Salam. Adapun saya dan keluarga baru sampai ke rumah dari Muar sekitar jam 1.30 pagi tadi. Selepas itu teman anak layan cerita Kingdom of Heaven sepanjang 3 jam. Selepas sedikit rehat dan beberapa urusan baru ada kelapangan untuk menulis lagi. Pergi kita pada hari ke-5 dan terakhir perjalanan. Bersambung daripada artikel Asbab pertanyaan ibu - Menyumbang buku di Muar hingga ke sempadan Batu Pahat.
Pagi Selasa 29 Ogos 2023 saya pergi lagi masuk ke bandar Muar.
Makan mee kari, satay dan pelbagai lagi hidangan bersama keluarga kemudian pusing sedikit bandar. Sampai jam 11.30 juga kami keluar. Balik rumah ibu bapa buat beberapa perkara termasuk mengaji beberapa muka surat Al Quran demi mengejar kuota satu juz sehari. Kemudian timbul rasa untuk mempersembahkan artikel Asbab pertanyaan ibu - Menyumbang buku di Muar hingga ke sempadan Batu Pahat.
Disebabkan itu selepas jam 2 baru keluar untuk menyambung usaha mencari perpustakaan-perpustakaan awam bagi menyumbangkan buku. Jika pada hari Isnin ke arah selatan hingga ke sempadan daerah Batu Pahat kali ini menyeberang ke utara Sungai Muar.
Masuklah ke daerah Tangkak yang asalnya adalah sebahagian daripada daerah Muar... sebelum dipecahkan sekitar 2 dekad lalu. Persinggahan pertama adalah ke perpustakaan pekan Bukit Gambir...
Selepas itu baru ke perpustakaan-perpustakaan kampung.
Yang ini kelihatan seperti tiada orang. Rupa-rupanya pustakawannya duduk di rumah dalam kawasan. Dapatlah menyampaikan 5 naskah buku Kenangan Kembaran Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995 seperti kebiasaan bagi setiap perpustakaan yang disinggahi sejak 2-3 bulan kebelakangan.
Banyak laluan kali ini tidak pernah digunakan sebelum ini.
Baru jelas, selain perpustakaan-perpustakaan di bawah pentadbiran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga perpustakaan di bawah perbadanan negeri-negeri ada lagi satu kategori perpustakaan awam iaitu Perpustakaan Komuniti.
Perjalanan membawa menghampiri Gunung Ledang sebelum masuk ke pekan Tangkak. Kalau tidak kerana kesuntukan masa kerana banyak tempat mahu diliputi sebelum perpustakaan biasanya tutup jam 5 petang tentu saya akan sekurang-kurangnya naik ke kaki gunung mandi air terjun.
Dari Tangkak masuk ke negeri Melaka melalui Chohong...
Saya sekadar mengikut laluan yang diatur berdasarkan lokasi-lokasi perpustakaan yang dapat ditemui melalui Google Map.
Sedar tak sedar laluan membawa ke hingga hampir 2 km ke pekan Jasin sebelum membelok ke arah Merlimau.
Perpustakaan Merlimau adalah yang kedua di Melaka dibuat sumbangan dalam perjalanan...
Selepas itu tinggal satu sahaja perlu disinggahi, dalam perjalanan kembali ke Muar.
Ia adalah perpustakaan di Sungai Rambai, cuma 1.5 km sebelum sempadan negeri Johor.
Saya sampai dalam jam 4.50 petang. Sepatutnya masih dibuka. Tengok-tengok perpustakaan ditutup sehingga Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Nasib baik terletak dalam satu kawasan sama berpagar dengan balai polis besar Sungai Rambai. Dapatlah disampaikan kepada ketua balai untuk diserahkan kepada perpustakaan kemudian.
Dengan itu tercapailah sasaran hari itu iaitu untuk menyumbangkan buku ke 9 buah perpustakaan. Barulah boleh berehat makan di sebuah warung di pekan kecil Sungai Rambai, selepas menahan kelaparan kerana mahu menyelesaikan urusan, setelah kali terakhir makan jam 10 lebih bersama keluarga di bandar Muar. Tercapai juga sasaran secara keseluruhan sejak meninggalkan majlis Kota Sufi di Masjid Seri Sendayan pada pagi Sabtu 26 Ogos (lihat Asbab pertanyaan ibu - Dari Kota Sufi ke majlis di Hang Tuah Centre). Ketika itu dibawa lebih 100 naskah buku Kenangan Kembara Eropah. Sekarang sudah habis.
Secara rata, saya telah membuat sumbangan kepada 21 buah perpustakaan, 5 naskah setiap satu bersamaan 105 buku. Dalam 3-5 buku pula disumbangkan secara individu, misalnya kepada ketua balai di Sungai Rambai. Sejak memulakan usaha 2-3 bulan lalu saya telah menyumbangkan sekitar 250 naskah iaitu bagi sekitar 50 perpustakaan. Ada beberapa lagi naskah disumbangkan secara individu, misalnya kepada pustakawan yang dilihat sangat membantu juga penjaga keselamatan di premis tertentu. Negeri-negeri yang telah diliputi adalah Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Seingat saya ada satu sahaja di Pahang, ketika mengambil anak di tahfiz di Janda Baik.
Inilah sedikit sumbangan yang dapat dilakukan oleh penulis kerdil tidak berduit seperti saya. Bolehlah. Harus lebih baik daripada misalnya kelihatan memberikan sumbangan buku mahal beratus Ringgit kepada tahfiz-tahfiz berserta syarahan percuma. Sedangkan di sebalik tabir harga buku malah lebih lagi telah dibayar oleh orang awam melalui usaha pemasaran atas nama wakaf ilmu dan sebagainya.
Sekarang ini begitu mudah ramai pihak membuat duit mencari makan menggunakan agama. Ada yang misalnya selalu meminta derma ke sana ke mari atas nama infak makanan ke rumah anak yatim, tahfiz dan sebagainya. Sedangkan yang sebenarnya duit derma itu menjadi sumber bayaran dan pendapatan tetap bagi pihak yang menyediakan makanan lalu menghantar ke tempat-tempat tersebut pada harga biasa pasaran, malah boleh jadi lebih mahal daripada harga di kedai makan biasa.
Secara rata beginilah laluan yang diikuti hari itu demi untuk membuat sumbangan buku. Seperti halnya laluan pada hari Isnin yang membawa hingga hampir ke sempadan daerah Batu Pahat di selatan ia telah dilakarkan melalui Google Map terlebih dahulu iaitu awal pagi Isnin supaya dapat mengenal pasti kedudukan perpustakaan lalu membina rangkaian laluan yang paling optimum.
Selesai makan baru masuk kembali ke daerah Tangkak, dalam negeri Johor. Sehingga sebentar ke replika gergasi beca yang dahulu atas sekali tertera perkataan "Beca Muar". Kerana memang pun ia adalah replika beca Muar, di Tangkak tiada sangat beca. Tetapi tidak lagi ada perkataan kerana kawasan berkenaan sudah berpisah dengan daerah Muar untuk dijadikan daerah Tangkak. Faham saya, semua disebabkan persaingan politik antara dua tokoh besar negeri Johor, satu berasal dari utara Sungai Muar, satu dari selatan.
Malam selepas Isyak makan-makan lagi bersama keluarga. Selepas jam 10 baru meninggalkan Muar. Berjumpa pula dengan seorang anak yang sedang belajar di Jasin kemudian ikut jalan dalam sehingga ke Alor Gajah sebelum mengambil Lebuh Raya Utara Selatan. Siap masuk bandar raya Kuala Lumpur lagi untuk cuci mata melihat bangunan dan ampu sebelum ikut jalan lama ke rumah.
Kamera digital menunjukkan gambar ini diambil pada jam 1.38 pagi Rabu 30 Ogos. Ini adalah selepas selesai mengangkat semua barangan yang dibawa dalam perjalanan masuk rumah lalu baru kereta dimasukkan ke garaj. Tengok-tengok dekat 800 km juga berjalan. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2420 di CATATAN SI MERAH SILU.
Begitulah kita di ajarkan, menjaga Agama itu bukan mudah kalau mudah, mewah, selesa bermakna ada kepincangan didalam hati manusia yg mengurus perkara tersebut..hati² didunia ambil yg perlu sahaja klu pun nk dpt lebih guna buat utk kebaikan Ummat.. biar biasa² asal cukup dan berkat..
BalasPadamTestimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin bertemu dengan orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantulah saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 2 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan dalam tanah. Tetapi suatu hari semasa melayari internet saya terjumpa jawatan Illuminati Lord Felix Morgan yang hebat dan ia mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang Illuminati yang hebat anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan menerangkan segala-galanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam Tata Dunia Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas inisiasi, ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai, jadi cuba Lord Morgan. Ia adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau di WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com
BalasPadam