Salam lewat hari Ahad malam Isnin 9 Ramadhan 1437 Hijriah. Adapun semalam saya dan keluarga telah membuat satu perjalanan yang boleh dikira melengkapkan apa yang patut dibuat di Negeri Sembilan iaitu menyelesaikan apa yang belum selesai dalam perjalanan-perjalanan terdahulu bagi tempoh sebulan dua kebelakangan begitu. Asalnya ia mahu diberikan tajuk "Melengkapkan perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan'. Ini sebagai kesinambungan bagi artikel Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Melengkapkan panggilan Ulu Muar dengan Az-Zukhruf yang dipersembahkan pada 30 Mac iaitu 11 hari lalu. Namun berlaku sesuatu yang menyebabkan timbul rasa sangat hampa dengan kecewa disebabkan perangai manusia sehingga kini. Ini yang membuat cerita ini diberikan tajuk kecil "Tiada lagi yang 'keemasan' mahupun 'keperakan'". Apakah yang telah berlaku? Begini ceritanya...
6. Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013
7. Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013
8. Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013
9. Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014
Sejak tahun 2012 itu juga saya sibuk berusaha untuk menormalisasikan pemakaian busana tradisional Melayu, bertanjak berkeris bagai. Saya bukan pelopor kerana sedar dan tahu ada yang lebih awal memulakannya. Tapi saya berani menyatakan diri sebagai pelopor dalam menormalisasikannya bagi golongan atasan dan cerdik pandai, dalam majlis-majlis akademik dan bertaraf sebegitu... bagi menunjukkan pemakai busana tradisional Melayu bukan sekadar orang kampung yang tahu bersilat sahaja tetapi termasuk juga golongan intelektual daripada latar belakang orang yang berada, boleh berbahasa Inggeris membincangkan perkara-perkara tinggi bersama para profesor.
Sebelum itu iaitu dengan terbitnya buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh" Jun 2006 saya telah memperjuangkan isu-isu kedaulatan Melayu dan Islam melalui penghayatan sejarah juga jati diri. Sebetulnya sejak tahun 2001 lagi saya sudah memperjuangkannya tetapi ketika itu lebih pada perbualan dengan kawan-kawan dan kenalan. Apabila buku keluar 5 tahun kemudian baru secara umum melalui penulisan. Sebelum itu lagi iaitu sejak menjadi wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1996 saya telah memperjuangkan isu-isu ketamaduan tinggi di Malaysia, cuma bukan atas nama Melayu dan Islam kerana belum mengenali daripada sudut itu. Yang tahu kita perlu menggapai ketamadunan keilmuan yang tinggi dengan kepimpinan yang jujur menangani maslahat umum.
Hal inilah yang membuat saya akhirnya dipecat 24 jam malah dilarang untuk masuk ke kawasan pejabat selagi ada orang tertentu menjadi bos besar. Lihat artikl Hari-hari terakhir sebagai wartawan - Cabaran seorang idealis mahu mengangkat ketamadunan tinggi di Malaysia yang dipersembahkan tahun lalu. Dan sebenarnya saya sudah memikirkan isu-isu ketamadunan tinggi untuk Malaysia sejak berumur 18 tahun lagi iaitu pada tahun 1988. Lapan tahun kemudian iaitu selepas menjadi wartawan baru mula menzahirkan melalui penulisan dan inilah yang sebenarnya dilakukan sehingga sekarang...
Tapi apa hendak dikata? Kebanyakan orang sebenarnya lebih mementingkan nama dan periuk nasi sendiri, perjuangan cuma kata-kata muluk untuk menarik perhatian dan sokongan umum. Namun kami suami isteri tetap ideal dengan perjuangan. Berapa ramai orang telah kami hubungkan, berapa banyak persatuan tercipta selepas terlibat dengan usaha-usaha kami, berapa banyak jalan telah kami bukakan termasuk pengenalan nasab keturunan juga pembukaan kebatinan di makam-makam lama? Tetapi apa yang berlaku selepas itu? Kebanyakan yang mendapat untung mengaku naik dengan usaha, kekuatan dan karisma diri sendiri. Sampai satu kumpulan Maulud yang dibantu berkembang dengan jaringan kami termasuk memperkenalkan orang bertaraf jutawan yang sebelum itu di luar capaian sosial mereka pun boleh jadi besar kepala apabila majlis-majlisnya mula mendapat sambutan ramai
Kecuali untuk buku-buku tulisan saya kami tidak pernah berjual-beli apa-apa pun yang melibatkan perjuangan. Kami tidak meletakkan harga untuk membawa orang tour ke tempat sejarah itu ini malah tidak pernah ambil walau sesen pun. Kami gembira dapat membawa orang mengenali sejarah. Itulah 'kepentingan' tersendiri kami.
Kami tidak membawa buku-buku mahal yang kelihatan seperti diberikan percuma kepada sekolah-sekolah pondok dengan ceramahnya tanpa bayaran sekali. Tetapi sebenarnya buku-buku itu telah dibayar dengan harga lebih mahal melalui kutipan lot yang dilakukan oleh jurujual dan sebagainya. Kami tidak mengubah nama yang sebelum itu kedengaran totok menjadi sedap lebih glamour supaya dapat naik di peringkat nasional. Kami bukan jenis buat resume hendak letak segala nama guru, kursus yang pernah dihadiri dan sebagainya supaya dilihat sangat berlayakan dan sebagainya.
Kami juga tidak pernah berniat untuk menerbitkan apa-apa akademi dan sebagainya lalu boleh mendapatkan peruntukan juga membuat kursus-kursus berbayar. Tidak, tidak dan 1000 kali tidak. Kami buat segalanya dengan duit poket sendiri kerana betul-betul sayangkan agama, bangsa dan tanah air. Jadi kenapa boleh samakan kami dengan mereka-mereka yang membuat duit juga mencipta nama dengan jentera tersusun sebegitu? Kami tidak pernah mengumpul pengikut walaupun sejak buku pertama saya keluar lebih 15 tahun lalu sudah ramai menyatakan hendak menjadi pengikut juga anak murid saya.
Ya. Kami terasa seperti dikelilingi ramai orang khianat yang mementingkan diri sendiri. Mereka bukan jujur mahu bersama tetapi nampaknya cuma mahu mengambil kesempatan atas apa yang kami ada. Saya sudah memberitahu isteri jangan lagi bersusah payah untuk memperkenalkan orang itu dengan orang ini. Tak perlu lagi menjadi jambatan supaya orang lain boleh bergerak ke hadapan kemudian mereka mendakwa dapat bergerak semata-mata atas usaha dan karisma diri sendiri semata.
Hal ini adalah termasuk bagi sial pukimak orang yang tidak tahu susah payah kami suami isteri datang ke mesyuarat-mesyuarat NGO yang mana kami sebenarnya tak perlu pun pergi, cuma atas dasar rasa perjuangan dan tanggungjawab sahaja kami datang dengan duit belanja sendiri. Kami penat-penat bergerak dari jauh dengan membawa anak yang tidak boleh ditinggalkan bersendirian di rumah, tak suruh pun tunggu kami sampai baru hendak bermesyuarat, saya tinggalkan dahulu penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang sedang berjalan lancar lalu terganggu rentak agar dapat memberikan sokongan selain menyumbang buah pemikiran, boleh disindirnya pula kami sebab sampai lambat.
Sesungguhnya perjalanan di Negeri Sembilan ini memang melengkapkan segala hal yang berlaku dalam sebulan dua ini. Ini termasuk tentang gelaran Laksamana dan Toh Muda Laksamana di Perak yang mana kami suami isteri termasuk sejumlah saudara mara merasa sangat dikhianati. Penutup perjalanan ini menyaksikan sifat sebenar manusia yang sebelum ini kami ketepikan kerana masih bersangka baik lagi terbuka. Sebelum itu kami diberitahu, bahkan ada saudara mara sebenarnya sibuk mengumpul maklumat sulit keluarga bagi memenangkan pihak terdekatnya sahaja. Tetapi saya masih angguk-angguk senyum sahaja lagi. Rujuk artikel-artikel berikut :-
1. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - 1 April 2022. Jumaat yang sejahtera walau rasa dikhianati
2. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - Antara Best Out dengan pelita tembaga warisan
Cukuplah. Kami suami isteri tidak mahu melayan lagi muka-muka pukimak yang tak tahu diuntung dan tak sedar diri. Pergilah jalan sendiri kalau pun tak mampus mereput dalam ego-ego kamu. Kamu semua hebat boleh buat begitu begini usaha dapatkan peruntukan itu ini.
Kami tetap di takuk lama tanpa organisasi-organisasi membesar seperti yang kamu-kamu ada. Kerana memang pun kami tidak mahu membina organisasi kerana percaya pada pertolongan Allah SWT jua dalam melaksanakan suatu gerak kerja. Sekurang-kurangnya kami jujur, bukan menunggang orang lain juga menunggang isu termasuk atas nama Melayu dan Islam bagi kepentingan diri. Sesungguhnya tiada yang 'keemasan' mahupun 'keperakan' buat kami lagi. Biarlah hendak runtuh sekalipun dengan kebobrokan rasuah dan pemimpin-pemimpin tidak amanah kamu. Kami tiada sebab untuk ambil peduli lagi.
Terbaik Laksamana..
BalasPadamBiarkan manusia2 yg sombong itu tengelam dgn gelarannya. ALLAH pasti memberi ganjaran untuk orang2 yg jujur.
BalasPadam