Rabu, Oktober 16, 2024

Hari Ta'aruf ISTAC dan 'kelas' pertama juga tentang mendaki bukit

Salam semua. Satu lagi cerita melibatkan ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Kali ini lebih terserlah 'feel' sebagai student baru PhD.



Isnin 14 Oktober 2024 jam 10 pagi mahu diadakan Hari Ta'aruf atau suai kenal pelajar baru di ISTAC. Sebagai seorang yang asalnya masuk mendaftar bagi pengajian peringkat Master atau sarjana September 2018 lalu mendapat ijazah penghujung 2023 saya adalah pelajar lama. Namun sebagai seorang yang menyambung ke peringkat PhD  bermula Oktober 2024  saya adalah pelajar baru.




Disebabkan beberapa urusan di rumah jam 9.30 baru keluar lalu didapati ada kesesakan luar biasa di Lebuh Raya Utara Selatan.




Jam 10.33 baru sampai ke halaman ISTAC.




Ketika masuk ke dewan majlis kedengaran Dekan ISTAC Profesor Datuk Dr Berghout Abdelaziz sedang memberikan ucapan.




Beliau menyatakan beberapa perkara yang diharapkan bagi seorang pelajar agar nanti terserlah sebagai hasil keluaran ISTAC.




Diadakan juga taklimat oleh beberapa orang kakitangan tentang urusan pelajar, pengajian, kemudahan perpustakaan dan macam-macam. Yang paling saya ambil perhatian adalah procedure atau tatacara bagi menyelesaikan pengajian...







Dahulu semasa di peringkat Master saya agak terkapai-kapai kerana kurang memahami tatacara.




Saya berjaya menyelesaikan semua kursus wajib dalam semester pertama. Tetapi apabila masuk penulisan tesis asyik tersangkut lalu menulis apabila dapat 'gerak' tanpa mengikut susunan. Akibatnya hampir nak siap penulisan keseluruhan tesis baru melakukan proposal defense atau mempertahankan tajuk tesis. Sedangkan itu yang sepatutnya dilakukan paling awal setelah selesai kursus. Penulisan seterusnya tesis adalah pengembangan daripada itu.



Kali ini saya mahu mengambil iktibar daripada pengalaman kesilapan lama lalu lebih cakna ingin ambil tahu apa yang perlu dilakukan bagi setiap peringkat menurut kehendak universiti...










Petang ada bengkel tentang penulisan akademik oleh seorang tenaga pengajar diikuti perkongsian pengalaman  oleh seorang yang sedang menunggu penilaian tesis PhD, seorang lagi sudah lulus sepenuhnya lalu bergelar Doktor,




Ia diadakan di salah satu bilik syarahan lalu terasa seperti 'kelas' pertama saya sejak menjadi pelajar PhD...









 



Jam 6 petang pergi memanjat bukit. Ini adalah sama halnya seperti setelah ke ISTAC dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan

2. Dari online ISTAC ke fizikal ke Bukit Besi - Masuk sedikit hal rambut panjang...

3. Dari Bukit Guling Ayam ke UIA ke ISTAC ke Bukit Lanjan West bersama anak

4. Sains semulajadi daripada pandangan alam Al-Quran : Adakah perlu?

5. Selesai hal supervisor PhD di ISTAC baru dapat mendaki Bukit Lanjan

6. Membentuk identiti : Perjalanan Azerbaijan melalui empayar, konflik dan kemerdekaan


Merujuk pada artikel Falsafah analitikal dan cerita mengarut : Kaedah saintifik memperkecilkan apa yang kita boleh tahu tentang majlis di ISTAC petang Jumaat 11 Oktober. Selepas itu ada mendaki bukit di FRIM (Institut Kajian Hutan Malaysia), Kepong tetapi tidak disebut dalam artikel.


Kali ini ke satu lagi bahagian Bukit Kiara. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-


1.  Part of Bukit Kiara from Jalan Palimbayan

2. Part of Bukit Kiara from Jalan Palimbayan - Part II


Untuk makluman saya mula rajin mendaki bukit-bukit di sekitar Kuala Lumpur setelah pertama kali mendaki ke puncak tertinggi Bukit Kiara beberapa bulan lalu. Lihat Apabila Bukit Kiara menjadi persinggahan antara majlis zikir dan tazkirah ilmu. Disebabkan itu berlaku pendakian susulan ke bahagian lagi bukit. Lihat Follow up Bukit Kiara lalu ke ISTAC lama dan Sungai Penchala. Sebelum itu saya sekadar selalu mendaki bukit-bukit di sekitar kawasan perumahan di Bandar Sungai Buaya. Sesekali sahaja ke bukit atau gunung di luar kawasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan