Siri kecil ini mula memasuki bab analisis. Bersambung dari Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis?
Pada artikel Apabila Putrajaya 'ditarik' ke titik tengah Kaabah... 12 hari lalu saya telah menunjukkan grafik ini. Ia dibuat berdasarkan dakwaan penulis buku "Borobudur & Peninggalan Nabi Sulaiman", KH Fahmi Basya bahawa garis dari titik tengah Candi Borobudur apabila dipanjangkan sampai ke titik tengah Kaabah akan melalui sudut di mana terletaknya batu suci Hajar Aswad.
Saya meneliti sendiri hal ini menggunakan program dan gambar satelit Google Earth lalu mendapati dakwaan tersebut adalah benar.
Kemudian saya cuba menarik garis serupa dari satu tempat pilihan di Putrajaya lalu mendapati garis ini juga melalui Hajar Aswad. Ini yang diceritakan panjang lebar pada artikel Apabila Putrajaya 'ditarik' ke titik tengah Kaabah....
Ia kelihatan berlaku kerana susah hendak menentukan dengan tepat di manakah titik tengah Kaabah. Setelah beberapa lama baru terfikir apa kata buat 2 garisan menyambungkan sudut-sudut berlawanan pada segi empat Kaabah? Dengan itu titik tengah dapat ditentukan iaitu tempat di mana 2 garisan itu bertemu. Saya pun buat. Hasilnya didapati garisan yang menyambungkan titik tengah Putrajaya sudah terkeluar sedikit dari sudut Hajar Aswad.
Saya mencuba kembali dengan Borobudur. Nampaknya ya, ia tepat melalui Hajar Aswad!
Kita zoom out. Biar ditunjukkan dengan lebih terpeinci bagaimana garisan ini bersambung sehingga ke titik tengah Borobudur.
Kita zoom in pula pada tempat-tempat yang 'disentuh' garisan. Ini di penghujung Semenanjung Arab.
Selepas itu garisan melintas lautan luas sebelum memotong melalui Pulau Sri Lanka ataupun Ceylon.
Garisan melintas lagi lautan luas sebelum sampai ke Pulau Sumatera, lalu juga di sebuah pulau yang lebih kecil.
Kawasan yang dilalui di Sumatera adalah dari Bengkulu membawa ke Lampung.
Kemudian garisan masuk ke Pulau Jawa melalui timur kota Jakarta.
Nampaknya ia melintas kawasan pelabuhan Tanjung Periuk...
Garisan diteruskan melintasi Jawa Barat hingga ke Borobudur.
Zoom in ke titik tengah Borobudur. Adapun garisan yang bersambung dari titik tengah Kaabah itu membuat sudut 104.69 darjah dari utara arah pusingan jam.
Namun disebabkan ketepatan sudut dalam Google Earth adalah sehingga 2 titik perpuluhan, tidak lebih dari itu maka sudut yang sama juga meliputi kawasan 200 meter ke selatan titik tengah Borobudur sampai 500 meter ke utara titik. Apapun tetap terbukti titik tengah Borobodur boleh disambungkan ke titik tengah Kaabah dengan garisan tepat melalui sudut Hajar Aswad. Ini bermakna candi itu memang memiliki kedudukan yang sangat istimewa. Tetapi apakah ini bermakna ia tinggalan Nabi Sulaiman? Perkara ini akan ditelitli pada artikel analisis selepas ini, artikel yang akan menutup siri kecil "Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman?". Tunggu lagi beberapa hari sahaja ya. Insyaallah saya akan cuba memberi kata putus tentang hal ini. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,234 di blogspot ini... :]
Tak sabar menunggu sambungan entri ini.
BalasPadamMengapa posting sebelum ni dipadam.Kan garisan tengah putrajaya jika ditarik kekalimantan tepat mengenai kota banjarmasin dan martapura.Bukan kah kita ini mencari kebenaran dan keiklasan.
BalasPadamBukan dipadam tetapi sudah turun ke bawah atau terkeluar dari page utama sebab ditolak artikel2 baru. Kalau terkeluar pun boleh lihat melalui older post juga archive. Kan dalam artikel ini sendiri masih ada link nya? Lihat betul2...
BalasPadamorg dulu buat bangunan ikut orion belt..
BalasPadam