Rabu, Februari 16, 2022

Tentang ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Perak

Salam hari Rabu malam Khamis 15 Rejab 1443 Hijriah. Baru-baru ini isteri telah mengajak untuk membuat perjalanan ke Kedah bagi urusan tertentu. Sambil itu boleh membawa anak-anak berjalan apa lagi seorang iaitu Muhammad Al-Aminul Rasyid telah dijadualkan mendaftar masuk ke sekolah tahfiz di Janda Baik pada 28 Februari lalu harus tidak dapat bersama buat suatu masa yang lama. Perjalanan mahu dibuat tidak lama lagi. Memandangkan kami akan melalui Perak baik dalam perjalanan pergi mahupun balik boleh juga dibuat persinggahan ke beberapa tempat. Ini membuatkan saya tergerak untuk melihat kembali sebuah buku yang sudah hampir 20 tahun dimiliki. Ia membawa kepada penceritaan ini...



Buku terbitan Jabatan Muzium (Malaysia) tahun 1981 ini  dibeli sekitar tahun 2002 kalau tak salah, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia menjadi panduan untuk saya menziarahi makam-makam lama buat beberapa lama. Sebelum itu saya pertama kali tergerak untuk menziarahi makam bermula di Perak hampir penghujung tahun 2001. Ini akibat mendapat mimpi tentang asal usul keturunan sebelah bapa lalu saya pun cuba menjejaki salasilah dan cerita dengan menziarahi makam-makam berkenaan.

Hal ini ada diceritakan panjang lebar dalam sekumpulan artikel. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001. Makam-makam yang diziarahi dipilih berdasarkan cerita saudara mara dan orang ramai tentang siapakah pada suatu ketika dirasakan rapat dengan darah keturunan serta jalan kerohanian keluarga. Selepas memiliki buku baru tergerak untuk menziarahi lain-lain makam.




Buku ini menyenaraikan semua makam Sultan Perak yang berada di Perak (ada beberapa berada di luar negeri dan negara) serta lokasi dan sejarah. Sejak memilikinya saya telah beberapa kali menziarahi makam Sultan-sultan Perak. Ini dilakukan apabila ke Perak berdasarkan laluan pada sesuatu masa. Maka dicarilah makam-makam berdekatan dengan laluan, sesekali sahaja ke tempat yang jauh menyimpang. Dengan cara ini banyaklah makam dapat diziarahi walau tidak  dengan sekali pergi. Sambil itu diziarahi sekali makam-makam tokoh seperti pembesar istana, orang yang dianggap keramat dan sebagainya.




Walaupun rajin menziarahi makam sejak hampir penghujung tahun 2001 saya cuma mula berkongsi cerita  kepada umum apabila buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" diterbitkan Jun 2006. Ketika itu saya juga sudah rajin ke makam-makam dan tempat-tempat bersejarah di negeri-negeri selain Perak. Buku itu mengandungi cerita beberapa pengalaman awal menziarahi makam. Pun begitu sedikit sahaja sebenarnya yang dikongsikan berbanding beberapa banyak makam telah diziarahi dan entah berapa kali dalam tempoh hampir 5 tahun sebelum terbit buku.

Apabila blogspot ini dibuka penghujung tahun 2006 baru rajin berkongsi cerita dan begitulah halnya hingga kini. Antara yang telah diceritakan (melibatkan Perak) adalah :-




3. Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (penghujung 2007- awal 2008)








Namun seingat saya kali pertama berusaha untuk menziarahi semua makam Sultan di Perak dalam satu perjalanan adalah pada bulan April tahun 2010. Daripada hampir 30 makam dalam negeri yang ada (terdapat beberapa di luar Perak) saya  menghadapi masalah di satu sahaja makam disebabkan kawasan berkenaan susah hendak dicapai. Sedangkan kawasan sekeliling makam pula teruk diliputi tumbuhan dan semak samun. Lihat  Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!.



Satu makam itu cuma dapat dijejaki setengah tahun kemudian, selepas berlaku pembersihan kawasan melibatkan agensi kerajaan negeri Lihat Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?. Kali pertama dapat menziarahi semua makam Sultan Perak di Perak dalam satu perjalanan pula adalah pada pertengahan tahun 2015. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation. Makam-makam Sultan menjadi lebih mudah untuk dicapai disebabkan setiap makam dan laluan diperbaiki untuk majlis istiadat pertabalan Sultan ke-35 Perak, Sultan Nazrin Syah pada awal bulan Mei.

Sekarang biar dikongsi pautan bagi sejumlah lagi cerita melibatkan ziarah ke makam-makam lama Perak :-


1. Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat (perjalanan berlaku pada pertengahan 2010)













Artikel-artikel ini harus cukup untuk menunjukkan betapa boleh tahan kerap saya ke Perak sambil menziarahi makam-makam lama. Seterusnya tentang tujuan cerita dibuat. 




Ketika melihat makam-makam dan tempat-tempat yang disenaraikan dalam buku timbul rasa untuk menyemak yang manakah sudah sampai, yang manakah belum. Alang-alang menyemak biar dijadikan tulisan jelas. Sudah diberitahu bahawa saya sudah sampai ke semua makam Sultan Perak yang berada di Perak. Buku pula menyenaraikan makam-makam para almarhum yang mangkat sebelum Sultan ke-33 iaitu Sultan Idris II bertakhta (1948-1963). 

Ini kerana baginda masih hidup ketika buku diterbitkan tahun 1981. Buku tidak memasukkan makam-makam Sultan ke-2, 6,7, 9 dan 25 kerana disemadikan di luar negeri atau negara. Sekarang biar dikongsikan artikel-artikel tentang makam-makam Sultan seperti telah dikongsikan dalam blogspot khas saya bagi hal-hal sedemikian iaitu  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-


1. Makam 3 Muzaffar (Tombs of the 3 Muzaffars)...

2. Batu nesan Aceh di makam Sultan Muzaffar I (Aceh gravestones at the tomb of Sultan Muzaffar I)

3. Rupa baru makam Sultan Muzaffar Syah I Perak (New look of the tomb of Sultan Muzaffar Syah I Perak)

4. Rupa terbaru makam Sultan Muzaffar I Perak (Latest look of the tomb of Sultan Muzaffar I Perak)

5. Rupa terbaru makam Sultan Muzaffar II Perak (Latest look of the tomb of Sultan Muzaffar II Perak)

6. Rupa terbaru makam Sultan Muzaffar III Perak (Latest look of the tomb of Sultan Muzaffar III Perak)

7. Makam (Tomb of) Sultan Tajul Ariffin

8. Rupa terbaru makam Sultan Tajul Ariffin (Latest look of the tomb of Sultan Tajul Ariffin)

9. Dua makam Sultan di Sayong (Tombs of two Sultans in Sayong)

10. Rupa terbaru makam Sultan Ali al-Mukamal (Latest look of the tomb of Sultan Ali al-Mukamal)


11. Lawatan baru ke makam (New visit to tomb of) Sultan Ali Al-Mukamal 


12.  Rupa terbaru makam Sultan Yusof Sharifuddin (Latest look of the tomb of Sultan Yusof Sharifuddin)


13. Lawatan baru ke makam (New visit to tomb of) Sultan Yusuf Sharifuddin

14. Dua makam Sultan di belakang pekan Bota Kanan (Two tombs of Sultans behind the small town of Bota Kanan)

15. Rupa terbaru makam Sultan Alauddin dan Sultan Ahmadin (Latest look of the tombs of Sultan Alauddin and Sultan Ahmadin)

16. Makam 2 Sultan dan seorang ulamak di (Tomb of 2 Sultans and a religious master at) Kampung Melayu

17. Rupa terbaru makam Sultan Muhammad Shah dan Sultan Mahmud Shah (Latest look of the tombs of Sultan Muhammad Shah and Sultan Mahmud Shah)

18. Tiga makam Sultan di Kampung Jawa (Three tombs of Sultans at Kampung Jawa

19. Rupa terbaru makam Sultan Mahmud Iskandar dan Sultan Alauddin Mughayat (Latest look of the tombs of Sultan Mahmud Iskandar and Sultan Alauddin Mughayat)

20. Rupa terbaru makam Sultan Ahmad Tajuddin (Latest look of the tomb of Sultan Ahmad Tajuddin)

21. Makam 2 Muazzam (Tombs of the 2 Muazzams)

22. Rupa terbaru makam Sultan Abdullah Muazzam dan Sultan Jaafar Muazzam (Latest look of the tombs of Sultan Abdullah Muazzam and Sultan Jaafar Muazzam)

23. Makam (tomb of) Sultan Iskandar Zulkarnain

24. Akhirnya, makam Sultan Iskandar Zulkarnain! (At last, the tomb of Sultan Iskandar Zulkarnain!)

25. Rupa terbaru makam Sultan Iskandar Zulkarnain (Latest look of the tomb of Sultan Iskandar Zulkarnain

26. Makam Sultan ke 16 Perak (Tomb of the 16th Sultan of Perak)

27. Rupa terbaru makam Sultan Mahmud Shah (Latest look of the tomb of Sultan Mahmud Shah)

28. Makam (Tomb of) Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda

29. Rupa terbaru makam Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda (Latest look of the tomb of Sultan Alauddin Mansur Iskandar Muda)

30. Makam (tomb of) Sultan Abdul Malik Mansur Shah

31. Rupa terbaru makam Sultan Abdul Malik Mansur (Latest look of the tomb of Sultan Abdul Malik Mansur)

32. Makam (Tomb of) Sultan Shahabuddin

33. Rupa terbaru makam Sultan Shahabuddin (Latest look of the tomb of Sultan Shahabuddin)

34. Makam (Tomb of ) Sultan Abdullah I

35. Rupa terbaru makam Sultan Abdullah Muhammad I (Latest look of the tomb of Sultan Abdullah Muhammad I)

36. Makam diraja Perak (Perak royal mausoleum)

37. Makam 7 orang Sultan di Bukit Chandan (Tombs of 7 Sultans at Bukit Chandan)

38. Rupa terbaru makam diraja Bukit Chandan (Latest look of the royal mausoleum of Bukit Chandan)


Senarai ini melebihi apa yang terdapat dalam buku kerana meliputi makam Sultan Idris II yang mangkat tahun 1984 juga makam Sultan selepas itu, Sultan Azlan Syah (mangkat 2014). Cuma ia dikumpul sebagai antara makam-makam yang terdapat di Bukit Chandan sepertimana halnya dalam buku. Ada makam beberapa orang Sultan dikumpulkan dalam satu artikel kerana terletak dalam kawasan atau bangunan  sama. Ada pula makam ditunjukkan beberapa kali dalam artikel lain kerana berlaku perubahan pada rupa.

Seterusnya adalah senarai bagi makam-makam pembesar atau kenamaan yang telah dilawati. Untuk ini biar diikut aturan seperti dalam buku. Kalau belum pernah sampai biar diletakkan nama tanpa pautan.


1. Makam Raja-raja Beruas (Tombs of the kings of Beruas) I

    Makam Raja-raja Beruas (Tombs of the kings of Beruas) II

2. Makam Puteri Bunian (Tomb of the elfin princess) - Buku menyebut sebagai makam Sri Banim.

3. Makam (Tomb of) Tun Saban - Buku menunjukkan makam pada kedudukan asal sedangkan artikel menunjukkan selepas dipindahkan tempat.

4. Makam (Tomb of) Tok Temong

   Rupa baru makam Tok Temong (New look of the tomb of Tok Temong)

   Rupa terbaru makam Tok Temong (Latest look of the tomb of Tok Temong)

5. Makam (the tomb of) Megat Terawis

6. Makam (Tomb of) Syed Husain al-Faradz

7. Makam (Tomb of) Tok Subang

    Makam Tok Subang di siang hari (The tomb of Tok Subang during daytime)

8. Makam (Tomb of) Laksamana Aceh, Lambor Kiri

9. Makam (Tomb of) Tok Sego Aceh

    Makam Tok Sego Aceh di siang hari (Tomb of Tok Sego Aceh during daytime)

10.  Makam Puteri Aceh (Tomb of the Aceh princess)

11. Makam (Tomb of) Puteri Limau Purut

12. Makam Tok Lalang - Tidak dibuat artikel khas tetapi ada ditunjukkan dalam Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban...

13. Makam Tok Sendalu - Sama seperti di atas

14. Makam (Tomb of) Sayyid Jalaluddin Tok Tambak Pulau Pisang

15. Makam (Tomb of) Daeng Selili

16. Makam (Tomb of ) Keramat Kuala Bidor - Buku menyebut makam Tok Kuala Bidor

    Makam baru (New tomb of) Laksamana Nakhoda Hitam? - Nakhoda Hitam dan Tok Kuala Bidor disebut ramai sebagai orang yang sama. Tetapi berdasarkan cerita almarhum Nenek kelihatan terdapat dua orang berlainan zaman tetapi saling berkaitan watak dan cerita.

17. Makam (Tomb of) Megat Makan Lambat

18. Makam Menteri Syarif Syamsuddin - Ada ditunjukkan dalam artikel Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban...

19. Makam (Tomb of) Daeng Osman ibni Daeng Selili

20. Makam (Tomb of) Seri Maharajalela Uda Tahir

21. Makam (Tomb of) Alang Iddin - Buku menyebut sebagai makam Panglima Bukit Gantang (I)

22. Makam Menteri Syed Osman - Tidak ada dalam senarai saya. Rasa macam pernah sampai tetapi rupanya tidak.

23. Makam (Tomb of) Long Jaafar

      Makam Long Jaafar pada siang hari (Tomb of Long Jaafar during daytime)

24. Lawatan baru ke makam Raja Bendahara Alang Iskandar (New visit to tomb of Raja Bendahara Alang Iskandar)

25. Makam Tok Bayas - Belum sampai. Buku menyebut lokasi di tebing kanan mudik Sungai Tapah, setentang Kampung Ampang.

26. Makam Tok Tan Lela Setia - Belum sampai. Lokasi di Kampung Tasik, 1 km ke utara pekan Lenggong.

27. Makam Datuk Seri Lela - Belum sampai. Di Kampung Kerunei, Grik.

28. Makam Tok Tiang - Belum sampai. Di Kampung Air Ganda, Grik.

29. Masjid Bandar dan makam Sheikh Muhammad Taib (The Bandar mosque and tomb of Sheikh Muhammad Taib) - 

30. Makam Mat Arshat - Belum sampai. Terletak 200 meter ke selatan kubur J.W.W. Birch di Bandar Baru.  

31. Kubur James Wheeler Woodford Birch - Tidak dibuat artikel khas. Ada dalam artikel Finally. Birch and minions got what they deserve di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

32. Makam Si Puntum - Pernah sampai beberapa kali. Tetapi rujukan cuma ditemui dalam artikel Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap! 

33. Makam Tok Busu Sega - Ada dalam artikel Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban...

34. Makam (Tomb of) Tok Sagor

35. Makam (Tomb of) Raja Asal

36. Makam (Tomb of) Tok Setia Raja Ibrahim Rangkuti

37. Makam (Tomb of) Imam Perang Jabarumun - Buku menyebut Jabarungun.

38.  Lawatan baru ke makam Tengku Syed Jaafar (New visit to tomb of Tengku Syed Jaafar) - Buku menyebut Syed Jaafar Yunus

39. Makam Cik Karim Selama - Belum sampai. Di Kampung Masjid Lama, Selama.

40. Makam (Tomb of) Temenggung Wan Hassan

41. Makam (Tomb of) Temenggung Wan Husain

42. Makam (Tomb of) Raja Bilah, Papan

43. Makam Panglima Alang Ishak - Dah sampai ke tanah perkuburan berkenaan tetapi tidak ke makam.

44. Makam Wan Muhammad Saleh I.S.O. - Dah sampai tapi tak buat artikel khas. Lihat Masjid Paloh (the Paloh mosque), Ipoh.

45. Makam Permaisuri Cik Neng - Belum sampai. Di Kampung Selarung, Kroh.

46. Makam Hj Abdul Rahman - Belum sampai. Di tanah perkuburan Islam bandar Tapah.

47. Makam (Tomb of) Sheikh Tahir Jalaluddin


Nah. Daripada 47 makam yang tersenarai dalam buku ada 10 belum sampai iaitu :-


1. Makam Menteri Syed Osman di Pauh Lima, Kota Baru dekat Sungai Teja

2. Makam Tok Bayas di tebing kanan mudik Sungai Tapah, setentang Kampung Ampang.

3. Makam Tok Tan Lela Setia di Kampung Tasik, 1 km ke utara pekan Lenggong.

4. Makam Datuk Seri Lela di Kampung Kerunei, Grik.

5. Makam Tok Tiang - di Kampung Air Ganda, Grik.

6. Makam Mat Arshat  sekitar 200 meter ke selatan kubur J.W.W. Birch di Bandar Baru. 

7. Makam Cik Karim Selama di Kampung Masjid Lama, Selama.

8. Makam Panglima Alang Ishak di Kota Lama Kanan

9. Makam Permaisuri Cik Neng di Kampung Selarung, Kroh.

10. Makam Hj Abdul Rahman di tanah perkuburan Islam bandar Tapah.


Namun antara 10 ini cuma yang nombor 7 iaitu makam Permaisuri Cik Neng sahaja yang ada terasa hendak pergi. Tetapi lokasinya jauh dekat sempadan Kedah-Perak-Thailand. Tunggulah bila timbul kesempatan. Kalau ada panggilan perjalanan ke arah situ. Lain-lain makam juga boleh difikirkan bila tiba peluang serupa. Sekarang pergi pada bangunan-bangunan bersejarah yang disenaraikan dalam buku  :-


1. Galeri (Gallery of) Sultan Azlan Shah - Buku menyebut Istana Hulu (kemudian dijadikan galeri)

2. Istana (Palace of) Kenangan, Kuala Kangsar

3. Istana Iskandariah - Cuma dapat lihat dari luar

4. Masjid (Mosque of) Tengku Menteri

5. Masjid Paloh (the Paloh mosque), Ipoh

    Lawatan baru ke Masjid Paloh (New visit to Paloh mosque), Ipoh

6. Masjid Ubudiyah di (The Ubudiyah mosque in) Kuala Kangsar, Perak...

7. Masjid (Mosque of) Ridzwaniah, Kuala Kangsar - Namun tidak sama dengan rupa bangunan dalam buku kerana telah dibina baru.

8. Masjid (Mosque of) Kota Lama Kanan dan batu tanda (and the marking stone for) Sultan Mansur Shah - Juga telah dibina bangunan baru.

9. Maktab Melayu Kuala Kangsar - Selalu lihat dari luar.

10. Maktab Perguruan Sultan Idris - Banyak kali masuk. Tetapi sudah banyak bertukar rupa menjadi universiti.

11. Sekitar Kota Ngah Ibrahim (Around the fort of Ngah Ibrahim) - Buku menyebut Rumah Ngah Ibrahim. 

12. Rumah Residen Perak - Sudah jadi Sekolah Raja Perempuan Kalsom. Rasa macam pernah lalu tepi tapi tak pasti.

13. Rumah (House of) Raja Bilah

14. Rumah Kuning - Ingatkan dah sampai. Rupanya tersilap rumah. Lihat Sebuah rumah besar kuning di Batu Gajah (A big yellow house in Batu Gajah)

15. Muzium (Museum of) Perak, Taiping

16. Bangunan Pejabat Daerah Larut/Matang - Harus ada lalu ketika berjalan-jalan di Taiping.

17. Menara Condong (leaning tower of) Teluk Intan - Buku menyebut sebagai Bangunan Jam Besar Telok Anson

      Lagi, Menara Condong (More, leaning tower of) Teluk Intan

18. Jam Besar Monumen Birch - Macam pernah lalu ketika berjalan-jalan di Ipoh tetapi tak pasti.

19. Pavilion Polo Iskandar - Ada dalam artikel  Bangunan-bangunan sekitar Kuala Kangsar (Building in and around Kuala Kangsar).

20. Victoria Bridge, Perak - Buku menyebut Jambatan Victoria

21. Jambatan Iskandar - Biasa lalu dan seberang. Lihat Down the Iskandar bridge off Kuala Kangsar.

     

Daripada 21 ini ada 3 macam ada lalu atau sampai tetapi tak pasti iaitu Rumah Residen Perak, Bangunan Pejabat Daerah Larut/Matang dan Jam Birch. Satu ingatkan dah sampai tetapi sebenarnya tidak iaitu Rumah Kuning. Istana Iskandariah pula walaupun cuma sudah dilihat banyak kali dari luar dan keliling tetapi sekurang-kurangnya pasti sudah sampai di luar pagar. Nak dapat masuk ke dalam kena tunggu undangan. Siapa tahu satu hari nanti?

Akhir sekali buku menyenaraikan 7 tempat atau objek atas nama peringatan :-


1. Rupa terbaru batu peringatan Sultan Mansur (Latest look of the commemorative stone of Sultan Mansur)

2. Batu Bersurat (Inscribed stone of) Pangkor - Buku menyebut sebagai Batu Bersurat Belanda.

3. Makam (Tomb of) Raja Ahmad - Buku menyebut sebagai batu peringatan Raja Ahmad.

  Rupa terbaru batu peringatan Raja Ahmad (Latest look of the commemorative stone of Raja Ahmad)

4. Batu peringatan J.W.W. Birch - Sudah lihat banyak kali di Pasir Salak. Tempat Birch dikatakan dibunuh oleh orang Melayu. Cuma tak pasti ada letak gambarkah dalam mana-mana artikel. Susah nak cari.

5. Batu peringatan Perang Perak - Tak pernah singgah, di Kuala Kangsar dah tak hendak. Kerana mengangkat askar British yang menentang orang Melayu.

6. Batu peringatan Wan Muhammad Saleh I.S.O - Mungkin pernah lalu tapi tak perasan kerana terletak dalam kawasan Masjid Ridzuaniah di Kuala Kangsar.

7. Batu sempadan Perak dan Reman - Tak pernah sampai walaupun sudah banyak kali lalu di kawasan berkenaan iaitu Kampung Kerunai.


Daripada 7 ini 4 yang pasti dah sampai. Satu iaitu batu peringatan Perang Perak memang tak mahu sampai. Kecuali terlihat tanpa mencari atau dirancang. Yang teringin hendak pergi dan lihat adalah batu sempadan Perak dan Reman. Pernah 2-3 kali lalu jalan berdekatan tetapi tak tahu dan tidak ada kelapangan kerana berkejar ke tempat lain.

Kesimpulannya. Daripada 22 item atau perkara yang disenaraikan sebagai makam Sultan Perak (ada satu yang diletakkan atas nama satu perkara kerana terdapat makam ramai Sultan dalam satu kawasan iaitu di kawasan pemakaman diraja Bukit Chandan) semua dah sampai. Daripada 47 atas nama makam orang kenamaan 37 pasti dah sampai. Daripada 21 atas nama bangunan bersejarah 18 dah sampai. Daripada 7 atas nama batu peringatan 4 pasti dah sampai.

Ini menjadikan jumlah 97 item (22 + 47 + 21 + 7) disenaraikan dalam buku "Tempat-tempat Bersejarah di Perak". Saya dah sampai 81 tempat (22 + 37 + 18 + 4). Ini adalah bersamaan 83.5%. Kira tinggilah jugak markah... :]

Apapun itu cuma perbandingan terhadap apa yang tersenarai dalam buku. Sedangkan terdapat banyak lagi tempat menarik dan/atau bersejarah di Perak saya dah sampai lalu telah diceritakan atau sekurang-kurangnya disebut dalam artikel. Untuk Perak sahaja saya telah menerbitkan lebih 250 artikel berkenaan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Malah setiap 11 negeri di Semenanjung ada dibuat artikel tentang tempat-tempat. Cuma tidak sebanyak seperti untuk Perak kerana negeri tersebut sangat istimewa buat saya walau tidak lahir dan dibesarkan di situ.

Untuk Sabah belum ada lagi kerana saya cuma pernah ke sana sekali sahaja, sebelum tahun 2000. Ketika itu belum ada minat untuk menulis tentang tempat-tempat bersejarah. Pergi pun setakat ke Kota Kinabalu kemudian mendaki Gunung Kinabalu. Untuk Sarawak saya pernah sampai ke Miri melalui Brunei lalu ada menulis tentangnya. Tetapi terlalu sedikit untuk membentuk senarai tempat-tempat.

Pun begitu saya telah menulis banyak artikel tentang tempat-tempat menarik di beberapa wilayah di luar negara. Biar disenaraikan begini :-


1. Aceh (paling istimewa kerana ada kaitan darah keturunan membawa ke Perak 300 tahun lalu)

2. Mekah dan Madinah (ada kaitan darah juga membawa ke Aceh 1,000 tahun lalu)

3. Sumatera Utara

4. Sumatera Barat

5. Riau  Darat

6. Kepulauan Riau

7. Singapura

8. Brunei

9. Kalimantan Barat

10. Pulau Jawa

11. Selatan Thailand

12. Tengah Thailand

13. Kemboja

14. Sulawesi Selatan


Tidaklah sehebat mereka yang banyak duit atau mendapat tajaan untuk membuat kajian di merata dunia. Tetapi boleh tahanlah bagi seorang yang mengeluarkan duit belanja sendiri sedangkan tidak memiliki pendapatan tinggi, selalu pula membawa isteri dan anak-anak sejak kecil mengembara dengan pelbagai jenis kenderaan dan sanggup tidur di masjid-masjid. Dapatlah juga membuat lebih 2,150 artikel (setakat ini) dengan menggunakan gambar-gambar yang diambil sendiri, setelah sampai ke tempat-tempat berkenaan, bukan menceduk penulisan dan pengalaman orang lain untuk meraih perhatian. Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan