Sabtu, Mei 15, 2021

Senarai perjalanan terjauh - 1 hingga 20 (pembetulan)

Merujuk pada artikel Ralat yang terbit akibat satu perjalanan jauh disangkakan dua perjalanan berlainan yang diterbitkan jam 3.08 petang tadi. Walaupun ralat berkenaan tidak mengacau Senarai perjalanan terjauh - 1 hingga 20 pembetulan harus dibuat terhadap satu peta diikuti jarak pada perjalanan nombor 13 supaya lebih menghampiri kebenaran.


1. Kembara solo Eropah tahun 1995 


Lakaran mudah lebih 5,122 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.



2. Projek Daulah Melayu 2015-2016

Perjalanan boleh dibahagikan kepada beberapa sesi :- 


Recce - Lakaran mudah 1,520 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,550 km. 


Shooting Utara -  Lakaran mudah 1,266 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,300 km.


Shooting Melaka-Penang-Lenggong -  Lakaran mudah lebih 1,200 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,250 km. 


Sekitar Surabaya  -   Lakaran mudah 325 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 350 km. 

Jarak keseluruhan = 1,550 km + 1,300 km + 1,250 km + 350 km = 4,450 km. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016.



3. Pusing Thailand dengan kereta sendiri Disember 2017 


Lakaran mudah hampir 3,800 km. Lihat sini. Jarak sebenar menurut meter kereta 4,167 km. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.



4. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007


Lakaran mudah lebih 3,500 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.



5. Pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (tahun 2007-2008) 

Terbahagi kepada 3 bahagian :-


Bahagian Selatan.   Lakaran mudah kurang 1,000 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus hampir 1,100 km. 


Bahagian Utara Lakaran mudah lebih 1,500 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 1,600 km.


Bahagian Timur - Lakaran mudah kurang 1,300 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih daripada itu.

Jarak perjalanan keseluruhan harus sekitar 4,000 km (1,100 km + 1,600 km + 1,300 km). Lihat Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008.



6. Bermotosikal besar solo keliling Semenanjung Dis 1997 – Jan 1998 


Lakaran mudah 2,449 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 3,850 km.  Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung



7. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 


Lakaran mudah 3,276 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi.



8. Cambodia penghujung tahun 2018 


Lakaran mudah lebih 2,900 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.



9. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 


Lakaran mudah 2,658 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.


10. Misi HIKMAH IV 2013 


Lakaran mudah sekitar 2,300 km. Lihat sini. Namun meter kenderaan (motosikal kemudian kereta) menunjukkan jumlah 2,700 km. Lihat Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km.



11. Beruzlah ke Pantai Timur 2016 


Ada 3 bahagian. Bahagian 1 - Lakaran mudah 1252 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,300 km. 


Bahagian 2 – Naik pesawat pergi balik Kota Bahru. Jarak sebenar atas darat harus 80 km. Lihat sini. Campur perjalanan dari rumah ke lapangan terbang Subang  40 km kemudian KLIA 2 ke rumah 90 km jadi 210 km. 


Bahagian 3 -    Lakaran mudah 1,132 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,150 km. 




12. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 


Lakaran mudah baru dapat 1,439 km. Lihat sini. Jarak sebenar adalah 2,374.9 km (ditunjukkan pada meter kereta) kerana banyak pusing masuk ceruk rantau. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation....



13. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011

Dua bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 771 km. Lihat sini.


Bahagian 2 : Lakaran mudah 944 km. Lihat sini

Jarak berdasarkan lakar mudah = 1,715 km (771 km + 944 km). Jarak sebenar = 2,367 km (ditunjukkan pada meter kereta). Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".



14. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 


Lakaran mudah 2,045 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa".



15. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 


Lakaran mudah dekat 2,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.



16. Sekitar raya 2011

Ada empat bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 575 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 630 km. 


Bahagian 2 :  Lakaran mudah 562 km.  Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 600 km.


Bahagian 3 : Lakaran mudah 825 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 850 km.


Bahagian 4 :  Lakaran mudah 148 km. Lihat sini. Jarak sebenar 160 km.

Jarak keseluruhan = 630  km + 600 km + 850 + 160 km = 2,240 km. Lihat Sekitar raya 2011.



17. Krabi Dis 2019 


Lakaran mudah hampir 2,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.



18. Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000


Lakaran mudah 1,884 km. Lihat sini. Jarak sebenar dalam 2,155 km. Lihat Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000.



19. Ke Terengganu selepas Aceh 2004


Lakaran mudah sekitar 1,331 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.



20. Berpetualang ke Aceh 2004 


Perjalanan ada dua bahagian - Dalam Malaysia. Lihat sini


Di Sumatera. Lihat sini

Lakaran mudah 474 km + 857 km = 1,331 km. Campur 256 km feri Pulau Pinang  ke Belawan + 50 km pusing pergi balik feri Pulau Pinang + 190 km feri Tanjung Balai ke Port Klang + 50 km Port Klang ke rumah ibu saudara di mana perjalanan baru betul-betul selesai jadi 1,877 km. Campur pusing-pusing dalam kawasan beberapa bandar dan sebagainya harus sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004.  


Dua puluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 60,514 km (1,900 + 1,900 + 2,155 + 2,200 + 2,240 + 2,250 + 2,300 + 2,367 + 2,375 + 2,660 + 2,700 + 2,800 + 3,000 + 3,300 + 3,850 + 4,000 + 4,000 +  4,167 + 4,450 + 5,900) . Julat jarak perjalanan adalah 1,900 km hingga 5,900 km.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan