanya ke mana sahaja di pelusuk dunia dalam masa yang singkat. Jadi apalah hendak dihairankan baginda pernah menjejakkan kaki di situ juga membuat satu bangunan? Tentang Keraton Ratu Boko pula hati saya cukup kuat mengatakan iya, Ratu Balqis pernah sampai ke situ. Sebagai seorang ratu yang memiliki kerajaan besar, ada pula darah separuh jin, apa nak dihairankan jika baginda juga sudah ke sana ke mari. Dan bukankah Ratu Balqis dikahwini oleh Nabi Sulaiman? Maka mudah sahaja baginda hendak pergi merata dengan bantuan Nabi Sulaiman. Lagipun saya sudah lama percaya induk negeri atau kerajaan Saba' memang terletak di sebelah sini, di bumi timur yang mengandungi Kepulauan Melayu juga dikenali sebagai Nusantara ini. Malah saya percaya Saba' diYaman, hujung Semenanjung Arab yang biasa disebut orang itu sebenarnya adalah jajahan takluk yang masuk ke bawah pemerintahan baginda kemudian.
Dengan itu kuat hati saya mengatakan bahawa Keraton Ratu Boko itu boleh diterima sebagai Istana Ratu Balqis atau salah satu istana yang dimiliki baginda. Cuma pada zaman-zaman kemudian ia ditambah benda-benda yang kelihatan seperti legasi agama Buddha, misalnya stupa. Tentang apakah Ratu Boko itu sendiri Ratu Balqis, saya tak pasti. Boleh jadi Ratu Boko salah satu keturunan atau saudara-mara baginda. Yang saya rasa pasti istana pernah didiami Ratu Balqis. Dan sekali lagi stupa di Ratu Boko tidak sama dengan stupa di Candi Borobudur, Maka bahagian atas Borobodur bukanlah bangunan atau arasy Ratu Balqis yang dipindahkan menurut cerita di dalam Al-Quran. Sekian... :]
Dengan itu kuat hati saya mengatakan bahawa Keraton Ratu Boko itu boleh diterima sebagai Istana Ratu Balqis atau salah satu istana yang dimiliki baginda. Cuma pada zaman-zaman kemudian ia ditambah benda-benda yang kelihatan seperti legasi agama Buddha, misalnya stupa. Tentang apakah Ratu Boko itu sendiri Ratu Balqis, saya tak pasti. Boleh jadi Ratu Boko salah satu keturunan atau saudara-mara baginda. Yang saya rasa pasti istana pernah didiami Ratu Balqis. Dan sekali lagi stupa di Ratu Boko tidak sama dengan stupa di Candi Borobudur, Maka bahagian atas Borobodur bukanlah bangunan atau arasy Ratu Balqis yang dipindahkan menurut cerita di dalam Al-Quran. Sekian... :]
salam.
BalasPadambila aku jumpa perkataan nie...'Saabighaat'...terus aku teirngat istilah 'sayabiga'. hahaha.
ada kaitan ker tue??
huhuhu...
fenin... masih x kukuh.
BalasPadamtp brobodur mmg senibina yg hebat. ada tamadun.
Apa yang tak kuku? Dakwaan bahawa Borobodur tinggalan Nabi Sulaiman atau sanggahan? Sebenarnya memang keputusan saya kelihatan bercampur aduk. Saya berpendapat Candi Borobudur itu sendiri bukan tinggalan Nabi Sulaiman, ia adalah bangunan yang dibuat kemudian. Tetapi ia didirikan di atas tapak tinggalan satu bangunan yang pernah didirikan baginda. Sebab itu terasa ada aura tinggalan Nabi Sulaiman walaupun Candi Borobudur tidak didirikan baginda...
BalasPadamsalam.
BalasPadamnaper aku rasa macam ada kaitan dengan peristiwa perubahan kiblat semasa Rsaw dan sahabat bersolat dengan gerak rasa tuan tanah perihal tapak candi borobudur tue?? apakah kiblat pertama ummat islam sememangnya di atas tapak candi borobudur?? giler punya teori nie. hahaha.
atau pun....dulunya tapak candi borobudur tue..adalah tapak haikal sulaiman?? yang nie..boleh lah dibuat kira-kira kan tuan tanah?? kuikuikui...
bunyi merepek jer. ada ker patut....kiblat pertama kat situ. mentang-mentang ler...nabi adam konon diturun dari syurga..kat belah sini.
Terus terang aku terus hilang minat dengan buku Borobodur Tinggalan Nabi Sulaiman bila geng2 ni lebih banyak merepek.
BalasPadamApa jadah nama Sulaiman tu sama macam Sukarno & Suharto then buat kesimpulan Nabi Sulaiman tu orang Jawa?
Then lepas ni kamu mahu mengklaim apa pula pak? Superman itu juga wong Jowo yang nama asalnya adalah Suparman? Waduh!
My conclusion, they a just another 'Siam Nai' versi Indon.
dah le sesat lagi menyesatkan.Nanti tah hapa dakwaan menyesatkan.Hinggakan Jawi dikatakan Jawa.Apa punya cite.
BalasPadamItulah dia dajjal majjal.Dakwaan menyesatkan.mereka menyesatkan demi sumpah palapa
BalasPadamSalam Tuan Meurah Silu :)
BalasPadamUntuk tambahan sebagai renungan:
1. Persoalan wajah dengan kepala dahi bertindik dan rambut berbulat pusing keliling, kemungkinan, jika diambil rujuk juga bahan tinggalan di serata Asia Tenggara, termasuk Angkor Wat (sudahkah diteliti pembinaan Angkor atau apa-apa di sana dengan pembinaan di Borobudur, kemudian relik-relik yang sama, contohnya di Kampar, Ayuthia?), sudah disepakati, wajah "Buddha" yang kadangkala berubah "Siva" ialah wajah tinggalan raja-raja era dahulu, ini khusus dalam kajian Angkor Wat dan sekitarnya, dalam tradisi kultus devaraja, yang kemungkinan juga menyatakan, bukan kebersamaan "Tuhan" tetapi kemuliaan dan kewalian raja itu. Mungkin ini boleh dipersoalkan namun dengan jelas, wajah itu sememangnya "mengangkat" raja-raja era itu. Borobudur, rasanya, mengambil pendirian itu, raja-raja Sailendera, kemungkinan, diangkat "darjat" semulia dan setinggi tarafnya.
2. Persoalan patung atau ukiran wajah itu sebagai nabi mungkin susah sedikit untuk diperiakan, namun sedar atau tidak, ukiran yang mengelilingi bangunan itu dipamerkan seperti penunjukan/hiasan yang menyampaikan cerita (mungkin bersambung-sambung sehingga ke atas, seperti mana seseorang dari bawah berjalan sampai ke atas, kemungkinan, membuat nazar/khuluk kepada Tuhan/tawaf?) dan bukan untuk disembah (berlainan dengan patung-patung dewa yang ada di serata Angkor Wat yang jelas untuk dipuja). Hal ini menarik untuk direnungi.
3. Tidak mungkin seorang nabi sanggup diukirkan bentuk dan wajahnya? Namun jika untuk menyampaikan pengajaran?
Wallahualam.
Segalanya munkin , andai pengikut serta penganut mulia Taksub berlaku akan segalanya tersasar jauh dari pemahaman akal mereka2.
PadamWassalam. OK. Terima kasih kerana berkongsi pandangan. Saya masih belum berkesempatan untuk ke Angkor Wat. Semoga dapat menjejakkan kaki tidak lama lagi. Bab hiasan/ukiran dan patung2 yang terdapat di Borobudur sebenarnya dah ramai pengkaji mengulas. Ia dikatakan cukup selari dengan kosmologi/rupa alam dalam ajaran Buddha. Ia berkenaan alam rupa dengan pelbagai peristiwa membawa kepada alam tanpa rupa yang diwakili aras penuh dengan patung dalam kedudukan bermeditasi/bersuluk...
BalasPadamNabi sulaiman jauh masanya sebelum nabi Muhammad hidup dibumi,,tentu jauh beda budayanya,,,cara berpakaian tentu beda masa beda gaya,,cara sembahyang tentu juga beda, baru zaman nabi Muhammad disempurnakan sampai akhir zaman,,mungkin pak Fahmi terlalu jauh menerawang, akan tetapi ada beberapa fakta yang bisa dijadikan rujukan berfikir,,pertama tentang peninggalan nama,,sulit mencari di belahan bumi manapun yg banyak menggunakan awalan SU dan akhiran MAN pada sebuah nama manusia kecuali di pulau JAWA, (DIJAWA banyak nama semacam SUleMAN,SUkiMAN,SUHERMAN, SUDARMAN, SUPARMAN, dan masih banyak lagi, nama nama yang menyerupai sebuah marga peninggalan nenek moyang,,,sama seperti nenek moyang orang ARAB, orang CHINA, orang EROPA TIMUR, AMERIKA SELATAN, AFRIKA, yang pasti ciri2 NAMA orang turun temurun tidak jauh dari nama nenek moyangnya,,,selanjutnya banyak kita jumpai di pulau jawa nama daerah yg masih menggunakan nama bagian SABA sebagai awalan ataupun akhiran, apakah itu bukan peninggalan petunjuk,,,kemudian disurat an naml Ayat 16, 17, 18, bagaimana diceritakan di alqur'an bahwa sulaiman mewarisi kerajaan daud, dengan tentara jin, manusia, dan burung, kemudian melakukan perjalanan,,,( kalaupun memang kerajaan daud berada di YAMAN,,,akan tetapi nabi sulaiman apabila melakukan perjalanan amat sangat cepat seperti disebutkan dalam surat SABA ayat 12,sehari perjalanan sama dengan dua bulan manusia biasa, berarti apabila beliau berjalan 2 hari bisa kita bayangkan berapa jarak tempuhnya,,tentu jauh sekali,,,jadi mungkinkah beliau bisa sampai jawa,,saya kira mungkin sekali,,,selanjutnya di ayat 13 surat SABA diceritakan nabi sulaiman memang menyuruh para jin untuk membuat bangunan tinggi dan patung patung, yang tentunya pasti bukan untuk disembah,,,bisa langsung di cek di surat SABA ayat 13,,lalu pertanyaan saya kenapa ayat ini di letakkan di surat SABA dalam Alqur'an,,kenapa tidak jadi satu didalam surat An naml,,,apakah ini petunjuk apa yang dikerjakan nabi sulaiman di negeri saba,,,kemudian setelah nabi sulaiman wafat dan berlalunya sebuah masa yg panjang penduduk saba kembali kepada kekafiran Kemudian Alloh mengirim banjir besar sekali sehingga negri itu hancur jadi beribu ribu pulau seperti keadaan di Indonesia sekarang ini ,,,sama seperti pendapat ilmuwan yang menemukan bukti bersatunya daratan asia di masa lampau yg memungkinkan manusia berjalan tanpa melintasi laut, kemudian berpisah karena pergerakan lempeng bumi karena kuasa Alloh sang maha dahsyat,,,barulah pada suatu masa kemudian Para wali Alloh
BalasPadamKembali mengislamkan penduduk suatu bangsa dari ketersesatan tauhid di negeri itu,,,melalui cerita para guru kita disekolah, indonesia dulu pada zaman kerajaan sriwijaya dan majapahit sebelum islam datang, dan apabila benar negri saba adalah daratan asia tenggara di masa lampau berarti benar kalau kita ini bangsa serumpun,,,dan kita bersyukur sekali negri kita pernah disinggahi seorang nabi,,,dan mungkin juga karena nabi sulaiman mempunyai istri yang banyak bisa jadi keturunannya ada di asia tenggara,,,jadi mungkinkah bani SU....MAN
Lebih baik berprasangka menggunakan alqur'an. Dr pada menuruti ilmu pengetahuan yang tidak tau asal usul pengetahuannya. Karena yang paling benar di alam semesta ini adalah alquran...
BalasPadamdibina mengikut quran tp sela/jeda masa pembinaan sblm al qura'an di turunkan kepada nabi Muhammad saw...?
BalasPadamAgak kurang bernas utk menolak hujah dgn menjadikan ajaran Buddha sbgi kayu ukur kebenaran sedangkan di Zaman Nabi Sulaiman A.S. pengasas ajaran Buddha blm lagi dilahirkan. Even klu nk bandingkan dgn ajaran Hindu sekalipun, adalah tidak tepat kerana ajaran Hindu yg ada pada hari ini apakah sama dgn ajaran Hindu pada 900 tahun sebelum masihi?
BalasPadam