Ahad, Mei 26, 2024

Sedikit rasa awal Pesta Buku KL 2024

Salam semua. Artikel ini sepatutnya sudah dipersembahkan selewatnya tengah hari tadi. Tetapi disebabkan kurang sihat dan rasa lemah sangat badan baru kini ada kelapangan dan kekuatan untuk melakukannya.



Semalam petang Sabtu 25 Mei 2024, selepas selesai satu urusan melibatkan buku terbaru merangkap buku ke-15 saya, di Batu Caves, saya pun menuju ke WTC (World Trade Centre, dahulunya PWTC iaitu Putra World Trade Centre) untuk melihat keadaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.




Adapun acara tahunan yang sudah masuk edisi ke-41 ini bermula pagi Jumaat 24 Mei 2024.




Tapi baru semalam ada kelapangan untuk menjengok.



Itupun saya sebenarnya kurang sihat. Sudah beberapa hari sakit tekak, masuk pagi Jumaat hampir hilang langsung suara.




Begitulah keadaannya ketika ke pesta buku semalam, masih lagi begitu ketika menulis ini Ahad malam Isnin 26 Mei.




Tetapi disebabkan ada memberitahu di Facebook dan WhatsApp akan ke pesta buku hari Sabtu dan juga sudah berjanji kepada diri sendiri digagahkan juga untuk ke sana melawan batuk, sakit tekak dan separa demam.



Sesungguhnya pesta buku ini memiliki makna tersendiri buat saya. Sejak bergelar penulis buku tahun 2006 boleh kata hampir setiap tahun saya ada terlibat. Kecuali ketika tidak diadakan tahun 2020 dan 2021 akibat masalah penularan virus Covid-19. Lihat artikel-artikel lama berikut :-






Untuk tahun ini saya mengharapkan dapat menyerlahkan buku terbaru yang disebut ada urusan di Batu Caves awal tadi. Lihat artikel-artikel berikut :-







Cuma tu le disebabkan hal-hal tertentu Isnin 13 Mei lalu baru dapat dihantar PDF buku untuk cetakan di kilang. Pada Sabtu 25 Mei itu dapat tahu buku dalam proses binding iatu menjilidkan. Dijangkakan Isnin 27 Mei baru dapat dihantar ke pesta buku.




Sebetulnya selain kurang sihat saya juga dalam keadaan suspense menunggu buku baru itu siap.




Saya sangat mengharapkan ia akan mendapat sambutan yang memberangsangkan bermula di pesta buku. 



Tetapi disebabkan tidak dapat menjamin bilakah ia betul-betul dapat masuk ke pesta buku maka tidak dapat menempah apa-apa slot untuk membuat promosi awal.




Pun begitu saya tetap mengusahakan sesuatu.




Petang Sabtu itu mendapat persetujuan sahabat saya Zahamri Nizar yang memiliki syarikat Taman Pustaka untuk menggunakan ruang beliau di reruai bernombor 3063 di tingkat 3 untuk membuat promosi buku.




Berjalan-jalan melihat sekeliling walaupun badan terasa lemah semacam. Dan lagi petang itu saya harus ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana hendak melawat seorang adik kepada ibu yang sedang sakit tenat...




Kalau ikut kebiasaan saya akan menjejalah seluruh ceruk rantau yang ada jualan atau pameran buku. Kali ini mungkin tak sampai setengah.




Sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa di satu sudut dalam reruai Perpustakaan Negara yang kebetulan terletak menghadap reruai Akademi Jawi yang berkongsi ruang panjang dengan Taman Pustaka. Disebabkan ruangan khas untuk perbincangan buku adalah dalam bahagian milik Akademi Jawi maka perlukan dahulu kepastian daripada mereka untuk mengadakan acara tentang buku saya petang Sabtu 1 Mei insyaallah. Tentatif jam 2 petang. Semoga jadi dan berjaya.


p/s : Selepas ini saya harus berkejar ke Kajang. Ini kerana bapa saudara yang dilihat sakit tenat petang Sabtu 25 Mei baru sahaja meninggal dunia petang tadi. Beliau akan dikebumikan pagi Isnin 27 Mei tidak jauh dari kubur abangnya, seorang lagi adik ibu saya yang meninggal dunia bulan Ramadhan lalu. di Sungai Kantan Selepas itu saya mahu ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku untuk ke satu majlis ilmu kemudian ke pesta buku. Kalau nampak saya tegurlah... :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan