Khamis, Ogos 31, 2023

Asbab pertanyaan ibu

Hari ini 31 Ogos 2023, ulang tahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke-66 biar dipersembahkan artikel kompilasi siri kecil atas tajuk utama "Asbab pertanyaan ibu".


Awal bulan Ogos saya menelefon ibu bapa di Muar untuk bertanyakan khabar. Ibu pun bertanya bila hendak balik kampung? Kali terakhir balik adalah ketika cuti Hari Raya Haji Aidil Adha penghujung bulan Jun iaitu 2 bulan lalu. Ini ada dinyatakan dalam artikel Ringkasan aktiviti dan perjalanan Jun-Julai 2023. Isteri yang berada di sebelah terus menjawab kami balik cuti sekolah. Cuti bermula Sabtu 26 Ogos lalu berlanjutan sehingga Ahad minggu seterusnya sedangkan isteri perlu berkursus 25-26 Ogos di Port Dickson. Maka dirancanglah bahawa apabila tamat kursus saya boleh mengambilnya kemudian terus balik kampung.

Pada hari Ahad malam Isnin 13 Ogos pula saya dan keluarga ke Bandar Saujana Putra untuk menghadiahkan senaskah buku Laksamana Raja Mahkota kepada sheikh tariqat yang dikenali sebagai Walid Ibrahim. Ketika itulah Walid memberitahu pihak beliau sedang bersedia untuk menganjurkan satu acara besar dipanggil Kota Sufi bermula hari Jumaat malam Sabtu 25 Ogos hingga hari Ahad malam Isnin 27 Ogos. Oleh kerana lokasinya di Masjid Sri Sendayan terletak dalam perjalanan ke Port Dickson dirancang agar pergi ke situ dahulu bersama  anak sebelum mengambil isteri.

Kebetulan lagi, di Melaka ada satu acara yang dianjurkan kawan kami 26-27 Ogos. Dari PD boleh singgah kemudian baru ke rumah ibu bapa. Adapun ketika memulakan perjalanan ada dibawa sekali lebih 100 naskah buku ke-13 saya Kenangan Kembara Solo Eropah Tahun 1995 untuk dibuat sumbangan 5 naskah bagi setiap perpustakaan awam yang dapat ditemui dalam perjalanan. Usaha disempurnakan ketika berada di Muar. Satu hari diperuntukkan untuk menyumbang ke perpustakaan-perpustakaan di selatan mengarah ke sempadan Batu Pahat, satu hari lagi di belah utara sehingga meliputi bahagian selatan negeri Melaka.


1. Masjid (Mosque of) Felda Sendayan 

2. Majlis Kota Sufi di Masjid Sri Sendayan

3. The beach of Bagan Pinang

4. On to Pulau Burung 

5.  The beach called Pantai Cahaya Negeri

6. Makam (Tomb of) Sultan Syed Abdul Rahman

7. Majlis ulamak dan pendekar di Hang Tuah Centre 26-27 Ogos

8. Asbab pertanyaan ibu - Dari Kota Sufi ke majlis di Hang Tuah Centre

9. Masjid (Mosque of) Sarang Buaya Darat

10. Asbab pertanyaan ibu - Menyumbang buku di Muar hingga ke sempadan Batu Pahat

11. Asbab pertanyaan ibu - Mencapai sasaran di daerah Tangkak dan sebahagian Melaka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan