Adus! Apa pulak timbul tajuk gempak ni? Tak pa... follow aje cerita... :]
Petang tadi timbul rasa untuk menaiki motosikal besar ke Kuala Selangor...







OK. Asalnya saya cuma bercadang mahu naik berehat melihat monyet-monyet di Bukit Melawati. Namun timbul rasa untuk terus bergerak melepasi pekan Kuala Selangor menyeberangi Sungai Selangor terus ke Pasir Penambang di mana terdapat makam purba di pangkal sebuah pokok besar. Alangkah terperanjatnya saya apabila sampai ke situ. Ternyata pokok besar yang sudah berdiri mungkin 200 tahun, mungkin lebih 300 tahun telah tumbang begitu sahaja!





Allah! Tiba-tiba saya teringat satu mimpi yang menunjukkan saya menyeberangi sebuah jambatan yang belum benar-benar siap dari satu kawasan yang kedudukannya menyamai kawasan sekitar pekan Kuala Selangor. Namun semasa menyeberangi jambatan tiba-tiba keadaan bertukar. Tiba-tiba saya berada di sebuah pulau kecil dengan pohon rendang lalu dapat melihat sebuah pulau hanyut di mana terdapat sebuah tanah perkuburan di atasnya. Lihat artikel Mimpi pelik Kuala Selangor... yang dibuat 3 bulan lalu.







Maka logiknya makam didirikan di tanah lapang atau sudah dilapangkan dan kemudian baru tumbuh pokok... terus membesar sehingga meliputi makam, sehingga batu bata kepuk makam pun termasuk ke dalam lingkungan akar-akar. Dan lagi kita sudah lihat tadi... bahagian di bawah akar yang terdedah setelah pokok jatuh terbongkar adalah lembut berpasir... pasir yang pernah dilitupi bahagian bertanah yang ikut terangkat dengan akar pada ketebalan yang saya anggarkan 2-4 kaki.
Apakah tanggapan yang boleh dibuat berdasarkan ini? Apakah kawasan ini adalah tepian pantai berpasir berkulit siput dan kerang ketika jasad ditanam sekurang-kurangnya 200 tahun lalu atau ia terletak di atas sebuah pulau, mungkin juga pulau pasir? Bagaimanakah rupa bentuk mukabumi ketika itu? Bagaimana pula sempadan antara negeri Selangor dan Perak? KeSultanan Selangor secara rasminya mula wujud 1750an sedangkan ada kemungkinan makam purba ini sudah wujud lebih dahulu. Makam siapakah ini? Dari kerabat diraja mana? (kerana bentuk batu nesan yang dipakai cuma milik golongan bangsawan...)
Apapun saya berharap agar sesuatu dapat dibuat untuk menyelamatkan makam lama yang menjadi warisan Melayu lama di Selangor ini, makam yang mungkin berada di dalam sempadan negeri Perak ketika ia dibina. Sekurang-kurangnya batu-batu nesan Aceh yang ada mesti diselamatkan sebelum ada pihak tidak bertanggungjawab mencurinya jika tidak diberi perhatian. Pihak berwajib samada boleh mendirikan makam kembali selepas pohon yang tumbang dibersihkan. Tetapi gerak hati saya menyebut ada eloknya juga pihak muzium mengambil batu-batu ini untuk dijadikan pamiran warisan. Saya percaya pihak ghaib membenarkan...
Satu lagi perkara yang boleh dibuat. Sebelum pohon dibersihkan elok juga pangkal perdu yang dipotong dibuat kajian. Kira berasa lapisan yang ada. Itu boleh dijadikan anggaran berapakah usia makam.

Seingat mereka pokok itu didapati tumbang pada hari Isnin lebih kurang seminggu selepas raya (maksudnya selepas 1 Syawal). Kalau begitu ia mesti berlaku pada 20 haribulan September bersamaan 11 Syawal. Ah... ketika itu saya sedang sibuk menolong bapa dan ibu menghantar van yang rosak ke pekan Kota, Negeri Sembilan. Ya, pada hari itu berlaku sesuatu hingga kami terjumpa sekelompok makam-makam lama berdekatan makam Raja Melewar. Pada hari itu juga saya dan isteri berjalan kaki dari bangunan Istana Kehakiman ke Masjid Besi, Putrajaya untuk menjejak makna sebuah mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu. Lihat artikel Al-Rasyid berhari raya : Asbab yang membawa ke makam Raja Melewar dan menjejak makna mimpi lama di Putrajaya .
Di atas adalah gambar sebuah pokok lain yang turut tumbang dipukul ribut. Namun pokok-pokok lain di sekeliling terus berdiri megah. Pohon besar di tanah perkuburan dan pohon atas sahaja yang jatuh.


Orang-orang di warung terasa pelik apabila saya asyik bertanya bilakah sebenarnya pokok ini tumbang. Kenapa mahu bertanya sangat? Kenapa mesti mendapatkan maklumat yang tepat. Saya cuma tersenyum sahaja. Kata saya, jatuhnya pohon besar yang sudah berdiri lama ini sehingga akarnya terbongkar sampai ke atas adalah satu alamat. Alamat apakah itu? Saya pun tidak dapat menjawab dengan pasti kecuali merasakan ia melibatkan keSultanan Selangor dan Perak juga kaitannya dengan keadaan sekarang... keadaan di mana ketuanan Melayu dan institusi keSultanan sering terancam akibat pelbagai permintaan dari kaum bukan Melayu yang boleh menggugatkan kewujudan kaum Melayu... permintaan yang banyak melampau, mungkin didalangi pihak tertentu yang ada kaitan dengan gerakan Zionis dan Illuminati...




Ah. Teringat kata pembuat batu nesan yang ditemui di satu bahagian lain bukit kecil, orang yang menunjukkan arah ke makam. Lihat Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung . Katanya kawasan sekeliling bukit dahulu adalah sebahagian dari Sungai Selangor. Apakah bahagian terbongkar ini menunjukkan kawasan sekitar memang pernah dipenuhi air seperti mana bahagian terbongkar akibat pohon besar runtuh di Pasir Penambang menunjukkan kawasan tanah perkuburan dahulu adalah pantai ataupun pulau?

Makam Upu Chendera Burung. Siapakah orang ini? Baca dengan teliti apa yang telah diperkatakan dalam artikel Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung .

Yang nyata makamnya agak terjaga, siap sudah disalin kain kuning walaupun kedudukannya agak terpencil di belakang bukit kecil.

Ketika keluar dari kawasan makam saya terlihat batu besar di atas bukit lalu tergerak untuk melihat lebih dekat.

Di bawah biar diletakkan links yang berkaitan secara pukal demi memecahkan persoalan akan apakah alamat sebenar di sebalik segala yang dilihat siang tadi. Kebanyakan cerita melibatkan Kuala Selangor dan tempat-tempat berkaitan di sekitar... atau melibatkan keberadaan bangsa Bugis yang menurut hemat saya ada kena-mengena juga dengan bangsa Aceh. Sekian selamat malam.
2. Meriam kuning di Bukit Melawati dan kuala sebenar Kuala Selangor
3. Seminar Beting Beras Basah, keluarga Al-Shahab dan faktor 191
4. Apa ada di Bukit Belimbing?
5. Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak?
6. Jejak Laksamana Toh Jambu di atas Bukit Jugra?
7. Aura misteri di Aceh?
8. Jalan semakin terang : Kaitan sebenar kerabat diraja Aceh-Bugis dalam pemerintahan Perak...
9. Teknik penggelapan salasilah...
10. Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!
11. Makam-makam di Jugra dan apa yang ada di sekitar Jeram
12. Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung
13. Mencari Bukit Raja di Kuala Selangor... singgah juga di Bukit Talang, Kampung Permatang dan beberapa tempat
14. Mimpi pelik Kuala Selangor...
15. Bugis bersamaan Balqis?
16. Ke belah ulu Selangor menurut rasa
17. Pantai berdekatan Pulau Angsa
18. Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat.
19. Baru betul-betul melihat Bukit Melawati...
20. Petunjuk baru tentang kerajaan lama di Putrajaya?
21. Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh
22. Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula...
23. Misteri identiti Raja Ahmad dan berbagai teori...
24. Panggilan dari Pulau Indera Sakti?
Salam. Pergh... suspen. :)
BalasPadamMasa kawan baca part pokok tumbang waktu lepas maghrib nie, lampu bilik ofis kawan berkelip2 sampai bab tuan beredar dari situ...
BalasPadambetul2 saspen lah....
Dah sampai la ni, amende jadik? gempak ...siriyes gempak menyasornyer.
BalasPadamkeadaan di mana ketuanan Melayu dan institusi keSultanan sering terancam akibat pelbagai permintaan dari kaum bukan Melayu yang boleh menggugatkan kewujudan kaum Melayu... permintaan yang banyak melampau..
BalasPadamAssalamualaikum tuan empunya blog..saya rgt356..
Saya quote kn ayat tuan ini utk memberi sedikt pendapat atas mengapa brlaku hal yg sedemikian rupa.pada pandangan saya yg kurg teliti ini..saya melihat kebanyakan manusia yg melakukan perkara sedemikian keranaereka beranggapan institusi raja tdk byk membantu mereka lgi pada waktu sekarang.mereka beranggapan raja menjadi satu beban bkn lgi pemimpin utk mereka.ttp klu kita manusia yg dulunya bernaung di bawah raja sendiri pun tdk mahu membantu institusi diraja kenapa hndak disalahkan raja itu sendiri..satu lgi ini jg berlaku atas faktor politik di negara.maafkan saya jika fakta kurg tepat.ttp ini yg saya lihat.ditambah mgkn wujud bbrapa masalah lain.terima kasih utk blog yg baik ini
tak dak gempar pun..
BalasPadamPerak dan selangor nobat dan nafiri yg sama
BalasPadamPerak dan selangor nobat dan nafiri yg sama
BalasPadamsdr radzi sapiee perlu cari siapa sebenarnya daeng 5 bersaudara juga daeng selili adakah bugis atau......?juga dari mana asal pagarruyung.mugkin sukar mempercayai terang disebalik gelap.gelap jadi terang terang dalam gelap
BalasPadam